BAB 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Zayyin! Menantu mama macam mana? Dia okey tak? Sakit apa Zaydan tu?" Mama aku dah tanya macam-macam sebaik tiba di hadapan ruang menunggu.

Time ni serius aku rasa nak hantuk kepala dekat dinding konkrit hospital ni. Aku dah pesan tak payah datang, sakit Zaydan pun taklah teruk sangat. Semalam call, mama juga yang suruh aku jangan risau, alih-alih mama yang over kenapa? Pelik aku.

"Ma, kan Zayyin kata tak payah datang. Zaydan tu okey je. Dia food poisoning dengan demam-demam sedikit. Tu je."

Soalan mama aku jawab sambil tangannya aku cium hormat. Mata mama masih tak lepas melihat ke arah pintu kaca yang menempatkan menantu kesayangan dia. Rasa macam anak tiri pula dekat sini.

"Mama nak masuk ke?" 

"Boleh ke?" 

"Boleh je... cuma keadaan dia lemah sedikitlah. Doktor pun suruh dia rest tadi."

"Kalau macam tu, tak apalah. Mama balik dulu."

Mata aku dah terbuntang. Amboi, mama nak balik dah? Datang sini jauh-jauh semata-mata nak tengok keadaan Zaydan je ke? Aku ni nak letak mana? Jealous ni... jealous!

"Chill la mama. Kita lepak borak dekat cafe dulu nak? Zayyin belanja." 

"Zayyin belanja? Mama on! "

Aku gelak. Mama ni ada-ada je. Bagus mama aku ni, up to date tau! On tak on je dia guna. Terus aku peluk lengan mama lalu tarik dia pergi cafe di tingkat bawah.

"Mama, Zayyin nak minta maaf sebab tak dapat join dinner semalam. Sorry ek ma?"

Mama dah senyum. "Tak ada apalah. Small matter."

"Tak apa, nanti bila Zaydan dah sihat, mama dinner dekat rumah kami eh? Ajak keluarga Zaydan sekali. Ramai-ramai baru best."

"Betul tu. Eh, family Zaydan dah tahu belum yang dia dekat hospital ni?" 

Ternganga mulut aku. Alamak, macam mana aku boleh lupa nak bagitahu ni? Dahi aku tepuk berkali-kali.

"Ma, Zayyin lupalah! Nasib baik mama ingatkan."

Mama dah geleng-geleng. Terus aku keluarkan phone, dail nombor telefon rumah Zaydan. Selang dua tiga saat, baru aku dengar ada orang angkat.

"Assalamualaikum, inii Mak Wan eh? Zayyin call ni. Nak cakap dengan mama boleh?"

Tak lama kemudian, aku dengar suara mama di hujung talian.

"Hah Zayyin kenapa? Zayyin pregnant ke?"

Telefon aku jauhkan dari telinga. Dah kenapa pula aku pregnant ni? Haih, mama ni pun. Nampak sangat tak sabar nak timang cucu. Mintalah dekat Kak Zara sana. Dia kan dah lama kahwin.

"Eh, taklah. Zayyin nak bagitahu, malam semalam Zaydan masuk hospital, warded."

"Kenapa?"

"Food poisoning plus some fever. Mama dengan papa tak payah risaulah, Zayyin jaga dia dekat sini."

"Lega sedikit hati mama ni. Tengoklah nanti, insya-Allah petang nanti kami datang jenguk. Mama tengah tunggu papa balik kerja ni."

"Ya ke? Kirim salam papa ek. Kata dekat papa, don't worry, I'll take good care of his only son. Haha."

Mama Zaydan pun dah tergelak. Selepas bertukar salam, aku putuskan talian. Tengok-tengok je, mata mama tak lepas pandang muka aku.

"Why you give me that so-proud-of-you look, ma?"

"Haha. Nothing. Mama rasa bangga dapat anak macam Zayyin. Pandai hormat orang tua, pandai jaga suami, baik pula tu."

"Haish, mama ni. Of course la, I'm your only daughter and child tau!"

Aku anak tunggal mama dan ayah. Umur aku 15 tahun, ayah pergi meninggalkan aku dan mama. Mama... dia dengan penuh susah payah cuba untuk jadi ayah dan ibu untuk aku. Sampai sekarang, mama tak pernah cakap pasal kahwin lain semenjak kematian ayah.

Untungnya mama dan ayah. Masing-masing saling mencintai. Aku dan Zaydan? Hurm...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro