jester

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Saja nak promote my only fanfic. Preview (chapter iii). Interested? Check out the book titled Jester ASAP! 💋




"The youngest female jester in Korea is back!"

🃏🃏🃏




"Jester AI, #case1. Are you ready?"

"Jester Hun, timekeeper. Yes."

"Countdown from 10, 9, 8, ..."

Kelihatan seorang gadis bertopeng putih dengan ketinggian dalam lingkungan 157 cm sedang berdiri di hadapan pintu bilik mahkamah. Dia menyarung persalinan gaun berwarna merah baldu berjalur hitam serta topi Fool berwarna merah. Pada tangannya dipegang tongkat bauble berwarna emas.

"Perbicaraan kes Park Geun Hye, bekas presiden Korea Selatan bermula sekarang."

"3, 2, 1. Jest!"

"Get ready, you all."

Gadis itu pun dengan beraninya dia membuka pintu mahkamah lalu berjalan di sepanjang bahagian penonton. Betapa dramatiknya cara dia memasuki bilik mahkamah itu. Dia sedar bahawa para penonton saling berbisik tentang dia.

"Perempuan ni sapa? Kenapa dia boleh ada kat sini?"

"Sesat jalan ke minah ni? Sini mahkamah bukannya sarkas."

"Topeng dahlah macam hantu opera cina."

"Kenapa hakim tak halau dia?"

Namun hanya rakyat biasa sahaja yang berbuat begitu. Bagi para ahli politik serta orang berstatus tinggi berdiam diri kerana mereka mengetahui siapa perempuan itu.

Dia yang berjalan mendada menuju ke arah hakim yang bertugas. Melepasi bahagian pendakwa raya serta peguam, dia berdiri di hadapan panel lalu menunduk tanda hormat.
Dia tersenyum lebar kepada hakim lalu berkata,

"Selamat pagi saya ucapkan kepada tuan hakim yang dihormati sekalian. Tuan Jin."

Hakim yang bertugas, Tuan Jin mengerutkan dahinya. Cermin mata yang dipakai dibetulkan seketika.
"Siapakah kamu?" tanya Tuan Jin.

Gadis itu membuat reaksi terkejut yang teramat. "Tuan Jin tak kenal saya? Kecewa saya dibuat tuan. Saya punyalah dah kenal tuan bertahun-tahun," kata gadis itu dengan nada kecewa.

"Lagipun Tuan Jin kan handsome. Bolehlah saya nak mengurat tuan kejap. Bini tuan bukannya ada kat sini pun."

Terbuntang mata hakim itu mendengar kata-kata gadis itu. Reaksi hakim yang lawak itu tidak semena mena telah mengundang tawa besar oleh para penonton.

"Kamu tu kerja sebagai Janne je. Bukannya doktor macam bini saya. Kalau nak melawak kat sini, kamu boleh teruskan. Tapi kalau nak cari sugar daddy pergi main jauh-jauh," kata Tuan Jin dengan sedikit marah.

Disebalik topeng putih, tiada sesiapapun yang tahu bahawa gadis itu sedang menjulingkan matanya. Tuan Jin fikir dia Janne the Fool ke? Salah, pangkat aku still Jester macam lelaki yang lain.

"Siapa Janne? Setahu saya nama saya bukan Janne. Nama saya Ai. Ni mesti tertukar saya dengan kekasih gelap tuan kan?" kata gadis itu yang mengenakan hakim itu.

Tuan Jin mengetap gigi dalam diam. Mujur isterinya tiada di dalam bilik ini. Kalau tidak, sudah lama dia mencekik leher gadis itu.

Teruk sekali apabila kata-kata gadis itu telah membuatkan para penonton ketawa sekali lagi. Berani dia mengusik tuan hakim yang masih muda itu. Memang nahas jika isterinya berada di situ.

Sebelum gadis itu beralih kepada bekas presiden, dia sempat berbisik,"Kalau awak bercerai dengan isteri awak, tunggu saya tau. Umur saya baru tujuh belas tahun."

Kemudian gadis itu berjalan menuju ke arah bekas presiden di meja bahagian peguam. Tidak lain tidak bukan, bekas presiden Park Geun Hye. Dengan reaksi teruja yang dibuat-buat, gadis itu berkata,

"Eh, bekas presiden ada kat sinilah."

Lantas gadis itu berdiri tegak dengan tangan kirinya memegang tongkat bauble. Dia memberi tabik hormat kepada lalu berkata,"Saya Jester Ai, ID 3002."

Para penonton berasa tersentak kerana gadis itu berani mengaju cara tentera memperkenalkan diri dihadapan bekas presiden. Kelakuan itu sudah boleh dilabel sebagai keterlaluan.

"Selamat pagi, puan. Apa khabar, puan? Khabar baik?" tanya gadis itu dengan ramah sekali.

Bekas presiden itu hanya memandang kosong kepada dia. Dia langsung tidak berkata apa-apa. Seolah-olah dia sendiri yang mengunci mulutnya.

Gadis itu terus mengabaikan pertanyaannya sebentar tadi. Dia pun mula melemparkan madahan pedas kepada bekas presiden itu.

"Kenapa puan boleh ada kat sini? Bukan ke sepatutnya puan ada kat office sekarang ni? Tengah sibuk hilang dana kerajaan yang begitu bernilai pada warga rakyat Korea selatan? Mata sepet tu nampak macam tak cukup tidur. Siap ada eyebag lagi," kata gadis itu.

"Tapikan saya rasa puan letak charcoal banyak-banyaklah kat bawah mata tu. Maklumlah boleh bakar lemak situ. Alang-alang boleh tunjuk kat saksi belakang ni yang puan tak cukup tidurkan. Kenapalah puan tak letak je maskara? Biar nampak bawah mata tu lagi hitam."

Kata-kata gadis itu telah mengundang tawa daripada penonton sekali lagi. Memang pedas mengalahkan cili padi jika difahami secara tersirat. Tapi bila dicerna begitu sahaja, terasa lawak pula madahan pedas itu.

Kelihatan peguam bela itu sedang menepuk peha presiden dengan perlahan. "Jangan marah. Ini memang tugas jester di mahkahmah," kata peguam itu.

"Tapi Encik Tae Hyung..."

"Biarkan saja," kata peguam itu lalu tersenyum tipis.

Bekas presiden yang berwajah pucat sedikit hanya mampu mengeluh. "Baiklah," kata dia.

"Tak apalah, puan. Puan tak layan saya. Sedih pula rasanya. Rasa macam cakap dengan dinding pun ada," kata gadis itu lalu menyandarkan tongkat baurbel pada meja.

"Puan nak main poker tak?" tanya gadis itu.

Yang mengejutkan para penonton ialah gadis itu sedang mengeluarkan kad daripada lurah dadanya. Peguam Tae Hyung yang menyaksikan kejadian itu terus mengalihkan pandangannya. Dia menepuk pipinya berkali-kali lalu berkata,

"Dia tak seksi. Kenapa kau nak blushing? Dia tak seksi. Dia bukannya macam perempuan bar kat Hong Dae," bisik peguam itu.

"Puan, kita main satu round je ya."

"Okay," kata bekas presiden itu.

Gadis itu pun merombak kad dengan begitu laju lalu mengasingkan kad di atas meja. Seolah-olah gadis itu merupakan pemain kad poker profesional. Bimbang pula bekas presiden itu jika dikenakan sekali lagi.

Gadis itu terus mengabaikan kadnya setelah dibuka satu persatu. Dia tidak kisah jika dia memperoleh Black Jack. Dia hanya ingin melihat kad bekas presiden. Dia pun membuka satu persatu kad yang diletakkan di atas meja.

"2 diamond, 3 diamond, queen diamond. 15," bisik gadis itu lalu tersenyum lebar.

"Puan dapat lima belaslah. Puan tahu tak apa maksud lima belas?" tanya gadis itu yang teruja.

Presiden itu hanya menggelengkan kepalanya. "Tidak," jawab dia.

"Oh lupa pulak. Takkan puan nak pergi kasino sebab nak main poker. Buang masa kan, puan?" kata gadis itu yang menyindir dia.

"Tapi nak tahu jugak dana tu hilang ke mana. Kat dalam Sungai Han kot," kata gadis itu lagi.

"Abaikan benda tu ya. So sekarang ni puan dapat lima belas. Bapa saya kata maksudnya ialah puan kena larikan diri sebab puan dah buat salah besar sampai terkena kencing sendiri."

"Jester Ai, one minute left."

Peguam Tae Hyung yang sedang meneguk air mineral tidak sengaja tersembur air ke arah panel dihadapannya. Madahan pedas gadis itu yang dilemparkan secara spontan telah membuatkan para penonton ketawa sekali lagi. Kecuali seorang panel yang terkena semburan air tadi.

Menyedari panggilan jester Hun sebentar tadi, dia perlu mengundur diri secepat mungkin. Dia perlu meninggalkan mahkamah sebelum masa tamat. Dia pun berkata,

"Cakap pasal kencing, saya pergi dululah. Nak pergi toiletlah. Tak tahan. Takut terkencing kat puan pulak," kata gadis itu dengan nada menjengkelkan.

Namun sebelum dia meninggalkan bilik mahkamah, gadis itu sempat mengangkat dagu bekas presiden dengan tongkat baurbel lalu berbisik,

"Semoga kau dapat jilat kencing kau dengan sepuas-puasnya."

Tanpa mengucapkan terima kasih kepada Tuan Jin, hakim yang bertugas, gadis itu terus meninggalkan bilik mahkamah. Keluar sahaja dari bilik mahkamah, dia terus beredar dari bangunan mahkamah tinggi itu.

Di luar pintu utama mahkamah tinggi, gadis itu disambut oleh seorang lelaki berjaket hitam yang memegang jam randik. "Sembilan minit lima puluh lapan saat," kata lelaki itu.

"Nasib baik," kata gadis itu.

Gadis itu pun membuka topeng putihnya. Ketika itu terserlah wajah sebenar si jester yang menyindir bekas presiden dengan teruk sekali. Irene. Lelaki berjaket hitam itu hanya tersenyum lebar kepada dia.

"Pandai kau kencing betina tu," kata lelaki itu.

"Biasalah, Sehun. I'm Irene okay. Energy untuk sindir orang still ada," kata Irene lalu ketawa halus.

"Kau cantik hari ni."

Irene hanya tersenyum lebar mendengar pujian daripada Sehun. Jarang hendak melihat Sehun bercakap banyak. Selalunya dia hanya berdiam diri.

"Tak delah. Ni gaun yang Madam Lisa bagi. Last minit nak mencari baju memang tak sempatlah," kata Irene.

"Jom pergi makan. Aku belanja," ujar Sehun yang menghulurkan tangannya.

"Okay," kata Irene. Dia menyambut tangan Sehun lalu menuruni tangga bersama-sama.



Thanks for reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro