Bab 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Air mata aku tak henti henti keluar sewaktu bersalaman dengan keluarga. Entah mengapa hati aku rasa pilu semacam. Mungkin kerana aku masih tak percaya hari indah ini betul-betul terjadi.

Semasa jurukamera mengambil gambar kami berdua, aku rasa kekok habis. Badan rasa keras semacam apalagi saat Dani merangkul pinggangku. Tapi jauh di sudut hati aku, rasa selamat sangat bila berada dalam dakapannya.

Okeyy

Salam sudah. Berfoto pun sudah. Tiba masanya untuk pergi ke meja makan beradap.

"Okay raja sehari dah boleh pergi ke next level." ujar Mira.

Next level kepala dia. Dia ingat ini game?

Kami berdua pun sama-sama berdiri. Mira datang mendekatiku dengan membawa sekeping tisu di tangan.

"Meh aku lap air mata kau tu dulu tuanku,"

"It's okay Mira, give it to me." minta Dani. Tisu tadi pun diserahkan kepada Dani.

"Here bunny,"

Sempat aku menelan air liur. Terkedu aku bilamana Dani yang tolong menyeka air mataku.

"Thank you." ucapku perlahan.

"Cengeng sangat sayang saya ni." balasnya.

Terus merah membara kedua pipiku. 'Sayang'?? Ya Allah aku rasa bahagia sangat. Aku akan jadi wanita terbahagia di dunia di samping Ammar Danial!

"Am congrats bro."

"Thanks bro. Ingatkan kau tak datang."

Yang menyapa Dani itu ialah Iqbal. Aku ingat lagi dia. Kawan baik Dani yang kerja dekat mall dia. Aku kerling Mira di sebelah dah terbeliak biji mata dia pandang Iqbal.

Iqbal boleh tahan handsome lah tapi tak dapat mengalahkan kekacakkan suami aku. Yes hidung dia mancung sebab tu si Mira ni tergamam. Lelaki berhidung mancung kan type dia.

"Weh dia siapa? Aku tak pernah kenal pun."

"Memanglah kau tak kenal. Dia kawan Dani bukan kawan kau." bongok lah perempuan ni.

Dah mendapat kau arr

Aku tak tahu lah aku silap tengok atau apa, tapi tadi aku seperti ternampak bayangan abang Kamil? Siap senyum bagai perhati aku.

Sah sah lah aku salah tengok kan? Mana mungkin nya abang Kamil boleh tersesat dekat sini.

Melainkan kalau dia dah dapat tahu keberadaan aku?

Aku mohon lindunganMu Tuhan.

"Sayang?"

Aku tersentak. Gelisah mula menerpa diri.

"Bunny what's wrong?" Dani seakan dapat menangkap raut wajahku yang dalam keresahan.

Kepala aku dah pening. Perutku tadi yang berkeroncong tanda minta diisi tiba-tiba sakit. Aku dah hilang selera nak makan. Keterujaan aku pun dah punah gara-gara bimbang.

"Tell me dear,"

"Asal babe?"

Mulut aku masih terkunci. Otak aku ligat menyusun kata. Kalau aku beritahu hal sebenar, aku hanya akan hancurkan mood Dani.

"Kenapa Dani?" Aqram pula menegur.

Mereka bertiga seakan sudah cemas melihat aku dalam keadaan begini. Mujurlah Iqbal sudah pun beredar dari sini.

"Aku tak tahu. Polis masih mengawal depan sana kan?"

Huh polis?

"Ada polis?" aku bersuara.

"Of course saya akan minta polis untuk memantau majlis kita. Now tell me what happened?"

"S-saya.. ternampak abang Kamil."

Suasana kian tegang.

"What?! Kamil? Kenapa si jantan tak siuman tu boleh datang sini?" soal Mira.

"Kenapa dia boleh terlepas masuk?" ujar Aqram pula.

Dahi Dani pula sudah berkerut seribu. Dia betul-betul nampak risau. Mengapalah perkara ini boleh berlaku dalam masa masa majlis juga?

"Takpa Dani. Biar aku pergi jumpa polis dekat luar sana and beritahu mereka tentang perkara ni. Tolong jangan dihebohkan hal ni. Lebih baik cuma kita berempat yang tahu. Dani Fira perlu teruskan majlis."

Aqram pula kelihatan bersungguh membantu kami. Dia betul-betul nak pastikan majlis kahwin kami berjalan lancar.

"Am,"

Kami berpandangan.

"Thank you."

Dia sekadar menghadiahkan aku satu senyuman kemudian berlalu. Serta-merta tanganku dipegang suamiku erat. Aku memalingkan wajah ke arahnya.

"Don't worry too much dear."

Ya. Betul. Sekurang-kurangnya aku tak keseorangan. Dani ada. Polis ada. Am..

Terima kasih Am. Saya tak tahu bagaimana cara nak balas kebaikan awak. Awak tetap ada di waktu susah saya walaupun sebelum ni saya seringkali berbuat jahat kepada awak.

Awak tetap seorang lelaki yang baik.

*

Aku yang masih berpakaian gaun pengantin mencari sang suami di luar rumah. Terdapat beberapa orang lelaki sedang menjalankan pembersihan apa yang patut di bawah kanopi.

Dari jauh aku dapat melihat Dani sedang berbual di telefon. Baru je selesai kahwin harini terus sibuk dengan kerja dekat balai. Kes yang unit dia pegang masih belum temui jalan penamat.

Kadang-kadang aku kagum dengan dia. Istilah penat seolah tak wujud dalam diri dia. Tapi yelah aku tak nak dia terlalu sibuk sampai menjejaskan kesihatan sendiri.

Memandangkan dia sudah beristeri. Sudah punya aku, jadi aku kena jaga makan pakai dia sehabis baik.

Tak semena-mena aku dikejutkan dengan tangan seseorang yang menyentuh bahuku. Lantas aku menoleh.

"Fira.."

"Mummy!" aku dan Puan Mastura lalu berpelukan. Rindu betul aku dengan dia. Inilah pertemuan kedua kami selepas aku diangkat oleh keluarga mama.

Encik Mokhtar serta Aqram turut berada di sini. Masing-masing menguntum senyuman memandangku. Apa-apa pun yang berlaku kami tetap keluarga. Takkan ada yang berubah.

"Fira tak perasan mummy daddy belum balik. Kenapa tak cari Fira awal awal?"

"Kami bercakap sikit dengan mama Fira tadi. Mummy tak sempat nak luangkan masa dengan Fira siang tadi. Itu sebab mummy belum balik. Am pun ada hal nak dibincangkan dengan suami Fira."

Aku memandang Aqram sekilas. Terpancar kesedihan di wajah awak Am. Saya tahu senyuman di bibir awak hanya sebuah senjata. Senjata yang digunakan untuk awak berperang dengan hati sendiri.

Kuatnya awak Am. Saya tak sampai hati lihat awak dalam keadaan begini. Tetap mampu berdiri di hadapan saya berbekalkan senyuman palsu.

"Mummy happy sangat tengok Fira selamat berumahtangga dengan pilihan hati Fira. Tahniah sayang. Doa mummy selalu mengiringi setiap langkah Fira. Mummy harap Fira bahagia selalu."

Allahu

Setiap bibit kata yang keluar dari mulut mummy amat menyentuh sanu bariku. Seakan seorang ibu kandung sedang meluahkan rasa dengan puteri kandungnya.

"Terima kasih my. Fira pun happy mummy daddy sudi datang. At least Fira tahu yang mummy daddy masih tak lupakan Fira."

"Kenapa pula parents nak lupakan anak mereka kalau dah ia jantung hati mereka? Fira jangan lupa mummy daddy dah lama anggap Fira seperti darah daging sendiri." Encik Mokhtar menyahut.

Syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan mereka yang tetap menyayangi aku.

"My, daddy, boleh tinggalkan kami sekejap?" pinta Aqram.

Mereka mengangguk perlahan seraya meminta diri untuk berundur.

Kini tinggal kami berdua.

Aku dan Aqram.

"Tahniah Fira untuk perkahwinan awak." Aqram membuka bicara. Senyuman tak lekang di bibirnya.

You smile but you wanna cry. You talk but you wanna be quiet. You like pretend you're happy but you aren't.

I know you Aqram.

Aku senyum kelat. "Terima kasih Am."

"Don't ever forget that I'm happy if you are happy. So please keep smiling so I can smile too."

Mataku terus berair mendengar tutur katanya.

"Am.. janjilah dengan saya yang awak akan bahagiakan diri awak juga. Walaupun Sara miliki awak dengan cara yang salah, saya harap dia mampu bahagiakan awak lebih dari apa yang saya pernah buat,"

"Am.. awak dah banyak berkorban demi saya. Awak dah banyak susahkan diri sendiri demi saya. Awak dah lelahkan diri sendiri demi saya. Demi saya yang telahpun gantikan awak dengan lelaki lain dalam hati ni,"

"Tolong hapuskan rasa cinta awak kepada saya, Am. Saya tak nak awak terseksa. Saya tak nak awak pendam rasa sakit seorang diri. Awak berhak bahagia bersama orang lain. Kita teruskan persahabatan kita tanpa ada rasa cinta. Boleh?"

Semua yang telah ku ungkapkan kepada Aqram aku lakukan dengan penuh kekuatan. Dia harus belajar mencintai isterinya.

"Kalau itu syarat awak untuk teruskan persahabatan kita, I will do it Fira."

"Promise me?"

"I promise."

Jatuh setitik air mataku.

🎈

Huwaa aku kering idea laa (╥_╥)

Maaf boshan (´・_・')

Author try sehabis yang baik untuk terus menulis.

Berikanlah vote sebagai sokongan.(>y<)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro