Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Aku berjalan beriringan bersama Dani sambil memeluk lengannya. Ramai juga orang dekat shopping mall harini. Biasalah hujung minggu. Ramai yang outing luangkan masa dengan family.

Macam aku juga.

"So kita nak beli barang apa dulu?" soalku.

"Ikut sayang lah."

"Okey. Kita cari present untuk along and Sha dulu lah. Wedding diorang kan dalam masa seminggu lebih lagi. Nanti bila hubby dah balik outstation, tak susah susah nak keluar beli."

"Eh nampak yakin je sayang yang hubby setuju nak pergi outstation? Hubby tak buat keputusan pun lagi kan?"

"Kalini Fira akan paksa hubby pergi. Perkara ni bukan perkara yang hubby boleh semudah tu lepas tangan. Unit perlukan kerjasama hubby. Hm?" aku risau teruk tau dia asyik reject kes. Tapi dia tetap selamba badak.

"Tak lama lagi kan sayang nak bersalin. Hubby nak sangat bersama sayang masa tu."

Kami menghentikan langkah.

"Apa-apa pun tanggungjawab tu kan penting? Insyallah kes tu akan selesai sebelum due date Fira."

"Kalau kes tu lambat selesai? Hubby akan terlepas perkahwinan along dan hari sayang bersalin."

Lagi dan lagi alasan dia beri.

"Fira faham tapi tak bolehlah macam ni. Hubby kena kerja keras. Lepas ni kita dah tak hidup berdua tau tapi bertiga."

"Okey. Hubby akan setuju kalau sayang setuju juga dengan hubby."

Aku mengerutkan dahi. "Setuju apa?"

"Lepaslah!"

Laju pandangan kami beralih ke arah suara lelaki yang berteriak tadi. Kami dapat melihat beberapa manusia mula berkerumun ke satu tempat yang tidak jauh dari sini. Seolah hendak menyaksikan sebuah petunjukkan.

"Aku cakap lepaslah bodoh! Kau tak faham ke atau pekak ah?!" suara yang sama kedengaran membentak.

"Ada apa tu hubby?" soalku curious. Ada orang tengah buat gimik ke untuk lariskan jualan?

"Hubby rasa ada pergaduhan lah sayang. Hubby cuba tengok dulu. Sayang tunggu sini okey?"

"Tak nak. Fira nak ikut."

"Sayang tunggu sini je. Kalau betul betul ada pergaduhan kan bahaya. Bunny dengar cakap hubby kan?"

Tengoklah dia punya paranoid.

"Hubby ada kan? Apa yang bahaya?" aku melawan.

Dani pun membuat muka 'pasrah'. Yalah aku memang keras kepala sikit. Tanganku dicapai lalu sama sama kami menyusun langkah ke sana.

*

Mataku terus membulat saat menangkap susuk tubuh Mira yang tengah bertikam lidah dengan seorang mamat yang entah siapa. Dia tak keseorangan. Tunangnya ada menemani.

"Sayang jangan datang dekat. Faham?" sempat Dani berpesan.

Aku sekadar mengangguk kecil. Dia tahu perangai aku macam mana. Suka masuk campur hal orang. Apalagi dia tahu orang yang sedang bertengkar tu kawan aku.

"Kenapa berkumpul kat sini? Sila beredar sekarang." Dani cuba mengeluarkan arahan.

Tapi nampaknya dia dipulaukan dan arahannya diabaikan. Orang orang di sini masih saling berbisik antara satu sama lain. Sesetengah daripada mereka terburu-buru mengeluarkan handphone masing-masing untuk merakam video.

Masyarakat masa kini begitulah.

Dani cuba menahan sabar. Mira dan tunangnya dia hampiri terlebih dahulu.

"Bangsat lah kau!" tengking Mira.

"Eh Mira what happened ni?"

"Lelaki gila ni Dani. Entah macam mana boleh masuk sini dengan bawa botol arak dia sekali. Dia yang langgar kami sampai botol tu jatuh pecah, kami pula yang dia salahkan. Lepastu nak meroyan macam tu." ujar Mira.

Kaca yang berkecai dan air yang melimpah di atas lantai aku kerling. Keadaan lelaki tu pula nampak sangat tak terurus. Sah dia dah telan banyak air haram tu.

"Kalau tak nak mati, jangan masuk campur. Blah!" ujarnya pada Dani.

Hati aku mula dirindung resah.

"Bro kau bawa Mira pergi. Biar aku settle-kan dia." suruh Dani pada Izwan.

"Oh nak settle-kan aku. Berani kau eyh?!" dalam keadaan terhuyung-hayang lelaki tadi mula mengambil selangkah dua langkah lebih dekat ke arah Dani.

"Mira awak berdiri sana." Izwan meminta Mira untuk berundur.

"Tak nak. Saya masih tak puas hati dengan si manusia tak waras tu. Gari tangan dia cepat Dani. Biar saya gelak puas puas kat depan muka dia. Eh gila, kalau kau nak tahu, kawan aku ni polis. Lepas ni mereputlah kau dalam lokap!"

Perasan air wajah semua manusia di sini terkilan bercampur cuak. Dah arahan suami aku tadi diorang buat bodoh je. Tapi tidak si mabuk tu. Otak dia dah tak betul. Itu sebab tak kenal erti takut.

"Polis??" sempat dia tergelak. "Ada polis kau terus berlagak lah perempuan?! Kau sini anjing biar aku kerjakan kau!" lelaki tersebut hendak menyerang Mira tetapi sempat ditahan Dani dan dihalang Izwan.

"Mira ke belakanglah."

Tanpa berlengah aku menarik tangan Mira dibawa berundur ke tempat aku berdiri. Minah ni pun satu degil.

"Lepaslah bodoh!" lelaki itu meronta. Izwan turut serta mengunci pergerakannya.

"Security mana?" soal Dani.

Beberapa orang lelaki mula tergopoh-gapah berlari mendapatkan pengawal keselamatan. Rupanya belum ada sesiapa yang panggilkan security?

Aduhaii

"Lepaskan aku lah sial! Tangan aku sakitlah bodoh!" terus dan terus si mabuk tu mencarut.

Tiba-tiba Mira ketawa mengejek di sebelahku.

"Padan muka bodoh. Buuuu" katanya dengan berani sekali. Lantas aku menyikunya. Perangai makcik ni memang tak padan dengan situasi lah.

"Jahanam! Sial kau! Mari sini!" lelaki tu apalagi memang makin berapilah dibuatnya. Dia terlihat sedaya upaya bergerak mendekati Mira walaupun pergerakannya terbatas.

"Eh berhentilah!" dengan sekali tolakan, lelaki mabuk itu terhempas jatuh ke atas lantai. "Kau jangan cabar kesabaran orang boleh?! Kalau tak takut dengan polis sekalipun, at least takut dengan Tuhan. Aku yakin kau ni mesti orang Islam. Ingat dosa lah!" jelas Dani sudah geram habis.

Si mabuk itu kelihatan menampar-nampar kepalanya. Mesti otak dia dah jem habis tu.

"Kau tertekan macam mana sekalipun, bukan ini jalan penyelesaiannya. Pergi masjid sujud pada Allah. Akal tu ada guna." secebis nasihat Dani berikan.

"Diamlah babi!" pemabuk itu mula bertindak agresif sekali lagi. Dengan pantasnya dia bangun mendekati Dani.

Aku menekup mulut saat melihat dia mencakar wajah Dani menggunakan serpihan botol kaca tadi. Tidak berlengah Dani menghadiahkannya satu penumbuk di wajah. Sekali lagi dia terjatuh pada yang sama dua orang security datang.

"Macam mana dia ni dapat masuk?" tanya seorang security terbabit kepada kawan sekerjanya.

"Bawa dia pergi balai terus." arah Dani kepada mereka sambil menahan pipinya yang terluka.

Securities tersebut tidak melengahkan masa. Lelaki itu ditarik bangun. Hidungnya berdarah kesan tumbukan Dani tadi.

"Kalau nampak pergaduhan macam tadi berlaku dan tak boleh dihentikan, pergi call polis minta bantuan. Jangan hanya mampu tengok dan rakam video lepastu pergi viralkan." Dani membebel dengan orang awam yang berkumpul di sini.

Mereka terdiam. Masing-masing membuat muka innocent.

"Aku nak korang buang video yang korang rakam tadi. Kalau aku tahu salah satu daripada korang pergi upload video tu dekat mana mana media sosial, korang siap. Aku ingat semua muka korang kat sini. Kalau tak takut masuk jail, buatlah. Jangan cabar aku." Dani memberi amaran sambil mengangkat jari telunjuknya.

Aura dingin dia jelas sekali terasa. Sudah tak ada yang berani bertentangan mata dengan encik polis tu.

"Tunggu apa lagi? Bersurai!" tegas Dani bersuara.

Berpusu-pusu orang meninggalkan tempat ini. Aku dan Mira pula segera menapak ke arah mereka.

"Hubby.." luka di pipinya aku lihat. Nasib tak terlalu besar.

"I'm okay sayang. Don't worry." tanganku digenggamnya cuba untuk menenangkan aku.

"Kau kena pergi hospital Dani. Cuci luka tu." kata Izwan pula.

"Haah. Terima kasih banyak banyak tau Dani. Mujur ada awak tadi. Kami tak tahu lah macam mana nak hentikan jantan tu tadi. Dengan mabuknya masuk sini bawa botol arak." omel Mira.

"Security guard yang cuai." Dani menyahut ringkas.

"Assalamualaikum,"

Kami berempat menoleh mendengar sapaan berikut. Mira aku lihat sudah menarik muka. Kami semua menjawab salam ustaz Akram kecuali Mira.

"Apa yang berlaku kat sini Fira? Dengan muka Dani cedera tu?" Sara bertanya.

"Ada pertengkaran berlaku kat sini tadi. Dani pergi tolong leraikan." jawabku.

"Jomlah awak balik. Lepas habis satu bala, satu lagi datang. Rimas. Fira Dani kami balik dulu." Mira menarik tangan tunangnya dibawa beredar.

Sudah tentulah ustaz Akram dan Sara akan 'terasa hati' dengan tingkah Mira. Walaupun dah jumpa sang idaman hati sebenar, Mira masih tak boleh terima yang ustaz Akram dan Sara berjodohan.

"Mira.."

"Sara don't." dia yang cuba mengejar Mira aku halang. Aku tak nak terjadi pula pertelingkahan two point zero kat sini.

Banyak perkara yang dah berlaku selama lapan bulan ni. Perkenalan Mira dan ustaz Akram tak berlangsung lama. Dah itu bukan suratan mereka. Ustaz Akram jodohnya Sara Marissa.

Tapi itulah, Mira tetap simpan amarahnya pada Sara.

"Takpa Sara. Jangan risaukan sangat Mira tu. Lama lama dia akan okey sendiri."

Dani pula menepuk perlahan bahu ustaz Akram. "Jangan fikir sangatlah."

Serba salah aku tika melihat wajah sayu ustaz Akram. Walaupun dia buat Mira kawan baik aku patah hati, tapi sikit pun aku tak pandang serong pada dia.

🌹

[☆]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro