BAB 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Ad, kenapa you buat I macam ni? I tak salah dalam hal ini.'-kirim.

'Please, trust me. Kenapa you sanggup percaya dia daripada I? You kenalkan siapa I?'-kirim

Satu keluhan berat aku lepaskan. Jari runcingku perlahan-lahan menyapu skrin lemah. Mataku pejam rapat. Yurp, disebabkan aku sudah seharian terbawa emosi jadi aku rasa penat untuk terus menerus menangis.

'Ad, I sayangkan..'

Segera aku padam pesanan itu. Sudah tak ada gunanya lagi aku luahkan perasaan sayang aku pada lelaki itu. Huraifah Farihah.. sekarang ini kau patut terima kenyataan. Adrian bukan lagi sesiapa dalam hidup kau.

Sedarlah, sekarang ini kau adalah seoranh isteri. Suami kau Syah, Iffah. Bukannya Adrian!.. Aku cuba sedar kan diriku ke pangkal jalan. Yurp, walaupun aku tak mahu tetapi hakikat itu perlu aku terima. Syah dan bukannya Adrian.

Tidak mahu terus dihantui dengan dilemma, aku kembali letakkan telefon pintarku ke laci meja. Tudung sarung yang terletak kemas atas kepalaku aku betulkan. Pelik?

Even, aku ini isteri Syah dan erm.. sudah halal untuknya tapi aku masih kekok. Nak pakai baju lengan pendek depan dia pun aku rasa macam janggal. Urgh!! Makanya, nak tak nak terpaksalah aku pakai tudung. Cari keselesaan diri sendiri.

Bunyi pancuran air yang tadinya bising akhirnya senyap. Aku yang sedang merapikan katil tiba-tiba pul gatal mata mahu menoleh ke kamar mandi yang terletak betul-betul menghadap katil saiz king itu.

Nak tercabut jantung aku dibuat nya apabila melihat benda tak sepatut nya itu. Wargh!!! Cepat-cepat aku pejamkan mataku rapat. Astaghfirullahalazim.. Benda 'haram' apa aku nampak tadi?

Tanpa sengaja, mata aku terpandang kan tubuh Syah yang hanya dibaluti tuala paras pinggang. Bahagian tubuh atasnya terdedah, begitu juga betisnya jelas kelihatan. Yurp.. Ini adalah kali pertama aku lihat pemandangan tak senonoh itu!

Syah yang mendengar jeritanku turut sama terkejut. Matanya memandang ke arahku yang sudah menekup wajah setelah itu tubuhnya dibelek. Spontan senyumannya terukir. Pfft.. Aumm!!

"Chill lah. Kita suami isteri kan? Apa salahnya pandang sikit-sikit?" usik Syah dengan suara gatalnya.

"Diamlah!!! Cepatlah pakai baju. Seksa tahu tak saya tengok awak macam itu! Kalau dah tahu ada perempuan dalam bilik ni, please pakai baju dalam bilik air!" leterku berang.

Tersengih Syah dibuatnya. "Seksa ke seksi? Alah, bukan salah pun tengok badan aku, kita halal kan? Kau pun.. boleh tunjuk sikit-sikit kat aku. Aku janji, benda ni akan jadi rahsia kita laki bini.."makin galak Syah mengusik.

Meremang bulu roma aku dibuatnya bila dengar Syah kata begitu. Ih, dia ni dah melampau sangat ni!! Aku sudah bengang.

Aku celikkan mataku sedikit dan yurp.. Syah masih dalam keadaan yang sama. Nampaknya, dia jenis yang tak makan saman!

Tidak tahan terus menerus diganggu begitu, aku terus capai tuala yang tergantung di dinding lalu cepat langkahku aturkan ke bilik air. Berdesing telinga aku bila dengar tawa Syah itu.

"Nak pergi mana itu?" soalnya.

"Mandi."balasku senada.

Syah bersiul. "Lah.. mandi sorang? Biar abang teman. Boleh kita buat pahala sama-sama." ayat minta kaki Syah meniti.

Belum sempat Syah mahu masuk ke dalam bilik air, segera aku kunci pintu. Turun naik nafas aku dibuat nya. Cuba aku redakan debaran yang kian menghentam dada. Ketawa nakal Syah makin jelas kedengaran.

Gila? Serious, dia ni memang gila! Huh.. ya Allah, macam mana aku nak hidup dengan dia?
...
Walaupun tangannya memegang telefon namun mata Syah tak pernah lepas dari sosok gadis yang sedang tekun mengangkat takbir. Setiap satu persatu tindak tanduk gadis itu diperhatinya. Dari takbir yang pertama sampailah ke salam yang terakhir. Syah pandang ralit.

Bila gadis itu menyapu wajahnya, Syah terus berpura-pura membelek telefon pintarnya. Setelah itu, mata nya pandang gadis itu semula. Ketika itu Huraifah sedang menadah tangan memanjat doa. Tenang sahaja wajah gadis itu. Syah termangu melihatnya.

Senyum nipisnya terukir. Rasanya kali terakhir dahinya menyentuh sejadah adalah ketika dia di tingkatan 5, itupun sebab nak buat solat hajat sempena SPM. Selepas itu, Syah tak pernah lakukannya. Dia rasa hidupnya terlalu sempurna sampai dia fikir mati itu datang masa hari tuanya nanti.

Namun entah kenapa, dia rasa tertarik apabila melihat Huraifah solat. Hatinya rasa gelisah dan risau namun fikirannya tenang. Syah jadi leka.

Selesai sahaja aku mengaminkan doa, kepalaku tiba-tiba sahaja berpaling ke arah Syah yang sedang duduk di sofa. Berkerut hairan lah juga aku bila tengok dia termenung sakan di sofa. Pfft.. tidur sambil duduk ke apa dia ni?

Selesai mengemas sejadah dan telekung, langkahku aku susunkan ke arah katil. Rasa mengantukku yang kian menghimpit sedikit sebanyak buatkan fizikalku terasa penat.

Baru dua tiga langkah aku berjalan, tiba-tiba aku terdengar suara garau milik Syah menerpa halwa telingaku. Terus wajah Syah aku cari. Raut serious bermain di air mukanya.

"Kenapa awak panggil saya?" soalku masih tak berganjak.

"Aku nak bincang sesuatu dengan kau. Ada benda yang aku rasa kau patut tahu." mendatar nadanya kali ini.

Aku ketap bibir. Berkira-kira pula aku dengan perubahan perangai Syah itu. Tadi mood mengusiknya mengila dan sekarang mood seriusnya datang. Pfft..

Akhirnya, aku mengalah. Aku berjalan merapatinya. Bila Syah pelawa aku untuk duduk, aku turut kan. Kini, kami saling berpandangan. Suasana sepi melatari ruang bilik ketika ini.

"So.. apa yang awak nak cakapkan?" soalku tidak mahu berlengah. Jujur aku kata.. aku tak suka suasana janggal. Ia buat aku rasa macam krik-krik.

Syah mengeluh perlahan. "Aku nak cakap fasal apa yang jadi pada kita sekarang." ujar Syah.

Tergamam aku bila Syah buka topik itu. Terus aku tarik senyum sinis. "Okay. Jadi awak nak bincang apa? Awak nak jujur fasal penipuan awak itu pada saya?" tiba-tiba sahaja aku terbawa emosi.

Yurp, setiap kali mengenangkan apa yang terjadi semalam. Aku pasti akan rasa kesal. Paling kesal bila aku terima Syah dalam hidup aku. Huh.. aku cuba untuk terima dia tapi still.. aku tak boleh.

"As I said before. Bukan kau seorang aje mangsa. Aku pun mangsa." Syah masing mengulangi ayatnya semalam.

Aku ketap bibir. Kepalaku aku geleng. Nope. Tak semudah itu aku akan percaya kata-kata Syah.

"Syah, awak perangkap saya dan sekarang awak nak beritahu saya yang awak mangsa? You know what?! Sampai bila-bila pun saya takkan percaya pada apa yang awak cakapkan. Saya nampak cara awak perangkap saya, telinga saya jelas dengar apa yang awak katakan. Bukan saya yang tuduh tapi awak sendiri yang mengaku awak cuba hancurkan hubungan saya dengan Ad!" lantang aku meluahkan apa yang tersirat.

Kejadian malam itu masih segar dalam ingatan aku. Huh.. dia fikir aku ni senang ditipu ke? Percaya bulat- bulat pada apa yang dia katakan?

Satu keluhan berat Syah lepaskan. Matanya menatap wajahku. "Huh.. cuba kau buka mata kau, Iffah. Kau tak perasan ke pada apa yang Ad lakukan selama ni pada kau? Dia bukan macam apa yang kau nampak. Aku tak tahu nak buat kau percaya macam mana lagi tapi.. aku nak cakap yang Ad dalang semua benda ni jadi." tegasnya.

Aku tersengih. "Huh.. awak nak tuduh Ad dalang semua ni? Kejap.. apa yang sebenarnya awak nak bukti kan pada saya sekarang ni, Syah?" soalku masih tak mengerti.

Syah menarik nafas dalam. "Ad tu bukannya baik macam apa yang kau sangkakan, Iffah. Dia kejam. Kalau kau nak tahu, dia tak pernah ikhlas sayangkan kau. Dia cuma gunakan kau, dia cuma gunakan aku. Dia sendiri yang suruh aku dekat dengan kau, dia suruh aku pikat kau, dia.."

Belum habis Syah menjelaskan semuanya, ringan sahaja tanganku menampar pipinya. Terkilas ke kiri pipi lelaki itu. Air mataku sudah bergenang namun aku cuba untuk tahan.

"Cukup. Cukup, Syah!!! Tak puas lagi awak rosakkan hidup saya? Sekarang, awak nak burukkan Ad pada saya pula? Huh!!! Apa yang awak bencikan sangat dengan saya sampai awak buat saya macam ni sekali? Saya.. tak pernah kacau hidup awak tapi saya tak faham kenapa awak buat saya macam ni?" apa yang terpendam, aku lepaskan.

Syah terkedu mendengar segala yang aku hamburkan. Lidahnya terasa kelu. Wajahnya sudah serba serbi.

Aku rasakan air mataku hampir saja gugur. Terus aku menapak ke katil lalu tanpa dipinta, aku membaring kan tubuhku. Mataku aku pejam rapat. Kerana tidak dapat menahan, akhirnya air mataku berhamburan.

Kenapa takdir aku begini?
...

Goodnight!!😴😴

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro