Main cak- cak?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada malam rabu seperti yang di janjikan, Fikri datang membawa sepupu dan rakannya datang ke rumahku.

"Kami datang lambat sikit," ujar Fikri dalam talian. Ketika menghubungi aku.

"Boleh je. Tak apa lagipun saya boleh siapkan apa yang patut dulu." Jawabku pada Fikri.

"Baik- baik. Assalamualaikum." Ucap Fikri. Aku hanya menjawab salam dalam hati.

Aku melepaskan perasaan lega. Tidak la penat terkejar- kejar sangat. Aku pun baru pulang dari kerja.

Baik semuanya dah siap. Aku melihat jam menunjuk ke angka sebelas malam. Aku buka aplikasi wassap.

"Mana?" Chat aku hantar kepada Fikri.

"Dekat Sungai Siput." Balas Fikri pada chat tersebut.

Aku segera masuk ke bilik memakai tudung. Keluar dari bilik, ayah bertanya...

"Mana kawan- kawan kau tu?" tanya abah sambil memandang tepat pada wajahku.

"Dalam perjalanan, dekat Sungai Siput."

"Jauh."

"Dia orang bukan orang sini." Balasku pada abah.

Selepas beberapa minit, bunyi notifications personal masuk. Aku membuka chat tersebut.

"Kami dah sampai."

Sejerus itu sebuah kereta meluncur laju di hadapan mata aku.

"Abah! Dia orang dah sampai," ujarku pada abah.

Kami sama- sama berdiri di hadapan pintu rumah menyambut tetamu.

"Assalamualaikum..." ucap Fikri dan rakan- rakannya.

Abah dan aku serentak menjawab salam.

"walaikumusalam, masuk- masuk," pelawa abah menjemput mereka masuk.

Aku tersenyum kecil.

"Nak mula rawatan atau borak dulu?" soalku kepada Fikri dan yang lain. Anak mataku  memandang tiga orang rakan itu silih berganti.

Mereka berpandangan sebelum Fikri menjawab pertanyaanku.

"Kejap lagi la, biar kami borak-borak dengan pakcik dulu.

                  ****

Lima belas minit kemudian...

"Okey, mana mak?"tanya Fikri.

"Dekat dalam,"jawabku.

Aku menunjukkan  mak aku yang sedang terbaring di atas tilam depan ruang tamu. Lately ni mak kurang sihat sikit. Pergi hospital doktor kata tak ada apa-apa pula. Fikri duduk tidak jauh dari mak. Lalu dia duduk bersimpuh dan membaca sesuatu yang aku tidak dengar langsung.

Aku yang rasa berdebar.

Aku pergi ke arah Zakwan. Aku memandang dia sebelum bersuara berbisik.

"Ermmm, masa..."

Jeda

"Masa masuk tadi... tak nampak apa-apa ke?" tanyaku penuh berhati-hati.

Ketika itu, Zakwan sudah menoleh dan menunggu bicaraku sehingga selesai. Selepas aku selesai berkata, dia membalas.

"Tak ada pula, tak pasti pula pada yang lain," balas Zakwan perlahan dia berfikir sambil tangan disilang rapat ke dada.

Aku berpaling melihat angah di luar yang dari awal sebelum masuk dia tak terus masuk, dia berdiri dan membaca sesuatu jika ada gangguan yang duduk di luar.

Jika nak fikirkan dekat luar tu memang banyak sangat lalu lalang, tetapi 'mereka' tidak kacau pada manusia di rumah ni, melainkan yang dihantar.

Angah masuk ke dalam dan berdiri di sebelah Zakwan. Dan Fikri juga sudah selesai dengan bahagiannya, mara ke arah kami. Ayah aku tetap di sebelah aku bersama. Ketika di rumah hanya aku, ayah dan mak sahaja.

"Makcik..." panggil Fikri. Aku mendekatinya dengan mengesot sedikit, malas mahu bangun. Tak jauh pun sebab kita orang tengah duduk. 'Makcik' itu terjadi atas gelaran 'pakcik' yang aku berikan kepada Zakwan dan Fikri dan mereka membalas pada aku semula dengan panggilan 'makcik'. Biadap betul budak-budak ni 😂

Aku menyoal dalam isyarat.

"Ambil air ni bagi mak minum satu gelas," arah Fikri.

"Sekarang?" balasku dengan mata membulat merenungnya.

"Kejap lagi ke, tunggu mak bangun nanti, bagilah." Ujarnya lagi.

"Okay," balasku.

Ketika itu, tiba- tiba mak bangkit dan sedikit mengerang sambil memanggil ayahku. Dan saat itu juga, tiba-tiba angah meluru keluar dari rumah? Aku? Kepala ke kiri dan ke kanan menoleh hendak tahu apa yang berlaku dan apa yang angah nampak.

Hati makin berdebar. Jam menunjuk pukul 12 tengah malam, mata masih segar.

Aku menuang air dalam cawan dan memberikan mak minum semasa di dapur. Selepas itu, aku berlari ke ruang tamu meninggalkan ibu sebentar untuk mengetahui apa yang aku terlepas, sebab mereka ni susah betul nak buka mulut!

Kami berempat dari luar dengar bunyi mak muntah. Aku risau berlari ke dapur.

"Mak okay tak?" tanyaku.

Dia menganggukan kepala.

Aku ke depan semula.

"Apa korang nampak, cakap la!" gesaku

Mereka bertiga memandang sesama sendiri. Aku melihat tanpa melepaskan pandangan. Masih sabar menunggu suara emas keluar dari mulut mereka. Akhirnya angah bersuara.

"Dia macam mana eh, nak cakap pun tak pasti. Tapi..."

Dup dap dup dap

"Tapi apa?" soalku.

"Tadi... Masa masuk dan duduk... memang tak rasa apa-apa..."

Jeda

Kami berempat sedia mendengar dengan penuh debaran.

"Tapi... masa mak bangun, ada susuk lembaga tengah peluk mak dari arah belakang,"

"Kau nampak tak Zakwan?" tanya angah kepada Zakwan.

"Nampak juga..."

"Hah! Apa dia?" soalku dengan nada terkejut.

'Seramnya! Macam mana nak tidur malam ni...' tangisku dalam hati.






744 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro