CMYD!| 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seusai solat subuh, Ell turun kebawah, seperti biasa kemas kan apa yang patut kat bawah tu dulu. Harini tak payah buat sarapan, kejap lagi sarapan kat luar je. Yang Encik Suami pulak tengah terbongkang lagi kat atas katil tu, biarkan dia, kejap lagi kita perabihkan duit dia hehehe.

Selesai Ell mengemaskan ruang tamu rumahnya. Ell baringkan dirinya di sofa, Jam sudah menunjuk kan pukul 8:15am. Kejap kejap lagi lah dia kejutkan Naufal, bagi dia berehat sat, Letih! Tak bersepah sangat pon rumah dia ni, tapi dia tetap terasa letih! Perlahan matanya ditutup.

Ya, dia berada di alam mimpi sekarang.
___________________________________

Naufal terbangun dari tidurnya, jam loceng disebelah ditutup. Jam menunjukkan pukul 9:45am.

Dimana isterinya? Biasa time macam ni Ell dah mengejutkan dirinya untuk sarapan. Ini batang hidung Ell pon dia tak nampak.

Malas memikirkan perkara itu, Naufal bangun dan menuju ke bilik air, masa untuk membersihkan diri!

Selesai mandi, Naufal turun kebawah untuk mencari isterinya. Kat bawah pon senyap je.

Mata Naufal tertancap pada sofa, terlihat isterinya terlelap disitu. Kakinya melangkah ke arah Ell.

Dia duduk dihadapan Ell, matanya merenung bidadari syurganya. Tangan Naufal bermain di rambut Ell.

Semakin hari, semakin bertambah sayangnya pada Ell. Semakin bertambah cintanya pada isterinya. Hanya Ell yang mampu buat dia tersenyum, hanya Ell yang mampu buat hatinya berdebar. Hanya Ell yang mampu melayan perangai nya. Hanya bidadari syurganya.

Naufal mencium perlahan dahi Ell. Naufal mula mengejutkan Ell, perlahan bahunya ditepuk.

"Assalamualaikum sayang" tangannya bergerak ke telinga Ell. Perlahan di mengusik telinga Ell.

Ell terjaga dari tidurnya, matanya tertancap pada suaminya. Cis! Kacau je orang nak tidur! Tangannya menangkap tangan Naufal yang bermain di telinganya. Tangan Naufal dibawah kedalam pelukan. Matanya dipejam kembali.

"Eh sape suruh kau tidur balik? Bangun sayang, kata nak pegi shopping kan. Jom, kita bersiap" Kepala Ell diusap lembut, tau tak hari hari geram dengan perangai isteri dia ni, hari hari rasa nak simpan dia kat bawah ketiak sebab geram sangat dengan perangai comel Ell.

Perlahan Ell bangun dari tidurnya, kepalanya disandarkan seketika di bahu Naufal. Macam biasa, bau Naufal tu penting untuk dia hidu.

Naufal tersenyum dengan perangai Ell. "Come sayang, aku dukung bawak naik atas ye. Isteri siapa la yang manja sangat ni" Hidung Ell dicuit manja.

Ell tersenyum suka, "Isteri Naufal Mikhael la" perlahan Ell menjawap. Ell tersenyum suka, happynya bila Naufal layan perangai manja dia ni. Tangannya berpaut pada leher Naufal.

Sampai sahaja di atas, perlahan Naufal meletak kan Ell di atas katil.

"Sayang bersiap ye, aku tunggu kat bawah. Love you dear" Dahi Ell dikucup perlahan.

Naufal melangkah keluar dari bilik mereka.

Ell yang masih duduk dikatil terkedu. Haih tak boleh betul la kalau Naufal punya sweet ni dah keluar.

Ell cepat cepat menyiapkan dirinya.

Selesai bersiap, Ell melihat bajunya dicermin. Hm perfect!

Handbag nya di atas katil dicapai, kakinya mula melangkah menurun ke bawah.

"Awak!, saya dah siap. Jom pergi dating yeay!" Ell turun dari tangga dengan teruja.

Baru sahaja nak mencapai anak tangga yang terakhir, badannya di halang oleh Encik Suami. Mata suaminya menikam pada pakaian yang dipakainya hari ini.

"Tukar baju kau" Arahan yang tegas diberikan oleh Naufal.

Ell memandang pada pakaiannya, apa yang tak kena kat baju aku ni ? Kemudian dia memandang semula muka Encik Suaminya.

"Alaa kenapa saya kena tukar baju pulak, baju ni okey ape dengan saya" Ell merengek di depan Naufal.

"Tukar!" Sekali lagi sedikit ketegasan dalam katanya diberikan kepada Ell.

Budak kecik ni kalau dah datang perangai degil dia, cakap lembut lembut pon tak jalan dah.

"Tak nak!" Ell membalas dengan geram. Mata Ell  masih melawan dengan mata milik suaminya. Kalini dia tak kan kalah!

"Kau nak tukar, atau kita tak payah pergi dating ? Pilih" Naufal mula memasang perangkap.

Mata Ell sudah mula bertakung dengan, matanya masih lagi menikam tajam mata suaminya. Mukanya usah cakaplah, cemberut habis. Dia masih lagi berdiri statik di tangga. Sedikit pon tidak berganjak untuk naik ke bilik menukar pakaiannya.

"Aku kira sampai tiga je sayang, kalau kau tak bergerak masuk bilik. Memang kita dating kat rumah je" Naufal mula mengira.

"Fine! Saya benci awak!" Ell menghentakkan kakinya naik ke atas. Pintu bilik dihempas kuat. Geram! Geram dengan perangai suaminya! Ni nak melancarkan serangan merajuk ni. Biar Naufal pening nak pujuk!

Naufal tersenyum dengan perangai Ell. Sikit pon dia tak heran jika Ell merajuk dengannya. Kakinya melangkah menuju ke sofa. Tau la aku nak pujuk dia macam mana kejap lagi!

Dengan geram Ell menukar pakaiannya, dalam hatinya tak berhenti mengatakan benci, benci dengan Naufal Mikhael !

Seusai menukar pakaian, Ell turun kebawah dengan perasaan geram. Muka masih lagi bersisa dengan air mata.

Sampai sahaja dibawah, wajah handsome Naufal menjadi tatapan nya.

"Puas hati awak!" Matanya menjeling suaminya.

Naufal tersenyum, tahu Ell tengah melancarkan perang dingin terhadapnya.

"Marah lagi ke ?" Naufal menatap muka Ell. Perlahan dia mendekati isterinya.

Ell melangkah kebelakang, tak nak kawan dengan Naufal! Naufal jahat!

"Sayang...sini la kejap, aku nak cakap sikit" Naufal mendekati Ell sekali lagi. Haih, kalau dah jadi macam ni, memang dating kat rumah jela.

"Tak nak la!" Ell melangkah kebelakang lagi. Air matanya sedaya upaya ditahan.

"Garangnya, sini la kejap yang" Naufal mendepa kan tangan nya, biar Ell sendiri la yang datang kat dia.

Cepat cepat Ell masuk kedalam pelukan suaminya, Naufal mengusap lembut rambut Ell.

"Aku tak marah, aku cuma tak suka tengok kau pakai baju macam tu, kita dah janji kan nak masuk syurga sama sama, nak masuk syurga dengan aku tak ?" Tangan Naufal setia mengusap lembut rambut Ell, baru boleh berlembut dengan isteri dia ni.

"Nak, Ell nak masuk syurga dengan abang" tangisan Ell semakin menjadi jadi, entah kenapa sejak dua menjak ni moodnya memang kelaut, sekejap rasa nak marah, sekejap rasa nak menangis. Dengan suara lembut Naufal yang sedang memujuknya, lagi buatkan dirinya lemah.

Tersentuh hati Naufal mendengar jawapan Ell.

"Kalau nak, janji dengan aku jangan pakai baju macam tu lagi, janji dengan aku yang kau akan buang baju baju tu semua, boleh?"

Ell meanggukan kepalanya, "Ell janji, Ell buang semua baju macamtu" terasa berdosa sangat dia mengutuk suaminya tadi. Pelukan suaminya dieratkan.

Naufal meleraikan pelukan mereka.

"Macam ni la isteri aku, dah jangan nangis dah. Aku minta maaf sebab marahkan kau tadi" Airmata Ell disapu perlahan dengan jarinya. Dahi Ell dikucup lembut.

"Ell yang sepatutnya mintak maaf, Ell mengutuk abang tadi, Ell mintak maaf abang" Airmata Ell kembali bergenang.

"Hari hari aku maafkan kau, dah, stop crying sayang, badan kau dah panas dah ni. Jom, nak pergi dating tak ni?" Naufal mengusap kembali airmata Ell. Senang betul airmata ni jatuh.

Ell menggelengkan kepalanya, kepala dia dah mula pening, badan dia pun dah rasa lemah. Dia nak tidur je sekarang ni.

"Tak nak, Ell penat, Ell nak tidur" Tangannya berpaut pada leher Naufal, matanya dipejam dibahu Naufal. Pandai pandai la nanti Naufal dukung dia.

"Sayang okey ? Jom kita pegi klinik dulu" Naufal mengusap lembut bahu isterinya.

"Tak nak, Ell nak tidur. Ell tak suka klinik" pelukannya dieratkan. Dia dengan klinik tu memang tak ngam dari kecik lagi, kalau pergi klinik tu rasa nak meraung kat situ jugak. Dia benci klinik, nanti doktor cucuk cucuk tangan dia, dia tak suka. Sakit tau tak!

Naufal akur, dengan perlahan badan Ell didukungnya, sampai saja di atas, dia meletak kan Ell di katil. Dahi Ell dirasakan dengan tapak tangannya.

Panas! Bahaya betul kalau buat Ell ni menangis lama lama, ni la jadinya, badan isterinya mesti panas. Dahi Ell dikucup perlahan, semoga isteri abang ni cepat sihat.

Naufal menuju ke wardrobe untuk menukar baju. Kejap lagi nak kejut kan isterinya untuk makan. Sekarang ni dia nak pegi order makanan kat foodpanda sat. Lapar!
___________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro