Part 9 - Gaduh lagi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Annoying gila Chan ni, agaknya kalau jadi Min, awal2 dah pegang gunting 🙈

Part 9 : Gaduh lagi

‘ABANG Haikal kena terbang Jumaat ni ya?’

Send.

Ni kira gamble je. Gamble tak gamble, jantung aku berdegup kencang. Nervous sampai berpeluh sakan. Televisyen di depan mata bagai tak wujud walaupun pelakonnya memang aku minat gila-gila. Ungku Ismail tu. Tapi demi Abang Haikal...

Telefonku bergetar. Mataku membulat.
Oh em ji! Dia balas mesej aku! My crush balas mesej, adoi rasa nak menangis pula apabila nama dia muncul di notification whatsApp.

‘Ya, Abang Haikal flight awal sikit Jumaat petang. Kena pergi awal sebab ada urusan kat sana...’

Aku tahu dah, Fida cerita pasal abang dia nak cari rumah sewa dan kereta sewa siap-siap sebelum masuk kerja dua minggu lagi.

Tanganku laju menaik dan menghantar balasan. ‘Ya ke? Good luck Abang Haikal. Kalau free nanti Min hantar abang sekali ke KLIA. Lagipun Fida ajak Min pergi KLIA hantar Abang Haikal, sekali shopping di KL.’

Tersengih lebar tak ke sudah aku apabila dia balas ‘okey’ tak lama lepas dia baca whatsApp aku tadi.

“Sengih apa?”

Tak sempat aku menoleh untuk melihat siapa empunya gerangan suara, telefon pintar di tanganku diambil seseorang dari arah belakang.

“Baca apa?” soalnya lagi. Matanya terarah ke skrin telefonku.

“Jangan baca mesej orang, lah!” Aku menjerit gara-gara panik. Sejak bila pula Chan ni ada kat belakang aku?

Dia mengangkat kening apabila aku cuba menggapai telefonku yang ada di tangannya.

“Jaga kalau baca, saya bagitahu mak ngah yang awak menceroboh hak saya!” ugutku.
Benci betul aku dengan budak ni. Tak boleh ke dia jadi baik sikit? Kerjanya asyik nak pedajal aku je.

Tapi macam biasalah, Chan dan Azmin mana pernah seiring sejalan. Selamba katak dia scroll mesej aku dengan Abang Haikal. Siap tayang senyuman sinis lagi sebab aku tak mampu nak capai telefon dari tangannya.

Cubalah aku ni tinggi sikit!

“Hmmm, eloklah. Buat skandal sebelum kahwin. Bercita-cita nak jadi isteri derhaka ke?” Dia herotkan bibir, sengaja membakar jiwaku.

“Excuse me, sayalah bakal isteri mithali. Tapi bukan dengan awak ya. Sorry sikit!” Aku mengambil bantal di atas sofa dan aku cepuk dia berkali-kali.

Tak lama lepas tu, Chan campak telefonku ke atas sofa. Tapi sebab aku terlalu ganas mahu memukul Chan, telefonku pula menjadi mangsa jatuh tergeletak di atas lantai.

Ya ALLAH! Telefon ni aku beli hasil dari aku berjimat cermat tiga bulan demi nak merasa iPhone! Gila kau jatuh macam telefon harga RM 200 je. Aku bergegas mengambil telefon pintarku kemudian membelek dengan mata helang. Marah bercampur geram.

“Kalau ada apa-apa berlaku pada handphone saya ni, awak bayar!” Aku menjerit kuat.

“Padam mesej-mesej awak dengan Abang Haikal awal tu sebelum saya report kat mama dan papa awak.”

“Ingat saya takut?” Aku menoleh gaya lipat maut.

Dia memeluk tubuh.

“Kalau opah, awak takut tak?” soalnya dengan senyuman lebar.

Aku mengetap bibir gagal untuk membalas kata-katanya. Sebab aku tahu, apabila dia bercakap, dia jenis yang tak teragak-agak memaknakan kata-katanya.

“Awak ni sebiji macam lori sampah. Mulut tu lagi teruk dari sampah sarap. Awak ingat saya mengalah bila awak buat laporan murahan macam tu? Opah tak hairanlah... Sejak bila saya dilarang untuk ada pakwe? Sejak bila?!” Aku cuba mencabarnya.

Sepupu yang lain opah tak kisah pun ada pakwe, yang dia jadi kaki report tu apa pasal? Tak ada kerja habak awal, aku banyak je kerja nak bagi kat dia.

Chan pusingkan badan membelakangiku. Lambat-lambat kakinya melangkah menuju ke anak tangga.

Lah, dah mengalah ke? Aku tersenyum sinis. Tahu pula dia mengalah. Baru dia tahu siapa Nur Azmin binti Fadhil!

Tiba-tiba Chan menoleh dan tersenyum sungging. “Sejak saya tengok awak dalam keadaan separuh bogel?”

Tiba-tiba juga lava kemarahanku bagaikan meletup di atas kepala. Aku khatankan jugak anak Cina ni karang!

.

🔥Edisi terhad (close preorder 28 Jun)
🔥Preorder tamat 5 hari lagi!
🔥NO reprint.

Berminat wassap :
http://www.wasap.my/+60198817140/Chan

RM 28 (flexi)
RM 32 SM / RM 36 SS (pos laju)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro