3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku menyemak semula beberapa dokumen berkenaan Kim Hyung Sik. Sesekali, aku mencatat sesuatu diatas sehelai memo dan menampalnya di permukaan white board.

Buk!

Seseorang menghempas punggungnya dengan marah diatas kerusi. Aku menoleh ke arahnya.

Kim Taehyung mula mencapai sebuah file dan membeleknya. Wajahnya kelihatan tegang dan beku.

"Kau buat apa dekat sini?" soal aku lantas menghampirinya.

"Aku buat kerja aku." jawabnya dengan mendatar. Satu keluhan dilepaskan dari bibir aku.

"Kau tahukan Tuan Bang akan marah kau jikalau kau masih berdegil nak masuk campur?"

"So?"

Dia langsung tidak menoleh ke arah aku. Malah, dia masih sibuk membelek sesuatu didalam file tersebut.

"You're mean."

Aku mengendahkan Taehyung. Aku malas berdebat dengannya. Suka hati dialah nak buat apa.

"Kau kelihatan tidak kisah selepas apa yang Tuan Bang lakukan ke atas aku."

"Siapa suruh kau ingkar akan arahan. Pandai buat, pandai tanggung."

Lelaki itu berdecit geram. Rambut yang menutupi dahinya, mula ditolak ke belakang dengan kasar.

"Aku tidak berkenan dengannya." ujar Taehyung. Ia kedengaran seakan tidak berpuas hati.

Aku mengerling ke arahnya sekilas.

"Maksud kau, Jeon Jungkook?"

buk!

Lelaki itu menumbuk meja dengan geram.

"He can't replace me! Kau tak rasa ke yang dia tu ada something fishy?" provoknya.

Aku mengerutkan dahi sambil menjungkitkan sebelah kening dengan tinggi.

"Macam mana dia boleh ada dekat situ? Dengan bersenjata lagi? Kau tak rasa ke yang ada sesuatu benda tak kena dengan dia?"

Aku termenung seketika. Bila difikirkan, ada betul juga. Tapi, Tuan Bang Sihyuk tidak pula berkata apa-apa akan hal ini.

"Entah-entah..." Taehyung mula berdiri dan berjalan menghampiri belakang aku.

"..dia pengkhianat?"

Aku mengetap bibir. Minda aku mula dipengaruhi oleh kata-kata Taehyung.

"Don't trust him, Afisha. Don't trust him."

----

Aku mengemaskan pakaian aku, memastikan pakaian kalis peluru ini melekap dengan selesa dibadan aku.

Dari ekor mata aku, terlihat Jungkook mula melangkah menghampiri aku. Dia berdiri disebelah aku dan itu menampakkan betapa ketaranya ketinggian kami.

"Are you ready, Ms. Afisha?"

"I'm always ready." kataku, sedikit dingin. Baru sahaja aku ingin beredar, Jungkook menarik pinggang aku dan secara automatik badan kami bersentuhan.

Seakan ada renjatan elektrik, jantung aku mula mengepam dengan lajunya. Denyutan kian laju.

Mata kami bertembung. Atmosfera disekeliling aku seakan terhenti buat seketika.

" This world is full of devils, sweetie.." Jungkook mula mengelus lembut permukaan pipi aku.

Renungan mata dari Jungkook benar-benar menghanyutkan. Aku hampir sahaja tenggelamam didalam hanyutan yang dicipta oleh Jungkook.

Jikalau aku sedar ketika itu bahawa semuanya palsu....

Ehem.

Deheman seseorang membuatkan aku menolak Jungkook jauh dari aku. Aku membetulkan baju aku yang sudah mula berkedut dan tidak teratur.

Aku memandang janggal ke arah Taehyung. Manakala Jungkook hanya melemparkan pandangan seakan tidak ada apa-apa yang berlaku. Malah, dia boleh tersenyum sinis lagi.

"Aku tak tahu apa yang terjadi. But..." Taehyung memandang tajam ke arah Jungkook.

"Stay away from her." katanya dengan keras, memberi amaran untuk Jeon Jungkook menjauhi aku.

Jungkook mula menghembuskan tawa sinis.

"I think, kau orang yang patut jauhkan diri dari dia." Dia memandang aku sekilas sebelum memandang ke arah Taehyung semula.

"Not only her. Jauhkan diri kau dari aku serta misi kali ini. Because, this is my mission, my position and not yours anymore. "

Jungkook mula merampas senjata kegemaran Taehyung yang berada ditangan lelaki itu. Dia merenung tajam ke arah Taehyung seketika sebelum kakinya mula melangkah meninggalkan kami.

"Sh*t! Sh*t! Ugh!"

Taehyung mula menendang dan menumbuk permukaan dinding bertuli-tuli.

Melepaskan segala perasaan geram dan marah. Aku meraup kasar wajah aku. Bahunya, ditepuk perlahan oleh aku.

"I'll destroy him. He is about ready to collapse after all that walking."

----

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro