17- Stories & The Light

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SIKIT lagi nak tercabut leher Seroja tatkala wanita itu cuba untuk berpaling ke belakang bagi memandang sang jejaka yang sedang menolak kerusi roda yang didudukinya. Berkali-kali dia mengeluh dek kerana hal ini.

Ceritanya, tadi memang la Iman yang menghantarnya ke hospital. Namun, perempuan itu mendapat panggilan 'kecemasan' daripada kliennya lah pula. Jadi, terpaksa Iman tinggalkan Seroja sendiri di hospital ini. Katanya nak datang ambil balik selepas tamat sesi rawatan Seroja tapi tak juga Iman muncul.

Seroja pun tunggu lah di lobi hospital. Tahu-tahu, jejaka ini sudah datang tak dijemput. Entah daripada mana muncul, tiba-tiba sahaja ada.

"Saya ke sini untuk ambil ubat ibu saya". Jelas Lais tanpa dipinta.

Benar, dia ke sini memang untuk mengambil ubat ibunya di farmasi hospital ini. Baru sahaja dia jejakkan kakinya di lobi, terus matanya menyapa figura Seroja terlebih dahulu. Seolah-olah si mata tahu sahaja bahawa ada si wanita itu di mana-mana. Seakan matanya sendiri yang ternyata jelas selalu mencari-cari bayangan wanita itu walau di mana sahaja Lais berada.

"Saya tahu. Tadi kan awak bawa saya sekali ke farmasi tu". Balas Seroja senada. Dia agak tidak senang sebenarnya meminta atau menerima pertolongan daripada Lais tetapi malas pula dia mahu mengeluh dek kerana janjinya untuk berteman dengan lelaki ini sudah terpatri. Nanti terasa pula hati Lais jika Seroja menghalaunya pergi.

"Lah, tahu? Saya ingat awak tak tahu". Lais ketawa kecil di hujung sindirannya membuatkan dahi Seroja berkerut.

"Kenapa pula awak cakap macam tu?".

"Iya la... daripada tadi muka awak asyik berkerut saja. Macam banyak sangat persoalan untuk saya. Saya sebagai lelaki yang gentleman, tak tunggu ditanya, terus saya beri jawapan". Lais memberikan jawapan dengan sungguh lancar. Agaknya, pernah atau tidak lelaki ini tersasul atau tergagap, ya? Atau dia memang sudah dilatih untuk bercakap dengan selancar ini?

Seroja mengeluh sebelum berkata lagi,

"Awak tak sibuk ke harini? Kawan saya peguam juga, sibuk semacam saja dia". Seroja memaksudkan Iman.

"Kawan awak peguam apa?". Lais bertanya serius. Kali pertama dia mengetahui bahawa kawan kepada si nymphaea nouchali di hadapannya ini juga merupakan seorang peguam. Fakta menarik!

"Erm... Saya tak pasti lah pula". Aduhai, Seroja! Berkawan dengan Iman sudah lama namun dia peguam apa pun, kau tak tahu!

"Setiap peguam, jadualnya berbeza. Mungkin hari ini kawan awak tu ada kes, saya pula tak ada. Mungkin hari ini kawan awak ada meeting dengan klien dia, saya pula tak ada. Lagipun, kami berdua mungkin daripada syarikat guaman yang berbeza. Jadual pun mungkin lah berbeza". Lais menerangkan dengan penuh sabar. Dia tahu, Seroja mungkin tidak mengetahui hal ehwal orang yang berkerja dalam bidang undang-undang ini.

Tangan Lais setia menolak kerusi roda Seroja menuju ke arah sebuah food court terdekat. Dia lapar dek kerana masih belum sempat makan tengahari. Niatnya nak mengambil ubat Puan Azura kemudian pergi makan sekejap. Nak makan di rumah Puan Azura? Tidak sanggup lah Lais. Melainkan di waktu hujung minggu. Bukan kerana dia tidak menyukai masakan Puan Azura namun...

"Mungkin dia sibuk sedikit hari ini, saya pula tak. Sebab itu saya ada dengan awak sekarang". Sambung Lais lagi.

Seroja terdiam. Malas sudah dia mahu membuka bicara. Iya la, sudah tidak ada apa-apa yang harus dia perkatakan.

🍁

"LEPAS makan ni, kalau saya nak pergi ke kedai buku sekejap, boleh?". Pinta Seroja. Dia ingin melihat-lihat buku baharu yang ingin dibeli. Sudah berjanji dengan Iman sebentar tadi namun Iman pula ada kerja.

"Boleh". Lais berkata sambil dia menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku untuk memakan nasi kandar yang dipesan. Tanpa teragak-agak dia membalas persoalan Seroja. Sesekali boleh meluangkan masa dengan lebih lama bersama wanita ini, apa salahnya kan?

"Saya ada satu penulis buku kegemaran ni tau. Saya suka sangat baca karya dia". Jarang Seroja membuka cerita kepada siapa-siapa melainkan Iman. Ini tiba-tiba sahaja dia ingin bersembang tentang hobinya bersama lelaki ini. Teman baharunya.

"Suka betul awak membaca sampai ada penulis kegemaran". Lais berkata seraya menyuapkan suapan pertama nasi kandar tersebut ke dalam mulutnya.

Seroja mengangguk.

"Saya suka membaca sejak daripada dulu lagi. Sejak daripada sekolah rendah. Ayah selalu belikan saya banyak sangat buku dulu. Sebelum kahwin dulu pun ayah masih lagi belikan saya buku. Ayah baik sangat dulu. Dulu lah...".

Daripada soal buku, fikiran Seroja tiba-tiba sahaja beralih kepada sang ayah. Entah mengapa. Setiap kali dia mengingati hobinya yang satu ini, setiap kali itu lah dia pasti akan mengingati si ayah. Mungkin sahaja kerana Encik Murshid lah yang menyokong hobinya sejak daripada dia kecil lagi.

Sungguh, Seroja tidak berniat untuk membawa suasana yang sedih ketika ini namun dia tidak sengaja. Dia tidak sengaja terbuka cerita tentang ayahnya sendiri.

Lais hanya berdiam diri. Dia tahu, dirinya masih belum cukup layak untuk bertanya sambungan cerita berkenaan keluarga wanita itu. Dia sedar tempatnya di mana.

"Anyway...". Seroja menayangkan senyumanya kembali. Dia tidak mahu terlihat menyedihkan di hadapan Lais.

"...haritu saya ada jumpa penulis kegemaran saya tu. Waktu PBAKL. Dia baik sangat. Walaupun saya tak dapat tengok wajah dia, saya tahu yang dia seorang lelaki yang kacak. Iya la, orang baik kan selalunya kacak". Secara tidak langsung, Seroja memuji si penulis. Angau dia dibawa-bawa pula di hadapan Lais. Biasanya perangai ini hanya tertinggal bersama Iman sahaja.

"Kalau macam tu, saya kacak juga lah kan? Saya kan baik". Lais memuji diri sendiri.

Gelas tinggi berisi air sirap ais di hadapannya ditarik lalu disedut kandungan gelas itu menggunakan straw. Pedas pula nasi kandar yang sedang dia makan ini.

"Perasannya mengaku diri sendiri baik". Seroja memutarkan bebola matanya.

"Tapi betul lah kan?". Lais masih lagi cuba untuk mengangkat bakul sendiri.

"Sikit lah. Boleh lah". Mulutnya sahaja berkata begitu walaupun hati sendiri tahu sebenarnya Lais Idraqi memang seorang lelaki yang baik. Tengok sahaja lah sekarang ini, sanggup Lais menemani Seroja makan, beberapa kali juga lelaki itu menemani Seroja melakukan rawatan dan banyak lagi kebaikan yang dilakukan oleh Lais terhadap dirinya termasuklah tugasnya yang diselesaikan dengan baik-baik sahaja tiga tahun lepas.

"Okay lah, saya tak puji diri sendiri lagi dah. Awak cerita lah lagi tentang penulis kegemaran awak tu". Pinta Lais. Suka pula dia mendengar Seroja bercerita.

Wanita itu menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya sebelum dia mengunyah dan menelannya. Dia lalu menyambung cerita...

"Dia ada satu series buku ni. Ada lima buah buku. Saya dah beli dan baca empat buku pertama tapi saya tak sempat nak beli buku kelima. Haritu ingatkan nak beli dekat PBAKL tapi dah habis stok. Nak beli online pun dah habis stok, takpun shipping fee mahal sangat takpun harga dia sendiri yang mahal. Mungkin sebab buku tu masih baru dikeluarkan kut. Itu lah sebabnya saya nak pergi kedai buku nanti. Mana tahu ada rezeki saya nak jumpa buku kelima tu". Jelas Seroja lagi. Tinggi pula cita-citanya untuk mendapatkan buku kelima dalam siri penulisan Sang Tinta Hitam itu.

"Best ke cara penulisan dia?".

Laju Seroja mengangguk sambil-sambil dia meneguk air milo ais yang dipesannya sebentar tadi.

"Semua yang Sang Tinta Hitam tulis best".

"Sang Tinta Hitam?". Lais menjongketkan kening.

"Nama penulis tu. Nama pena dia Sang Tinta Hitam".

Terangguk-angguk Lais menerima fakta yang baru sahaja dituturkan oleh Seroja.

"Saya nak baca juga la karya dia kalau macam tu. Boleh awak cadangkan buku-buku dia yang terbaik? Termasuk siri terkenal dia tu".

Laju Seroja mengangguk. Suka betul dia jika ada yang sanggup berkongsi hobi dengannya, apatah lagi jika bertanyakan dia tentang rekomendasi buku-buku yang menarik. Oh, she's more than glad to help!

"Betul ni?".

Lais mengumam perlahan, mengiyakan kata-katanya yang sebentar tadi. Kenapa dia tidak membuka mulut untuk menjawab? Kerana Lais terpaku melihat sinar keceriaan yang terpancar di kedua iris milik Seroja.

Padan lah dengan nama wanita itu sendiri. 'Cahaya Seroja'. Memang wajah wanita tersebut seolah akan dipenuhi dengan cahaya jika dia gembira seperti sekarang ini. Ya, itu hal yang Lais baru perasan mengenai Cahaya Seroja.

Sinar pula bukan sinar biasa melainkan sinar yang seolah-olah menambahkan kecantikan pada wajah wanita itu.

Damn, did Idris really fumble over this gorgeous woman?

"Okay! Nanti saya tunjukkan dekat awak semua buku kegemaran saya hasil tulisan STH dekat kedai buku nanti". Ujar Seroja dengan penuh keterujaan.

Sungguh.

Terpesona Lais Idraqi dibuatnya.

🍁

One more!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro