Siapa Budak Tu?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kejadian ni berlaku masa aku kecil lagi, waktu aku sekolah rendah. Masa ni kakak sulung aku nak kahwin dia orang berbincang dekat luar daripada ruang tamu. Kira macam depan halaman la. Nampak la orang lalu lalang depan rumah.

Mereka borak sampai ke senja nak maghrib masa tu. Aku pula duduk depan pintu ruang tamu dan menghadap ruang luar, pintu pagar dan halaman luar di mana ayah parking kereta dia.

Dia borak aku hanya mendengar. Along, angah, Ain atas aku setahun dan mak. Tak silap aku yang menghadap aku kakak sulung aku atau mak lebih kurang macam tulah, aku ingat-ingat lupa sebab dah lamakan.

Sesekali aku pandang la juga muka dia orang, bila ada terselit lawak. Dalam masa dia orang bercakap sambil tergelak-gelak. Mata aku tak berkalih memandang halaman rumah. Aku ada nampak seorang budak kecil, macam tak berbaju. Aku ingat dia nak balik rumah dia, lepas itu, dalam hati aku berkata-kata.

'Mak ayah dia tak marah ke keluar senja-senja ni? Tak takut?' monolog aku dalam hati.

Aku lihat dia jalan dan tunggu melepasi kereta ayah. Aku tunggu lama kot, sampai tak berkelip mata. Biasa 60 saat je dah lepas boleh nampak orang dari dalam rumah. Masalahnya sampai 1 minit ke atas aku tunggu sehingga azan pun dilaungkan dari masjid dekat sangat dengan rumah aku. Tak muncul-muncul budak tu.

Pelik!

Kami semua masuk ke dalam. Mandi mana yang nak mandi dan solat bagi yang boleh solat. Selepas kejadian itu aku hanya mendiamkan diri dan buat tak tahu. Aku anggap itu hanya ilusi.

Sehingga la, hari berganti hari, malam berganti malam, bulan berganti bulan. Detik itu, aku tak pasti along dah kahwin ke belum ke selepas dia kahwin baru apa yang aku lihat itu adalah benar.

Wei, budak tu aku tak nampak dia sebab, dia dah masuk dalam badan along! Aku tergamam masa dia orang kata along histeria, meronta-ronta dan maki hamun mak ayah dan suami dia yang sekarang ni.

Bergegaslah makayah bawa ke kampung rumah nenek sedara yang pandai dalam bidang-bidang gini la.
Masa tu, semua dekat dalam aku tengok mak ayah abg ipar aku pegang along yang mengamuk. Kekuatan dia luar biasa. Awalnya aku si budak kecil ni kalau kena teranjang confirm terpelesuk dekat bawah katil  atau dapur nenek sedara aku. Aku matikan niat. Berjalan mengelilingi dia orang sebab tak nampak apa berlaku terlindung dek huru hara. Ha ha. Macam kepoh je aku waktu kecik-kecik.

"Keluar kau! Keluar!" marah nenek sedara. (Aku lupa nama arwah ha ha ha).

Nenek sambil pegang ibu jari kaki along dan tekan kuat sambil baca ayat. Along mengerang kemarahan dan adakala merayu.

Aku taip balik ni rasa meremang balik. Ha ha ha.

"Aku tak nak keluarlah bodoh!" marah along.

"Orang tua bodoh!" pekik along dan mendengus.

Aku masa tu kurang faham, tapi suka menyampuk dan bzybody. Aku cakap dalam hati.

'Eiii... biadapnya along ni,'

"Kau jangan kacau cucu aku! Jangan kau cabar aku," ujar nenek dengan nafas tercungap-cungap.

Kami semua kasihan melihat nenek.
Mampu tolong pegang dan tengok jelah. Aku cuba juga menyelit nak pegang, abg ipar halau. Sebab takut aku cedera.

"Keluar kau dari badan dia, jangan sampai aku binasakan kau," ugut nenek sedara.

"Tak nak! Tuan aku suruh duduk sini. Nanti dia tak bagi aku makan." Bengis muka along apabila benda itu menguasainya.

"Yam, pergi dekat luar. Ambil daun yang dikunyah kambing hitam tu," arah nenek sedara.

"Kambing? Okey Yam pergi ambil."

Sampai di pintu mak melihat arah luar dan ternampak seekor kambing hitam sedang mengunyah sesuatu di dalam mulutnya. Emak pun bergegas ke arah kambing tersebut dan menandah tangan. Kambing hitam itu, memuntahkan daun-daun yang telah dikunyah olehnya yang menjadi lumat. Mak pada awalnya teragak-agak mungkin geli, tapi fikir sebab anak perempuan dia dalam kesakitan, dia gagah juga hatinya.
Dapat sahaja terus, mak naik dan masuk ke dalam rumah papan nenek long itu.

Nenek long membaca sesuatu dan dia meletakkan dikaki along. Menjerit along kesakitan. Beberapa lama lepas itu, semuanya selesai.

Nenek long beritahu yang duduk dalam badan along adalah seorang budak seperti toyol. Masa along kahwin aku sapu rumah sebelum majlis aku terjumpa jarum atau paku kecil (tak berapa ingat) yang elok di sebalik tiang rumah  di tengah ruang halaman rumah itu. Aku ambil lalu aku tunjuk pada nenek belah mak aku, nenek suruh aku ambil limau nipis tu je ada dalam peti ais.

Dia baca. Lepas itu...

"Pergi balik pada tuan engkau, jin yang dilakhanat Allah!"

Nah lempar ke dalam sungai. Aku teragak-agak mahu ambil.

"Errkk... ba...baiklah nek," ujar aku pasrah.

Esok hari waktu majlis berlangsung. Akulah kendarat akulah pengapit pengantin. Masyallah penat wey! Dah la tak mandi ha ha ha. Pakai baju siapa entah gila besar, ah peduli apakan penting majlis jalan. Lepas tu, keadaan jadi huru hara.

"Mal! Nasi nak habis ni," ujar bapa sedara.

Ayah beritahu mak. Mak mengerut dahi. Mak pakar dalam bab-bab ni. Macam mana pula boleh habis? Orang tak ramai mana pun? Tak payah la. Lama-lama mak mengalah.

Nasi yang masak baru tu, dimasak. Dan mereka pun hendak mengambil nasi kerana pasti dah siap masak. Tetapi nasi tetap tak masak-masak. Jelatah.

Mak ke bahagian masak, hati dia gusar cuba diselindung.

"Tak apa masak la lagi. Kecilkan api," arah mak pada bapa sedara dan mak sedara. Mak bapa sedara dah pelik nasi masak punya lama tak masak-masak.

Mak menangis dalam bilik. Mak doa pada Allah dan mengadu pada nenek. Nenek minta mak sabar. Habis majlis kemas semua barang-barang maka kami dihidangkan dengan dua besen besar nasi yang jelatah. Ada juga dengar desah desus mengatakan lauk juga basi.


Tamat

931 Words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro