Kisah 'Anak kucing'

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku  bekerja di sebuah pasaraya hypermarket. Pada suatu malam, ketika waktu kerja aku sudah tamat pada jam sepuluh malam.

Namun, aku keluar hampir pukul sebelas malam selepas mengemas semua barang-barang. Kebanyakan kawasan sudah tiada orang dan sunyi. Kerana yang bekerja waktu malam tidaklah begitu ramai.

Sewaktu ingin keluar dari bangunan mall itu, aku jalan keseorangan kerana rata-rata teman aku sudah pulang terlebih dahulu. Aku sudah terbiasa bersendirian.

Aku  berjalan di laluan yang sering aku gunakan ketika pulang dari kerja. Suasana memang sunyi sangat-sangat dan angin malam rasa tenang dan sejuk je. Tapi malam ni, rasa macam hati berat dan keadaan lain dari yang lain.

Aku berjalan dan terus berjalan di temani cahaya lampu jalan yang aku rasa macam romantik sebab malam dan tak adalah terang mana. Hmmm. Aku berjalan sambil memikir masalah yang aku tanggung seorang diri. Tiba-tiba... aku terdengar suara sayup kucing menangis tapi bunyi dia agak pelik. Entah susah untuk aku jelaskan.

Mula-mula tercari juga mana arah bunyi tu. Lepas macam dah ternampak bayang tu, pergilah dekat kucing tu. Bila nak dekat dengan tempat tu, rasa gementar tubuh badan. Menggigil. Tangisan dia mendayu-dayu je dengar. Tak fikir apa terus ambil bawa balik rumah. Dalam kepala aku, aku kesian kucing ni dah la masih bayi lagi, kecil pula tu.

Hairan ada la sikit, tapi biasalah tu. Sebab sepanjang perjalanan aku nak balik. Anak kucing tu menangis je tak henti-henti. Mata tertutup tak buka. Macam tengah tidur.

                              ****

Keesokan hari...

Budak-budak mall terpandang batang tubuh aku yang masuk shift petang yang lalu depan dia orang. Waktu itu, mereka sedang rehat segelintir la. Lagi beberapa orang masih kerja. Aku perasan la juga, masa aku lalu dia orang diam je tak bersuara. Biasa ada jugalah tegur-tegur aku. Pandangan dia orang pun pelik. Macam nampak hantu. Aku tak tahu masa tu. Ini apa yang dia orang cerita balik masa aku tak sedar apa yang berlaku pada aku waktu kejadian. Kata dia orang.... bila tengok aku, bulu roma dia orang merinding tegak! Seram sejuk rasa. Ada juga yang terkejut sebab nampak sesuatu yang orang lain tak nampak!

Aku berjalan ke loker kerja. Hendak letak barang-barang berharga aku, sebelum masuk kerja. Belum sempat sampai, aku terasa  kepala aku berat dan teramat sakit. Akhirnya pandangan aku menjadi gelap dan aku rebah tidak sedarkan diri.

                        💀💀💀

Situasi lain...

Dari tadi aku memerhatikan kelakuan dia. Seperti ada yang tidak kena sahaja. Sehinggalah, aku melihat Safa jatuh melorot dan pengsan. Aku panik. Aku berlari memanggil kawan-kawan aku yang lain dan meminta bantuan. Mereka membawa aku ke sebuah ruang yang tidak digunakan dalam mall itu, tetapi bersih. Ada beberapa orang lelaki di dalam bilik itu juga dan Pak Akob security mall tersebut. Rawatan paling cepat adalah mereka memanggil Pak Akob yang boleh la sikit-sikit tolong jika berlaku seperti kejadian seperti ini.

"Assalamualaikum," ucap Pak Akob dengan senyuman.

Aku diam tak menjawab salam. Aku mendengus kasar.

"Engkau jin islam ke jin kafir?" soal  Pak Akob.

"Kafir,"

"Keluarlah dari badan budak ni,"

"Aku tak mahu! Dia telah mengambil hak aku!" balas Safa dengan tangisan mendayu.

"Bismillahirahmanirohim..."  dan setelah habis bacaan. Pak Akob mula bertanya kepada jin yang merasuki tubuh badan aku.

"Kenapa kau menggangu manusia? Wahai syaitan yang di lakhanat Allah," tanya Pak Akob dengan nada tegas.

Aku merengus.

"Pulangkan!" jerit aku lantang.

"Pulangkan apa?" soal Pak Akob dengan nada pelik.

"Hak aku! Milik aku!" kata aku lagi.

"Hak apa? Milik apa?" soal Pak Akob
kepelikan. Kami juga tertanya-tanya dan pelik dengan apa yang telah aku lakukan.

"Dia ambil bukan hak dia, itu hak aku." Semua dekat situ dah terdiam. Masih tak faham apa yang berlaku.

"Hak apa? Diambil?" tanya Halijah dengan muka berkerut.

Aku mendengus kasar.

"Anak kucing! Pulangkan!" pintaku dengan nada separa menjerit. Mereka berpandangan sebelum mengambil keputusan untuk ke rumah Safa mencari anak kucing yang dikatakan oleh makhluk halus itu.

Bersambung...

675 words

Hye guys sorry saya dah edit semula. Fuhh jenuh nak tulis balik. Huhu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro