C 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tok tok

Tanpa menunggu respond dari penghuni bilik itu dia terus membuka pintu.

Nureen keluar dari dressing room sebaik sahaja terdengar bunyi ketukan pintu.

"You should move into my room from now on" tutur Mikael.

Nureen memandang jejaka itu pelik.

"Nanti kalau bonda tahu kita tidur asing apa pula yang dia fikir" terang Mikael.

Nureen diam membisu.

"Bawa apa yang perlu je" kata Mikael.

Nureen hanya menggangguk kemudian Mikael beredar dari bilik itu.

Nureen mengeluh buat seketika.

'Dugaan apakah ini?'

Semua barang keperluannya dicampak ke dalam sebuah bagasi.

Tok tok

"Masuk"

Nureen masuk ke dalam master bedroom itu buat kali keduanya dan mungkin akan terus berada di situ.

Dia dapat merasakan situasi mereka akan terlalu awkward.

Selepas sahaja Mikael mengetahui tentang latar belakangnya, terus dia mendiamkan diri. Jika disoal pun hanya beberapa patah yang keluar dari mulutnya.

Disebabkan ini jugalah dia sedar mengenai status-nya yang agak jauh berbeza daripada Mikael.

Drit drit

Sedang Nureen menyusun alat penjagaan mukanya di atas meja, telefonnya berbunyi.

Mya is calling...

"Hello?"

"Reen"

"What's wrong asal suara kau macam—"

"Kita tak dapat tender tu"

"WHAT?"

"Aku rasa ada orang sabotaj la"

"Kau tahukan tender memang susah nak dapat. Bukan haritu dah deal ke"

"I don't know. Maybe something happened with the agreement"

"Jeff know about this?"

"Yea he's on his way to meet them"

"Balik sekarang. Kita selesaikan dekat sini"

Panggilan dimatikan dengan perasaan tidak puas hati.

'Ni mesti kerja kau kan'

Telefon pintarnya digenggam sekuat hatinya.

Ikutkan hati mahu sahaja dia tikam-tikam orang itu.

"Reen are you okay?" soal Mikael yang baru sahaja selesai mandi.

Sebenarnya dia terdengar sedikit mengenai perbualan isterinya itu di telefon.

"I don't know" tuturnya perlahan.

"Just get some rest. Don't tired yourself" pesan Mikael.

Nureen mengurut bahagian pelipisnya.

Meanwhile

Sepucuk sampul surat diletakkan di atas meja.

Ruang peribadi restoran itu hanya dihuni mereka berdua.

Seorang perempuan mengambil sampul surat itu dan melihat isi di dalamnya.

"Terima kasih Puan Sri" ucapnya lalu menunduk dan keluar dari ruang peribadi itu.

Wanita yang digelar Puan Sri itu hanya mengangguk.

'Kau tunggu Wardah aku akan dapatkan anak aku balik'

Seorang pelayan masuk ke dalam bilik itu.

"Anak Puan Sri sudah tiba" tuturnya.

"Panggil dia masuk dan tolong hidangkan makanan" tuturnya.

Pelayan itu hanya mengangguk.

Seorang perempuan masuk.

"Mama" tuturnya.

"Macam mana kerja?" soal Puan Sri Sara.

"So far so good" balas Nurain.

"Oh ma, tadi Ain dengar something masa nak keluar. Rasanya dia doktor yang rawat Nureen. And she said Nureen pregnant" ujarnya.

Wanita itu memandang anaknya.

"Betul ni?" soal wanita itu menginginkan kepastian.

Nurain menjongket bahunya.

"Tak tahu la sebab diaorang pun tak release any statement yet" tutur Nurain.

Makanan mula dihidangkan di atas meja.

"Ada orang bagitahu mama yang Ain jumpa lelaki yang membesar dengan Nureen" tutur Puan Sri Sarah sementara anaknya menjamu selesa.

Nurain hanya mengangguk tetapi respond yang diberikan sedikit lambat.

"Dia bukan sebarangan lelaki ma. Dia abang Nureen"

"Still abang angkat" tegas Puan Sri Sara.

Nurain mengeluh. Ketika dia berjumpa dengan Jeff dahulu dia dapat lihat lelaki itu menjaga dan melindungi Nureen sebaik-baiknya. Mungkin jauh berbeza dengan layanan yang abangnya berikan suatu ketika dahulu.

Waktu makan mereka berlalu begitu sahaja. Tetapi terdapat sesuatu yang bermain di fikirannya.

9:30 P.M

Mikael masuk ke dalam biliknya selepas selesai meluangkan masa bersama keluarganya.

Nureen pula sudah lama naik ke bilik selepas makan malam.

Sebaik sahaja Mikael melangkah ke dalam bilik, kelihatan Nureen sudah pun terlena di atas katil bersama-sama beberapa fail.

Perkara itu membuatkan Mikael tersenyum kecil dan menggeleng kepalanya.

Fail-fail itu dikutip dan diletakkan di atas meja.

Comforter dibetulkan agar isterinya berasa selesa dan tidak kesejukan.

Buat seketika dia merenung ke arah wajah isterinya.

Rambut panjang wanita itu diusap perlahan.

'Tak salah kalau kita mulakan balik. For our baby'

Mungkin dia perlu membuang egonya ketika ini demi anaknya dan juga wanita itu.

Selepas itu, dia berjalan ke arah meja kerjanya. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Tetapi keadaan Nureen tetap menjadi keutamaannya ketika ini. Beberapa buah projek besar sudah diambil alih oleh Syahmie dengan beberapa bantuan sepupu yang lain.

Mukhlis juga sibuk ulang-alik dari Malaysia ke Kanada. Manakala Ayahandanya mungkin akan pulang pada hujung minggu ini selepas selesai memantau anak syarikat mereka di luar negara selama sebulan.

Hal ini kerana, Mya memaklumkan kepadanya Nureen mungkin akan mengikuti beberapa jadual di luar negara dan Mikael perlu mengambil langkah awal dengan keadaan Nureen yang baru sahaja disahkan mengandung.

1:50 A.M

Nureen terjaga dan dilihat tempat sebelahnya kosong.

Kemudian dia terlihat Mikael yang tertidur di atas meja kerjanya.

Comforter ditolak ke tepi dan kakinya menyentuh lantai.

Langkah diatur mendekati meja kerja lelaki itu.

"Mika" bahu lelaki itu disentuh lembut.

"Hrm"

Mikael terjaga lalu melihat ke arah Nureen.

"Why something wrong? Uncomfortable?" soal Mikael risau sambil menguak rambutnya ke belakang.

"Nothing. You should sleep on the bed" tutur Nureen.

Mikael hanya mengangguk.

Nureen menutup lampu meja itu sebaik sahaja Mikael sudah baring di atas katil.

Dia juga mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

"Good night"

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro