Hotel bab II

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Angin sejuk menampar kulit terus serap ke tulang hitam membuatkan di antara mereka menggigil kesejukan. Begitu dingin. Suasana yang gelap gelita di susuli bunyi-bunyian binatang dan deruan ombak sedikit sebanyak menambahkan lagi keseraman.

Anaqi, Shahir, Azwan, yazid
Luna, Nina dan Qaisara. Masing-masing berjalan dengan penuh berhati-hati. Sesekali Yazid menoleh ke belakang dengan lampu suluhnya.

Tap! Tap! Tap!

Kedengaran bunyi air jatuh menitik.

Luna, Nina dan Qaisara. Sesekali menggosok tangan untuk mengurangkan kesejukan.

"Okey guys... kita berpecah dua kumpulan atau ada yang nak gerak slow check satu bangunan ni?" soal Anaqi sambil memandang kawan-kawannya.

"Aku nak naik tingkat tiga. Siapa nak ikut aku?" tanya Azwan.

"Aku ikut Anaqi," ujar Nina membuat keputusan. Dia menarik nafas perlahan. Dia memandang Luna dan Qaisara.

"Aku tak kisah mana-mana je," balas Luna sambil mengangkat sedikit bahu ke atas dan dia jatuhkan kembali.

"Aku ikut kau bro. Qai, ikut Shahir la. Yang lain tu ikut Azwan, okey tak?"

"Okey." Mereka membalas serentak.

Masing-masing menunju ke tempat yang mereka ingin terokai.

"Kenapa bangunan cantik ni, terbiar eh?" soal Luna kepada dua orang kawannya.

Yazid dan Azwan yang sedang suluh sana sini, terhenti seketika perbuatan mereka.

Luna menyuluh rambang sehingga cahaya lampunya jatuh tepat pada susuk lembaga yang berdiri di situ. Apabila dia memandang lembaga itu hilang.

Azwan berpusing menoleh ke arah Luna. Dia terkejut. Tetapi cepat dia menenangkan diri. Azwan membisik sesuatu kepada Yazid dan mereka bergerak seperti biasa.

"Dulu bangunan ni sebuah hotel mewah. Pemiliknya ingin untung banyak dengan menggunakan khidmat jin. Apabila tuan dia tidak tahan beri makanan dan darah segar dia setiap hari pada belaan dia, belaan tu marah dan akhirnya makan tuan dia balik. Mayat tuan dia ditemui tergantung di depan pintu masuk hotel oleh staff dia."

Diam.

Hihihi... hihihi...

Kedengaran suara kanak-kanak ketawa dan berlari.

Luna menyuluh laju ke arah yang dia dengar. Tetapi... alangkah terkejutnya dia apabila melihat lembaga yang dia suluh tadi, kini berada di sebelahnya.

"Tenang je Luna... dia tak boleh apa-apakan kita. Kerana kita kuat dari dia. Kita lagi sempurna dari dia," pesan Azwan yang sudah berdiri di depan Luna.

"Tak cukup dengan tu, anak isteri tuan dia juga dibunuh dalam hotel ni tetapi oleh orang lain yang sakit hati dengan pemilik hotel ni. Isteri dia dirogol berulang kali dan disiat kulit badan wanita itu..."

Azwan menarik nafas. Kemudian dia sambung cerita.

"Selepas itu, isterinya dikerat tubuhnya dan dicampak dalam tab mandi di salah satu bilik hotel ni. Anak perempuan dan lelaki ditikam dan dikelar leher selepas diseksa."

Luna menutup mulut. Tragisnya kematian mereka.

"Pembunuh tu macam mana?" soal Luna dengan keinginan untuk tahu apa yang berlaku seterusnya.

"Polis sampai sekarang tak mereka. Hairan juga. Tapi sebab tulah hotel ni ditutup selepas seorang demi seorang pelanggan diganggu teruk. Dan ada kubur berdekatan di belakang hotel ini dipercayai kubur keluarga ni."

Luna terdiam lama.

"Macam mana kau tahu dengan terperinci eh?" soal Luna kehairanan.

Azwan tersenyum senget. Dia yang membelakangkan Luna. Hanya memusingkan kepala menghadap gadis itu dengan wajah yang begitu mengerunkan. Luna terkejut dan menapak kebelakang sambil menjerit.

"Azwan..."

"Akulah pemilik hotel ini."

Luna akhirnya pengsan tidak sedarkan diri.

****

Azwan merasakan aura negatif berdekatan dengannya. Dia mula membaca sepotong ayat al-Quran.
Sesekali mata dia melingas ke kiri dan ke kanan.

"Luna... kenapa kau diam je dari tadi? Biasa kau banyak mulut," sakat Yazid dengan gelak kecil.

Yazid dan Azwan berpandangan apabila mendengar degusan nafas dingin dan kasar.

"Masa bila pula, kau masuk dalam tubuh dia ni." Yazid meraup muka kasar.

"Dah tahu ke?"

Hihihi hihihi

####

Hye guys saya taip sampai sini je dulu, mana yang sempat.

Enjoy ❤️










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro