Cube (5)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Okay! So, terangkan semua benda dekat saya " arah aku sambil menyilangkan kaki di kerusi bilik aku.


Actually aku tengah marah dengan diorang ni sebab sesuka hati je masuk bilik orang tak ketuk pintu. Siapa lah parents diorang ni.


" First of all, aku Jaehyun dari unit Nct 127 " Jaehyun memperkenalkan dirinya.



Boleh tahan handsome muka masing-masing ni.


" Aku Renjun dari unit Nct Dream " alahai pendeknya kamu comel hiks.



" I'm-- " sebelum habis percakapan dia, aku nyampuk dulu. Sebab aku tak sabar nak tahu semua tentang mereka.



" Yeah! I know you are Huang Hendery " aku memberikan senyuman manis.



" Yeah you're my girl ~ " Hendery dan aku berhigh-five.


Aku rasa aku selesa dengan unit Wayv sekarang ni. Tapi Nct 127 dan Dream belum selesa lagi sebab muka diorang terlalu jahat bagi aku. Seram odoe



" Sejak bila korang rapat? " tanya Jaehyun menjungkitkan keningnya.



" Tah. Dengan kitorang tak ada pun nak rapat macam ni " Renjun menjeling ke arah aku.

Apa ni. Jangan lah jeling-jeling saya



" So, korang ni siapa? " tanya aku mula serius.


" Actually, Taeyong dan Xiaojun tak benarkan kitorang reveal siapa diri kitorang yang sebenar " Jaehyun mengetuk-ngetuk lantai mozek di bilik aku.

What the hek!


Habis yang diorang ni sibuk nak serbu bilik aku ni dah kenapa?!


" kitorang belum habis cakap lagi " ucap Renjun sambil menjeling ke arah aku.

Weh!

Diorang dengar?

Apa yang aku cakap?


Walaupun melalui fikiran?

Bahaya siot diorang semua ni.

" Ye. Kau fikir lah apa pun, aku dengan Renjun tetap boleh baca minda kau " Jaehyun memberikan smirk kepada aku.


Okay now! Aku ada misi baru. Misi mencari cara untuk menghalang diorang daripada baca fikiran aku.


" But, disebabkan kau ni mulut bising sangat nak tahu tu ini, kitorang terpaksa bagitahu kau " Renjun memberi 3 buah fail yang isinya tidak diketahui.


" Benda apa ni? " tanya aku dengan bodoh.


Dah tentu tu fail.

Apa masalah kau ni Naerin!


" Ni fail la sis " Hendery menggelengkan kepalanya.


" For? "

" Read our background carefully. Kalau silap baca and buat, Memang habislah kau dikerjakan Taeyong " Jaehyun memberi senyuman sinis kepada aku.


Unit Nct ni seram weh masing-masing. Kenapa unit Wayv lagi friendly daripada diorang?

Lee Taeyong

Leader of vampire. He also leader in NCT units. Dia lah yang paling berkuasa dalam unit NCT.


Mata aku terbeliak selepas sahaja membaca biodata Lee Taeyong.


Dia


Vampire?


Betul ke semua ni?


Katakan yang ianya hanya mimpi!


" Ni bukan mimpi. Ni realiti " Renjun mengambil semula fail-fail tersebut dengan pantas.




Aku mengangkat kening tanda tidak puas hati. Belum habis lagi melihat semua biodata.




" Saya belum habis baca lagi! " jerit aku kecil tanda tidak puas hati.




" Siapa suruh lembab sangat " Jaehyun menjeling lalu membuka langkah untuk ke muka pintu bilik aku.


" Renjun. Kau ada tugasan sekarang " Jaehyun sambung membuka langkah selepas memberitahu Renjun tentang tugasannya kali ini.



" Eh! Aku dengan siapa? " tanya Renjun menjerit.




" Haechan dengan Winwin "



Renjun pun mengangguk dan keluar dari bilik aku diikuti oleh Hendery.



" Hendery " aku memanggil Hendery kerana ingin tahu tentang tugasan yang sentiasa di buat oleh unit NCT.



" Nae " jawab Hendery mengangkat kening.


" Boleh tak awak bagitahu saya. Apa tugasan diorang sebenarnya? "




Terang menampakkan muka Hendery sedikit risau dan cemberut. Apa lagi yang aku tak tahu ni? Nak dekat lebih seminggu jugalah aku dekat sini.




" Bagitahu je lah " aku memaksa Hendery untuk memberitahu aku.




" Aku rasa. Kau patut tanya Taeyong atau Xiaojun sendiri " Hendery mengorak langkah keluar dari bilik aku yang serba warna biru laut itu.




Tenang betul aku dalam bilik tu.



Aku berasa bosan. Jadi, aku pun menyelongkar semua benda yang terdapat di dalam lari dan almari bilik aku.




Eh buat macam bilik sendiri pula.



Aku membuka laci-laci kecil di meja belajar.



Tiba-tiba aku terjumpa satu benda yang berbentuk cube. Tapi, tak boleh dibuka. Aku makin bosan dengan permainan di sini.


Aku teringin nak buka cube tu.

Butang cube tu berbentuk cube kecil untuk membukanya. Tapi aku buntuh seketika.


" Kau buat apa " aku seperti tahu suara siapa yang aku dengar sekarang.


Yeah

Xiaojun.



Walaupun aku cakap aku dah selesa dengan WayV, tetapi tidak dengan Xiaojun. Dia lebih menakutkan daripada ahli Nct yang lain kecuali Taeyong.



Taeyong dan Xiaojun memang gandingan paling seram dalam gudang ni.

Tapi, apa dia nak dekat bilik aku ni?



Aku dengan cepat menyorokkan cube yang aku jumpa tu. Aku terus duduk di atas katil bujang tersebut.

Dia nampak ke eh?



" T-tak ada apa-apa. Saya rasa bosan dalam ni " sesungguhnya memang betul pun. Bosan yang teramat weh.



Nak keluar daripada gudang, tak boleh. Kang esok jadi mayat golek kang dengan Taeyong tu.

" Keluar lah "



" Taeyong mana bagi saya keluar gudang ni " balas aku.



" Siapa suruh kau keluar gudang? Kau fikir dekat dalam ni, tak ada tempat best ke? " tanya Xiaojun dengan pandangan menakutkan.



" habis tu? "



Dekat dalam gudang ni, aku tak nampak apa-apa pun yang menarik perhatian aku.



Xiaojun pun bangun dari duduk lalu berjalan meninggalkan aku yang keseorangan di dalam bilik tersebut.




" Xiaojun! Nak pergi mana? " tanya aku sambil mengejar Xiaojun dari belakang.





Kami pun masuk ke dalam lift. Situasi yang janggal dalam lift tersebut. Antara aku dengan Xiaojun.




" Aku nak bagitahu kau something " Xiaojun membuka bicara.




Aku pun mengangkat kening menantikan perkara yang Xiaojun ingin bagitahu.




Tiba-tiba lift terhenti di tingkat 2 menandakan ada orang nak masuk lif.


Pintu lift terbuka dan terpampang wajah 3 manusia di hadapan aku.



Kun, Jeno dan Taeil



" Eh Naerin ada dekat sini rupanya " Kun tersenyum melihat aku. Aku pun membalas senyuman.




" Taeyong panggil kau " Taeil memberikan senyuman kecil kepada aku.



Wah! First time ada juga member dari unit NCT yang friendly sikit.



Jap -- Taeyong panggil aku?


Kenapa?



" Kenapa dia panggil saya? " aku mengangkat kening



" Dia nak hukum kau "



Aku tersentak.



Apa aku buat sampai Taeyong nak hukum aku?



" Kalau tak pergi, tak boleh ke? " tanya aku sedikit menggeletar




" Kau pergi je lah! " Xiaojun meninggi kan suaranya.



Aku lagi terkejut.



Oh. Kalau degil memang kena marah macam ni eh?



Aku pun menjeling Xiaojun.



" Tak payah marah dia boleh kan " Kun menoleh ke arah Xiaojun yang kelihatan dingin itu.


" Sorry " Kun membisikkan dan meminta maaf kepada aku.



Eh Xiaojun yang salah, orang lain yang minta maaf.



Aku hanya mengangguk



Kami pun sampai ke tingkat bawah sekali.


Ada tingkat G ke?



Ehek aku taktahu pun.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro