BAB 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tudung hitam aku sarungkan ke kepalaku. Kemudian, aku belek wajah aku di hadapan cermin. Bawah mataku yang masih sembab aku tengok. Satu keluhan berat aku lepaskan. Huh..

Semalam, hampir satu malam aku menangis. Beberapa kali aku menghubungi nombor telefon Adrian namun dia masih tak jawab. Nampak nya dia betul-betul bencikan aku. Wajah bengisnya masih terimbau dalam ingatanku. Yurp.. anak mata nya memancarkan sinar kebencian pada aku. Langsung, lagaknya tidak memberi aku peluang untuk mendapatkan kemaafan.

Kepalaku juga ligat memikirkan apa yang terjadi hari ini. Mesti semua orang kecoh. Pastinya, Adrian akan beritahu semua orang untuk membatalkan perkahwinan ni. Membayangkan itu, aku rasa sebak. Please.. aku harap apa yang aku fikir kan tak menjadi kenyataan.

Satu keluhan berat aku lepaskan. Akhirnya, aku melangkah keluar dari bilik hotel. Tutup sahaja pintu, terus aku alihkan pandanganku pada bilik hotel Adrian yang masih tertutup rapat. Hmm.. tak ada tanda-tanda yang lelaki itu mahu keluar.

Terdetik dalam hati aku untuk pergi merapati pintu biliknya. Berkira-kira aku mahu mengetuk namun akhir nya aku pilih untuk tidak mengganggunya. Mungkin Adrian masih terkesan dengan apa yang terjadi semalam ni.

Rasanya kalau aku ada di tempat Adrian, aku pasti akan disapa perasaan yang sama. Perasaan marah, benci dan ditipu, pasti itu apa yang Adrian rasakan sekarang ini. Hmm.. tapi masalahnya salah itu bukannya salah aku.

Aku mangsa keadaan. Syah yang perangkap aku. Dengar tak Adrian, Syah perangkap saya..

Telefon pintar yang berada dalam tanganku berdering sekaligus mematikan lamunanku. Terus aku angkat apabila aku yakin panggilan itu datang daripada ibu.

"Kamu sudah bangun ke, Iffah?" soal ibu di hujung talian.

Aku telan liur. Rasa gelisahku menerpa. Adakah Adrian sudah beritahu fasal hal semalam pada semua orang?

"K-kenapa ibu tanya? Ada benda jadi ke?" soalan berbalas soalan. Jawapan langsung aku tak berikan.

"Haih, kamu ni. Kamu kan yang suruh ibu kejutkan kamu. Kamu cakap kamu nak tolong sikit kan?" tanya ibu sudah hairan.

Satu nafas lega aku lepaskan. Hmm.. nampaknya Adrian masih tak sebar kan berita itu pada sesiapa lagi.

"Okay, ibu. Iffah turun sekarang ni. Ad ada kat situ tak ibu?" tiba-tiba pula terdetik hati aku nak tanya fasal lelaki itu.

"Ada tapi dia kata dia nak keluar sekejap. Katanya ada benda yang dia nak uruskan." jawab ibu dalam talian.

Aku ketap bibir. Hmm.. ya Allah, macam mana aku nak menghadap lelaki itu sekarang? Mesti janggal, mesti rasa pelik.. dan yang pasti, aku takkan dapat lihat senyumannya.
...
Syah berpeluk tubuh memandang wajah Adrian di hadapannya. Lelaki itu nampak tenang sahaja. Langsung tak berkutik senyuman di birai bibir nya.

"Aku dah buat macam apa yang kau suruh, sekarang.. aku nak kau serah kan benda itu pada aku." mendatar Syah memintanya.

Adrian tersenyum sinis. Wajah Syah dipandangnya seperti menyindir. "Aku takkan serah selagi perempuan itu tak lepaskan aku. Kau faham tak?" ujar Adrian.

Syah sudah kacip gigi geram. Terus kolar baju Adrian direntapnya kasar lalu wajah bengisnya ditayang. Cukuplah dalam tiga minggu ni, dia dijadikan budak untuk jalankan rancangan bodoh lelaki itu. Dia tak mahu lagi bersekongkol dengan Adrian untuk terus menerus sakit kan hati Huraifah.

"Aku. Dah. Buat. Apa. Yang. Kau. Suruhlah. S*al!!!" gertak Syah menekan satu persatu bicaranya.

Wajah Adrian langsung tak berkutik. Malah senyum panjangnya terukir. Terus tangan Syah ditepisnya kasar. Sempat dia betulkan kolar baju nya itu.

"Aku deal dengan kau. Kalau kau taknak video itu tersebar, kau follow aku. Kalau kau nak semua orang tahu.. then, I will do it for you." spontan Adrian mengugutnya lagi dan lagi.

Pandangan tajam Syah berikan pada Adrian. Dia rasakan lelaki yang ada di hadapannya itu memang benar-benar tidak waras. Apa untung yang Adrian dapat kalau sakitkan hati Huraifah?!

Orang dah ikhlas sayang tapi tak menghargai. Pfft.. buta hati!

Syah diam. Hatinya sudah berbelah bahagi. Rasa bersalahnya kian menghimpit. Dia tak sanggup lagi lukakan hati Huraifah. Entah kenapa, gadis itu buatkan dia rasa dirinya bagaikan watak antagonis dalam kisah hidup gadis itu.

Satu keluhan berat dia lepaskan. Wajah Adrian dipandangnya. Senyum sengetnya terukir.

"Aku rasa lebih baik aku undur diri. Aku memang patut dihukum atas apa yang aku buat. Kalau kau nak putuskan dia, kau patut jujur dengan dia. Jangan libatkan aku lagi dalam rancangan kau ni.." keluh Syah lantang.

Yurp, dia tekad. Dia sudah tidak mahu buat kerja kotor itu lagi. Cukup lah dengan dosa yang dia buat selama ini. Dia tak mahu teruskan semua itu. Mungkin inilah karma Tuhan padanya.

Langkahnya diatur meninggalkan Adrian terpinga-pinga sendirian.

Adrian sudah bisu. Ligat kepalanya memikirkan sesuatu. Penumbuknya dikepal ketat. Giginya dikacip geram namun tak lama lepas itu senyum sinisnya terukir.

"Kau ingat semudah itu aku tamat kan game ni? Huh!! Aku akan pasti kan kau ikut apa yang aku deal, Syah." ujarnya sendiri sebelum tawa jahatnya melirik.
...
Pejam celik pejam celik, akhirnya malam yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Wajahku yang sudah siap didandan aku tatap dalam cermin. Senyum mekarku terukir tatkala melihat wajah aku yang baru itu. Dengan lipstik merah muda, eyeshadow, pemerah pipi.. yurp, ini bukannya Huraifah Farihah. Sempat aku menyakat diri sendiri.

"Dalam banyak-banyak customer yang saya dandan, cik Iffah lah yang paling cantik! Auww gitu!!" puji pendandan ku dengan lenggok gedik nya itu.

Telatahnya buatkan ketawaku menyeringai. Tak sangka lelaki lembut boleh mendandankan aku secantik ni. Teruja!

"Ada-ada ajelah awak ni. Awak yang make-up kan saya jadi macam ini. Bakat awak buat saya jadi lawa ni." pujiku untuknya pula.

Tawa gemersiknya itu terhambur. Kelakar pula bila dengar dia kata begitu. Nasib baik comel! Hahaha..

Ketukan kuat pada pintu bilik hotel ku terus mematikan perbualan pendek kami itu. Aku dengar suara ibu memanggil aku dari luar. Suara nya seakan-akan cemas dan resah. Dengan gaun putih yang masih tersarung di tubuhku, aku berlari anak ke pintu.

Buka sahaja, tiba-tiba ibu memeluk tubuhku. Tangisannya berhamburan. Malah, mataku juga menangkap ramai orang berkumpul di sekitar bilik hotel Adrian. Kerutan dahiku terukir. A-apa yang terjadi sebenar nya ni?

"Ke-kenapa ni, ibu? Kenapa semua orang kumpul depan bilik Ad? Ada benda jadi pada Ad ke?!" bertubi-tubi soalanku terhambur.

Aku rasakan ada mata yang tajam memandang ke arahku. Sempat mataku menangkap jasad Engku Laila yang sudah menangis bersebelahan suaminya. Engku Maulud pula pandang aku dengan wajah tanpa perasaan. Senyum pun tak ada.

"Ad sudah lari Iffah. Pengantin lelaki dah pergi tinggalkan majlis." jelas ibu masih dengan nada sedihnya.

Kali ini aku terkedu. Buntang mataku tatkala mendengar khabar itu. Terus aku berjalan ke arah bilik Adrian. Dari jauh, aku lihat biliknya kosong tak berpenghuni. Air mataku terus mengalir deras. Ad..

"Puas hati kau sekarang?! Kalau kau memang dari awal taknak dengan Ad, kau boleh cakap! Jangan buat dia macam ni!" dengusan Engku Laila itu mematikan langkahku.

Dalam sebak, wajah Engku Laila aku pandang. Sungguh aku tak mengerti dengan apa yang wanita itu baru hamburkan sebentar tadi.

"A-apa yang auntie cakapkan ni? I-Iffah tak faham?!" terkulat-kulat aku menjawab.

Engku Maulud senyum sinis. Surat yang ada dalam tangannya dilempar kan ke lantai. Tepat di hadapanku. Terkesima aku dengan layanan buruknya itu. Makin deras air mataku mengalir.

"Aku ingat kau perempuan yang baik tapi nampaknya huh..kau tak boleh harap!"jerkah Engku Maulud yang sedari tadi diam tak bersuara.

Surat di atas lantai itu aku capai lalu aku belek. Isi kandungannya aku baca. Surat daripada Adrian.

'Ke hadapan semua..

Ad nak minta maaf sebab Ad buat semua ini. Ad ingat Ad boleh terima kenyataan ni tapi nampaknya luka hati Ad masih tak boleh sembuh. Perempuan yang selama ni Ad sayang akhirnya pilih untuk selingkuh dengan lelaki lain. Ad ingat Iffah berbeza dengan perempuan yang selama ni Ad jumpa.. tapi, nampaknya dia sama. Mungkin Ad tak cukup sempurna untuk dia, jadi dia pilih lelaki yang lebih baik daripada Ad..

Tulus hati Ad sayangkan dia tapi lepas apa yang Ad nampak. Ad rasa Ad tak sanggup untuk terus bertahan. Ad tak boleh paksa Iffah untuk terus sayang kan Ad.. Kalau betul perkahwinan ni akan memyeksa hati Iffah, Ad pilih undur diri. Mungkin ini yang terbaik. Ad harap Iffah akan bahagia dengan cinta barunya.

Terima kasih..'

Kepala lututku terasa lemah. Hampir sahaja aku jatuh terduduk namun ibu pantas menyambut. Surat itu aku pegang erat. A-aku tak sangka yang Adrian tak percayakan aku langsung! Dia sanggup pergi dari dengar penjelasan aku? Sampai hati dia buat aku macam ni..

"Engku tak boleh sepenuhnya salah kan Iffah. Saya yakin anak saya bukan macam apa yang Ad kata kan. Iffah betul-betul tulus sayangkan Ad." ibu cuba membela aku.

Aku diam tak menjawab. Rasa sedihku buatkan aku bisu. Kuat betul penangannya kali ini. Hmm..

"Huh!! Saya tak percaya! Saya ingat Iffah akan sokong Ad tapi nampak nya saya silap. Dia cuma berlakon semata-mata nak dapatkan perhatian. Huh? Perempuan penipu!!" marah Engku Laila lantang.

Baru sahaja Engku Laila mahu menamparku terus aku rasakan ada kelibat yang melindungiku. Dalam samar-samar, aku lihat sosok itu. Mulutku bagaikan terkunci. S-Syah?!

"Auntie jangan cuba nak apa-apakan Iffah. Semua itu bukan salah dia." mendatar dia berbicara.

Semua yang ada di situ terdiam. Mata masing-masing kini sudah sepenuhnya tertumpu pada Syah yang masih berdiri di hadapanku. Ibu pula sudah memujuk aku dalam pelukannya.

"Apa yang kamu katakan ni, Syah?!" soal Engku Laila masih bersirat air mata.

Syah diam sebelum satu keluhan dia lepaskan. Pandangannya ditunduk ke bawah sebelum akhirnya wajah Engku Maulud dan Engku Laila dipandangnya.

"Saya yang salah dalam hal ini. Perasaan saya... sa-saya cintakan Huraifah. Dia tak salah. Semuanya salah saya.." jelas Syah lantang. Pandangannya berani disuakan.

Aku tergamam begitu juga dengan yang lain. Suasana hening membelengu.

"Kalau betul Ad dah lari, saya akan gantikan tempat dia."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro