CAQ →29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


“ABANG okey? Tak sihat ke?”

Furqan menggeleng perlahan. Senyumannya diukir cantik di lekuk bibirnya. Bibirnya kelihatan kering.

“Abang nak minum?”

“Takpa, abang boleh turun.”

Dia menghampiri almari terlebih dahulu sebelum dia atur langkah keluar dari bilik. Bukan aku tidak sedar. Aku sedar yang dia muntah-muntah di dalam bilik air tadi.

Melihat keadaannya membuatkan aku tidak senang. Jam tergantung elok  di dinding aku kerling. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Masa ini selalunya Furqan belum balik rumah lagi, tetapi dia masih di pejabat.

Dan waktu ini aku sudah tidur dia selalu balik lewat dalam pukul 11 malam macam tu. Mungkin sibuk. Rasa serba salah mula menyinggah.

Perlahan aku turun dari katil lalu aku perlahan mengatur langkah ke arah tangga. Perlahan setapak demi setapak aku langkahkan kaki ini. Baru saja kaki aku ingin masuk ke pintu gerbang dapur, aku terdengar suara Kak  bernada risau.

“Furqan. Cuba jangan buat hal macam ni.”

“Kau boleh diam tak? Aku dah kata aku takkan buat macam tu lagi.”

“Benda tu dah lepas dah pun, Furqan.”

Entah kenapa aku rasa berdebar tatkala ini. Aku menyentuh dada cuba menenangkan detak jantung ini. Tapi tidak berjaya.

“Dengarlah nasihat aku ni Furqan.”

“Aku... aku tak nak. Benda yang lepas dah mengajar aku. Aku takkan tinggalkan isteri aku lagi. Benda tu buat aku... aku tak dapat maafkan diri aku walaupun benda tu dah lama lepas dah. Aku tak nak sia-sia cuti tu. Aku nak ada masa untuk dia.”

Sebaris ayat itu aku amati. Apa yang mereka bualkan tentang aku? Kepala aku jengulkan sedikit melihat mereka yang sedang membatu di singki. Belakang tubuh Furqan menghiasi mata aku. Dia sedang menopang tangan ke kabinet singki.

Masing-masing di situ menghela nafas berat. Entah kenapa kaki aku terasa dipaku ke lantai. Tidak mampu bergerak.

“Ab... abang...”

Dari mana aku dapat keberanian untuk mencelah perbicaraan mereka pun aku tidak tahu. Aku berjalan ke hadapan sedikit untuk mewujudkan diri aku di situ. Jelas wajah masing-masing terbungkam.

“Kenapa sayang turun? Kan abang tak bagi sayang turun sesuka hati macam tu je. Kenapa tak nak dengar? Degillah.”

Wajahnya sedikit tegang. Nada suara juga bagai mahu meninggi. Aku menahan sebak di dada lalu aku berpusing semula untuk naik. Tidak sampai beberapa anak tangga aku daki, terdengar keluhan berat dilepaskan.

“Sayang, hati-hati naik tu.”

Aku terasa lengan aku diraih lembut dari belakang. Dagu aku bergetar menahan rasa sebak. Dia menghela nafas berat lagi. Tanpa menunggu, tubuh aku kini dalam pelukannya. Akhirnya, meletus juga tangisan aku di dada Furqan. Semakin kuat tangisan aku, semakin erat pelukannya.

“Maafkan abang.”

Aku membalas pelukannya. Perlahan dia daratkan kucupan di dahi aku.

“Shh... maafkan abang.”

“Abang... jang... jangan... ma... marah... lagi.”

Sesungguhnya, hanya Allah saja tahu betapa takutnya aku jika dia marah. Ya, sungguh aku takut walaupun dia hanya berkata lembut, tetapi aura tegasnya membuatkan aku takut.

“Ka... kalau abang nak... pergi klinik, pergi sajalah. Kak Nisa’ ada, boleh teman sayang.”

“Takpa. Abang dah okey. Dah...”

Belakang tubuh aku dia usap perlahan cuba menenangkan aku.

“Kak, aku naik dulu.”

“Hmm...”

Furqan memimpin aku hingga ke bilik. Dia membalikkan tubuhnya menghadap aku. Dia sambung memeluk aku lagi.

“Abang minta maaf.”

Aku hanya mengangguk lemah dalam pelukannya. Perlahan dia menolak tubuh aku untuk duduk di birai katil. Dia melabuhkan ciuman di bibir aku perlahan.

“Tidur sayang. Esok, abang nak pergi kerja. Lusa, kemas barang kita pergi ke Pantai Nurul Qamar, okey?”

Aku mengangguk saja. Masih tergamam dengan tindakannya yang hampir memarahi aku. Selama lima bulan ini, dia sangat jarang balik rumah awal. Perangainya sedikit berubah. Ya, dia jadi seorang yang sedikit garang.

Walaupun dia hanya berkata lembut tapi penuh ketegasan, tetap aku rasakan auranya lain dari Furqan yang aku kenal.

° ° °

PAGINYA, seperti kebiasaannya aku akan menyediakan pakaian Furqan. Kejadian semalam bagai ditiup angin. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Mengingatkan perkataan Furqan semalam, membuatkan aku tidak senang duduk.

“Aku... aku tak nak. Benda yang lepas dah mengajar aku. Aku takkan tinggalkan isteri aku lagi. Benda tu buat aku... aku tak dapat maafkan diri aku walaupun benda tu dah lama lepas dah. Aku tak nak sia-sia cuti tu. Aku nak ada masa untuk dia.”

Isi pipi aku gigit perlahan. Rasa serba salah, bercampur baur dengan perasaan takut dan tidak sedap hati. Ya Allah, apa rasa ini? Petanda apa yang kau mahu tunjukkan pada aku?

“Maya?”

Perlahan aku mendongak memandang Kak Nisa’ yang membawa dulang masuk ke dalam. Sejujurnya, aku rasa seperti melayan kakak ipar aku ini seperti orang gaji. Kesian dibuatnya. Ada pernah aku rasa teringin sesuatu, terpaksa dia batalkan usrahnya dan digantikan dengan Naqibah yang lain.

“Terima kasih kak.”

“Sama-sama. Jangan lupa makan. Nanti anak buah akak kurus nanti. Nak bagi dia gemuk kedempol macam Furqan time kecil-kecil dulu. Tembam!”

Ruangan bilik aku yang sedikit suram tadi menjadi meriah apabila kehadiran Kak Nisa’ mula menyerikan suasana bilik ini. Dia juga berlagak seperti biasa. Tidak ada tanda yang dia marah ataupun terkilan dengan tengkingan Furqan semalam.

Tawa kami terhenti. Suasana senyap kembali. Aku menoleh ke arah Kak Nisa’ yang merenung aku dari atas ke bawah.

“Err... oh ya kak. Semalam tu kan, kenapa akak marah Furqan?”

“Oh... dia tu la. Dah nasihatkan pergi klinik, tak nak dia.”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia sakit kepala je.”

“Sakit kepala?”

Dahi aku berkerut seribu. Setahu aku selama lepas balik dari Johor itu, mana ada dia menyuruh aku untuk mengurut kepalanya seperti selalu. Dia tidak mengadu dia sakit kepada pada aku. Entah kenapa aku dapat rasakan dua orang insan dalam rumah ini sedang ‘mengghaibkan’ sebuah rahsia dari pandangan aku.

Aku cuba menenangkan diri supaya otot pada wajah aku tidak memberi kerutan di dahi Kak Nisa’. Mungkin sakit kepala itu adalah sakit kepala biasa kerana Furqan banyak bekerja.

° ° °

“Abang... abang nak sayang urut kepala ke?”

“Takpa. Abang okey.”

Aku hanya memandang tingkahnya yang sedang mengemas bilik. Aku risau kerana wajahnya itu kelihatan sangat letih. Legam di bawah matanya semakin ketara. Wajahnya lesu dan penat.

Manalah tak nampak letih? Pagi sehingga petang pergi kerja, balik saja sudah melayan aku dan kemas barang sedikit. Sesudah itu, terus saja nak pergi Johor.

Malam ini, aku, dia dan Kak Nisa’ sedia untuk bertolak ke Johor terlebih dahulu sebelum ke Kelantan kerana aku baru tahu yang dia juga mengajak adik mama dan abangnya itu sekali.

Lebih ramai, lebih meriah katanya. Jadi, aku hanya mengiakan saja. Boleh Furqan rehat dulu di rumah mama sebelum bertolak ke Kelantan. Risau aku dibuatnya. Aku nampak wajahnya mencuka apabila bersembang dengan Kak Nisa’. Aku tak pernah nampak mereka berperang dingin seperti itu.

“Abang...”

Aku menegurnya apabila matanya hampir tertutup. Mata aku pula jatuh kepada tangannya yang seperti mencengkam pemegang gear. Dari tadi sengaja aku letak tangan kanan aku seperti menadah air itu, tetapi masih dia tidak pandang dan tindakannya yang aku inginkan tidak dilakukan.

Dia sudah tawar hati ke dengan aku? Dia tidak ikhlas ke membawa aku berjalan-jalan? Kenapa semua benda buat terlalu terburu-buru? Tangan aku dipandang kosong. Selalunya, dia akan menyulam tangannya ke tangan aku.

Wajahnya yang lesu aku perhatikan.

“Abang... kalau abang ngantuk... berhenti dulu kita tidur du...”

“Takpa. Abang okey.”

“Tapi... abang nampak...”

“Abang kata, abang okey. Faham tak?”

Tersentap. Bibir aku kemam kuat, menahan gelodak sebak yang menghentam kuat perasaan aku kini. Bersusah payah aku menahan esakan, tetapi air mata tetap jatuh ke pipi, lesu. Pandangan Furqan yang tegang tadi, berubah lembut.

“Furqan, berhenti sekarang. Biar akak yang bawak. Dah berhenti Furqan.”

Furqan akur. Dia memakir kereta di tepi jalan. Dia mengeluh berat lalu pandangannya dibuang ke arah aku. Pipi aku yang sudah dinodai air mata itu dikesat dengan ibu jari kasarnya.

“Maafkan abang. Abang...”

Aku menarik wajah aku lalu memandang ke arah luar tingkap. Aku teruskan menangis apabila dia sudah keluar dari tempat memandu. Esakan aku semakin kuat. Mata aku pejam rapat menahan air mata yang berpusu-pusu ingin keluar.

Lain, Furqan yang ini lain...

Dia tidak selembut dulu. Dia tidak pernah meninggikan suara kepada aku, tetapi beberapa hari ini aku banyak terkesan pada dia. Terasa hati. Kenapa Furqan begini?

Terasa ada tangan memeluk aku dari belakang. Tangan kiri kekar itu membelai perut.

“Maafkan abang, sayang.”

Aku tidak menjawab. Sebaliknya, aku mengucup perlahan tangannya yang melingkar di atas dada aku. Telapak tangannya aku kucup beberapa kali. Kak Nisa’ mengambil alih pemanduan. Aku sulam tangannya dengan tangan aku.

Aku tak nak marah dia. Walaupun emosi aku kini tidak stabil. Aku tidak mahu keseronokan ini menjadi detik sayu dalam hidup aku. Sepatutnya aku harus bergembira tatkala ini. Akan tetapi, perubahan Furqan merubah segala aura positif di sini membuatkan aku takut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro