BAB 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku...aku sayangkan kau." Tiga perkataan tu laju je keluar dari mulut Zaydan. Pelukannya pula semakin dieratkan.

Otak aku dah jammed. Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni? Agak lama jugalah aku diam tak berkutik. Sepatah haram pun tak terkeluar dari mulut aku. Doa aku dah dimakbulkan? 

Pelukan dia aku regangkan. Sepasang mata redup milikku pula merenung ke dalam anak matanya. Cuba mencari kebenaran dan keikhlasan dari sinar mata Zaydan.

"Betul ke?"

"I do love you...so much. I've found my Eve. And luckily it's you."  Kedua belah tangan aku dicapai, lalu dikucup perlahan.

Terharu. Bibir aku tak mampu untuk menahan senyum. Ya Allah, terima kasih untuk nikmat  ini. Akhirnya...setelah sekian lama. Allah hadirkan bahagia ini untuk waktu yang paling tepat. Alhamdulillah!

Malam itu, selepas solat Maghrib berjemaah macam biasa aku salam tangan Zaydan. Dia pun tunduk mengucup ubun-ubun aku. Ingatkan dah boleh bangun, tapi Zaydan awal-awal lagi tarik tangan aku join dia duduk sekali.

"Sayang..." 

Hampir-hampir je rahang aku nak terjatuh. Naaa...dia panggil aku apa tadi? Sayang? Aisey, sweet sangatlah pula. Tahulah baru lepas confess pagi tadi. Eh, apahal pipi aku berbahang ni? Takut-takut je aku nak pandang muka dia.

Melihatkan aku yang menunduk, terasa tangan Zaydan lembut menolak dagu aku ke atas.

"Look at me, sayang."  Zzap! Direct terus kena anak mata hitam dia. Aku dah rasa nak gosok pipi ni dekat bucu dinding. Malu weh!

"Blushing, huh?"  Dia dah cucuk-cucuk pipi aku. Siap sengih-sengih nakal lagi. Sukalah tu kenakan aku.

"Dah la! Malu tahu tak?" Gigi aku ketap kuat-kuat. Cepat-cepat jari dia yang sibuk mencucuk tu aku tepis. Zaydan dah tergelak besar. Lebih dia ni.

"Okey, okey. Tak buat dah. Tapi, ada syarat tau."

"Apa dia?"

"Panggil abang dulu."

Tiba dah masanya dia claim title abang tu. Nak tak nak, aku kena panggil juga. Sebelum tu, nak try buat tawar-menawar dulu. Mana tahu, dia baik hati nak berkompromi. Agak-agak dia terima tak? 

"Kalau tak panggil abang tak boleh ke? Gelilah."

"Habistu, nak panggil apa? Darling? Honey? "

"Panggil baby boleh?"

"Hei, muka ni tak sesuai panggil baby, papa baby bolehlah."

"Ish, kalau macam tu saya panggil awak macam biasa...tak boleh ke?"

"Kalau berani, buatlah." Zaydan dah mula ugut aku. Amboi! Maju nampak!

"Yelah, yelah. Saya panggil ni. Ehem. Abang."

"Good. That's my lovely wife. Eh, lagi satu! Lupa pula. Saya-awak no, no! " Tadi kata satu je syarat, alih-alih jadi dua ni dah kenapa?

Kepala aku anggukkan je. Layankan jelah. Nanti pandai-pandailah aku adjust macam mana nak buat. Zaydan dah tersenyum suka. Tiba-tiba, baru aku teringat surprise yang aku nak buat kat bawah tu.

"Err ab...abang. Jom turun bawah. Sa...ehem Zayyin ada benda nak tunjuk." Tergeliat lidah aku dibuatnya. Takpe, first time kan. Practice make perfecto, you know!

Zaydan tergelak je. Jahat betul. 

"Okey sayang." Pinggang aku dibawa ke dalam pelukan sambil langkahnya menuruni tangga. Terkejut aku. Nasib baik aku tak terjatuh. Serta-merta badan aku keraskan. Tak biasa. Geli pun ada ni.

"Why? Terkejut? Haha. Tak payahlah takut, lagipun abang yang peluk bukan orang lain. Kan?" Zaydan kenyit mata dia. Buat merah-merah pipi aku je dia cakap macam tu. Sejak bila Zaydan Tenuk bertukar jadi Mat Romeo ni?

"Dahlah! Asyik buat orang malu je. Penat tahu?" Tangan aku dah tolak pipi dia. Serius, aku dah penat melayan fe-feeling shy-shy dog ni. Zaydan tu boleh je tayang muka selamba dia. Agaknya, ini ke sebab yang boleh buat aku regret buat dia jatuh cinta? 

"Abang duduk dulu. Zayyin ambil something sekejap." Kerusi meja makan aku capai. Suruh dia duduk kat situ.

Kaki bergerak mendapatkan peti sejuk. Perlahan-lahan kek coklat yang aku buat pagi tadi aku keluarkan. Sambil tu, bibir tak henti-henti tersenyum.

"Surprise..! Tadaaa...special for you." Kek coklat diletakkan di atas meja. Betul-betul di hadapan mata Zaydan.

Dia dah mengukir senyum lebar sampai telinga. Tak sangka kot. Mata bundarnya ralit memerhatikan tulisan yang tertulis di atas permukaan kek itu.

HAPPY BIRTHDAY ! ZAYDAN TURNS 28

LOVE YOU ❤

xoxo ZAYYIN

"Heh, abang pun dah lupa esok birthday abang. Macam mana Zayyin ingat?" Zaydan menoleh memandangku.

"Mestilah ingat. Suami Zayyin kot."

Pisau kek tu aku hulurkan pada dia untuk buat potong kek. Zaydan potong kek menjadi bahagian-bahagian kecil kemudian dimasukkan ke dalam pinggan. Tak menyabar aku nak tahu apa komen dia. OK ke KO?

"Sedap tak?"

"Sedap! Sedap gila! Isteri abang memang pandai masak." Ibu jari diangkat. Puas hati aku. Sedap sangatlah tu. Zaydan menyuap secebis kek tu ke dalam mulutku. Hmm...bolehlah. 

"Sayang, thanks for everything. Abang appreciate sangat-sangat."

"Welcome! Zayyin pun. Zayyin sayang abang!" Aku senyum. Sambil tu, pandang mata dia.

"Sayang abang ek?"

"Of course!" Laju-laju je aku angguk.

"Kiss sini dulu." Zaydan tunjuk pipi dia. Kedua-dua belah pula tu. Baik punya dia punya request.

"Muah, muah!" Guess what? Aku calit pipi dia dengan krim kek tu. Habis comot dibuatnya. Gelak je aku kat situ apabila tengok kulit muka Zaydan yang bertukar warna. Comelnya!

"Oh, main tipu ek?" Dia dah pegang kedua tangan aku dengan sebelah tangannya. Terkunci pergerakan aku sekarang. Sebelah tangan lagi, dia comotkan muka aku dengan krim kek. Cis! Ada pula guna kekerasan. Mana aci!

"Abanglah yang main tipu!" Aku cuba untuk melepaskan tangan aku. Lenguh pula lama-lama dalam keadaan begitu.

"Cepat, cakap I love you dulu baru abang lepaskan."

Aisey, boleh pula dia minta macam tu. Takkan tak tahu kot, aku memang sayangkan dia? Saja je nak kenakan aku dia ni.

"Abang...tunduk sikit." Aku rapatkan jarak dengan dia.

"I love you, abang." Perlahan-lahan aku bisikkan lafaz keramat itu di tepi telinga Zaydan. Tak nak cakap kuat-kuat. Nanti dia gelakkan. Habis je cakap macam tu, terus aku tutup muka. Dah biru kot muka aku sekarang.

Aku intai sekejap reaksi dia dari celah-celah tangan. Zaydan dah senyum. Nampak lesung pipit dia.

"I love you too, sayang."  Dengar suara dia pula berbisik di tepi telinga aku. Berbunga je rasa. Aku sembunyi senyum.

"Dah, dah. Pergi main jauh-jauh. Zayyin nak kemas meja ni. Habis comot dah." 

"Okey sayang!" Cup! Bibir dia singgah di pipi aku. Berderau darah aku dibuatnya. Dia ni kan...dah hilang rasa malu ke?


--------


Aku menggaru kepala sendiri. Nak tidur mana ni? Takkan nak tinggalkan Zaydan tidur seorang diri kot? Tapi...macamlah tak biasa. Sebelum ni okey je.

Itu sebelum! Sekarang ni lain. Ah, sudah! Buntu sendiri dibuatnya.

"Sayang kenapa? Resah semacam je?" Zaydan menegur dari depan pintu biliknya.

"Abang takpe ke tidur sorang malam ni?" Serba-salah aku tanya dia soalan tu.

"Dah kenapa pula? Abang tidur dengan sayanglah." 

"Err...kena juga ke?"

"Sayang..." Dia dah berura-ura nak datang dekat.

"Okey. Berhenti dekat situ." Takut aku dibuatnya.

"Yeay! Haha. Sayang janganlah takut. Abang kan ada." Tangan dia kemas memaut pinggang aku. Langkah kaki dibawa menuju ke bilik Zaydan yang besar gedabak tu.

Huhuhu...Zaydan tak tahu ke sebab dia ada la lagi aku takut.

"Could you be mine?"  Sesak nafas aku.

Aku tarik nafas dalam. Cuba untuk mengumpul kekuatan.

Tangan dia aku capai, bawa dalam genggaman.

"I'm yours."

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih untuk bahagia ini. Semoga kami dapat merasai pahit manis perkahwinan ini sehingga ke syurga-Mu. Amin.










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro