3 : Destruction Allowed?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TAHUN 1935



SEDANG Bella fokus dengan apa yang diajar oleh guru. peribadinya, kedengaran pertengkaran di antara Tuan Khalid dan beberapa ahli politik lain di aras atas. Bella mendongak memandang Maya yang berada di ambang pintu.

          Jelas sekali gadis itu turut terkejut dengan apa yang baru terjadi. Begitu juga dengan Puan Sarafina, guru peribadinya. Bella mengambil keputusan untuk bangkit dari duduknya dan bergerak ke pintu.

          Dia hanya mampu menjengukkan kepala sedikit di sebalik pintu. Kelihatan, Puan Karmila sedang mundar-mandir di bawah tangga sambil menggigit-gigit kuku. Kenal benar dengan perangai mamanya itu.

          Jika Puan Karmila sedang menggigit kuku, tandanya wanita itu sedang bimbang akan sesuatu. Kali ini, sudah tentu Puan Karmila merisaukan keadaan yang berlaku di atas sana. Entah apa yang dimarahkan sangat suaminya itu?

          Suara pertengkaran mereka mula kedengaran dengan agak jelas. Bunyi derapan kaki turut mengikuti suara-suara bengang mereka. Selang beberapa minit, kelihatan beberapa ahli politik melangkah turun dengan wajah yang bengang.

          Turut tidak terkecuali Tuan Khalid. Lelaki bangsawan itu pantas meminta agar pembantu rumahnya untuk membukakan pintu buat ahli-ahli politik tersebut. Lelaki itu siap memberikan pesanan supaya tidak datang lagi ke rumah jika tiada hal yang penting.

          "Kau akan menyesal dengan apa yang kau katakan, Khalid! Aku bersumpah!"

          Pesan salah seorang dari mereka sebelum dia hilang dari pandangan. Tuan Khalid memicit pelipis dengan sebelah tangan direhatkan di atas pagar tangga. Puan Karmila lantas mendapatkan suaminya.

          Sempat lagi dia berpesan kepada salah seorang pembantu untuk membawakan air kosong. Suaminya itu dipandang sambil-sambil dia mengusap belakang tubuh Tuan Khalid. Tersenyum nipis lelaki itu saat diperlakukan lembut oleh sang isteri.

          Perbincangan yang seharusnya akan membawa kata sepakat, telah berubah menjadi perbalahan. Sepatutnya, hari ini projek yang mereka bincangkan akan selesai dengan aman. Tapi, entah mengapa boleh jadi begini?

          "Apa jadi sebenarnya?" tanya Puan Karmila setelah keadaan suaminya mula tenang sedikit. Tubuh suaminya ditarik untuk merehatkan diri di atas sebuah kusyen berdekatan. Belakang suaminya masih diusap-usap lembut.

          "Tiada apa-apa. Cuma ada salah faham sedikit," ujar Tuan Khalid berserta senyuman lembut. Tiada niat mahu menceritakan perkara sebenar kerana masalah itu hanyalah masalah kecil. Jadi, tiada apa-apa yang perlu isterinya bimbangkan.

          "Kalau cuma salah faham, kenapa sampai terjerit-jerit?" tanya Puan Karmila lagi, kurang percaya dengan jawapan sang suami.

          Tuan Khalid tidak menjawab dengan lisan. Dia malah, memberikan senyuman sebagai jawapan. Punggung diangkat lalu lelaki berusia 46 tahun itu bergerak naik semula ke pejabatnya yang berada di tingkat atas. Tidak dihiraukan sang isteri dan seorang pembantu rumah yang kebetulan baru tiba dengan sedulang air kosong.






MALAM itu, di kala orang mencari katil untuk merehatkan diri, hanya Tuan Khalid sahaja yang masih terjaga dan masih setia duduk di dalam pejabatnya. Sudah berjam lamanya Tuan Khalid berkurung di situ memikirkan inisiatif untuk membuatkan rakan politiknya menerima hujahnya pagi esok.

          Ada sahaja Puan Karmila mengajak suaminya agar masuk tidur kerana sudah lewat. Namun, alasan yang sama diberikan setiap kali sang isteri datang mengajak. Memiliki seorang isteri seperti Puan Karmila adalah satu anugerah kerana isterinya itu tidak pernah lepas daripada memeriksa keadaannya.

          Namun, hal ini harus diselesaikan dengan segera supaya kelak masa-masa mereka suami isteri tidaklah terganggu seperti hari ini. Kasihan pada isterinya, begitu juga dengan anaknya yang baru berusia 9 tahun. Kedua-dua mereka amat memerlukan perhatian daripadanya.

          Tuan Khalid tersenyum sendirian. Mengabaikan mereka bukanlah sesuatu yang Tuan Khalid ingin lakukan. Namun, menjadi keutamaan lelaki itu untuk menyelesaikan tugas agar masa-masa bersama ahli keluarga akan terasa lebih panjang.

          "Jemputlah duduk," pelawa Tuan Khalid sebaik sahaja rakan-rakan sekerjanya memasuki ruang pejabat.

          "Hidangkan..."

          "Tidak perlu, Khalid. Lagipun, kami datang sekejap sahaja." Cantas salah seorang daripada mereka. Tuan Khalid hanya mengangguk akur. Sebuah isyarat diberikan kepada si pembantu rumah untuk memberikan mereka ruang.

          Setelah memastikan pintu pejabat betul-betul sudah tertutup rapat, Tuan Khalid kembali memandang wajah-wajah yang ada di situ. Tidak pernah-pernah lagi mereka datang beramai-ramai ke rumahnya. Selalunya, mereka cuma menghantar seorang wakil sahaja untuk berbincang hatta memintanya menandatangani sesuatu.

          "Kau tahu kan projek kita kali ni melibatkan wilayah di timur Edith?" Pertanyaan daripada Tuan James berjaya memecahkan kesunyian di ruangan pejabat Tuan Khalid.

          Tuan Khalid mengangguk.

          "Apa yang kami cuba untuk bincang hari ni berkaitan dengan penduduk yang ada di sana. Sebelum aku menyuarakan cadangan, aku ingin tanya kau terlebih dahulu. Macam mana kau mahu jayakan projek ni dengan jumlah penduduk yang ramai di sana?"

          Tuan Khalid berkerut dahi. Dia cuba untuk memahami setiap isi kepada pertanyaan Tuan James, namun hampa.

          "Maksud kau?" tanya Tuan Khalid, kurang faham.
          "Pindahkan penduduk-penduduk di sana ke satu tempat." Bagi Tuan Khalid, ini bukan cadangan. Tetapi, arahan.

          "Tapi..."
          "Wilayah di situ kaya dengan sumber alam. Tapi, tidak pada penduduknya. Mereka miskin. Tiada tujuan hidup. Apa sahaja yang mereka boleh buat dengan hasil kekayaan bumi di sana?"

          Cantas Tuan James, dan mendapat sokongan daripada mereka yang lain. Rata-rata mereka cuma tahu menyokong sahaja. Langsung tiada keberanian untuk bersuara. Segalanya diserahkan kepada Tuan James.

          "Kau sudah hilang akal? Tanpa penduduk-penduduk di sana, sumber-sumber alam tidak akan hidup!" herdik Tuan Khalid. Benar-benar tidak bersetuju dengan cadangan baharu mereka.

          Apa mereka sudah gila? Apa mereka sudah hilang rasa simpati terhadap penduduk-penduduk di wilayah itu? Memindahkan mereka sehingga projek ini selesai? Rasanya, maksud kata pindah di sini lebih kepada menghalau mereka.

          "Apa lagi yang kita boleh buat? Orang macam kita, tidak perlukan akal untuk buat keputusan. Terang-terang kita yang akan menang di akhir nanti." Sinis Tuan James berkata.

          Harta. Status.

          Ya, mereka ada semua itu. Sebab itulah, mereka boleh menang.

          "Jadikan projek kita cara untuk mengambil sumber kekayaan mereka." Sambung Tuan James.

          "Aku tak boleh terima." Tekan Tuan Khalid. Dia sudah bulat hati dengan keputusannya untuk menolak cadangan mereka.

          "Apa?"

          "Bukan begini caranya!" suara Tuan Khalid naik seoktaf. Mukanya sudah merah padam menahan gelora. Mahu sahaja dilepaskan semuanya di hadapan muka Tuan James.

          Tuan James menolak pipi. Agak bengang apabila keputusan mereka tidak diterima. Sudah itu, ditolak mentah-mentah pula oleh Tuan Khalid. Kehadiran mereka ke sini hanya sia-sia.

          "Kau tolak?" Tuan James bertanya seakan tidak percaya.
          "Ya, aku tolak!" titik Tuan Khalid tanpa berfikir panjang.
 

        "Kau akan menyesal, Khalid!"


          Untuk kesekian kalinya, Tuan Khalid melepaskan keluhan berat. Mata dipejam rapat. Berharap agar semua ini dapat diselesaikan tanpa perbalahan lagi.






"CIK tidak dibenarkan masuk!"

          Tuan Khalid yang sedang berkemas-kemas itu sedikit terganggu saat terdengar jeritan pembantunya di luar sana. Tepat pada masa itu, pejabatnya dimasuki oleh seorang gadis muda yang jelas cacat penglihatan.

          "Saya dah..." Tuan Khalid mengangkat tangan dan menggeleng tanda tidak mengapa. Mungkin juga gadis itu mempunyai masalah? Pembantunya sekadar mengangguk akur dan menapak keluar semula.

          "Saya ada benda mahu dibincangkan dengan tuan. Harapnya, tuan ada masa untuk mendengarnya." Ujar si gadis. Tuan Khalid lantas membantu gadis itu untuk duduk.

          "Boleh, tiada masalah." Tuan Khalid turut melabuhkan punggung di sebuah kusyen berhadapan dengan gadis buta itu.

          "Dengar-dengar, tuan yang akan bertanggungjawab untuk projek besar-besaran di Wilayah Samsi." Kepala diangguk tanda iya.

          "Saya sedar, orang seperti saya ni tidak layak berkata begini. Lebih-lebih lagi dengan tuan. Tapi, hanya tuan harapan saya untuk tunaikan hasrat golongan bawahan yang cacat penglihatannya."

          Si gadis mula meramas-ramas sisi baju yang dipakainya. Dia sebenarnya bimbang jika permintaannya ditolak mentah-mentah seperti apa yang telah dilakukan oleh YB yang lain.

          "Teruskan," pinta Tuan Khalid. Rasanya, tiada sebarang masalah jika dia mempertimbangkan permintaan gadis buta itu.

          "Izinkan kami merasai keindahan tamannya tuan. Walaupun kami hilang penglihatan, tapi udara yang kami hidu sudah cukup menggembirakan kami."

          Tuan Khalid diam sejenak. Kini, barulah dia ingat sesuatu. Taman rekreasi yang mereka ingin bina hanya dibina untuk kegunaan golongan bangsawan dari serata wilayah. Wilayah Samsi yang menjadi pilihan untuk projek besar-besaran itu kerana bentuk muka buminya yang indah dan kekayaan sumber alamnya. Tidak pernah lagi Tuan Khalid terfikir membinanya untuk kegunaan sejagat.

          "Saya tidak boleh janji tapi, cik tak perlu bimbang. Permintaan cik saya akan usulkan di parlimen nanti." Mendengarkan itu, si gadis pantas tercari-cari tangan Tuan Khalid.

          Tuan Khalid tanpa membuang masa terus menggenggam erat kedua belah tangan gadis buta itu. Lelaki bangsawan itu langsung tidak merasa jijik walaupun tangan si gadis terasa amat kasar dan sedikit kotor.

          "Terima kasih! Terima kasih banyak-banyak, Tuan Khalid! Kami tahu kami boleh harapkan tuan!"

          Hampir mengalir air mata si gadis ketika meluahkan perasaan terharunya itu. Tidak lama lagi, jika Tuhan mengizinkan. Mereka akan merasai keindahan taman rekreasi yang bakal dibina di bandar ini.

          "Cik tidak perlu berterima kasih. Kita semua sama sahaja. Jadi, apa yang ada di bumi, perlu dikongsi sama rata."

          Tersenyum senang Tuan Khalid saat mengucapkan kata-katanya. Saat itu, dia mula tersedar. Selama dia memegang jawatan sebagai salah seorang orang berpengaruh di Bandar Edith. Dia tidak pernah sekali pun meletakkan golongan bawahan sebagai rakyat yang perlu dilindungi dan dijaga.

          Mujurlah, hatinya terbuka untuk mendengar permintaan si gadis buta itu. Dan, dia sudah berjanji. Dia akan mengetengahkan kesamarataan dalam setiap urusan membina negaranya.

          "Itu janji saya."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro