Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PENGGERA telefon yang memenuhi rongga telinga membuatkan lena Fayyad terganggu. Perlahan-lahan matanya mula tercelik sebelum tangan dipanjangkan untuk mencapai telefon yang sedang berbunyi minta dimatikan. Melihat jam yang tertera di atas skrin iPhone miliknya, automatik mata Fayyad segar-bugar kerana terkejut dengan waktu yang sudah agak lewat dari jangkaan.

6.45 pagi.

Terus Fayyad mengalihkan pandangan ke arah Kayyisa. Nyenyak betul isterinya tidur. Tak sampai hati pula Fayyad nak kejut, tapi dia tetap harus kejut kerana risau lebih lambat mereka solat subuh nanti. Berasa lenguh, Fayyad betulkan posisi lengannya dahulu. Namun, pergerakannya terbantut apabila tubuh Kayyisa berganjak sedikit kerana tidur yang mungkin dikacau.

Belum sempat Fayyad ingin bertindak membangunkan gadis itu, tindakannya mati apabila kelopak mata si isteri seakan-akan mahu terbuka. Kayyisa menggosok matanya terlebih dahulu sebelum dia terjaga dengan penuh. Fayyad yang sekadar memerhati di tepi cuma tersenyum nipis. Walaupun dia masih mengambil masa untuk menghadam waktu pagi, Fayyad tetap nampak isterinya paling cantik.

Tatkala Kayyisa baru perasan posisinya dan Fayyad dalam keadaan berpelukan sambil berbaring, drastik biji mata terbuntang. Pantas tubuh dijarakkan apabila rasa janggal dan segan menyelusup masuk ke dalam diri. Rambut yang sudah serabai itu turut dikemaskan. Mesti Fayyad ingat Kayyisa macam Mak Limah bila baru bangun daripada tidur.

"Awak takut dengan saya ke?" soal Fayyad berhati-hati bilamana Kayyisa menjauhkan diri daripadanya.

"Err, tak la. Saya terkejut sikit. Sorry..."

"Eh, tak apa. Saya faham. Saya yang patut minta maaf kalau awak tak selesa. Saya nampak awak menggigil malam tadi. Mungkin waktu tu saya terjaga masa mamai. Itu yang..." Bicara Fayyad tergantung. Bibirnya dikemam rapat apabila rasa malu datang menghimpit. Tak betah dengan suasana yang canggung itu, Kayyisa laju mencantas.

"No, it's okay, Fayyad. Awak tak payah la rasa serba salah. Silap saya juga, saya yang gatal tangan sangat turunkan suhu semalam walaupun dah tahu diri sendiri tak tahan sejuk. Lagipun, awak suami saya juga so... erm, awak tak salah pun," ujar Kayyisa dengan suara yang serak-serak basah. Bila dia renung semula, macam melebih-lebih saja apa yang dia cakapkan. Terutamanya ayat yang terakhir itu.

Tatkala hujung bibir Fayyad terjongket kecil lagilah Kayyisa rasa malu yang teramat. Bila baru bangun ini entah apa-apa saja yang keluar dari mulutnya. Baik Kayyisa diam daripada terlepas cakap sekali lagi.

"Jadi, awak tak kesah la kalau saya buat lagi lepas ni?"

Terbatuk Kayyisa mendengar pertanyaan rawak Fayyad. Eh, tadi bukan dia yang malu ke? Dah tercampak ke mana perasaan malu itu? Tak boleh jadi ni. Kayyisa kena berlagak tenang walaupun hatinya dah berpalu bertalu-talu seperti kompang di kenduri kahwin.

"Haah, memang tak kesah pun. Awak kan suami saya, boleh je nak peluk saya setiap masa pun. Tapi, kalau saya tertendang awak jangan tanya kenapa," balas Kayyisa dengan nada gurauan. Garang wajahnya memandang Fayyad. Tetapi, lelaki itu hanya gelak saja.

"Baru saya tahu, garang juga isteri saya rupanya."

"Isteri tak isteri, sekarang ni kita dah lambat nak solat subuh tau."

Fayyad terhibur melihat sisi Kayyisa yang baru. Dia tak sangka, gadis itu boleh bergurau senda seperti ini. Adakah kerana title dia sebagai seorang suami? Fayyad juga tertanya, mungkinkah Kayyisa sudah boleh menerima dia sepenuhnya di dalam hati? Bagaimana pula dengan Airil?

Banyak persoalan yang bermain di dalam akal Fayyad tetapi buat masa sekarang, dia hanya mampu simpan sendiri. Hubungan mereka yang dirasakan baik-baik saja setakat ini sudah memadai. Itu pun dah buat Fayyad lebih dari gembira. Biarlah perasaan cinta dan sayang untuknya di hati Kayyisa datang secara natural. Cepat atau lambat, dia pasti Allah akan tiupkan jua ke dalam hati isterinya jika benar Fayyad adalah orang yang tepat untuk berada di ruang itu.

Walau apa pun, Zayn Al-Fayyad akan tetap dan terus menunggu.

Demi cinta seorang Kayyisa.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"AWALNYA pengantin baru bangun. Orang dah siap masak, hidang makanan, baru dia turun." Galak suara sumbang Eijaz membahan adiknya di pagi hari. Semerta dia mendapat jelingan daripada Kayyisa manakala Fayyad pula hanya tersenyum segan. Menggeleng kepala mereka yang berada di meja makan itu dengan perangai dua beradik tersebut. Ada juga yang simpan sengih dalam diam. Tak mahu usik lebih-lebih sementelah mereka berada di hadapan makanan.

Kayyisa dan Fayyad tarik kerusi yang memang cuma dua tidak berpenghuni sebelum melabuhkan punggung di situ.

"Sorry umi, Kak Waji, sebab tak tolong masak. Kayyisa betul-betul terlajak tidur, tak dengar langsung bunyi alarm. Nasib baik Fayyad terjaga. Kalau tak, dengan subuh sekali terbabas." Kayyisa beralasan dengan mulut yang memuncung.

"Patutlah Kak Waji kamu kata tadi bilik gelap semacam. Lewat bangun rupanya." Puan Sajidah menggeleng sambil mencedok nasi ke dalam pinggan suami dan anak-anak bujangnya.

"Maaf, umi. Kita orang tidur lambat semalam. Itu yang tak sedar apa-apa." Kali ini Fayyad pula menambah agar alasan mereka lebih kukuh. Kayyisa yang sedang menyendukkan nasi lemak ke atas pinggannya cuma dibiarkan.

"Ya, umi. Fayyad la ni ajak Kayyisa tengok movie. Pukul dua lebih baru habis. Nak tidur pun tak senang selagi tak tahu ending," celah Kayyisa supaya ahli keluarganya tak fikir yang bukan-bukan. Tengok muka Eijaz yang berkerut-kerut itu pun dia dah tahu yang abangnya tengah cari bahan untuk mengusik.

"Macam-macam la kamu berdua ni. Nasib baik cuti kahwin. Kalau tak, dah lambat nak pergi kerja." Puan Sajidah mengukir senyum. Lega hatinya melihat hubungan Fayyad dan Kayyisa yang dirasakan ada kemesraan.

Bibir Kayyisa melengkung ke atas mendengar balasan uminya. Tangan ligat meletakkan sambal, ikan bilis dan kacang untuk Fayyad.

"Awak nak ayam bahagian mana?"

"Mana-mana pun tak apa kalau awak yang letak."

Eijaz sengaja batuk dengan kuat. Kalau boleh, sampai nak terkeluar anak tekak. "Ingat sikit orang single dekat sini."

"Aii... dah kahwin pun berawak-saya lagi ke? Tukarlah panggilan sopan sikit. Baru nampak istimewa."

Sekejapan, Kayyisa dan Fayyad berpandangan dengan kekok.

"Tak cukup sopan ke awak-saya, umi?"  Kayyisa menyoal balik. Lebih kepada sengaja walaupun dia dah tahu apa maksud Puan Sajidah.

"Bukan tak sopan, Cinta Kayyisa. Tak ada kelainan la kalau dari sebelum kahwin sampai dah kahwin pun pakai awak-saya." Encik Hasan yang sedari tadi senyap kerana menjamah makanan kini menyampuk.

Fayyad cuma mampu diam sambil mengangguk. Sesekali, dia kerling ke arah Kayyisa yang tengah menahan malu. Rasanya, isteri dia juga tak tahu nak beri respons apa melainkan menyuap nasi saja ke dalam mulut.

"Fayyad dengan Kayyisa segan lagi la umi, abi. Lagipun, kita orang baru je kahwin, ini pun tengah biasakan diri dengan masing-masing. InsyaAllah, nanti Fayyad dengan Kayyisa cuba pakai panggilan lain," jawab Fayyad dengan tenang, seraya mewakilkan Kayyisa juga.

"Okey la kalau macam tu, umi faham. Ni, Fayyad dengan Kayyisa macam mana? Tengah cuti kahwin ni nak duduk sini ke, nak balik rumah ke, nak pergi berbulan madu ke?"

"Fayyad ingat nak bawa Kayyisa balik rumah mak long hari ni. Esok lusa mungkin balik rumah Fayyad. Pasal honeymoon tu..." Fayyad kerling ke arah Kayyisa.

"Sementara kau cuti ni, pergilah luangkan masa sama-sama dengan isteri. Kau tangguh-tangguh nanti takut tak ada masa dah nak pergi." Nadhif menasihat.

"InsyaAllah, Dhif. Nanti aku rancang dengan Kayyisa."

Kayyisa di situ cuma mampu mendengar dan mengangguk-angguk saja. Tak boleh nak membantah apa-apa. Nanti apa pula kata Encik Hasan dan Puan Sajidah terutamanya. Abang-abang dia yang lain pula kaki mengusik. Karang kalau tersilap cakap sikit, sampai kiamat tak habis membahan orang.

"Dah-dah. Makan dulu sampai habis. Nak borak panjang, lepas makan pun boleh," tegur Encik Hasan.

Yang lain hanya akur di tempat masing-masing.

~

Berbahagia dulu ya dengan mereka hihi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro