Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Dua hari berlalu seperti biasa. Aku dah rasa macam tunggul kat sini tertunggu-tunggu khabar daripada Dani. Bukan setakat hanya menunggu, aku siap mesej call dia. Satu pun tak dibalas.

Mestilah kita akan risau bila suami pergi jauh jauh macam tu dia terus berdiam diri. Mana kita nak tahu apa yang berlaku. Kalau setakat phone tiba-tiba buat hal ke aku boleh terima.

Tapi aku takut benda buruk menimpa dia. Aku tak doa pun cuma aku dah risau gila sekarang. Tak tahu nak guna cara apa lagi nak hubungi dia.

Ke dia marahkan aku sebab paksa dia pergi? Mustahil. Dia nak bertolak haritu elok je.

"Fira are you okay dear?" teguran mama membuatkan aku tersentak dari lamunan.

"Sha perasan Fira nampak lain macam je aunty. Ada yang tak kena tu." Geisha menyahut. Dia tengah sibuk hias pelamin dia. Mereka pun buat ala kadar macam aku dengan Dani dulu.

"Eh mana ada. Apa pula yang lain?" tepisku.

Mama melabuhkan punggungnya di sampingku. Aku mengukir senyum tawar memandangnya.

"What's wrong ni? Dani tak okey ke kat sana?"

"Tak adalah. Semua okey je." tipuku. Bukan sengaja. Takkan aku nak buat mama pula risau? Sejak dua menjak ni mama nampak ceria sangat. Yelah orang nak dapat menantu baru dan cucu sulung tak lama lagi.

"Rindu hubby dia lah tu." sekali lagi Geisha mencelah.

Aku menyengih saja. Menutup segala kerisauan di wajah.

"If you need anything, just tell mama okay? Tak nak lah berahsia daripada mama. Jangan pendam seorang diri. Nanti Fira stress baby pula kena sekali. hm?"

Kepala aku angguk. "Okey ma." tanganku mengusap-usap perut buyung ini.

"Assalamualaikum,"

Kami bertiga menyahut salam yang diberi sambil menoleh ke arah suara tersebut.

"Eh Dazrin balik lunch ke?" soal mama.

"Balik terus ma. Majlis nak dekat kan so banyak persiapan belum selesai. Dazrin terpaksa kerja setengah hari."

"Ha yelah. Mama nak panaskan lauk untuk Dazrin kejap."

"Eh takpa aunty. Biar Sha buat. Aunty duduk je." sempat dia menghadiahkan senyuman kepada Dazrin kemudian beredar ke dapur.

Beralih kepada Dazrin, dia tengah mengawal ekspresi wajah senangnya melihat Geisha. Dua ekor ni aku perhati je gelagat diorang. Kalau boleh baca isi hati diorang ni, mungkin dua dua tak sabar nak halal.

Loceng rumah kedengaran berbunyi. Terus Dazrin menjenguk di tingkap.

"Rasanya tu Iqbal lah."

"Iqbal mana?" tanya mama.

"Kawan angah."

*

Aku keluar menggunakan pintu pagar kecil. Iqbal tersenyum kecil melihat kedatanganku. Sesampai di hadapannya, sekeping kad aku hulur kepadanya. Riak wajahnya agak speechless.

Aku menyengih.

"Kad kahwin siapa ni Fira?"

"Abang Rin dengan Geisha. Diorang suruh saya bagi kat awak. Make sure datang tau."

"Ohh" dia tergelak kecil. "Insyaallah."

"Tak nak masuk dulu ke?"

"Eh takpa. Saya datang nak bagi charger Am tertinggal dalam kereta saya haritu. Masa nak bertolak tadi baru saya perasan. Risau pula kalau dia cari ke apa nanti."

Aku mengambil semula charger phone milik Dani. Kenapalah cuai sangat dia ni. Nasib tak telefon bimbit sekali tertinggal. Kalau sebab ni lah dia tak call mesej aku, lagi mustahil.

Takkan officemate dia pun tertinggal charger?

"Mula-mula saya pergi rumah awak tadi. Tapi tak ada orang,"

Dahiku mula berkerut.

"Jadi saya fikir maybe Am bermalam sekali kat sini so saya pun datang sini. Dia mana? Tak nampak pun. Chat yang saya hantar dekat dia dalam whatsapp pun masih single tick. Oh lupa.. mungkin sibuk tu kan? Abang sendiri nak kahwin katakan." ujar Iqbal bersahaja.

"Jap. Apa yang awak cakap ni Iqbal? Dani sekarang tengah oustation lah. Kan awak sendiri hantar dia pergi haritu." dia ni dah nyanyok ke apa?

Sekali lagi Iqbal tertawa kecil. "Awak yang cakap apa ni? Am tak jadi pergilah haritu."

Aku terdiam seribu bahasa. Situasi apa pula yang sedang berlaku sekarang. Mati-mati aku ingat Dani ada kat Sarawak sekarang tapi hakikatnya..

"Awak jangan main-mainlah Iqbal,"

"I'm not joking at all."

Ya Allah. Ke mana pula dia menghilang selama ni?

"Fira what's wrong? Ke Am tak balik lagi?"

Aku memandang Iqbal dengan air mata yang bertakung.

"Dani kat mana sekarang? Selepas dia bertolak dengan awak haritu, sejak tu dia tak on handphone. Apa yang berlaku haritu sebenarnya?"

Terlihat Iqbal menggigit bibirnya menyusun ayat. Aku yakin dia turut keliru dengan apa yang jadi sekarang.

"Last time saya bercakap dengan dia.. masa kami tiba dekat depan rumah mak tok,"

Aku mula rasa tak sedap hati.

"Dia tak bagi saya ikut dia masuk sebab katanya ada benda dia nak settle-kan dengan mak tok. Saya okeykan jelah. Lama juga saya tunggu dia keluar dari rumah tu. And then dalam sejam macam tu, cucu mak tok pula keluar jumpa saya bagitahu yang Am tak jadi pergi."

Ya Allah..

"Dia ambil semua barang Am bawa naik. Saya pelik juga kenapa tak Am sendiri yang turun jumpa saya dulu. Tapi saya tak fikir lain pun sebab tu kan rumah mak tok dia."

Helaan nafas berat aku lepaskan. Yes. Sekarang aku dalam dilema. Dani masih ada kat rumah tu ke? Asal dia tak balik balik pula? Aku kat sini langsung dia tak ingat dah?

Apa dia buat? Tengah jaga mak tok sakit?

Ish!

Stop-lah fikir positif Fira! Kau tak boleh hanya duduk diam!

*

Aku berjalan berulang-alik di ruang tamu sambil cuba call nombor Eliya. Yang lain pula duduk kebingungan di atas sofa termasuk Iqbal. Aku dah tak dapat sorok benda ni daripada mereka.

Angkatlah Eliya! Ni dah masuk kali kelima aku try call dia. Apa awak dah buat ni hubby? Semua dah kalut sekarang. Apa motifnya lagi?

"Fira please calm down. Think about your baby." mama bersuara.

"Macam mana boleh Fira bawa tenang ma? Dani hilang tanpa kita sedar. Fira yakin mereka tengah aniaya dia."

"Mereka tu siapa?"

Kakiku terhenti. Mama yang bertanya aku pandang dengan persoalan di hati. Asal tiba-tiba kau nak tuduh mak tok pula Fira? Kalau jadi apa-apa dekat Dani, memang seratus peratus angkara Eliya lah!

"Kau buat hal pula ngah.." ngomel Dazrin.

"Sha tak rasa Eliya akan jawab call awak Fira."

Betul. Aku tak boleh teruskan dengan cara ni.

"Fira nak pergi rumah mak tok."

Masing-masing berpaling ke arahku. Aku perlu. Biar aku sendiri yang saksikan apa sedang jadi kat sana.

"Dengan keadaan Fira macam ni? Mama tak benarkan. Better Dazrin dengan Iqbal je pergi sana cari Dani."

"Fira minta Iqbal teman. Mama janganlah risau. Itu kan rumah mak tok? Lagipun abang Rin dan Sha perlu teruskan persiapan majlis diorang. Biar Fira uruskan hal Fira sendiri."

Jiwa aku dah tertahan lagi nak ke sana. Kalau boleh telepotasi kan senang.

Kenapalah baru sekarang aku tahuu

🌹

Vote, comment & share

Thankyou♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro