C 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam

Nureen duduk di atas katil sambil menghadap MacBook-nya, melihat gambar-gambar photoshoot yang diambil pada petang tadi.

Tok tok tok

"Masuk" arahnya.

Pintu biliknya dikuak.

"Eh mama" tuturnya.

"Reen busy ke?" Soal Puan Sri Wardah lalu menapak ke arah gadis itu dan duduk di birai katil.

"Eh tak ada la. Just tengok gambar petang tadi" balas Nureen lalu menutup laptop itu.

"Esok malam Reen free tak?" Soal Puan Sri Wardah dengan lemah lembut.

"Malam? Kalau malam Reen tak ada apa-apa perancangan"balas gadis itu.

"Malam esok ikut mama ye. Persatuan ada buat dinner"

"La dinner. Reen ingat apa la. Okay je. Tapi esok Reen siap terus dekat studio kot. Mama maybe kena pergi dengan driver" tutur Nureen.

"Ouh ye ke. Hah tak apa la. Mama okay je. Dinner tu pukul 8 so jangan lambat tau" kata Puan Sri Wardah.

"Ok madam" kata Nureen lalu membuat tabik hormat.

Puan Sri Wardah hanya tersenyum melihat kerenah anaknya itu. Mungkin di hadapannya ini hanya anak angkatnya tetapi dia sangat menyayangi anak itu seperti anak kandungnya.

8:00 A.M

Mikael dan adiknya keluar dari lif dan terus duduk di meja makan.

Manakala bonda mereka sedang menuangkan air ke dalam cawan.

"Tonight, both of you have to come with me" tutur Bonda.

Mikael yang ingin menyedok bihun terhenti manakala Mukhlis yang ingin mengambil airnya juga terhenti.

"Hah. Pergi mana bonda?" Soal si adik.

"Teman bonda ada dinner persatuan" balas bondanya.

"Aik bonda tak pernah pun ajak kami ni" ujar Mikael pelik.

"La salah ke bonda nak bawa dua putera Bonda ni. Ayahanda kamu pula tak ada. Takkan bonda nak pergi sorang" kata Bonda.

Suaminya pula ke Brazil kerana melihat tapak projeknya di sana.

Muklis menyiku lengan abangnya.

"Along tak rasa ke bonda ada agenda lain?" Bisik si adik.

"Mana la along tahu" balas si abang.

"Ehem ehem bising apa tu?" Celah bonda mereka.

Kedua-dua mereka tersengih.

"Tak ada apa la bonda. Bonda kami pergi dulu ye. Bye" kata Mikael.

Kedua-dua mereka terus menyalami orang tua itu dan masuk ke dalam kereta.

Meanwhile

Nureen POV

Aku yang sedang memandu, tiba-tiba terdengar telefon berbunyi.
Aku terus mencapai handsfree.

Mya is calling...

"Hah kau kenapa?"

"Weyh ambil aku dekat DCT boleh tak. Aku ada kerja sikit dekat sini. Tapi tadi driver yang hantar. Lepas tu masa aku call dia, dia kata kereta rosak"

"Hah ye la. Nasib aku tak ada shooting pagi. Tunggu la kejap"

"Ok. Tapi nanti kau masuk la tunggu dekat lobby ok?"

"Ye"

"Thank you beb. Bye"

Mya terus mematikan panggil terlebih dahulu.

'DCT Holdings'

Aku terus membelok ke kanan dan menuju ke tempat itu untuk mengambil Mya.

'Nasib la aku ni memang baik hati'

Skip

DCT Holdings

Nureen menutup pintu keretanya lalu masuk ke dalam bangunan yang megah itu.

Sedang dia berjalan tiba-tiba telefon miliknya berbunyi.

Dia terus mengeluarkan telefon tersebut.

Mama

Jangan lupa ye malam ni

Tiba-tiba

Buk

Nureen terlanggar seseorang. Manakala dahinya terhantuk pada bahu orang itu.

"Sorry sorry it's my fault" kata Nureen sambil menunduk lalu mengangkat mukanya.

'What. Da. Hell'

"KAU" kedua-dua mereka berkata serentak. Manakala orang yang berada di antara mereka hanya memerhati.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Mikael.

"Suka hati I la. Bukan ada nama you pun" getus Nureen.

"Kenapa along?" Soal Mukhlis.

"Angah naik dulu" arahnya. Terus adiknya mengundurkan diri.

Manakala Mikael menarik lengan Nureen ke penjuru lobby kerana staff lain sudah melihat mereka.

"Aku tanya kau sekali lagi. What are you doing here?" Soal Mikael tegas.

"Do I care. Kaki I suka hati I la" balas Nureen.

"Ey kau. Muka kau tu semak je tahu tak. Boleh muntah aku. Dengan make up macam badut sarkas"

"What badut? Hello mister no name awak ni buta ke apa?" Marah Nureen. Belum ada yang pernah menghina mukanya lagi.

"Hey miss clown ingat jumpa aku petang ni. Amount dia 3K. Aku nak cash" kata Mikael lalu meninggalkan gadis itu di situ. Kerana pekerja-pekerja di situ sudah membuka mulut.

"Eii mamat ni. Harap muka je ada tapi buta. Fikir aku miskin sangat ke" bebelnya lalu menyilangkan kedua belah tangannya.

"Oit Reen kau membebel sorang-sorang dekat sini kenapa?" Cuit Mya saat melihat Nureen.

"Ish tak ada apa-apa la. Jom la. Panas pula dekat sini" katanya lalu mengipas-ngipas mukanya.

Mya hanya memerhati rakannya dan mengekori Nureen masuk ke dalam kereta.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro