C 63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalammualaikum" laung Mya lalu masuk ke dalam rumah.

Manakala Nureen menanggalkan kasut anaknya itu di pintu.

"Let's play with aunty Mya" ujar Nureen.

Langkah diatur masuk ke ruang tamu. Mikayla diletakkan di atas floor mat dan bermain bersama permainannya.

"Nureen we need to talk"

Serentak itu, Nureen berpaling melihat Mikael.

Nurain dan Mya yang berada di ruang tamu itu hanya menjadi penonton.

"Reen gaduh ke dengan Mika?" bisik Mya perlahan.

"Tadi Mikael tertinggikan suara dekat Reen sebab Reen marah Kayra" balas Nurain.

Nureen terus mengekori Mikael.

"Did you forgot about something?" soal Mikael.

Nureen memandang Mikael dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Lupa apa? Something?" soal Nureen kembali.

Tiba-tiba Nureen teringat akan sesuatu.

"Oh yesterday I ada buat—"

"Pregnancy test?" potong Mikael terlebih dahulu.

Nureen terkejut.

"Tapi I tak tengok lagi" tambah Nureen.

"Then you rasa?" soal Mikael.

Nureen mula mengeluh.

"It's okay you don't need to tell me. Please I'm tired" kata Nureen ingin melangkah pergi.

Namun, Mikael pantas memegang lengan isterinya. Nureen dibawa ke dakapannya.

"Sorry" ucap Mikael.

Nureen terpinga-pinga kerana tindakan suaminya.

"We gonna have our second child" bisik Mikael.

Nureen terkejut.

"What? Are you serious? You dah tengok?" soal Nureen sambil meleraikan pelukan mereka.

Mikael mengangguk sambil tersenyum.

"Bila?"

"Tadi masa basuh tangan Kayra" balas Mikael.

"Thank you sayang" bisik Mikael.

Nureen hanya membalasnya dengan senyuman. Patutlah mood-nya tidak stabil sejak kebelakangan ini. Tambahan pula anaknya mula menjadi tarikan ramai sejak muncul di muka depan majalah Baby&Me.

Malam

Mikayla dan Mikayra diletakkan bersebelahan di atas kerusi.

"Ok girls here" kata Jeff cuba menarik perhatian dua puteri itu ke arah kamera DSLR miliknya.

"Okay done. Besar nanti mesti ikut mummy dia. Kerja depan camera" ujar Jeff.

Nurain hanya mengangguk tanda bersetuju. Lagi pula kecantikan Nureen benar-benar diturunkan kepada anaknya. Tambahan dengan anak mata mereka yang menarik perhatian.

"Ok this is for Kayla and this is for Kayra"

Minuman susu pisang itu dihulurkan kepada mereka berdua.

Mikael mendukung Mikayra manakala Nureen mengambil Mikayla dan diletakkan di atas kerusi bayi.

Nureen dan Nurain berdiri bersebelahan di hadapan sebuah kek.

"Okay let's sing"

"Happy birthday to you happy birthday to Reen and Ain happy birthday to you"

Mereka mula bertepuk tangan. Nureen dan Ain mula memotong ke mereka.

"Okay next Bonda dengar Along nak bagitahu berita gembira dekat kami" kata Tengku Hamisah.

Mikael bangun lalu mendapatkan Nureen.

"Yes" balas Mikael dengan yakinnya.

"Apa dia along?" soal Mukhlis.

"Reen is pregnant our next child" tuturnya.

Mereka semua sudah bersorak. Muka Nureen sudah merah menahan mahu lalu disembunyikan.

"WOOOOOOOO"

Mereka semua mula menjamu selera.

Nureen masuk ke ruang tamu lalu duduk di sebelah Nurain yang sedang melayan anaknya.

"This is for you" tutur Nureen lalu menghulurkan sebuah kotak dan diikat dengan ribbon.

"Apa ni Reen? Susah je" kata Nurain dengan rasa bersalah.

"Nah you can call me Adik as you always said before" kata Nureen bersama senyumannya.

Nurain terkejut. Dia terus memandang ke arah anak mata Nureen.

"Betul ni?" soal Nurain.

Nureen mengangguk. Wanita itu terus memeluk adiknya. Adik yang lama dirinduinya.

"Sayang look at this" panggil Mikael.

Nureen menoleh.

Mikael meletakkan Mikayla dan Mikayra di atas lantai dalam keadaan berdiri.

"Okay girls this is gift for mummy" katanya.

Nureen memandang ke arah dua anaknya itu. Lalu dia tersenyum.

Kedua-dua mereka mengangkat kaki lalu cuba berjalan ke arah Nureen.

Nureen terkejut.

"Wow anak mummy dah boleh jalan" tutur Nureen lalu mengambil Mikayra.

Walaupun hanya baru beberapa langkah sahaja itu sudah menunjukkan satu perkembangan yang memuaskan bagi dirinya.

"Lepas ni berlari pula" celah Bonda.

Mereka ketawa. Namun tidak bagi Mikayla yang tiba-tiba menangis sambil memanggil Nureen.

"Mum-my mummy" rengeknya minta diambil oleh Nureen.

"Haih Kayla tu makin menjadi-jadi menangisnya" kata Mya

"Nak dapat adik barukan memang macam tu" balas Puan Sri Wardah.

Nureen hanya mampu tersenyum. Hari ini pasti akan terus berada dalam ingatannya. Dia dan kakaknya sudah bersatu dan berkongsi kegembiraan pada hari mereka dilahirkan.

Manakala kehadiran Mikayla dan Mikayra menambahkan seri dalam rumah tangannya bersama Tengku Daniel Mikael yang pada awal tanpa sebutir rasa cinta.

Few months later

Nishel Beach Resort

"Okay Kayra stop touching that. Dirty" halang Mikael.

Anaknya yang sudah pandai berjalan itu hanya ketawa apabila daddy-nya mahu mendukungnya.

Mikayla pula hanya melekat sahaja bersama Nureen yang sibuk melayan tetamu.

Hari ini merupakan sambutan hari jadi Mikayla dan Mikayra yang pertama yang diadakan di resort milik Mikael.

Terdapat juga beberapa orang kenamaan yang hadir turut mengucapkan tahniah.

Buat kali pertamanya kembar itu melihat ramai orang berkumpul.

"Happy birthday to your twins Reen" ucap Beth.

Kawan-kawan model Nureen yang kebanyakan dari luar negara turut hadir ke majlis yang dibuat secara besar-besaran ini.

"Thank you for coming Beth" balas Nureen.

Mikayra diserahkan kepada Syahmie buat seketika. Si adik sudah bersedia di hadapan kek manakala si kakak masih melekat bersama mummy.

Mikayla memeluk erat leher Nureen lalu kepalanya mendarat di atas bahu Nureen.

"Kayla with daddy jom" Pujuk Mikael apabila melihat anaknya tidak mahu diambil oleh sesiapa.

Dia pula kesiankan Nureen yang terpaksa mendukung Mikayla tambahan pula isterinya sedang mengandung.

Mikayla mula merengek.

"Okay let's go with mummy"

Mereka semua bersedia untuk menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada kembar itu.

Selepas lagu tamat, lilin ditiup.

Beberapa jurugambar mula memfokuskan lensa kamera mereka kepada pasangan itu bersama anak mereka.

Selepas acara memotong kek, Nureen bersama anak-anaknya dibawa oleh Mikael untuk bersiar-siar di tepi pantai.

"Thank you sayang"ucap Nureen.

Kerana majlis ini semuanya diatur oleh suaminya kerana dia sibuk menyusun jadual shooting anak mereka.

"No problem. I know our princess sibuk posing depan kamera" kata Mikael.

Pinggang Nureen dipeluk erat.

Rambut Nureen yang berterbangan itu diselitkan ke belakang telinga.

"You know even we don't know each other at first but right now we need each other. I never expect to have a child but yea everything different now with you as my wife and Mikayla and Mikayra as my children. I promise i will make you and our children happy" tutur Mikael.

"Thank you Tengku Daniel Mikael" balas Nureen.

Dengan kehadiran dua cahaya mata itu dapat menyakinkan lagi kekuatan hubungan mereka yang hampir sahaja terputus di tengah jalan.

Tengku Mikayla Raisha dan Tengku Mikayra Risha dikurniakan sebagai penyelamat rumahtangga mereka yang akhirnya wujud sinar kebahagian.

"I love you"

"Me too Nureen Qairina"

"Mummy Daddy we love you too"

'Semua orang pasti akan berubah. Cuma masa yang akan menentukannya. Cepat atau lambat. Yang pasti itu yang berlaku kepada aku. Aku sendiri yang mengalaminya. Semua ini kisah hidup aku. Dan orang sekeliling aku yang menyebabkan aku berubah sehingga membenci mereka. Akhirnya, setelah apa yang berlaku aku pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik. Buat aku serta mereka. Aku menolak takdir tetapi takdir itu yang menemukan aku dengan cinta serta keluarga. Selama ini apa yang aku kejar tidaklah memberi kepuasan kepada aku. Rupanya aturan Yang Maha Esa lebih indah dan tersusun'

-Reen-

End on 31st July 2018 officially after a year and one month.

Thank you for supporting my story CHANGED. I love you Readerz

Thank you to all casts line up.

Tengku Daniel Mikael
Nureen Qairina
Tengku Mya Adeliya
Syed Qalief Syahmie
Tengku Danish Mukhlis
Puan Sri Wardah
Nurain Qairaini
Naufal Qairul
Puan Sri Sara
Tan Sri Yusry
Tengku Hamisah

©QUEENZ CREATION.CO
ALL RIGHTS RESERVED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro