BAB 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Psstt (⌒_⌒;)

Thanks for reading ❤

Hope you enjoy!

-

Aqram terdiam sambil memandang tepat ke wajahku.

"Apa yang awak nak lagi Am? Kenapa masih nak sibuk hal saya? Jaga hal masing-masing lah." pantang aku lelaki dah beristeri sibuk sibuk nak ambil tahu hal perempuan lain.

"Saya dah maafkan awak kan jadi apa lagi Aqram? Saya tak suka awak macam ni still nak masuk campur hal saya. Awak tak ada hak. Awak memang nak sakitkan hati saya lagi ke apa?"

"Fira listen. Saya datang bukan nak bergaduh. Saya datang nak jalankan tugas saya. That's all okay?"

"Tugas apa hah? Kau dah bebini buat cara dah bebini lah! Bukan sana sini tagih cinta Fira balik!" tambah Mira pula.

"Eh no lah! Aku tak ingin nak tagih-menagih cinta ni!" sekali lagi Aqram menaikkan frekuensi suaranya.

Hati aku sedikit terasa. Kedua tubir mataku mula panas.

Nampak sangat cinta Aqram dekat aku dah lama tenggelam entah ke mana. Aku je rasa susahnya nak move on.

Dia semudah abc bertukar perasaan.

Itulah lelaki bila dah jumpa perempuan yang nampak lebih sempurna daripada partner dia.

"Oh wow. Amazing-nya ayat. So buat apa sini lagi? Pergi jaga cinta hati kau kat rumah sana yang tengah mengandung anak luar nikah korang. Tak payah nak tunjuk muka perasan bagus kau ni!" Amira aku lihat semakin berapi. Sepatutnya aku yang emosi lebih, ni dia pula.

Aku memang lembik bila berhadapan Aqram kan?

Aqram pun menghela nafas berat "Look here--"

Segera Mira memotong ayatnya "Eh sudahlah berlakon baik Am! Berlagak macam kau still ambil berat pasal Fira! Tapi hakikatnya hati dan perasaan dia kau tak kesah langsung pun!"

"Aku dengan Fira takkan termakan tau dengan kata-kata kau lagi."

"Aku tak faham betul lah dengan jantan spesis macam kau ni. Kau dah aniaya Fira dan dengan tak malu nya masih tunjuk muka lagi?"

"Pergi mampus lah dengan betina yang dah berzina dengan kau tu!"

Pap !

Tak di sangka-sangka hinggap satu tamparan ke pipi Mira. Aku betul-betul.. ishh

"Aqram! Berani betul kau naikkan tangan dekat kawan baik aku. Memang dasar lelaki dayus lah kau! Tak serik nak buat dosa ke?"

"Atau kau memang jenis suka kumpul dosa biar dapat masuk neraka?!" ha ambik. Akhirnya aku berani melepaskan geram.

Dia tampar kawan baik aku depan aku? Dia ingat dia siapa berani tampar perempuan?

"Eh koranglah yang tak habis habis kumpul dosa! Aku penat lah asyik kena fitnah, kena herdik, kena caci macam korang ni baik sangat..?"

"Fira kau lupa yang si Kamil tu pernah ugut nak bunuh kau kalau kau jejak lagi kaki kat rumah tu? Eh kalau tak kerana Danial aku tak nak pun follow mana kau pergi lah Fira."

Danial? Dani?

Apa kaitan dia pula?

"Lepas ni pandai pandai kau lah Fira jaga nyawa kau sendiri. Aku pun tak nak susahkan diri sendiri untuk orang yang bukan siapa siapa bagi aku. Semakk" seraya Aqram beredar meninggalkan kami.

Aku agak terkilan.

Tak sangka Aqram boleh jadi sejahat itu. Dia sekarang dah jadi lelaki sekasar tadi.

Ini salah aku juga kah?

"Tak guna kau jantan!" sempat Mira berteriak. Tengah membahang lagi tu.

Terdapat kesan merah di pipinya yang kena tampar tadi. Aku tak percaya kau boleh buat semua ni Am.

Aku tak sangka yang kesabaran kau sekelip mata boleh hilang. Kau dah tak seperti kau yang dulu.

Yang aku anggap lelaki lain daripada yang lain. Lelaki yang tak akan sesekali melukai perempuan.

Terasa tangan Mira mengusap lenganku. "Kau okey?"

Gugur air mataku. Kalau dah sedih ada pula orang tanya kita okey ke tak memang automatik lah terus cengeng.

"Otak aku penuh dengan tanda tanya Mira. Aku tak faham apa yang tengah jadi.." keadaan sekeliling aku penuh dengan teka-teki sekarang.

"Kita pergi dulu dari sini ye?"

Mata aku tertumpu ke arah rumah mama papa. Andainya mereka masih ada mesti sekarang aku tengah santai dekat dalam sana. Dan bukannya berdepan dengan situasi macam ni.

Satu keluhan aku lepaskan.

Penat.

🥀🥀🥀

Mira mengikut jejakku keluar dari perut keretanya.

"Babe.." dia menghampiriku dengan wajah yang bersalah. "Kau okey tak ni? Aku minta maaf tau? Kalaulah aku tak ajak kau pergi sana harini semua ni takkan jadi lah."

Tahu takpa.

"Aku okey lah wei. Don't worry. Aku tak salahkan kau pun."

"Si jantan tu pun satu. Tiba tiba tunjuk diri depan orang dah kenapa?"

"Dah lah. Lupakan ye? Ni pipi kau sakit lagi tak?" aku cuba menyentuh pipinya yang masih ada kesan merah.

Terdengar Mira mengerang kecil. "Masih pedih sikit. Aku rasa dia keluarkan sehabis kekuatan tampar pipi aku tau. Jerk!"

Halah shian. Tak pasal pasal dapat satu hadiah hebat daripada Aqram.

"Fira, tu abang angkat kau juga ke?" mata Mira sedang mengarah ke halaman rumah. Aku lalu turut memalingkan wajah.

Automatik mata aku terbeliak.

Dani.

Yelah Dani.

Mr. annoying aku.

Dah balik!

Tak perasan tadi kereta dia ada.

"Fira!" sergah Mira tika aku sedang mengelamun. "Aku tanya kau ni. Handsome wei. Hidung mancung."

Ha ni lah dia. Pantang tengok lelaki berhidung mancung sikit mesti gatal dia muncul. Masa masa macam ni pun sempat.

"Ye abang angkat aku." jawabku dengan muka toya.

Abang lah sangat.

"Kerana dia aku ada kat sini sekarang. Kerana dia aku dapat kehidupan baru." terimbas kembali saat pertama kali aku terjumpa Dani.

"Lucky. Huh" mata makcik ni pula tak alih dari memandang Dani.

Lantas aku berdehem, "Sakit kat pipi tu dah hilang ke cik akak oi?" perliku.

"Haah"

Sekali lagi aku menoyakan muka. Aku cuba mengerling ke arah Dani.

Perasan mimik wajah dia macam tengah menahan amarah.

Kenapa?

"Eh kau balik lah lagi." maaf lah Mira tapi aku terpaksa usir kau. Aku nak bercakap dengan prince charming aku tu.

"Huh yelah. Kirim salam kenal kat abang kau tu tau?"

"Dah dah gi sana."

Mira mencebik dan akur.

Dahsyat betul penangan wajah Ammar Danial sampai si minah tu lupa tentang Aqram yang melempangnya tadi.

Setelah beredarnya Mira, aku menyusun langkah masuk ke halaman di samping menuju ke arah Dani.

"Awak.."

"Apa kau buat tadi Fira?" soalnya tegas.

Aku terdiam sejenak. Dia tahu pasal tadi ke? Confirm confirm lah Aqram yang mengadu.

🎈

Ha apa lah jadi nanti?

Stay tuned^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro