kacau 2 👻

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kacau sebelum ni, sebenarnya ada kisah yang berlaku. Tapi, pada adik lelaki. Pemilik sebenar bilik yang akak duduk lepas adik lelaki dah kahwin tak duduk rumah mak. Bilik adik depan sekali dekat dengan pagar rumah, sebelah bilik dia. Bilik aku. Huhuhu.

Kejadian berlaku dalam pukul 12 tengah malam ke atas. Masa ni, aku tidur dekat luar atau tengok televisyen. Aku pun lupa sebab dah lama. Kakak aku ada empat orang, yang bersama dengan aku baring dekat ruang tamu. Kakak aku nombor empat dengan dua orang anak dia. Lepastu, aku masuk bilik adik-adik perempuan aku dekat dapur sebab bilik aku kakak aku nombor dua dengan suami dia tumpang tidur.

Aku pusing ke kanan, ke kiri. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa tak boleh nak lelap. Rasa panas dan tak selesa. Aku pejamkan juga mata, tidur lambat nanti esok lewat pula bangun.

Baru ingin dibuai mimpi, tiba-tiba aku terdengar bunyi enjin motor yang kuat. Walaupun, jauh telinga aku ni lain sikit. Tengah tidur pun boleh dengar orang bercakap. Tapi, nak balas balik memang aku tak berdaya. Ngantuk!

Masa kejadian ni, adik lelaki aku belum kahwin lagi tau. Dia baru kahwin tahun ni. Jadi, aku fikir kawan-kawan dia la datang rumah ajak dia melepak. Kadang-kadang dekat kedai tak pun rumah kawan dia tulah. Dalam hati aku.

'Tak ada kerja ke lepak tengah malam-malam buta. Tak mengantuk ke?' bisik aku dalam hati.

Bunyi enjin tu tetap masih kedengaran. Kening aku berkerut. Mata aku tak nak buka!

Entah macam mana, aku tertidur. Tak lama tu, telinga aku menangkap suara orang bercakap-cakap disusuli dengan bunyi surah yassin dalam telefon entah siapa.

Aku yang bersama dua orang adik atas katil tidur berhimpit. Kaki adik bongsu aku yang berada di atas perut aku. Aku tolak sekuat hati.

"Berat macam gajah," gumam aku perlahan.

Tombol pintu aku pulas. Daun pintu aku kuak sedikit.

Dari celah ruang itu, aku nampak mak dengan riak wajah cemas. Air di tangan di sapu seluruh wajah adik lelaki. Aku pandang adik lelaki aku yang sedang menunduk dengan satu badan menggeletar.

'Apasal ni?'

Aku lihat surah yassin masih berkumandang. Aku angkat bahu dan tutup pintu, sambung tidur semula.

***

Esok pagi tu, tiba kakak-kakak aku rancak berbual. Kening aku bertaut.

"Asal?" tanyaku.

"Semalam tengah malam Teli kena 'kacau'," jawab kakak aku Aina.

Binggung.

"Siapa pula kacau dia?" soalku aku blur.

"Hantulah bodoh! Pagi-pagi dah loading," kutuk akak long.

Aku menjeling.

"Eh, lahabau. Dah kau orang tak cerita dari mula mana aku tak pening. Cuba cerita dari mula, hawau. Haaa... nak dengar."

Aku membalas dengan nada geram berserta gurauan.

"Cerita dia macam ni," ujar dia sambil memandang kami berdua.

Aku tarik kerusi duduk bersebelahan dengan kakak sulung aku. Di depan aku kakak yang di panggil Nur.

"Malam semalam aku tidur dengan anak-anak aku dekat depan (ruang tamu) kan?" soal Nur.

Aku dengan along angguk kepala.

"Aku tersedar pukul 1 lebih pagi atau dua pagilah macam tu sebab bunyi motor. Aku ingat kawan dak Teli! Jadi aku pun tidurlah balik. Tak lama lepastu, aku dengar pintu rumah kena ketuk berkali-kali. Kuat pula tu.

Aku yang tidur depan pintu terjagalah. Aku buka Teli terus berlari ke dapur. Dia datang balik dekat aku tanya ada muat turun surah yassin tak? Kalau ada bagi dekat dia. Aku pun bagilah.

Aku tengok badan dia menggigil. Aku tanya dia kenapa? Dia geleng kepala, tunduk je kesat air mata. Aku panggil mak. Baru dia buka cerita."

Nur berhenti sekejap minum air. Aku dengan along tak sabar menunggu cerita seterusnya.

'Apa yang aku dengar, Nur pun dengar? Cuma bezanya, dua-dua malas nak bangun,' desis hati aku.

"Kau nampak apa dik?" tanya mak dengan nada risau.

Teli menggengam kedua belah tangannya erat. Bibir menggeletar. Nafas termengah-mengah dia cuba untuk menenangkan hati. Sesekali dia menoleh ke arah mak.

"Orang ( bahasa diri) tengah tidur. Terjaga sebab dengar bunyi motor kuat depan rumah..."

Macam motor lama bunyi bising sangat-sangat tu. Kau orang boleh bayangkan kan? Kalau tulis bunyi motor tu kang entah apa spoil pula seramnya kan. Jadi kau orang fikirlah macam mana, eh? Lagipun  satu kau orang, bilik adik ni dekat luar. Dulu bilik dia beranda luar dekat halaman mak aku cuma tambah pintu kaca ( slinding door) keluar bilik dia memang sebelah pagar rumah la. Jadi dia memang boleh nampak jelas dekat luar rumah kereta lalu lalang ke orang datang ke. Balik pada cerita adik aku.

"Orang bangun pergi jengah dekat pagar. Tengok tak ada pun motor. Toleh ke kanan tak ada. Orang nak masuklah dalam bilik semula. Bila orang pusing je tiba-tiba benda tu depan mata. Orang cepat-cepat lari dekat pintu nak masuk dalam. Sebab dah takut sangat, sampai nak buka pintu tak boleh. Orang tepuk-tepuk je sampai dak ain buka."

"Allahu... macam mana rupa dia dik?" tanya mak lagi.

"Rupa dia teruk sangat," jawab adik.

Selepas itu, aku dapat tahu adik aku tidur dalam bilik mak aku selama satu minggu. Sebab dia pun demam lepas tu. Dia dah okey dia tidur semula dalam bilik dia dengan kawan baik dia yang rela hati teman. Sebab risau.

Kisah sebelum itu, adik aku dengan abang aku tak percaya jin-jin ni. Sampailah kena batang hidung sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro