CMYD!| 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pukul 8 pagi lagi Ell sudah bangun membersihkan dirinya.  Selesai dia breakfast tadi, dia terus naik ke bilik semula. Harini mood dia sangat baik. Dia tersangat excited kerana dia ada surprise untuk Naufal pada majlis resepsi mereka berdua nanti. Ee tak sabarnya!

Majlis resepsinya bermula pukul 10  pagi, sekarang jam sudah menunjuk kan hampir pukul 9 pagi. Masa untuk bersiap!

Malam semalam dia tak sedar pon Naufal balik pukul berapa, bangun je pagi tadi tengok tengok Naufal dah takde kat sebelah dia. Sedih betul la hm.

Harini dia nak make up sendiri, hanya majlis nikahnya sahaja dia panggil mak andam untuk make up kan dirinya. Pada majlis resepsi ni, biarlah dia sahaja yang mencantik kan diri dia sendiri.

Selesai dia bermake up. Dia melihat jam di telefonnya. 9:30A.M. Terbeliak biji matanya melihat nombor tersebut. Cepat cepat dia mengemas barang make up nya. Kejap lagi akan ada kereta yang menjemputnya ke hotel dimana majlis resepsinya akan berlangsung di ballroom hotel tersebut.

Naufal kata hotel tersebut kawan dia yang punya, hm patutla sekejap sahaja Naufal dapat tempat untuk majlis resepsi mereka.

Ell sudah siap memakai baju kahwinnya, dia menilik dirinya di dalam cermin. Perfect! Dia tersenyum melihat dirinya di dalam cermin tersebut. Cantik sangat.

Rambut nya pula didandan kemas.

Tuk! Tuk!

Ell memusingkan badannya kebelakang saat dia terdengar pintu biliknya diketuk. Oh ibu rupanya.

"Ell dah siap belum ? Jom turun. Kereta yang nak jemput kamu tu dah sampai" Puan Raihana mendekati anaknya.

"Cantiknya anak ibu ni"

"Ibu, Ell nak mintak maaf pasal semalam. Ell marah ibu, Ell tak sengaja" Dia memeluk ibunya, kepalanya dijatuhkan di bahu Puan Raihana. Argh ni yang buat dia lemah ni. Aduh ni rasa nak nangis ni.

"Takpe la sayang ibu, ibu tak ambik hati pon. Ha jangan nak menangis lagi! Ibu tak nak tengok Ell menangis, ibu nak tengok Ell happy je harini. Boleh sayang ?" Puan Raihana mengusap lembut belakang badan Ell.

"Hm okey ibu, ibu Ell betul betul cantik ke ?" Dia memandang ibunya.

"Iye anak manja ibu, Ell nampak cantik sangat. Ni kalau Naufal tengok, mesti tak lepas mata dia pandang kamu" Puan Raihana tersenyum nakal.

"Ish ibu ni, malu la Ell. Jom la turun, tak sabar ni nak jumpa Naufal." Dia menarik tangan ibunya perlahan.

"Ha yelah jom, tak lari kemana pon encik suami kamu tu Ell" Usik Puan Raihana.

"Ibu, jangan la usik Ell" Entah la, dengan ibu sendiri pon dia malu kalau kena usik, semalam tak malu pulak duk meraung nak Naufal. Ell Ell...

Sampai sahaja di depan kereta tersebut, dia tergamam melihat dalaman kereta itu. Naufal ni memang nak kena la, dia dah cakap dia nak kereta biasa je yang bawak dia ke hotel itu. Ini kemain mewah lagi, nak kena Naufal ni!


"Jemput masuk Puan Ellyana dan Puan Raihana" Ell mengucapkan terima kasih dan membalas senyuman kepada driver tersebut.

"Terima kasih" ucap Puan Raihana

Di dalam kereta tersebut Ell menggenggam tangan ibunya, nervous yang semalam datang balik.

Sesampai sahaja di hotel tersebut, ada seseorang yang membuka pintu kereta itu. Dan menghulurkan tangan kepadanya. Dia mengangkat kepala memandang gerangan tersebut.

"Naufal!" Cepat cepat dia menutup mulut, excited sangat jumpa encik suami tu yang terjerit tu. Cepat cepat dia menyambut tangan Naufal.

Dia pikirkan driver tadi yang membuka kan pintunya, rupanya suami tercinta.

"Dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah kan kau ni, asyik menjerit je bila nampak aku" Dengan berhati hati dia menolong Ell keluar dari kereta tersebut.

Naufal memandang driver tadi. Dia memberikan senyuman kepada driver tersebut.

"Thankyou Ziq" Dia bersalam dengan driver tersebut.

Ell memandang pelik. Jap, jangan cakap yang driver tu pun kawan Naufal jugak. Ell mula berteka teki dalam hati.

"Takde hal la bro, papehal roger je aku. Aku gerak dulu, ada hal. Apepun selamat pengantin baru bro" Raziq menepuk bahu Naufal. Senyuman yang ikhlas dihadiahkan pada Naufal.

"Thankyou bro, hati hati Ziq" Naufal membalas senyuman kawannya itu. Matanya memandang kawanny itu pergi.

"Siapa tu ?" Tanya Ell.

"Kawan aku"  Naufal mengemaskan lagi pegangan tangan Ell.

Ell sudah agak, Naufal ni memang bukan calang calang orangnya. Kawan kawan dia pun semua berkerabat dan berpangkat. Ell kagum dengan Naufal yang memang peramah dengan sesiapa sahaja. Sebab tu ramai yang suka dengan perangai Naufal. Dengan lelaki jela, dengan perempuan memang Naufal tak layan melainkan kalau dia rapat dengan perempuan itu.

Dan Ell, wanita paling bertuah bila Naufal memilih dia untuk menjadi suri hati Naufal Mikhael. Ell sangat sangat bersyukur.

"Sayang"

Ell tersentak dari lamunannya.

"Err ye"

"You look so beautiful sayang, aku rasa nak ngap kau kat sini jugak" Naufal tersenyum nakal memandang Ell. Sungguh Ell nampak sangat cantik harini, dia tak tahan. Kotornya Naufal!

"And you look so handsome mr husband. Ops, nak ngap saya malam ni ye, sekarang jom masuk, ramai dah tunggu kita. Tapi sebelum tu..." Ell membetulkan kemeja hitam Naufal.

"Awak ni takde baju warna lain ke ? Asyik warna hitam je"

"Aku memang suka warna hitam, baru la nampak lagi hot, kan sayang" Naufal mencuit dagu Ell.

"Betul betul, em jom la masuk, saya tak sabar ni" Ell cepat cepat menukar topik. Dia malu sebenarnya memuji lelaki itu depan depan.

Naufal memandang Ell pelik.

"Tak sabar kenapa ?"

Ell sembunyi senyum memandang wajah pelik Naufal.

"Adalah, mana boleh bagitau, jomlah masuk hehe"

Naufal hanya menurut sahaja.

Dengan lafaz bismillah mereka mula melangkah masuk ke dalam ballroom tersebut.

Ell terpegun dengan suasana didalam ballroom itu. Cantiknya.

Walaupun nampak simple, tapi dia tetap suka. Takde la nampak serabut sangat.

Orang ramai mula memberi tumpuan kepada mereka berdua.

Ada yang berbisik memuji kecantikan Ell dan kehenseman Naufal. Ada yang menangkap gambar mereka.

Mereka berdua hanya menayang senyum dan melangkah ke arah pelamin sanding.

Naufal memegang erat tangan Ell saat mereka menaiki tangga tersebut. Penuh berhati hati Ell menaiki tangga itu. Ni kalau terjatuh, surprise untuk Naufal tak dapat, malu yang dia dapat.

Selesai makan beradap dan sesi bergambar, mereka mula menyapa tetamu yang datang.

Bibir Naufal dan Ell tak lekang dari senyuman saat ramai yang memuji mereka pasangan yang sangat serasi.

Ell melihat ke arah pentas, dah tak ada orang yang menyanyi. Perlahan dia melangkah ke arah pentas, seseorang menghulurkan mic kepadanya, dia mengambil mic tersebut dan mengucapkan terima kasih pada pembantu ballroom tersebut.

Semua mata memandang ke arahnya, termasuk Naufal.

"Ehem, assalamualaikum semua. Terima kasih kerana hadir pada majlis perkahwinan saya dan suami, Mr Naufal Mikhael. Terima kasih juga kepada tan sri, dato dan datin yang sudi hadir pada majlis ini. Berdirinya saya disini kerana ingin menyanyi kan sebuah lagu untuk semua yang hadir pada harini dan lagu ini saya tujukan khas untuk suami saya yang tercinta. Biy, this is for you. Terimalah cahaya cinta"

Ell memberikan senyuman kepada semua, nafas ditarik dan dilepaskan perlahan.

Boleh lah playkan video kat atas tu sambil baca this scene, Nad yang menaip this scene sambil dengar lagu tu meremang habis. Huhu.

Cahaya cinta-Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Musik mula dimainkan.

Semua remaja yang berada disitu mula bersorak sakan, Naufal yang duduk di meja kawan kawannya mula tersenyum dengan kata kata Ell. Kawan kawannya mula mengusik Naufal.

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Ballroom itu semakin gamat dengan sorakan dan tepukan dari orang ramai saat mendengar suara merdu Ell.

Naufal terpegun mendengar suara Ell, sunggu merdu sekali membuat kan dia terbuai.

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih tak kan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

This part kan, kalau you guys boleh stop kan lagu tu sekejap, then play balik bila sampai part yang patut diplay, you guys buat la hehe. Sebab macam tak sesuai kalau baca tapi lagu still berjalan bcs this scene lagu tu stop for awhile. Okeylah, enjoy~

Dengan langkah yang perlahan Ell turun dari pentas. Lagu itu terhenti seketika. Sampai sahaja di bawah. Ell mula mengangkat kembali micnya dibibir.

"Ehem, Encik Naufal Mikhael, come to me please" Ell berkata lembut.

Naufal yang terdengar namanya disebut mula bangun dari duduk. Sekali lagi kawan kawannya mula mengusik. Perlahan langkahnya mendekati Ell yang berdiri di hadapan semua tetamu yang hadir.

Sampai sahaja Naufal didepan Ell, sebelah tangan Ell diletakkan didada Naufal dan tangan Naufal di pinggang Ell. Mereka menghadap satu sama lain sambil menatap mata. Tak dihiraukan orang ramai yang melihat mereka.

Sekali lagi ramai yang menjerit melihat tingkah laku mereka.

Sayangi daku
Peluklah daku

Musik kembali dimainkan, mata Ell setia menatap mata Naufal. Tepukan gemuruh diberikan buat mereka saat mengdengar bait bait lagu tersebut. Sungguh sweet sekali.

Keluarga mereka tersenyum bahagia melihat Naufal dan Ell di depan. Sungguh mereka sangat bahagia melihat Naufal dan Ell.

Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Ya, dia mencintai Naufal bukan kerana harta, dia mencintai Naufal dengan setulus hati dia. Naufal Mikhael hanya untuk Ellyana Nasuha.

Mereka masih menatap antara satu sama lain.

"I love you mr husband" Ell mengenyitkan matanya kepada Naufal. Senyumannya tak lepas dari bibir memandang Naufal.

Ballroom itu semakin gamat mendengar ucapan Ell kepada Naufal. Ramai yang merakamkan moment mereka saat ini.

Naufal tersenyum mendengar kata kata Ell. Dia melepaskan pinggang Ell. Tangannya memaut tangan Ell menjadi satu. Mereka tidak lagi menghadap satu sama lain. Ell menahan senyum.

Dia kembali menyanyi.

Sayangi...daku...
Peluklah...daku...
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Ell menyanyi menghadap orang ramai. Tangannya setia menggenggam tangan Naufal.

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

Ell menatap Naufal sekali lagi.

Hingga...ke alam...syurga...
Sayangi...daku...

Habis sahaja nyanyian Ell, terus Naufal mencium dahi Ell. Ell memejam matanya menerima ciuman Naufal.

"I love you too sayang, thankyou nyanyi untuk aku. Your voice really beautiful, and the lyrics of this song, lets make it together"

Sama sama bahagia, sama sama hadapi dugaan yang akan datang, sama sama saling mempercayai antara satu sama lain, sama sama untuk setia. Dan yang paling penting, sama sama masuk ke dalam syurga Allah. Itu impian Naufal bersama Ell

Ell menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

Dia memandang kehadapan semula.

"Terima kasih semua" Dia menunduk hormat pada semua tetamu di situ.

Semua tetamu bangun dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada mereka berdua. Ada yang menitiskan air mata melihat mereka. Lirik lagu tersebut betul betul menyentuh jiwa.
__________________________

Nad tau agak payah nak play stop kan video HAHAHAHA adoii, tapi takpelah. Janji korg enjoy je okey.

Ha btw sila berikan sepatah dua kata untuk this Bab. Sekian terima kasih and goodnight. Hehe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro