Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Aku berdiri di hadapan cermin sambil mengeringkan rambutku menggunakan towel.
Dah namanya baru lepas mandi. Rambut pun basah.

Seketika aku memerhati diri di hadapan cermin.

Semua yang aku guna dan pakai kat dalam bilik ni, semua kepunyaan orang. Kadang-kala aku rasa segan dengan diri sendiri. Terus menerus menumpang di rumah orang.

Sampai bila aku nak harapkan orang pelihara aku? Dan bila masanya pula aku nak berdikari? Aku rasa aku dah boleh start cari kerja nanti.

Bila ada duit sendiri senang sikit nak tampung hidup.

Pintu bilik dibuka.

Tahu siapa datang?

Geisha.

Entah apa dia nak. Ingatkan dah tidur kat bilik tetamu sana.

"Nak apa Sha?" soalku lembut.

Dia tersengih kecil. Lawak ke soalan aku?

"Saya sepatutnya tanya awak nak apa."

Dahiku mengerut hairan.

"Fira," dia mula melangkah masuk. "Awak nak apa datang menumpang kat sini?"

Aku menahan rasa kecewa di hati. Tak sangka wujud juga this type of person dalam keluarga Doktor Dahlia.

"Maafkan saya kalau kehadiran saya menganggu mata awak. Tapi Doktor Dahlia ambil saya dengan cara baik. Tak salah kalau awak layan saya dengan cara baik juga."

Anak-anak Doktor Dahlia baik je dengan aku, ni kau cuma anak saudara.

"Layan awak dengan cara baik? Kalau saya tak suka dengan kedatangan awak, macam mana boleh layanan saya baik terhadap awak?"

Eee mulut tuu

"Saya pun tak selesa dengan kedatangan awak sekarang. Saya nak masuk tidur. Pergilah bilik awak sendiri." usirku.

"Yang sepatutnya tidur bilik tetamu tu awak. Orang luar. Ni bilik Dayana, anak aunty Dahlia. Macam mana orang luar boleh senang senang tidur bilik ni?"

"Maafkan saya. Tapi malam ni awak yang menumpang. So bilik tetamu lah bilik awak." ingat aku tak pandai menjawab ke apa.

Aku tengok dia terus melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Saya rindu Dayana lah. Dia bukan setakat sepupu bagi saya, tapi juga kawan baik. Boleh bagi saya lepaskan rindu dengan tidur bilik dia malam ni?"

Alasan lahh

"Kalau awak tetap nak tidur bilik ni pun boleh. Tapi atas lantai lah."

Aisyy aku sabar je dengan engkau Geisha. Sumpah muka kau memang cantik, tapi sayangnya perangai kau terlalu buruk.

Takpa ni baru permulaan.

"Baiklah Sha. Awak ubatlah rindu awak puas-puas malam ni." aku sengaja mengalah dan melangkah keluar dari bilik.

Tapi bukan bererti permainan ni dah tamat. Berani kau main dengan aku ye perempuan?
Kalau ikutkan hati, nak aje aku ketuk pintu bilik Dani sekarang, ajak dia serang kau. Biar padan sikit.

Aku nak jaga hati Dani lah aku tak buat tau. Tadi pun dia nampak kecewa mama dia ajak kau bermalam kat sini.

Kalau setiap cerita tak ada perempuan berpewatakkan macam kau tak sah kan?

Pendam dan diam dulu Fira. Mata kau pun dah ngantuk ni. Terpaksa aku tidur sorang sorang kat tingkat bawah. Bilik setiap isi rumah ni semua terletak kat tingkat dua.

Takpa Geisha. Takpa. Ini hari kau.

*

Segera aku mempercepatkan langkah tika melihat sosok tubuh Dani memasuki dapur.

"Good morning prince charming!" ucapku riang. Saat sedar perubahan riak wajah Dani yang sedikit toya, buat aku terus menutup mulut.

Kau cakap apa tadi Fira? Prince charming depan dia? Ha itu lah kau excited sangat.

"Kau mimpi apa malam tadi?" dia sudah mengambil tempat di meja makan. Breakfast masih terhidang di atas meja.

"Terlepas." ujarku perlahan.

"Mana semua hamba Allah dalam rumah ni?"

Cantik betul ayat eyh?

"Semua dah pergi kerja. Termasuk cousin awak yang jelita tu. And dia sempat buatkan awak sarapan. Beruntungnyaa." perliku.

Sudu yang dah dia pegang tadi dilepaskan semula.

"Makan lah awak. Nak tahu juga masakan siapa lebih sedap."

"Baik kau kemas makanan ni sebelum aku ludah."

Ish dahsyat juga benci tu.

"Tak elok buang makanan awak. Nak jadi syaitan ke membazir?"

Dia tidak membalas. Dia terlihat sudah moody. Kesian juga tengok baru nak makan dah tak ada selera. Kalau tahu tak payah beritahu Geisha yang masak tadi.

"Erm saya masak untuk awak nak?" aku menawarkan diri.

Baik kan? hihi

Dingdong~

Hai lah orang. Tak boleh ke nanti nanti sikit kau nak datang?

"Saya pergi tengok jap siapa datang." kataku terus melangkah menuju luar rumah.

-

Terdapat dua orang anggota polis di luar pagar rumah. Aku menelan air liur. Sebab apa pula polis tetiba tercegat kat luar rumah ni? Mudahan tak ada apa perkara buruk aku akan dengar daripada mereka.

Sebelum aku menuju ke arah mereka, pagar aku bukakan terlebih dahulu.

"Assalamualaikum cik." ucap mereka setelah berdirinya aku di hadapan mereka.

"Waalaikumsalam. Ada apa ye?" tanyaku penuh debaran.

"Betul kan ni rumah Ammar Danial Ahmad Zaidi?"

Ammar Danial Ahmad Zaidi? Nama penuh Dani ke tu?

"Kenapa ye?"

"Dia ada di rumah? Boleh kami berjumpa dengan dia?"

Aku menelan air liur. Apa dah berlaku ni? Kenapa polis cari Dani?

"Kenapa sampai datang rumah aku?" suara Dani mencelah setibanya dia di sini.

"Awak apa ni?" mestilah aku sedikit cemas. Tiba tiba polis datang cari dia. Dani buat jenayah ke?

"Ada apa cari aku?" Dani tidak mengendahkan aku.

"Ammar, kami perlu beritahu kau sesuatu."

Dani lalu mengalihkan wajahnya ke arahku.

"Kau pergi masuk."

Aku tak nak sebenarnya. Ekspresi wajahku yang risau pun aku dah tak boleh sorok lagi. Aku takut kalau kalau Dani dah lakukan kesalahan yang besar.

Dengan langkah yang berat aku berlalu ke dalam rumah.

Aku berdiri menunggu di pintu. Aku takut sangat. Takut Dani kena sumbat dalam penjara. Lagi tak tentu arah hidup aku.

Kenapa polis cari dia ey?

Dia langgar lari orang ke?

Atau curi duit syarikat?

Takpun bunuh rakan kongsi?

Haish kepalaku lalu aku tampar.

Mengarut lah semua tu. Tak percayalah aku Dani buat semua tu. Pengaruh drama lebih kau ni Fira.

Apa awak dah buat Dani??

"Aafira."

Akhirnya Dani masuk semula ke dalam rumah. Segera aku mendapatkannya.

"Awak apa dah jadi?" tanyaku dengan penuh kerutan di dahi, keresahan di otak dan ketakutan di hati.

"Nothing."

"So kenapa sampai polis datang cari awak? Salah apa awak dah buat? Ni kalau mama tahu sedih dia awak."

"Jangan merepek Fira. Aku tak buat apa apa lah. Aku cuma kena ikut diorang."

"Pergi balai? Tak buat apa apa habistu kenapa ikut diorang? Cakap betul-betul lah Dani.."

"Fira please stop okay? Aku ada benda nak settle dengan diorang. That's it. Kau jangan mengarut. Jangan bagi mama risau." jelasnya.

Tak nak berterus-terang lah dia ni. Orang risau nak mampus dia masih selamba gitu.

Nak fikir positif lagi pun aku tak boleh dahh.

🎈

Ish ish ish

Vote itu satu penghargaan buat author.

Tenkiu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro