Bab 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

"Doktor bagitahu keadaan hubby dah makin membaik. Kemungkinan hubby boleh discharge dalam dua tiga hari lagi. Nah makan." bubur dan segelas air kosong aku hidangkan di hadapannya.

Dani berdesis kecil. Wajahnya ditarik. Eh eh dah kenapa pula dia ni?

"Asal buat muka macam tu? Ingat handsome ke?"

"Hubby awak ni tengah sakit ke, marah ke, sedih ke, tetap kacak lah. So tak payah tegurlah hubby nak buat muka macam mana pun."

Tak tahu malu. Puji diri sendiri bukan main lebihh

"Tunggu apalagi? Makanlah. Biar nasi tu lama lama boleh jadi tak sedap nanti."

"Ni tak tengok ke tangan hubby ni sakit? Suaplah. Itu pun nak minta suruh dulu ke?" sambil dia menunjuk pergelangan tangannya yang masih berbalut.

Ya Allah menyampahnya rasa. Tangan yang sakit tu tangan kiri kott

"Lagipun sayang tak pernah lagi suap hubby makan. Dah berapa lama dah kita ni kahwin.."

Aku segera mencapai sudu di dalam pinggan. "Dah dah tak payah mengungkit. Buka mulut cepat. Fira suapkan ni," sudu ku halakan ke mulutnya. Tapi tak semena-mena ditolaknya tangan aku.

"Tak nak. Hubby tak suka nasi bubur. Geli."

Aku mengetap bibir. Mulalah nak buat perangai. Sudu aku simpan semula ke dalam pinggan.

"So hubby nak buat apa sekarang? Hubby kena juga makan. Macam mana nak sihat sepenuhnya kalau tak makan? Be a man boleh tak??"

"Sayang buatkan hubby mee goreng daging lah. Lama hubby tak makan. Tercari-cari tekak ni."

"Hello? Ini suami saya ke atau orang lain ni? Asal perangai mengada sangat? Fira pun sakitlah hubby. Tak tengok kepala ni luka sampai kena jahit?" aku menunding jari ke arah dahiku yang masih bertampal.

Boleh tahan besar juga tau luka aku. Nasib baik tak kena amnesia. Mata Dani aku lihat tertumpu pada lukaku. Setelah itu dia kelihatan meneguk air liur.

"I'm sorry sayang. Kalau hubby tak tinggalkan sayang, mesti semua ni takkan jadi. Yes. Hubby kecewa dengan diri sendiri bila tengok Fira cedera macam ni. Aqram pula.." keluhan kecil dilepas, "Kenapa kau pergi macam tu je Am?" tuturnya perlahan.

Tubir mataku terasa panas. Aku rasa serba salah tengok dia macam tu. Aku tak ada niat pun nak buat dia terasa atau bagi dia fikir macam tu sekali.

"Hubby sendiri cakap yang kita kena terima semua ni. Fira tak nak kita fikir pasal tu lagi. Walau Fira terkorban sekalipun, Fira lebih takut hilang hubby."

Dani tersenyum lebar. Tangan kananku dicapainya. "I like holding hands, looking at each other and being happy together. But I don't want to be sick together."

"Fira dah okeylah hubby."

Kali ini dia senyum segaris. "Esok.. Kamil akan jalankan hukuman gantung."

Entah kenapa aku tak rasa apa-apa bila Dani bagitahu tentang tu. Mungkin itu juga yang aku nak. Keadilan.

"I just want to ask, sayang tak nak jumpa dia untuk kali terakhir?"

"Why do I need to?"

"You don't have to. Hubby cuma tanya."

Tak teringin langsung aku nak hadap muka manusia iblis seperti dia lagi! Semua yang dia buat selama ni akan bermain-main dekat mata aku bila tengok je dia. Aku benci. Nak mati mati lah. Cepat sikit.

"Sayang.. hubby tahu awak terlampau bencikan Kamil. But as your husband, hubby tak ajar Fira terus bencikan dia. He used to be your family. Korang pernah tinggal bersama. Membesar bersama. Dapat kasih sayang dari orang tua yang sama. Hm?"

"Tapi dia tak pernah anggap saya keluarga dia. Dia perlakukan saya macam orang asing. Dia juga bencikan saya sampai sanggup nak bunuh saya." bagi aku dari dulu lagi, Kamil sentiasa kejam dengan aku.

Sedetik pun dia tak pernah layan aku dengan elok.

"Dan sekarang hubby tengoklah siapa yang terkorban akibat dendam dia pada Fira. Dia bunuh abang Nizam, dia bunuh... Am." hati aku dah cukup hancur atas segala perbuatan dia.

"Fira, esok Kamil akan dapat hukuman dia. Dia bukan setakat dapat balasan di dunia tapi juga di akhirat sana. Maafkanlah dia di hari terakhir dia? Nanti takut Fira sendiri yang menyesal."

Lantas aku menundukkan wajah melepaskan tangisan. Maaf? Kenapa ia tak mudah bagi aku Tuhan?

"Stop crying dear." Dani menarikku ke dalam dakapannya. Dia cuba untuk menenangkan aku tapi semakin deras pula air mata ni berlinangan.

"Kalau saya maafkan Kamil, adakah Am akan anggap saya khianati dia?"

"No sayang. Not at all. Am seorang yang baik. Dia pun tak akan biarkan Fira bencikan Kamil selamanya. Yang harus dibenci, perbuatan dia." tangannya membelai rambutku.

Kalau Aqram selamat, mungkin lebih mudah untuk aku maafkan kau Kamil.

🥀🥀🥀

Aku dan Mira melangkah masuk ke dalam ruangan di mana banduan dan orang luar ingin berhubung. Kerana pujukan Dani, aku paksa diri menginjak kaki ke sini.

Kami perlahan-lahan mendekati Kamil yang seolah memang menanti aku di dalam kaca lut sinar. Nampaknya dia juga cedera di kepala. Lihat saja kehadiran aku, dia terus tersenyum tipis.

"Kau sure ke Fira nak bercakap dengan jantan gila ni?"

"Dia tak gila pun Mira. Dia masih waras. Dendam dia yang buat dia buta."

"Gila lah tu. Buta campur gila! Pergilah duduk. Jangan lama sangat. Tak kuasa aku nak berlama kat sini." Mira berdiri membelakangi Kamil.

Sebuah kerusi yang disediakan di situ, aku duduk. Sempat aku mengenggam tangan mengumpul kekuatan. Mata Kamil yang terlihat kemerahan aku tatap dengan hati yang menggeledak pedih.

Dia mengetuk perlahan dinding kaca pemisah di hadapan kami. Meminta aku untuk mengangkat gagang telefon. Aku lalu menekap gagang telefon perlahan-lahan pada telinga.

"Sudi juga kau tengok muka aku lagi Fira?" suara Kamil serak habis.

Aku diamkan diri terlebih dahulu.

"Rupanya aku silap Fira. Aku lebih rela kena kurung seumur hidup dalam penjara daripada mati. Aku tak sangka betapa gerunnya rasa bila kita bakal menghadapi mati."

"Tak ada seorang pun yang paksa kau buat kerja gila tu Kamil. Tak ada seorang pun yang nak pengakhiran nyawa kau macam ni! Kau sendiri yang pilih jalan hidup macam ni. Kau kena tahu tu." ujarku keras.

"Fira kalau diberikan masa yang lebih panjang aku nak baiki hidup aku betul-betul. Aku nak bertaubat. Aku nak belajar solat. Aku nak jadi manusia berguna Fira. Aku menyesal. Aku tak nak mati macam ni." ujarnya kelihatan penuh kekesalan.

"Sesal kemudian tak berguna Kamil. Nasi dah jadi bubur. Kau dah terlambat." jauh di sudut hati aku, kata-katanya bikin hati aku tak keruan.

Tersentuh perasaan aku bila dia nak belajar tentang solat.

"Kau boleh tolong aku kan Fira? Keluar dari sini? Bebas dari hukuman gantung? Boleh kan Fira?"

Asal aku rasa simpati pula dengan dia ni?

"Aku tak mampu nak tolong kau Kamil. Kau kena terima hukuman ni. Inilah balasan kau dekat dunia atas kesalahan terkutuk kau. Kau takkan dapat elak. Ini hakikat yang kau kena terima."

"Aku tak nak! Tolonglah aku Fira! Aku tahu aku tak pernah baik dengan kau. Tapi aku janji aku sumpah kalau aku dibebaskan aku akan berubah jadi lebih baik. Aku merayu sangat sangat ni Fira."

Mulutku terkunci. Begitu jelas yang dia betul-betul dalam ketakutan.

"Fira kalau aku minta maaf kau akan selamatkan aku kan? Betul aku menyesal Fira. Bagitahu Mira aku juga minta maaf. Dan suami kau. Dia polis kan? Bagitahu dia aku minta maaf dan bantulah aku untuk bebas. Satu peluang je Fira. Aku janji aku takkan sia-siakan peluang tu. Tolong aku lah.."

Mira di sebelah aku kerling. Dia enggan langsung memandang Kamil. Masih pahit untuknya telan perkara yang Kamil pernah buat pada dia.

"Fira kau dengar aku kan?"

"Alangkah bagusnya kau guna akal yang ada dari dulu lagi. Sekarang apa yang kau dapat lepas bunuh ramai orang? Ke tali gantung juga kan kesudahannya? Cubalah fikir dari dulu lagi Kamil. Ni tak main ikut je rasa dendam, rasa benci. Padah untuk kau."

"Fira aku takut. Aku tak nak mati macam ni. Fira tolong--" suaranya terputus tika pegawai yang berdiri di belakangnya menarik lengannya. Menandakan perbualan kami akan terhenti sampai sini.

Kamil semakin gelabah. Dia cuba untuk meminta belas kasihan daripada pegawai itu agar melepaskannya. Rayuannya diabaikan. Dalam keadaan yang meronta-ronta, Kamil diheret pergi.

Aku terus melepaskan gagang telefon. Serta-merta air mataku tumpah. Ya Allah aku tak sanggup.

Sejujurnya aku pernah sayangkan Kamil macam abang kandung aku sendiri. Aku pernah nak rapatkan diri dengan dia supaya dia selesa dengan aku. Tapi dia tak pernah cuba terima aku.

Mira menyentuh bahuku. "Fira dahlah.. jom?"

"Aku tak dapat bayangkan ketakutan dan kesakitan yang abang Kamil akan hadap lepas ni Mira. Aku tetap tak sanggup tengok dia dalam keadaan tadi."

Jika memang ada peluang untuk aku selamatkan Kamil dari ke tali gantung, aku mungkin masih sudi selamatkan dia.

Terima kasih Kamil kerana masih izinkan aku panggil kau dengan gelaran 'abang' suatu ketika dahulu.

Kerana Allah, saya terima maaf abang.

🎈

So guys what are you waiting for??

Show your support!! Show your love

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro