Bab 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Pejam celik pejam celik dah dua minggu berlalu. Persiapan kahwin aku pun 90 peratus dah selesai. Mujurlah keluarga ni setuju dengan aku untuk buat majlis dekat rumah je.

Kalau nak sewa dewan macam keterlaluan sangat. Even majlis kahwin sendiri tak nak lah buat yang gilang gemilang sangat. Halaman banglo mama kan luas. Muat lah nak bina kanopi. Ikut kenduri cara kampung best lagi.

Ditambah pula majlis akad nikah dan majlis bersanding diadakan serentak.

Harini kami berdua on the way pergi butik untuk ambil tempahan baju pengantin. Dah lah yang call beritahu baju dah siap tu Evina. Ditambah lagi yang dia call tu nombor aku. Ini kerja Dani lah beri nombor aku pada dia pula.

Menyampah aku dengan dia tak habis lagi tauu

"Kenapa bagi number phone saya pada Evina?" aku lalu berpaling ke arah Dani di sebelah yang sedang memandu.

"Supaya dia dapat bagitahu kita baju dah siap."

"Ye tapi kenapa number phone saya yang awak bagi? Sendiri kan ada number. Dahlah tadi sempat tanya awak ke yang datang ambil. Kan bagus kalau dia dapat bercakap dengan tuan punya badan sendiri."

Panas hati akuu

"Kalau aku bagi number aku nanti, kau marah aku pula. Kau nak ke yang perempuan lain ada number aku?"

"Tak kuasa saya nak marah. Tak ada hak pun. Saya still bukan isteri awak."

"Apa kau cakap ni bunny? Sebab kau nak jadi isteri aku lah aku kena jaga hati kau. Baru layak digelar suami idaman hati. Tak ke betul macam tu?"

Aku hanya meng"em"kan saja. Dia lah saja yang betul. Sakit sakit pun tetap tak nak kalah dengan aku. Ini dah masuk tiga minggu demam dia tak hilang. Entah ada ke tak makan ubat.

Tika mata menghala ke luar tingkap, terus kepala aku terfikirkan sesuatu.

Hurm

"Awak.. erm Aqram apa khabar sekarang? Dah lama saya tak jumpa dia." soalku berhati-hati.

Aku perasan wajah Dani mula menunjukkan riak bosan. Aku tanya pasal "kawan baik" dia kott

"Kenapa? Kau nak jumpa dia?"

"Jika diberikan kesempatan.."

"Aku boleh bawa kau pergi jumpa dia lepas balik butik."

Aku diam. Asal nada macam tak ikhlas je.

"Nanti aku ajak dia jumpa dekat tasik yang aku pernah bawa kau."

"Awak tak marah?" inginku tahu.

"Buat apa nak marah? Bukannya aku bagi kau lari dengan Aqram pun. Lagipun ada baiknya korang berbaik sebelum majlis kita. Kau boleh invite dia datang."

Asal suara macam cemburu je? Cemburu eh?

"Awak belum bagitahu dia tentang hal kita?"

"Dah. Tapi tak secara detail sangat. Aku serba salah kalau rahsiakan perkara kita daripada dia."

Apa lah yang Aqram rasa bilamana dapat tahu yang aku akan kahwin dengan orang lain tak lama lagi?

Dia dah ada Sara Marissa kan? Apa nak kesah tentang aku lagi? Dia yang terlebih dahulu jumpa pendamping hidup. Dia yang terlebih dahulu bertukar pasangan. Dia yang terlebih dahulu gantikan tempat aku dengan orang lain.

Tapi tak bermaksud aku salahkan dia. Aku percaya dengan aturan Tuhan. Mungkin Sara mampu jaga dia dengan lebih baik berbanding aku. Harapan aku cuma nak persahabatan kami kekal sampai bila-bila.

"Awak, saya nak tahu alasan awak kahwin dengan saya.."

"Aku nak kau halal untuk aku. Baru senang aku protect kau."

Entah mengapa hati aku rasa sedikit hampa dengan jawapannya. Mungkin dia tak punya perasaan yang sama seperti aku.

"Janji yang awak tak akan pergi?"

"Ajal aku di tangan Tuhan, Fira. Selagi aku hidup selagi itulah aku boleh janji dengan kau yang aku takkan tinggalkan kau."

Senang mendengarnya..

🥀🥀🥀

Aku memperlahankan langkah menghampiri Aqram yang sudah berdiri menungguku di sebuah pondok. Nampaknya dia datang sorang. Baguslah tak bawa bini dia tu sekali.

Dari dalam kereta tadi aku nampak senyuman di wajah dia tak lekang saat bersua muka dengan aku. Masih dia mampu tersenyum walhal tahu bahawa diri ini akan jadi hak mutlak lelaki lain tak lama lagi.

Barangkali dia sudah move on.

Aku berdiri tepat di hadapannya. Bertentang mata seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kami. Itu yang aku rasakan.

"Awak apa khabar?" Aqram memulakan biacara.

"I'm good. Awak?" entah mengapa kedua tubir mataku terasa panas.

"As you can see me now. I'm happy bila dapat tahu yang awak sudi jumpa saya. Saya takut kalau saya tak akan dapat jumpa awak lagi."

Ya Allah mengapa rasa hiba menerpa diriku tiba-tiba?

"Banyak perkara yang saya perlu dapatkan kemaafan daripada awak Am."

Aqram senyum segaris. "You don't have to apologize Fira. I don't want to hear an apology coming out of your mouth."

"No. Saya akan tetap ucap kata maaf pada awak Am. Saya satu-satunya perempuan dalam hidup awak yang banyak lakukan kesalahan pada awak. Saya satu-satunya perempuan yang paling jahat pada awak,"

"Saya pernah keji awak, maki awak, herdik awak tapi awak tak pernah balas perbuatan saya dengan cacian semula," seketika aku memejam erat mata serta-merta air mata mengalir keluar.

"Fira.."

Aku menepis teguran Aqram.

"Tentu awak tak sangka kan perempuan yang pernah susah senang jatuh bangun bersama awak suatu ketika dahulu, boleh jadi sejahat itu. Tentu awak tak sangka kan perempuan yang pernah berjanji untuk setia hingga hujung nyawa dia pada awak, akhirnya dia tinggalkan awak,"

"Tentu awak tak sangka kan perempuan yang pernah bersumpah untuk mencintai awak seorang, dan pada akhirnya dia dah gantikan tempat awak dalam hati dia dengan lelaki lain. Am saya minta maaf sangat. Saya banyak sakitkan hati awak yang terlampau baik tu,"

Air mataku berterusan keluar. Hatiku terasa seakan perlahan-lahan rapuh kembali. Aku seakan dah banyak berdusta terhadap lelaki yang sedang menatapku tika ini.

"Saya minta maaf Am kerana tak percayakan awak. Saya minta maaf kerana halau awak pergi dari hidup saya. Saya minta maaf kerana biarkan awak jatuh ke tangan perempuan lain,"

"Saya minta maaf kerana tak sudah sudah cari salah awak, buruk awak. Saya minta maaf kerana tak berikan awak peluang selamatkan hubungan kita. Saya minta maaf kerana dah berkasar pada awak,"

"Am, saya minta maaf kerana.. sekarang di hati saya sudah tiada nama awak.."

Aku tahu walau seribu kali pun aku minta maaf ia takkan dapat ubah apa-apa. Ya memang. Aku tak nak pun hilang apa yang aku ada sekarang kerana aku dah mampu bahagia kembali.

Sakit memang sakit. Perit memang perit. Tapi aku perlu jujur dengan Aqram. Hati aku telah pun diisi nama Dani bukan dia lagi.

"Fira, I don't blame you for everything that happened. I really don't want you to apologize because everything is not a mistake but a provision. Allah is provision for us."

Diri awak sangat kental Am. Saya tahu hati awak juga turut berderai tapi awak tetap mampu tabahkan diri berbicara bersama saya sekarang.

Perempuan yang layak digelar pengkhianat.

"Saya gembira yang awak dah jumpa bahagia awak semula. Tak. Tak ada salahpun awak lupakan saya dan mula mencintai orang baru. We aren't meant to be together and I have to accept that."

Sebak di dadaku semakin melonjak.

"I trust him." mata Aqram beralih ke arah belakangku. Aku lalu turut berpaling. Dia memandang Dani yang sedang memerhati kami di luar kereta.

"I believe he can look after you better than me.  So there's nothing I need to worry about anymore."

Aku juga harap begitu.

"Wipe your tears Fira. We can still be friends right?" Aqram pun menghulurkan sapu tangan putih kepadaku.

Kepala aku angguk perlahan. Aku membersihkan wajahku yang basah menggunakan sapu tangan yang Aqram hulurkan. Tak semestinya kita tidak berjodohan kita pun terus saling melupakan.

"Aafira Khalisya.."

Pantas aku menatap mata Aqram yang jelas menahan sedih. Maafkan saya Am.

"Just because we can't be together, doesn't mean I won't love you."

🎈

Ha itu sahaja untuk kali ini

Jangan lupa tinggalkan vote and comment sekali kalau boleh.

Tata

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro