BAB 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tisu yang berselerakan atas lantai, langsung aku tak pedulikan. Masih aku capai tisu, aku sapu air mata ku dan aku gumpal ke lantai. Sudah dua kotak tisu aku habiskan dalam satu malam.

Selesai sahaja akad nikah, aku terus berlari masuk ke bilik hotel. Upacara bersanding? Pfft.. jangan harap aku nak bersanding dengan lelaki tak guna itu. Bagi aku, dia tak layak jadi suami aku!

Kejam! Tak berhati perut!

Ketukan di pintu bilik sempat menjedakan tangisanku. Perlahan pintu dikuak dan aku lihat kelibat ibu menjengah. Makin deras air mataku mengalir. Serentak itu, aku berlari mendapatkan wanita itu lalu aku peluk erat.

"Ibu, ini bukan apa yang Iffah nak. Iffah taknak kahwin dengan lelaki itu. Iffah nak kahwin dengan Ad! Kenapa.. benda ni jadi, ibu?!!"  sendu ku tak dapat tertahan lagi.

Puan Raisha diam untuk seketika. Sebak dadanya bila satu-satunya anak dara yang dia miliki diuji sebegitu rupa. Entah patut dia panggil semua ini takdir ataupun bala..

Tubuhku ibu bawa ke katil hotel. Birai katil didudukinya. Aku pula ambil tempat berhadapan ibu. Mataku masih dengan air mata. Lantaklah, mascara nak cair pun. Aku malas sudah hendak bercantik bagai.

"Iffah.. ibu tahu apa yang kamu rasa. Ibu pun taknak benda ni jadi tapi kita tak boleh nak melawan, Iffah. Nak tak nak, kamu dah kahwin dengan Syah.. kamu kena terima dia suami kamu." ibu cuba berlembut dengan ku. Kedua-dua belah tanganku dipegangnya erat.

Aku masih menggelengkan kepala. "Ibu, Syah perangkap Iffah. Dia penyebab benda ni jadi. Kalau tak disebabkan dia, Ad takkan salah faham. Ad takkan tuduh Iffah curang. Dia punca ibu. Ibu pun tahu kan macam mana sayangnya Iffah pada Ad?!" berkeras aku menidak kan apa yang tertulis dalam surat Adrian.

Hatiku rasa berdarah bila Adrian tuduh aku curang. Yang paling perit, dia langsung tak dengar penjelasan aku malah dia lebih percaya pada apa yang dia nampak. Huh.. sudah pudar ke rasa percaya dia pada aku. Takkanlah selama tiga tahun kami bercinta, Adrian masih tak kenal aku macam mana.

Dia tak sedar ke yang hati aku ni cuma untuk dia?

Ibu mengeluh lemah. Lenganku diurutnya perlahan. Mungkin dia juga sukar untuk berhujah. Takut apa yang dia katakan bakal melukakan hati aku.

"Ibu faham Iffah. Tak kisahlah, Syah salah ataupun tidak.. dia dah ikat kamu, dia dah pegang kamu. Kamu isteri dia sekarang. Salah kalau kamu melawan dia, salah juga kalau kamu membenci dia." nasihat ibu.

Wajah aku raup kasar. Aku tak minta nak jadi isteri dia pun. Aku terpaksa..  Kalau tak fikirkan fasal ibu, aku dah lama lari dari hotel ni. Aku nak cari Adrian dan jelaskan segalanya. Namun, bila fikir secara waras.. aku taknak buat benda bodoh itu. Ibu yang sediakan persiapan majlis ini, takkanlah aku nak rosakkan?

Ibu tersenyum nipis. Air mata yang bersisa di wajahku, dia seka. Kepala ku disapunya lembut.

"Ibu tahu apa yang kamu rasa, Iffah. Tak ada ibu yang suka tengok anak dia bersedih. Walaupun Syah itu bukannya lelaki yang kamu cinta, tapi kamu kena ingat..  dia dah jadi suami kamu. Ibu taknak kamu buat dia macam tadi. Kamu tak terfikir apa yang Syah rasa kalau kamu mengelak macam itu daripada dia?" tutur ibu memujuk.

Aku ketap bibir. Walaupun aku malas nak fikir fasal apa yang Syah rasa, aku hanya mampu diam. Dia pun tak peduli pada apa yang aku rasa. Huh!!

Ketukan pada pintu bilik hotelku bergema sekaligus mengganggu perbualan kami berdua. Ibu tawar diri mahu melihat gerangan tetamu tak diundang itu.  Buka sahaja pintu, riak wajah ibu berubah. Senyum tawar dia terlukis.

Mataku sempat mengerling ke arah daun pintu. Mahu melihat gerangan tersebut. Ibu buka kecil aje jadi aku tak nampak siapa dia.

Aku lihat ibu menganggukkan kepala. Terus ibu pandang aku. Senyumannya terukir nipis. "Iffah, ibu keluar dulu ya. Ibu harap kamu dengan Syah berbincang secara damai." ujar ibu dan terus keluar dari bilik.

Terbeliak mata aku dibuatnya. Syah?! Buat apa dia nak jumpa aku pula ni?!

Pintu bilik perlahan-lahan dibuka lalu aku lihat kelibat lelaki berbaju melayu putih tanpa sampin itu memasuki bilik tidurku. Tajam mata aku memandang wajahnya.

"Saya taknak jumpa awak. Awak boleh keluar sekarang!" halauku, senada.

Syah langsung tak mengendahkan kata-kataku. Terus dia masuk lalu pintu bilik aku dikuncinya. Seriau aku dibuatnya. Aku masih tak beralih menatap wajah seriousnya itu. Huh!!..

"I think we need discuss.. Aku nak jelaskan apa yang jadi." ujar Syah dengan riak serba-serbi.

"Apa yang awak nak discuss ? Apa yang awak nak jelaskan? Awak tak puas hati lagi ke rosakkan hidup saya?! Tak cukup lagi dengan semua ni?" jerkah ku sudah geram.

Wajah Syah nampak tak berubah. Tiada secalit kerutan pada dahinya. Gelagatnya tampak biasa.

"Dalam situasi ni, kita berdua adalah mangsa. Bukan kau seorang aje." luahnya sedikit tegas.

Aku tergamam mendengar kata-kata Syah. Tak faham dengan mukadimah yang mahu dia sampaikan.

"Huh.. awak cakap awak mangsa? Hei, Syah. Awak tak sedar lagi ke.. awak perangkap saya dalam masalah ni! Kalau tak disebabkan awak, saya takkan kahwin dengan awak! Disebabkan awak, Ad tak percayakan saya! Ini semua salah awak." tak henti-henti aku menghamburkan ayat itu.

Panas hati aku bila nampak muka dia depan mata. Menyampah. Tak cukup lagi ke dengan perempuan yang keluar masuk dalam hidup dia? Sekarang.. dia cakap dia sukakan aku, huh.. jangan harap aku akan percaya bulat-bulat.

Bagi aku, lelaki macam dia tak pernah kekal dengan satu perempuan. Dari muka pun sudah boleh agak. Dahi jendul.

Tiba-tiba sahaja tawa Syah mengekek. Aku yang mendengar sudah tayang muka jengkel. Entah apa yang kelakar sangat pada kata- kataku itupun tak tahulah. Gila.

"Lepas apa yang jadi ni, kau masih nak bela Ad? Huh.. kau ni betul-betul luruslah, Iffah." sindirnya dengan senyum minta kakinya itu.

Aku ketap bibir. Dia cakap aku lurus? "Apa awak cakap ni? Siapa yang awak panggil lurus itu, hah?!" jerkah ku tak puas hati.

Syah sudah menggelengkan kepala. Langkahnya disusun mendekati aku. Terus aku bangkit dari dudukku lalu menjauh. Muka playboy ni memang tak boleh pakai. Gatal.

Wajah Syah nampak tenang. Terus dia duduk di birai katilku tanpa izin. Senyum sengetnya terukir.

"Kau tak perasan ke yang Ad itu tak ikhlas sayangkan kau? Kalau aku cakap dia dalang semua ini, kau percaya?" soalan Syah itu buatkan aku terkedu.

Raut wajahku berubah. Aku diam lama. Tak.. tak mungkin Adrian buat semua ni? Apa faedah dia tinggalkan aku?

Dia sendiri kata yang dia sayangkan aku.

"Awak saja nak buat saya benci Ad kan? Apa yang awak dapat kalau buat semua ni?!" aku masih mempertahankan Adrian.

Syah sudah menggelengkan kepala. "Lembap."
...
Tiket penerbangan dan papan perlepasan dipandangnya silih berganti. Senyumannya melirik puas. Tak lama lagi, dia bakal bertemu dengan Amirah.

Apa yang sudah disusun dalam kepala sudah suku dia siapkan. Sekarang, Huraifah bukan lagi masalah besar untuknya. Apa yang tinggal hanyalah Amirah dan MZ Holdings. Yurp, kewujudan Huraifah langsung tak membantu dia mendapatkan MZ Holdings jadi buat apa dia simpan gadis itu lama-lama?

Dia mahu jumpa dengan Amirah dan memiliki gadis itu. Setelah itu, dia bakal rampas MZ Holdings dengan saham yang Amirah ada sekarang. Jadi, senang cerita.. dia dapat dua benda sekarang ini. Cinta pun dia dapat, kerjaya juga dalam tangan nya.

"Babe.. I will find you." ujar Adrian sendirian.

Alamat yang dia dapatkan dari kenalan Amirah ditatapnya. Spontan, senyuman nipisnya terukir.
...
p/s》

Hye and Assalamualaikum, sis.. Btw, thanks sebab sudi baca, vote and komen cerita saya. I really appreciate it. Haha.. saya teruja sebab akhirnya saya dah buat story ni smpi ke plot penting. 😂😂.. Saya rasa citer saya ni tak kaya dengan bahasa gempak2 jadi saya risau x menarik. Nanti saya belek kamus dewan balik.

Btw, saya nak bagitau yang maybe isnin depan smpi rabu depan sye x kan update sbb saya 'honeymoon' dengan kawan ke terengganu. And.. saya rasa lepas ni saya akan update 3 bab untuk satu hari😂😂.. Otak sis dah mental lima bab satu hari. Nampak betul gigih nya nak habiskan story.

30/7 smpilah 24/8 ni sis practical so sis x leh update. Lepas itu, sis akan update story baru 'Terkahwin dengan Sir'.. Stay tuned😂😂.

InsyaAllah story ni akan tamat dengan jayanya.😌😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro