sunyi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku senantiasa merasakan ada sesuatu yang menghalang aku daripada mencurahkan idea yang terpacul di dalam kotak mindaku. Aku mati akal. Apakah aku sedang mengalami situasi ketandusan drama yang seringkali merobek jiwa dan ragaku? Ataupun coretan kehidupan aku semakin membosankan kerana hampir setahun aku mengasingkan diri di negara orang? Aku tidak faham. Tiga tahun lalu, pernah sekali aku menjadi telinga kuali akan perbualan ibu dan kawan sekolah rendahnya terdahulu. Kawannya berkata bahawa anak lelakinya baru sahaja menamatkan pelajaran di sekolah menengah. Bapaku dengan lantangnya berkata, "Lelaki kalau dicampak ke mana-mana boleh saja bermandiri." Semenjak itu inkuiri aku membuak-buak jika aku kelihatan seperti anak lelaki kepada bapaku. Adakah aku masih mampu untuk menunaikan impian bapaku yang sememangnya terbelenggu di dalam hatiku sejak aku berusia lima tahun? Aku tidak tahu. Setiap malam aku beradu dengan berselimutkan kesunyian yang tiada penghujungnya. Kedua-dua telinga aku tidak mampu menanggung kebingitan yang terhasil daripada suasana sepi kamarku. Aku ingin sekali tidur dengan nyenyak tetapi aku tidak berdaya. Aku senantiasa terjaga daripada tidur dengan bermandikan lautan keringat. Degupan jantung aku meningkat secara drastik. Hasilnya, aku memulakan hariku dengan mengalami gelap mata. Tidak dapat dinafikan, aku dan ketakutan sememangnya berpisah tiada. Aku sesekali tidak mahu kehilangan upaya penglihatan walaupun sesaat pun. Aku tidak mahu. Dunia aku hancur jika aku tidak dapat melihat keindahan warna disekelilingku. Cukup sudah batinku terseksa memadam hasrat yang mustahil untuk dimakbulkan. Kerana aku percaya bahawa aku hanyalah satu tempat persinggahan yang tidak membawa makna mendalam di dalam coretan kehidupan sesiapa pun. Meskipun sehingga kini, aku masih terbayang akan lautan pupil matamu yang galak membesar dikala bulan mengambang. Aku tidak berdaya untuk menanggung natijah terburuk perpisahan ini. 

● 14/6/2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro