Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

"Kenapa abang Am layan Iya sampai macam ni sekali? Iya penat penat datang dari kampung nak jumpa abang, macam ni abang buat Iya?"

Tak kesian betullah aku tengok rupa dia sekarang. Lagi menyampah ada lahh

"Kau bawa dia datang sini buat apa Rish? Tak pasal pasal dah buat kecoh depan rumah aku. Tak fikir pasal privasi orang ke?"

Darwish mengeluh. "Sorry ngah. Dia merayu sangat dekat mama. Dia kata dia kena jumpa angah sebab mak tok memang betul betul sakit."

"Bukan salah Rish pun hubby. Dia cuma nak tolong. Tapi lain pula yang jadi.." aku menjeling si perempuan Melayu terakhir tu.

Dia menggunakan hujung tudung untuk menyeka air mata palsunya.

"Iya tahu Iya pernah buat salah tapi bukannya manusia tak boleh berubah. Abang Am tak layak hukum Iya macam ni. Iya pun ada hati perasaan macam orang lain. Kecik hati Iya abang tak rasa pun." dia berkata-kata tanpa memandang wajah Dani.

Hipokrit memang macam ni eh?

"Aku tak kesahlah kau nak rasa apa dengan sikap aku. Kau yang datang sini tunjuk muka kan?"

"Iya datang sini demi mak tok! Iya tahu mungkin Iya akan dicemuh macam sekarang tapi Iya tetap nak berkorban untuk mak tok. Abang Am baliklah. Sekali pun jadilah. Iya janji Iya takkan kacau dah abang lagi lepas ni. Tolonglah kesiankan mak tok" rayunya sepenuh hati.

Mak tok sakit? Kenapa aku pula rasa ragu ni? Aku memang tak percayakan perempuan ni.

"Aku akan jumpa mak tok. Kau jangan risau. Aku akan selesaikan segalanya supaya kau tak lagi menyusahkan hidup aku."

Sekarang dengan aku sekali curious dengan apa yang Dani ucapkan. Harap dia takkan buat sesuatu yang melukakan hati mak tok.

"Apa maksud abang tadi?"

"Kau dah dengar jawapan aku kan? Tunggu apalagi? Berambus. Kau Darwish, ni kali pertama dah terakhir kau bawa perempuan tu jejak kaki dia ke sini." lantas Dani berlalu ke dalam rumah.

"Abang Am!" Eliya bersuara tinggi.

"Eh Eliya. Dah kira bagus tau suami aku tak heret kau keluar. Puas dah hati kau sekarang lepas tengok muka abang Am kau kan? Atau masih ada lagi sisa rindu tu?" sengaja aku menambahkan lagi sakit hatinya.

"Ni semua sebab hasutan kau Fira! Kau memang suka kan tengok abang Am buat aku macam ni! Setan betullah perangai kau!" laju tangannya menolak bahuku.

Hah orang kalah memang macam tu kan?

Darwish mengambil langkah lebih dekat menghalang Eliya. "Wo wo wo. Jangan lebih lebih. Kau dahlah berpakaian labuh macam ni, tak kena nak meroyan bagai."

"Aku yang setan ke kau? Kau jumpa Dani dengan rupa macam ni, tak lakulah Eliya. Pergi baliklah. Ni bukan tempat kau."

"Satu hari nanti kau akan menyesal Fira. Kau dah buat abang Am berubah macam tu sekali. Dia nak pinggirkan aku dan mak tok. Nanti tiba giliran kau pula. Masa tu kau akan melutut merayu dekat abang Am supaya tak tinggalkan kau."

"Aku tak takut langsung dengan ugutan kau. Kau sila pergi cermin diri tu. Mampu ke nak lawan aku? Mampu ke nak rampas Dani daripada aku?" lagakku sengaja.

Giginya diketap tanda geram. Maybe dia dah lupa skrip apa yang perlu dilontarkan lagi.

"Baik kau stop sebelum angah makin naik angin. Kerana kau lah aku kena sekali dengan angah. So now, kau pandai-pandailah balik sendiri. Fira, I'm gonna go." Darwish mula masuk ke dalam perut kereta.

Hahah terbaiklah budak tu.

"Drive safe." pesanku.

"Tak gunalah kau!" protes Eliya selepas ditinggalkan begitu sahaja.

Aku menyimpan senyuman. Kalau aku jadi dia memang dah malu habis sekarang. Manalah hilangnya sifat malu perempuan ni?

"Ini karma untuk kau Eliya. Kau kena tahu tu."

"Dan karma untuk kau pula akan tiba Fira. Kau tunggu." katanya penuh yakin.

Helaan nafas kecil aku lepaskan. Tengok dari riak wajah dia, seakan penuh dengan dendam Fira. Manusia seperti dia takkan pernah serik buat sesuatu yang jahat selagi dia tak menang.

🥀🥀🥀

Aku berdiri di muka pintu memerhati si suami mengeluarkan beg dari dalam bonet kereta. Gayanya sungguh tak bersemangat nak tinggalkan aku. Jauh di sudut hati, aku pun berat nak biarkan dia pergi. Tapi dia pergi kan sebab kerja.

Masing-masinglah kena akur.

"Kau pergi bawa masuk beg Fira." Dani mengarah adiknya.

"Lah ngah. Kau marah lagi ke dekat aku? Aku dah minta maaf kan? Lagipun kau ingat aku nak sangat ke layan kerenah si Eliya tu? Aku hantar dia kat sana sebab mama yang suruh. Kau marahlah mama."

Aku dan mama hanya menyengih.

"Nak aku marah mama konon. Ye pun dah bergelar pramugara sekarang, otak tu tolonglah tambah bijak lagi. Tak boleh call aku dulu? Tu pun mama kena suruh?"

Darwish memutarkan bebola matanya. Tak tahan mendengar leteran Dani, dia lalu membawa diri ke dalam bersama beg baju aku tadi.

"Sayang," Dani menghampiri aku. Wajah aku dongakkan sedikit memandangnya. Kedua tanganku diraih. "Betul tak nak ikut hubby jumpa mak tok sekejap?"

"Takpelah. Hubby selesaikanlah apa yang patut dengan mak tok. Fira percaya hubby tak akan buat sesuatu tanpa berfikir panjang." niatnya nak hantar duit belanja dengan mak tok. Dia pun tak tahu kan berapa lama dia pergi. Risau pula mak tok tak cukup duit belanja nanti.

Sebelum ni dia transfer je duit ke akaun Eliya tapi dia nak jenguk mak tok sekali. Betul ke tak mak tok sakit seperti apa yang Eliya bagitahu.

"Are you sure nak hubby pergi? Kalau sayang ada rasa nak halang hubby, kenapa tak buat? Susah sangat tau rasanya sekarang nak tinggalkan Fira." dalam nadanya kedengaran rayuan kecil.

Inilah masalahnya kalau tak pernah berpisah dengan isteri. Memang sejak semalam tak sudah memujuk. Sebenarnya kesian juga aku tengok mimik muka monyok dia ni.

"Inshaallah everything will be fine okay? Fira kan dah kat rumah mama? Hubby fokus dulu lah dengan kerja hubby."

"Fira tak risaukan hubby?"

Aku menghela nafas. "Tipulah Fira cakap Fira tak risau. Hubby kan suami Fira. Tinggal beberapa hari lagi Fira nak bersalin. Kalau tak dah lama Fira ikut hubby sekali."

Kali ini dia pula yang mengeluh. "Wait for me okay?"

Kepala aku angguk laju. Lagipun ke mana juga aku nak larii

"I love you." bibirnya mengucup lembut dahiku.

"I love you more."

Dalam masa yang sama kereta Iqbal tiba di sini. Dia yang nak tolong hantarkan Dani ke airport.

"Ma Dani pergi dulu. Mama take care tau?" tangan mama disalami.

"You too dear."

"Dah sampai Sarawak terus call Fira. Terus call." pesanku.

"Alright bunny.  Jaga diri. Jaga baby." sempat dia menarik tubuhku ke dalam dakapannya. "I'm sorry if after this I might make you suffer. But please, fight for our love." bisiknya.

Kepalaku sekadar mengangguk disertakan senyuman tawar di bibir.

🌹

Sorry kalau hambar🤧

I tried my best hehe [☆]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro