17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Badan J-ae dihempaskan ke lantai tanpa rasa belas kasihan . Pandangan tajam milik Jimin dan suasana yang sunyi makin menambahkan rasa takut dalam diri J-ae . Memandang Jimin sahaja tidak mampu apatah lagi ingin mengeluarkan sebarang suara dari bibirnya .

Jimin tanpa berfikir panjang , Jimin melonggarkan tali pinggangnya dan digenggam erat . J-ae yang terduduk lemah di lantai tanpa menunjukkan sebarang reaksi makin mengundang rasa amarah yang membara .

Jimin tersengih tatkala melihat badan J-ae menggigil . Dia berlutut di hadapan isterinya dan tanpa rasa segan silu , rambut J-ae direntap kuat . Air mata J-ae yang mengalir dengan deras sedikit pun mampu memusnahkan rasa marahnya. J-ae memegang erat tangan Jimin berusaha melepaskan cengkaman tapi malangnya Jimin semakin mengemaskan cengkamannya.

" Kau takut ke sayang , hm ? shuhh "

" Ji-Jimin saya tak b-buat apa-apa pun . Ibu call tanya kh-khabar saya sahaja "

" Oh , lepas tu kau nak aku rasa apa ?! bangga , huh ?! "

" Jimin , tolong saya merayu ja-jangan pukul saya . S-sakit Jimin . Tolong , sa-saya janji saya tak buat lagi "

" Tch , aku muak dengar kata janji kau , kau ni tak serik dengan amaran aku kan ? Kau pekak ke bodoh ?! "

Kepala J-ae ditolak dengan kuat sehingga membuatkan kepala gadis itu terhentak di lantai rumah agam mereka . Jimin menghayunkan tali pinggangnya dan melibas seluruh tubuh J-ae dengan kuat .

Semakin kuat J-ae meronta , semakin kuat libasan yang Jimin lakukan . Setelah puas melepaskan amarahnya , tali pinggangnya dicampak ke muka J-ae .

" Lain kali aku cakap tu ikut bukan ikut kepala kau , faham ?! Selagi kau ada dalam rumah ni jangan mimpi hidup kau senang " sempat Jimin menyepak kaki J-ae sebelum bergegas pergi meninggalkan gadis itu .

' Ya Tuhan , adakah ini balasan daripada semua kesalahanku ? '

• • • • •

Jimin menghempaskan badannya di sofa ruang tamunya . Kipas yang berpusing dengan laju dipandang kosong . Ye , kosong seperti kehidupannya kini walaupun dia sudah bergelar suami kepada seorang gadis bernama J-ae .

Benak pemikirannya kini beralih ke Seokjin . Kata-kata Seokjin selepas tahu keadaan rumahtangganya mengundang rasa kurang selesa dalam diri Jimin .

' Kalau kau tak nak jaga dia , aku boleh '

" Shit " Jimin mengeluarkan perkataan tersebut tanpa sedar . Rambut dikuak ke belakang . Akibat terlalu memikirkan hal itu , Jimin menjadi tertekan dan dia bertindak menjatuhkan semua barang berada di atas meja ruang tamunya .

Habis berterabur segala barang di lantai termasuk pasu bunga kaca yang menjadi hiasan di meja tersebut . Kaca yang sudah pun berkecai dipandang sekilas sahaja oleh Jimin dan Jimin kembali menghempaskan dirinya ke sofa .

' Mengapa hidup aku tak berjalan seperti aku inginkan '

Special tag ;
LUVYJOONS-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro