BAB 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adrian sudah mulai mundar mandir di ruang tamu. Televisyen yang memaparkan filem Despicable Me 2 langsung tak dipandangnya. Kini, dia sibuk dengan telefon pintarnya.

Sudah hampir sepuluh kali, nombor telefon Huraifah dihubunginya namun kesemuanya langsung tak mendapatkan sebarang jawapan. Adrian sudah buntu.

Akhirnya, dia terduduk di atas sofa. Telefon pintarnya masih dia tidak lepaskan. Wajahnya sudah resah. Untuk kesekian kalinya, nombor gadis itu didail lalu dibawanya ke telinga.

"Tolonglah, Iffah. Angkat.." pinta Adrian dalam nada berharap.

Beberapa kali bunyi beep-beep bergema sebelum akhirnya panggilan itu masuk ke peti simpanan. Adrian sudah mencarut sendirian.

"Buat apa kau ada phone tapi taknak angkat, b*doh!" jerkahnya sendiri. Dia sudah kesal untuk menghubungi Huraifah.

Telefon pintarnya jenama iPhone dicampakkan ke sebelah lalu wajah nya diraup kasar. Huh, susah betul lah nak pujuk perempuan yang suka merajuk ni!

Macam mana Adrian nak ambil Huraifah sebagai bini kalau gadis itu langsung tak memahami pekerjaan nya? Huh?! Baru sekali 'terlupa' anniversary, dah bising.. Entah macam manalah kalau lupa ulangtahun perkahwinan, mau minta cerai agaknya? Pfft..

Adrian sekadar mencebik.

Sudahlah plan projeknya tak siap lagi. Dia ingat mahu siapkan 5% kerja nya tapi fikirannya pula kusut memikirkan gerangan gadis bernama Huraifah itu.

"Kenapa itu, Ad? Dari atas lagi, mama dengar suara kamu.." tegur Engku Liana yang sudah menuruni tangga satu persatu.

Spontan wajah Adrian berkalih ke arah mama kandungnya. Senyum hambarnya terukir. Tangannya terus mencapai telefon pintar yang dicampaknya tadi.

"Tak ada apalah, ma. Tak penting pun.." ujar Adrian.

Engku Liana buat muka tak percaya. Sudah 28 tahun, Adrian tinggal satu rumah dengannya.. maka, perangai Adrian itu memang sudah ada dalam kepalanya saja.

"Kamu ada masalah dengan Iffah ke, Ad?" soal Engku Liana dalam nada menduga.

Adrian terdiam sejenak. Pandangan nya ditundukkan ke bawah. Dan, akhirnya.. satu keluhannya terlepas. Yurp, Adrian tak boleh nak buat helah.

"Biasalah, ma. Orang bercinta. Bukan selalu gembira kan?"

"Memanglah. Hmm.. kenapa pula kamu dengan dia? Masalah apa pula ni? Jarang mama tengok kamu dengan Iffah bergaduh." soal Engku Liana ingin tahu.

Adrian ketap bibir. "Iffah marah sebab Ad lupa anniversary kitorang yang ketiga. Hmm.. Ad lupa pun sebab Ad busy." penipuan itu Adrian masih teruskan pada Engku Liana.

"Kamu tak beritahu Iffah ke fasal projek itu? Kalau kamu cakap mesti dia faham.." Engku Liana cadang kan alternatif lain.

"Ad dah cakap fasal semua itu tapi Iffah macam taknak faham. Ad ingat dia akan mengerti keadaan Ad tapi.. hmm.. Dia ikut kepala dia pula." luah Ad kesal.

Geramlah juga dia bila dengar tuduhan Huraifah pagi tadi. Lepas dah tuduh melulu, terus minta break. Pfft.. kalau bukan sebab budi, sudah lama agaknya Adrian mahu putus kan Huraifah.

Hanya sebab budi sahaja, dia pertahankan Huraifah di sisinya. Bukan kerana cinta..

Engku Liana menarik nafas dalam. Tangan Adrian disentuhnya lalu digenggamnya erat. Termangu Adrian melihat tindakan ibunya itu.

"Mama suka dengan si Iffah itu. Kamu jaga dia baik-baik. Dia dah banyak tolong kita sekeluarga. Dia tolong business kamu.. Perangai dia pun baik." puji Engku Liana apabila mengenangkan perwatakan Huraifah yang suka membantu mereka sekeluarga.

Tak dapat dia nafikan, kehadiran Huraifah memang memberi kesan yang sangat baik kepada keluarga nya. Kerana gadis itu, Engku Maulud berjaya untuk bayar 1/4 hutang nya dengan bank. Kerana gadis itu juga lah, cafe yang dibangunkan oleh Adrian dapat bertahan sampai ke hari ini.

Mungkin sebab itulah, Engku Liana sayangkan Huraifah. Kalau boleh, dia memang nak lihat Huraifah dan Adrian sampai ke jinjang perkahwinan.

"Hmm.. Ad cuba."jawab Adrian dalam nada mendatar.

Engku Liana diam seketika. Senyum penuh maknanya terukir.

"Kamu tak terfikir ke nak ambil Iffah jadi bini kamu? Mama yakin dia yang terbaik untuk kamu." wanita itu beri pendapat.

Tergamam Adrian mendengarnya. Kahwin? Huh?!

"Kenapa mama tiba-tiba cakap fasal benda ni?"

"Entahlah. Kamu sendiri pun tahukan yang mama ni dah teringin sangat nak dapat menantu. Kan bagus kalau kamu lamar Iffah jadi isteri kamu?" wanita itu masih mengutarakan cadangannya.

"Tapi, kami baru 3 tahun bercinta. Iffah pun macam tak faham Ad. Macam mana nak kahwin macam itu, ma?" Ad sudah beri alasan.

Ibu kandungnya itu sekadar mencebik. "Mama dengan papa kamu itu pun kenal 6 bulan aje, tup-tup dah kahwin. Bahagia aje. Siap ada kamu lagi itu." senda Engku Liana.

Adrian sudah kacip gigi. Haih, payah ni kalau mama dah buka topik fasal kahwin bagai. Hmm.. mana mungkin aku berkahwin dengan perempuan yang bukannya ada dalam hati aku?

Dia sudah berkira. Huh, patut kah Adrian bongkarkan perkara yang sebenar tentang perasaannya?
...
Tut! Tut!!

Amirul dan Husna sudah saling berpandangan. Muka malas mereka bertayang. Aku pula buat tak endah dengan mereka berdua. Hati aku masih kesal sekarang ni.

"Weiyh, aku kira-kira balik. Ini dah kali ke-20 telefon kau berbunyi. Kau yakin ke yang kau taknak angkat?" soal Amirul.

Dia tak kisah sebenarnya kalau Huraifah nak angkat ke tidak tapi masalahnya, bunyi deringan telefon itu teramatlah membingitkan telinga. Silence, please..!!

"Taknak. Biarlah dia." aku masih berdegil.

Birai mataku yang masih sembab aku lindungkan dengan kaca mata hitam. Hurm, inilah padahnya kalau menangis over sangat. Macam mana tak over kalau mengenangkan kekasih kau yang langsung tak ambil kisah fasal kau?!

Sehari suntuk ini, aku menangis. Buat kerja menangis, balik rumah menangis, nak pergi jumpa diorang berdua pun aku menangis. Sakit.. Jiwa aku rasa terluka.

"Haih, macam nilah.. Iffah. Kau lebih baik buang perangai budak-budak kau itu. Kalau kau masih sayang Ad, kau jumpa dia.. kau bincang baik- baik dengan dia." Husna beri nasihat.

"Betul apa yang Husna kata itu, Iffah. Kau dengan Ad itu dah besar. Otak pun dah mengembang. Cuba selesai cara baik." celah Amirul pula bagi pendapat.

Aku sudah ketap bibir. "Kau nak suruh aku faham dia?"

"Maybe. Hmm.. kau tahukan dia itu arkitek. Biasalah itu seminggu dua tak jumpa." balas Husna seperti berdiri di pihak Adrian.

"Aku pun sibuk juga tapi adalah juga masa untuk dia tapi dia.. hmm. Okey, aku boleh maafkan kalau dia tak ada masa untuk aku tapi, korang boleh fikir tak? Anniversary kitorang pun dia cakap, dia tak ada masa?! Kau rasa?!" aku sudah luahkan apa yang menyakiti jiwa aku hari ini.

Husna dan Amirul sama-sama mengeluh. Bunyi macam kritikal semacam dengan problem aku yang satu ini. Jarang sebenarnya diorang dengar masalah fasal hubungan aku dengan Adrian ni. Selalunya bahagia aje.

"Maybe.."Amirul sudah berkira-kira dengan andaiannya itu.

Mata aku dan Husna sudah mencerlung ke arah Amirul. Entah kenapa, kami tertarik dengan andaian Amirul itu.

"Maybe apa?" soalku tiba-tiba rasa suspens.

"Maybe dia ada perempuan lain belakang kau?!"

Spontan jawapan Amirul itu mengundang tamparan kuat daripada Husna. Aku pula termangu mendengar jawapan daripada Amirul itu.

Macam manalah aku tak terfikirkan tentang yang satu itu? Tapi, mungkin ke Adrian pasang lain belakang aku?! Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Nope! Adrian takkan buat macam itu kat aku.

"Sakitlah!"mengaduh Amirul apabila mendapat tamparan hebat di belakang badannya. Tajam saja matanya menikam ke arah Husna yang sudah tayang muka puas hati.

"Apa kau ni?!" gertaknya marah.

"Kaulah! Jawapan itu baik sikit boleh tak? Cuba jaga hati member sikit?!" Husna sudah membela aku.

"Masalahnya,itu ajelah jawapan logik yang kita boleh fikirkan? Kau tak faham kaum Adam macam aku ni.. Bila dah bosan tukar lain." cebik Amirul masih dengan kenyataan pedas nya.

"Ih, dia ni kan?! Nak makan penampar lagi ke, hah?!" jerkah Husna sudah menayangkan penamparnya.

Kecut perut Amirul dibuatnya. Terus, dia menutup mulutnya. Haih.. kalau bercakap kena lempang pula kan?!

Aku di hadapan mereka berdua masih membisu. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati bila fikir fasal Adrian.

Betul ke dia pasang perempuan lain belakang aku?!
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro