Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Please don't expect my story to be as a great as yours.

Happy reading!

-

Aku melangkah keluar dari sebuah teksi yang menghantarkan aku tepat di hadapan rumah orang tuaku. Harini aku baru pulang dari Perth, Australia setelah lima tahun belajar di sana.

Persoalannya sekarang, tak ada sesiapa pun jemput aku kat airport. Puas aku tunggu tapi sorang pun batang hidung kenalan aku tak datang. And dengan paksarela nya aku pun balik naik teksi.

Rasa bengang lah sikit.

Kenapa tak call dorang? Ah! Biar terkejut semua tengok aku dah tercongok kat sini.

Then rumah aku ni? Kenapa banyak kasut manusia di hadapan pintu ? Mama papa buat kenduri ke? Kenduri apa pula?

Kenduri untuk meraikan dan menyambut kepulangan aku? Tak ada pula nampak kanopi dibina. Or mereka nak buat kejutan? Kira-kira akulah yang akan terperanjat lepas ni?

Lebih baik aku pergi periksa sendiri.

Bagasi aku letakkan di luar. Apa yang membuat jantung aku tiba-tiba berdegup kencang, terdapat dua sosok tubuh manusia yang berselimut penuh sedang terbaring kaku di ruang tamu. Sambil yang lain membacakan yaasin.

Ya Allah.. siapa mereka?

Baru saja selangkah masuk, abang Kamil muncul. Tak semena-mena dia merentap kasar lenganku dan menarik aku ke luar jalan.

"Abang sakit.." rintihku.

"Sakit apa? Hati aku lagi sakitlah perempuan!" dia membentak bengis.

Sumpah aku takut gila sekarang. Apalagi bila tengok kemarahannya membuak-buak terhadap aku.

"Abang apa jadi? Adik baru pulang kan? Please explain dulu. Mayat siapa tu tadi?"

"Tu mayat mama papa. Puas hati kau? Huh?"

Serta-merta jantungku terasa bagai diraup kasar.

"Jangan main-main la abang Kam,"

"Siapa main-main?!" bahuku ditolak kasar. Lantas berguguran air mata.

Mimpi buruk apa ini Allah?

"Adik nak pergi tengok mama papa.."

"Eh tak payah lah!" ditolaknya lagi badanku yang sudah lemah sehingga aku terjatuh tidak berdaya di atas tanah.

"Dorang dah tak bernyawa dah! Ni puas kau habiskan duit mama papa belajar jauh jauh macam tu? Kau balik ni bawa apa ah? Bawa sial?! Kau tengok lah, mereka dah mati sebab kau! Dasar tak sedar diri!"

Kenapa aku yang dipersalahkan?

"Tolonglah jangan buat adik macam ni.." rayuku dengan banjiran air mata.

"Kau berambus! Jangan bawa satu harta benda pun! Kau bukan anak mama papa aku lagi! Sampah!"

Ya. Sememangnya aku hanyalah anak angkat di dalam keluargaku ini. Tapi patutkah aku dilayan sebegini rupa sedangkan bukan salah aku sama sekali!

Datang seorang lagi abang angkatku iaitu anak sulung mama papa, Nizam. Dia cuba menghentikan abang Kamil.

"Aku dah lama nak halau perempuan ni bang. Aku tak nak ada kena-mengena dengan dia lagi. Pembawa sial! Kalau kau jejak rumah ni lagi, mati kau Fira!" setelah itu abang Kamil terus masuk ke dalam rumah.

Tinggallah abang Nizam dan aku di sini.

Sejak aku diambil sebagai anak angkat dalam keluarga mereka, abang Kamil memang tidak suka akan kewujudanku. Aku dilabel sebagai "perampas" olehnya.

Tetapi tidak abang Nizam, dia menerima aku dalam keluarganya dengan hati terbuka. Dan aku hanya rapat dengannya sehinggalah aku dewasa.

"Apa tunggu lagi? Pergi dari sini."

Kali ini aku terasa seperti menerima satu tamparan daripada abang Nizam. Tak sangka ayat tersebut keluar dari mulutnya.

"Abang Zam, apa ni? Adik tak salah pun. Janganlah hukum adik macam ni.." wajahku sudah basah dengan air mata.

"Mama papa dah pergi Fira. Jadi sampai sini saja kami jaga kau. Kau pergilah. Pergi mana pun kau nak." usirnya tanpa belas kasihan.

"Fira nak pergi mana? Fira tak ada sesiapa lagi. Abang tak sayangkan Fira ke?"

Kasihanilah aku.

Tanpa menjawab, Nizam terus meninggalkan aku yang sedang merintih.

Kejamnyaa

"Abang.." aku hendak mengejar tetapi jatuh tersungkur akibat kakiku yang terasa tiada upaya lagi. Semangat aku juga hilang entah terbang melayang ke mana.

Ya Allah lemahnya aku..

Tidak lama kemudian muncul sebuah kereta BMW kelabu yang berhenti di bahu jalan.

Ya Allah syukur. Insan yang sangat aku perlukan sekarang tiba tepat pada waktunya. Aqram Mukris, si encik tunang terus berlari cemas mendapatkan aku.

"Fira." dia membantu aku untuk bangun semula.

"Am.."

"What's wrong dear?" soalnya prihatin. Sudah tentulah dia hairan dengan situasi aku sekarang. Tersadai di tepi jalan.

Aku menahan esakan tangis.

"Nizam and Kamil did this to you?"

Tidak tahu apa nak dijawab, aku terus membisu.

"Ya Allah.. Fira.."

Kami sama-sama menoleh. Puan Mastura, bakal ibu mertuaku yang baru keluar dari rumah mama papa, sedang menapak laju ke arah kami.

Sesampainya di sini, wajahku lalu diraup. "Ya Allah Fira. Kenapa dibuatnya Fira macam ni?"

Kata-kata mummy menambahkan rasa sebak di dada.

"Mummy, Fira nak jumpa mama papa.." rintihku lagi. Berilah kesempatan untuk aku menatap wajah mereka buat kali terakhir.

Sekejap pun tak apa.

"Tak payah Fira. Nanti Nizam dan Kamil semakin menjadi." celah Aqram tegas. Semestinya sudah dapat meneka bahawa merekalah yang memperlakukan aku begini.

"Betul sayang. Fira ikut Am ye? Biar mummy yang bantu uruskan pengebumian mama papa Fira, okey?"

Aku menggeleng. Aku tak nak. Aku nak kucup dahi mama papa aku buat kali terakhir.

"Jom Fira ikut I. Kalau you berkeras, macam-macam mereka akan buat kat you."

Aqram betul. Abang Kamil pun dan marah melampau dengan aku.

"Mama papa meninggal sebab apa mummy?" persoalan yang terus berlegar di kepala.

"Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya."

Allahu

"Sabar ye sayang. Kamil tu tak dapat dipujuk. Puas daddy tenangkan dia tadi tapi langsung dia tak nak dengar. Tak apa. Mummy yakin Fira kuat, ye sayang?"

Ya Allah, mummy. Lantas mummy memelukku erat serta mengelus perlahan rambutku.

Sebak di dada terus aku tahan. Perit. Aku sudah berada di hadapan rumah orang tuaku dan telahpun melihat mayat mereka. Tapi aku tak mampu nak berada lebih dekat dengan mereka.

Hukuman apa ini?

"Fira ikut Am ye?" mummy terus memujuk.

Kepala aku angguk bersama jernihan air jatuh dari kelopak mata. Aku terpaksa akur. Sedih yang teramat semakin menguasai diri ketika terpaksa berundur dari sini..

***

"Fira, makanlah sikit." Aqram terus memujuk.

Nasi goreng tomyam yang dipesan, aku pandang kosong. Sememangnya ia adalah makanan kegemaran aku, tapi sekarang aku betul-betul hilang selera makan.

Lihat aku masih menundukkan wajah dan membisu, Aqram bersuara lagi. "Don't hurt yourself like this dear. I don't like. Please, stay strong. I'll be by your side hm?"

Mata sembabku lalu memandangnya. Agak kasihan melihat si dia yang tak henti henti memujuk aku sejak tadi.

"Serious Am, I tak ada selera.." aku cuba membuka mulut.

"Tak kesian dekat I ke? You know right I hate your sadness."

Tersentuh.

"Yes. Kehilangan itu sakit Fira. But nothing will stay with us forever."

Air mata seakan mahu bertakung lagi. Mama. Papa. Di saat yang lain sibuk menguruskan pengebumian mereka di sana, aku di sini tak dapat ikut serta.

Pilunya.

"Bila semuanya dah selesai, I janji akan bawa you pergi ziarah kubur mama papa you nanti. Tapi sekarang you isi perut dulu. Okey?"

Aku diam. Hati terasa pedih kembali. Bukannya aku tak redha tapi siapa je tak sedih kalau tak boleh tatap wajah orang tua kita buat kali terakhir?

Dahlah siap kena halau rumah bagai.

"Fira.. ke you nak I suap ni?" nada lembut Aqram menyapa telinga lagi.

Aku sedikit senang kerana masa susah begini masih ada orang tersayang yang menemani.

Terbit senyuman kecil di bibirku. "No, okay."

Aqram pun menyengih. "Kalau macam tu makan cepat. Pasal Nizam and Kamil, I akan settle dengan mereka nanti."

Ya. Mereka berdua tu. Yang tanpa perikemanusiaan buang aku macam tu je.

"I takkan diam tengok mereka halau you sesuka hati Fira. But don't worry okay? Let me handle that."

Aku sekadar mengangguk. Baru saja nak mencapai sudu di atas pinggan, muncul suara seorang perempuan menyeru nama Aqram. Lalu kami sama-sama berpaling.

Memang ada seorang perempuan berdiri tidak jauh dari kami.

Yang hairannya, aku perasan riak wajah Aqram berubah. Seolah tidak suka dengan kehadiran insan itu.

Seketika kemudian, perempuan tersebut mula menghampiri meja kami.

🌹

First chapter.. how? Maaf kalau hambar yee

Sedekahlah vote comment oky?

Anything just let me know yaaa💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro