CMYD!| 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Continue the flashback~

Masuk harini sudah hampir 3 bulan lebih Ell bekerja dengan Naufal. Sesi menggoda Naufal semakin hampir ke penamatnya. Naufal sudah mula menunjukkan tanda tanda yang dia sudah tertarik pada Ell.

Hari ini Ell menemani Naufal ke sebuah hotel, kerana Naufal ada meeting dengan clientnya. Habis sahaja meeting tersebut, mereka menuju ke sebuah cafe yang berdekatan.

Ell memandang Naufal yang duduk dihapannya. Dia mengambil telefon bimbitnya dan menangkap gambar Naufal dengan senyap. Okey perfect!

Kemudian aplikasi instagram dituju, gambar tersebut di post ke instagramnya dengan meletakkan caption emoji love merah. Dia tersenyum kecil bila gambar tersebut mendapat ribuan like dan ratusan comment. Semua followersnya ingin tahu siapakah jejaka tersebut.

Dia malas nak tag instagram Naufal kat gambar tu, nanti ramai yang tergoda dengan buah hati dia. No no no, Naufal dia punya sorang je, kenot share share okey!

Dia meletakkan semula telefonnya di atas meja. Air coffenya diminum.

"Seronok tangkap gambar aku ?" Naufal bertanya sinis.

Ell terkaku 'eh dia perasan ke ?'

"Hehe gila tak seronok ambik gambar buah hati, malam malam boleh bawak tidur, extra bawak ke mimpi lagi tau. Awak tak nak try ambik gambar saya ke ?" Ell mengangkat kedua dua keningnya kepada Naufal.

"Storage fon aku tengah full, nanti nanti la aku ambik gambar kau" Naufal menyedut airnya hingga separuh.

"Eleh sombongnya, nanti malam malam jangan mengigau sebut nama saya pulak" Pakai telefon pon Iphone 13pro, lagi storage fon nak full. Menipu sangat.

"Oh ye, favourite aiskrim awak perisa apa eh ?"

Naufal memandang Ell pelik, dah kenapa tetiba tanya pasal flavour aiskrim pulak ni.

"Coklat"

"Oh, kalau saya, saya suka perisa mint. Ehem awak dengan saya bila nak naik pelamin ?" Ell mengenyitkan matanya ke arah Naufal.

Naufal tersenyum sinis, pickupline rupanya.

"Minggu depan aku masuk meminang" Terus Naufal bangun dan berjalan ke pintu cafe, sambil tangan dimasukkan ke dalam pocket seluarnya.

Ell terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh Naufal. 'Seriously?'

Cepat cepat dia mengambil telefonnya di atas meja dan bangun mengikuti Naufal.

Sampai di kereta, dia duduk di seat penumpang sebelah Naufal. Dia memandang Naufal yang tekun memandu.

"Awak serious ke main main ni ? Awak jangan nak bagi saya fakehope. Saya gigit kang" Ell berkata geram.

Naufal ni takde hati dengan perasaan ke apa ? Kalau bercakap tu cuba la bagi riak muka yang meyakinkan sikit.

"Kau nak aku serious ke main main ?"

"Saya nak awak" Pantas Ell menjawab.

Naufal menyembunyikan senyumannya.

"Dah tu, tunggu je la aku masuk meminang"

Ell tersenyum suka "Oh okay, saya tunggu!"

"Tak reti sabar betul" Naufal tergelak sinis

Ell menjeling Naufal, 'nak sabar macam mana, dia tu makin hot'

Mereka terus bergerak ke office, banyak lagi kerja nak kena buat.
__________________________

3 Minggu kemudian~

Hari ini adalah hari pertunangan dan pernikahan Naufal Mikhael dan Ellyana Nasuha. Malam ini bermulanya hari pernikahan mereka. Naufal yang nak bertunang dan bernikah pada hari yang sama, masa je berbeza. Jimat tenaga katanya, cis! Lain macam betul. Esoknya pula mereka akan bersanding.

Sesi bertunang sudah selesai, tapi batang hidung Naufal pon dia tak nampak. Tak kan tak nak datang tengok tunang dia ni. Ish ni nak merajuk ni.

Sudah berminggu mereka tak bersua muka kerana ibunya dan mummy Naufal tak bagi. Tersika jiwa dan raga Ell menahan rindu. Hm mungkin malam ni baru Naufal muncul. Sabar Ell, lagi berapa jam je ni.

Ell teruja, tapi dalam masa yang sama dia gementar. Bahagiakah dia bersama Naufal ? Bertahankah perkahwinan mereka ? Astagrafirullahalazim Ellyana Nasuha, kenapa kau pikir yang bukan bukan ni. Ell mula beristighfar dalam hati. Kahwin pon belum lagi, dah pikir negatif.

Ell membuka telefonnya, aplikasi whatsApp ditekan. Chat dia dan buah hatinya pula dibuka. Naufal tengah online! Cepat cepat jarinya menaip sesuatu.

Ell;💖
Awak kat mana ? Kenapa tak datang majlis tunang ni ?

Cinta;❤️
Aku nak datang, tapi mummy tak bagi. Kenapa ?

Ell;💖
Awak boleh tanya saya kenapa ? Saya rindu la! Ish awak ni. Awak tak rindu ke kat tunang awak ni ?😢

Naufal tergelak kecil membaca chat Ell, dah agak budak kecik ni rindukan dirinya, mengada betul.

Cinta;❤️
Rindu la. Sabar ye sayang. Lagi berapa jam je you'll be Mrs Naufal. So get ready Miss Ellyana.

Ell tersengih suka, sejak bila Naufal pandai bersweet sweet ni ?

Ell;💖
Hehe, okey Mr Naufal Mikhael. Saya dah lama ready. Yang sepatutnya kena ready, awak. Jangan nanti awak tersasul sebut nama perempuan lain sudah. Memang saya cincang awak kat situ jugak. Btw cantik tak saya ?

Gambar bertunangnya di hantar kepada Naufal.

Cinta;❤️
Cantik sangat sayang. Kau je yang duduk dalam hati aku ni, takde perempuan lain. Okeylah, aku ada kerja ni. Jumpa malam nanti. Bye, I love you miss fiance❤️

Ell menjerit kecil membaca mesej cik tunangnya, pertama kali Naufal memberikan ayat cinta kepadanya. Cepat cepat dia cover riak wajahnya yang excited itu bila dia tersedar banyak mata yang memandang kelakuannya.

Ell;💖
I love you too my future husband❣️

__________________________

9:15P.M.

Masa berlalu dengan pantas, Ell didalam bilik menadah muka untuk mak andam touch up kan mukanya. Sekejap lagi majlis nikahnya akan bermula. Argh nervousnya!

"Ha dah cantik dah ni saya rasa, muka kamu ni tak payah nak make up lebih lebih, sebab muka kamu dah memang lawa" Kata mak andam.

"Terima kasih" Ell senyum kepada mak andam tersebut. Mukanya ditilik ke dalam cermin. Okey dah ni kot, so pwetty!

Setelah mak andam tersebut keluar, dia mula memakai baju pernikahannya.

Dia berdiri lama di depan cermin, bunga di tangannya di mainkan perlahan, dia betul betul nervous sekarang ni. Kakinya melangkah ke katil, dan di dudukkan dirinya. Dia menarik nafas yang panjang dan dilepaskan perlahan. Hanya menunggu masa untuk ibunya panggil turun ke bawah.

Tuk tuk!

Puan Raihana menjenguk kepalanya kedalam bilik pengantin. Dia tersenyum kecil melihat Ell yang kelihatan tak tentu arah. Muka anaknya memang nampak betul betul nervous. Kakinya menuju ke arah Ell.

"Ell jom turun, Naufal dah ada kat bawah tu" Tangan anaknya di genggam, sejuk nau.

Ell membalas genggaman ibunya.

"Ell takut la ibu" Dia menghela nafas yang panjang.

Puan Raihana tergelak kecil.

"Nak takut apanya sayang ? Dah jom turun. Ibu doakan anak ibu ni bahagia dengan Naufal. Jadi isteri yang baik ye, dengar cakap suami. Jangan nak melawan je keje. Bukan ibu tak kenal anak ibu ni, mulut tu asyik nak menjawab je"

Ell mencebik.

"Ibu ni, orang tengah nervous boleh pulak main main. Ye ibu, Ell akan dengar cakap Naufal macam Ell dengar cakap ibu. Em dah la ibu, jom turun. Ibu pegang tangan Ell tau hehe"

Ell mula bangun dari duduknya, tangan ibunya di genggam erat. Perlahan kakinya turun dari tangga. Kepalanya ditunduk memerhati setiap langkahnya.

Sampai di bawah, dia duduk di pelamin nikahnya.

Dia melihat Naufal dari tepi yang duduk menghadap tok kadi. Dari tepi pon nampak hensem. Muka Naufal tidak menunjukkan tanda tanda yang dia sedang nervous, hm aku jela yang yang over nervous ni ?

Kepalanya kembali menunduk apabila tok kadi mula bersuara. Dengar suara tok kadi je jantung dia dah berdebar.

"Aku terima nikahnya Ellyana Nasuha binti Jaafar...."

Dia kembali tersedar apabila dia terdengar tok kadi menyebut 'sah'. Lah sejak bila pulak Naufal lafazkan akad ni ?

Dia mula menadah tangan mendengar tok kadi membaca doa, muka ibunya dipandang dengan senyuman yang lebar.

Alhamdulillah , ayah Ell dah kahwin.
__________________________

Dont forget to vote and comment okeyh!❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro