stalker

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

sambungan Puisi (dark version)


selamat membaca!


-----


By now

But you're oblivious, clueless frankly kind stupid

Thinking that i'm spending my time

Home alone crying

Wondering whying

Wishing that you were still mine


Lagu berbahasa inggeris itu tidak mengenal erti penat lelah dimainkan oleh gadis berambut merah darah itu. Gadis itu juga tidak henti turut menyanyikan lagu itu walhal baru dikeluarkan. Jelas sekali menunjukkan bahawa dia amat meminati lagu itu.

Di dalam bilik tidurnya yang gelap, dia sudah menghadap komputer ribanya yang bercahaya terang selama satu jam. Dihadapannya terpampang akaun twitter seseorang yang amat dia kenali. Jejaka yang dia sudah menaruh perasaan selama hampir dua tahun.

Malangnya, perasaan itu tidak terbalas dan dia boleh mengagak perkara itu akan berlaku. Gadis itu masih lagi boleh memahami situasi itu. Namun apabila dia meneliti komen yang terpampang dihadapannya, dia mula berasa panas hati.

"Aku tahu kau bukannya suka kat aku. Tapi kenapa kau tak terus terang je kat aku pasal benda ni?"


"Kau tak kenal lagi aku sapa. I'm Red Queen, boy. You gonna regret this."


Gadis berambut merah darah itu pun tersenyum penuh makna.

----

"Nao, kamu dah bangun ke belum tu? Sapu daun-daun kering kat depan rumah jap."


Seorang lelaki yang baru lepas keluar dari tandas menyahut panggilan ibu. "Kejap mak. Baru lepas mandi," kata lelaki itu. Nao mendekati tilamnya yang agak bersepah lalu mengambil telefonnya. Terdapat notifikasi baharu daripada aplikasi twitter. Nao pun memeriksanya. Satu akaun baru sahaja follow dia.


imurnightmare9

Nao ingin membiarkan akaun itu mengikuti dia walaupun tidak dikenali. Dia hampir meninggalkan bilik apabila notifikasi baharu pula masuk. Akaun itu menghantar mesej melalui twitter kepada dia.

Hai. Aku Red Queen. Nak berborak dengan kau kejap boleh tak?

Nao merenung seketika pada mesej itu. Dia berasa teragak-agak pula hendak membalas mesej itu. Nama Red Queen itu sudah membuatkan bulu romanya meremang. Seram. Nao pun menggelengkan kepalanya. Mungkin gadis ini berniat baik. Ingin berkenalan hanya untuk suka-suka.


Nao pun membalas mesej itu. Dia tidak menyangka pula bahawa dia cepat mesra bersama Red Queen walaupun baru kali pertama berkenalan. Agak aneh sebenarnya. Namun Nao hanya melayan kerenah gadis itu.

Tetapi sewaktu tiba-tiba Red Queen mengajukan soalan "Muka kau boleh tahan handsome. Kau dah ada girlfriend ke?" Terhambur tawa Nao membaca mesej itu. Dengan yakinnya dia menjawab, "Baru je ada. Kenapa? Nak try ke?"

Peliknya, Red Queen tidak menjawab pertanyaan Nao. Sebaliknya, dia terus mengajukan pertanyaan yang lain.
Pertanyaan yang amat menakutkan Nao. Membuatkan lidah terkelu, tidak tahu hendak menjawab apa.

Pernah ada admirer tak?

Nao menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin. Kemudian dia menaip laju. Pada dia, Red Queen hanyalah orang asing yang dia baru berkenalan. Dia tiada kaitan dengan kejadian sewaktu tahun terakhir di sekolah menengah. Tidak salahkan jika Nao menceritakan segalanya kepada Red Queen?

Ada. Tapi dia jenis kuat sosial. Berkawan sana sini. Jantan kiri kanan. Influence kuat budak ni. Pandai, kuat sukan, kaya pulak tu. Malaslah nak layan budak high profile ni.

Tiada lagi mesej yang masuk selepas mesej itu dihantar. Nao mula berasa hairan. Red Queen selalunya terus bertanyakan soalan lain selepas mendapat jawapan. Namun tidak pada kali ini. Mengapa? Nao menggaru kepalanya.



"Takkan dia terasa pula dengan mesej ni," kata Nao.

Tiba-tiba terdapat tiga mesej diterima daripada nombor yang tidak dikenali. Tiga mesej tersebut ialah dua gambar serta satu video. Gambar yang pertama ialah gambar perbualan dia bersama Pah, teman wanitanya yang baru di ruangan twitter. Gambar yang kedua ialah gambar perbualan dia bersama Red Queen.

Video yang diterima pula ialah video berlatarbelakangkan bilik yang gelap gelita. Tertera nama Red Queen selama lima saat lalu muncul wajah seorang gadis. Gadis berambut merah darah itu amat dia kenali. Punca mata Nao terbuntang seketika. Tidak mempercayai pemilik sebenar akaun twitter itu.


Lin, gadis yang pernah menaruh perasaan terhadap Nao sejak lawatan ke Hat Yai selama empat hari pada dua tahun lepas.

"Nao, Nao, Nao. Sampai hati kau buat aku macam ni? Dua tahun aku tunggu kau. Kau macam ni kat aku?"

Lin tersenyum sinis buat beberapa saat sebelum tamat video itu. Senyuman itu menyebabkan Nao berasa lebih terkejut. Selama ini dia tidak pernah terfikir pun bahawa Lin akan berbuat begitu. Membuat akaun twitter baharu, menyamar menjadi orang asing malah mengajak Nao untuk berbalas mesej secara santai.

"Nao, ada orang nak jumpa kamu ni. Katanya kawan kamu," laung ibu Nao.

Lamunan Nao terhenti seketika. Siapa rakannya yang ingin bertemu dengan dia pada waktu ini? Ketika pagi masih lagi bermaharajalela? Ligat Nao memikirkan soalan itu. Dia pun menyahut panggilan ibunya.


"Sapa mak?"


"Tak tahulah. Nama budak ni Red Queen."


Tanpa teragak-agak Nao terus menjerit, "MAK JANGAN BAGI DIA MASUK DALAM RUMAH!"




Ibu Nao tidak lagi berkata apa-apa. Seolah-olah mulutnya yang sentiasa membebel tiba-tiba dikunci dengan begitu senang. Perasaan takut semakin menghantui diri Nao. Dalam diam dia membisik, "Perangkap apa yang kau buat untuk aku, Lin?"


Bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan Nao terperanjat. Nao memandang ke arah pintu itu. Perlukah dia membuka pintu itu? Berkali-kali dia memikirkan tentang hal itu. Sama ada dia hendak membuka pintu atau pun tidak.


Akhirnya Nao memutuskan untuk membuka pintu biliknya. Muncul seorang gadis berambut merah darah dihadapannya. Lin. Memakai hoodie berwarna hitam. Tersenyum sinis dia kepada Nao. Senyuman yang amat menyeramkan.

"Macam mana kau tahu rumah aku?" tanya Nao dengan tergagap-gagap.


Lin mendekati Nao yang berdiri kaku di tepi tilam. Sambil itu dia berkata, "Yang menjarakkan rumah kita hanyalah sempadan, tak sampai dua puluh minit pun nak sampai sini."


Nao terkejut mendengar Lin berkata begitu. "Kau tinggal kat sempadan?" tanya Nao.


Lin mengelus wajah Nao dengan lembut sekali. "Nao, dua tahun aku dah cintakan kau. Tapi kau tak pernah nak ambik tahu langsung pun pasal aku."


"Cinta aku bukan sekadar mengetahui nama dan rupa kau. Segala biodata kau aku dah khatam banyak kali. Jangan main-main dengan admirer macam aku, Nao."

"Sebab aku seorang stalker yang psiko, Nao," bisik Lin lalu mengilai ketawa.



Buat kali terakhir Lin menekup wajah Nao. Didekatkan wajah mereka berdua. Nao melihat riak muka Lin yang berubah. Lin mula menjadi amat sedih. Air mata menitis dipipi.



"Last long my love towards you. I wanna love you till the end of my life."



"Aku tetap akan cintakan kau walau apa pun yang terjadi pada kau, Nao."



Tiba-tiba kedengaran bunyi das tembakan yang kuat. Riak wajah Nao mempamerkan perasaan terkejut. Terbeliak matanya melihat Lin. Terpercik darah daripada mulut Nao ke wajah Lin. Pada waktu itu, Lin tidak lagi bersedih seperti tadi. Sebaliknya dia tersenyum lebar kepada Nao.

Dengan gembiranya Lin menolak dahi Nao dengan kuat. Badan Nao yang mula kaku serta dilumuri darah terjatuh ke atas tilam yang bersepah. Disebelahnya terletak telefon bimbitnya yang bercahaya.

Ketika Lin ingin meninggalkan bilik Nao, ada notifikasi daripada aplikasi twitter. Lin mengambil telefon Nao lalu memeriksanya. Satu tweet daripada Pah, teman wanita Nao.

I love you, Nao. (○ • //3// • ○)

Lin mengeluh. Tanpa berasa belas kasihan, dia pun mencampakkan telefon Nao ke atas lantai sehingga berkecai. Tiada lagi notifikasi masuk. Aman hidup dia seketika. Dasar betina tudung labuh tak sedar diri! Harap je alim tapi kat belakang pengecut gila!


"Sial punya betina. Fuck diri sendiri sudahlah."

Kini Nao sudah menamatkan kehidupannya dengan cara yang begitu sadis. Dibunuh oleh peminat sendiri yang psiko. Salah dia juga, tidak menerangkan situasi yang sebenar kepada Lin. Sebaliknya terus mengelakkan diri. Berhenti menggunakan Instagram kemudian beralih kepada Twitter.

Lalu disitu jugalah berputik cinta diantara Nao dan Pah, budak sekolah yang tidak sama darjat dengan Lin.

"Kalau macam ni pengakhiran cerita ini, maafkan aku Nao. Tapi kau dah banyak sakitkan hati aku."

I loved you.

-----

Tamat: 18/4/2020



MEMORI - BALKONI - PUISI - STALKER - [X]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro