BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selalunya, Syah lah yang paling liat balik rumah tetapi entah kenapa malam ini, dia rasa nak balik awal. Dia rasa tak seronok malam ini. Berdansa, minum, dikelilingi gadis.. dengan otak yang sedang kusut dengan kerja? Huh, memang tak nikmat.

Akhirnya, Syah ambil keputusan untuk keluar awal dari kelab tersebut. Jasad Malik yang sudah tenggelam dengan air setan dia biarkan saja.

Lagipun, Malik tahu jalan rumah. Jadi, buat apa Syah nak kisah sangat?

Langkah kemasnya disusun menuju ke arah keretanya yang terletak tidak jauh  dari kawasan club tersebut. Terletak betul-betul di belakang kereta Jazz hitam itu.

"Syah..!!" sorakan itu buatkan Syah menjedakan langkahnya.

Dia toleh ke belakang dan dia lihat sosok tubuh yang amat dia kenali. Senyum sengetnya terbit tatkala melihatkan lenggok tubuh menawan itu mendekatinya.

"Irdina.." serunya dengan suara dalam.

Gadis itu juga turut sama tersenyum apabila namanya diseru oleh Syah. Tak sangka ingatan Syah padanya masih lagi utuh. Hmm.. nampaknya, mudah lah dia kenal Syah dengan lebih rapat lagi kan?

"Hmm.. I ingat you tak ingat nama I." ujarnya dalam nada menggoda.

Syah tarik sengih. Sempat mata jantannya meliar menjilat tubuh gadia itu yang hanya bersarung gaun hitam yang mendedahkan bahunya dan juga pehanya yang mulus.

Kalau lelaki lain pandang, confirm mereka rasa tercabar. Nak-nak lagi, wajah Irdina yang cukup membuat sesiapa sahaja rasa tergoda. Cantik dan comel...

"Takkanlah I lupa nama perempuan yang dah buat mimpi I jadi indah, kot. Lepas jumpa you malam itu, I harap.. I akan dapat jumpa you lagi. Hmm.. dah lama juga I tak nampak you lepas malam itu. Why?" soal Syah ingin tahu.

Senyum Irdina meleret panjang. "Biasalah. Masalah kawan sikit. Hmm.. kenapa, you rindu ke?" Irdina sudah pasang umpan

Dan, yurp. Syah makan umpan yang dia berikan. Spontan, tubuh Irdina didekatinya. Bau haruman tubuh Irdina berjaya buatkan Syah rasa nak terkam.

Tangan Syah sudah liar memeluk tubuh ramping Irdina. Wajahnya didekatkan pada wajah gadis itu. Hampir sahaja bibirnya mahu bersentuhan dengan bibir gadis itu.

"I.. memang rindukan you pun, sayang. You, nak teman I balik rumah tak malam ni?" Syah pula yang pasang jerat.

Senyuman penuh menggoda Irdina lirikkan. Dengan kasar, tubuh Syah ditolaknya menyebabkan belakang badan Syah melanggar kerangka Jazz hitam itu. Syah tarik senyum suka. Dia suka permainan Irdina ketika ini.

Tangan sasa Syah sudahpun meliar melingkari pinggang ramping Irdina. Pantas, tubuh itu ditarik merapati nya. Pandangan sekeliling langsung Syah tak endahkan.

Dia sudah tenggelam dengan dunia nya sendiri. Sekarang, dia rasakan itu adalah malam antara dia dengan Irdina sahaja. Tiada yang lain. Kerja projek pun dia sudah tolak tepi.

Baru sahaja bibir Syah mahu memagut bibir merah milik Irdina, tiba-tiba sahaja muncul susuk tubuh menolak tubuh Irdina jauh daripada nya.

Syah sudah terpinga. Terus pandangannya dialihkan ke arah gadis berselendang maroon itu. Wajah gadis itu tampak marah. Macam tak suka pun ada..

"Kalau ya pun nak buat dosa, jangan lah depan kereta aku!" lantang gadis itu bersuara.

"Oops, sorry."

Spontan, jawapan Syah itu berjaya mengalihkan perhatian gadis itu ke arahnya. Syah sudah tarik senyum tatkala melihat tatapan tajam gadis itu. Gaya macam nak terkam di malam pertama pula rasanya.

"Kalau you nak buat projek janganlah dekat sini. Dah gatal sangat ke you ni?!" gadis itu menghamburkan bicaranya.

Kali ini, Syah sentap. Mana taknya, dipanggil gatal. Okay, ini bukan kali pertama dia dipanggil gatal. Hmm, tapi entahlah.. Syah sentap tiba-tiba.

Syah tidak mahu terbawa sentapnya dalam keadaan ini. Dagunya dielus-elus sambil atas bawah gadis itu diperhatinya. Erm, not so bad actually.. Lawa.

Tapi, itulah. Garang sangat..

"Macam mana ustazah boleh sesat pula kat sini? Bukan sini kawasan manusia yang bertanduk ke?" Syah bagi ayat perli.

Kali ini, gadis itu diam. Pipinya nampak merah seperti sudah menyirap dengan Syah. Syah fikir kemenangan sudah berpihak pada aku.

Baru Syah nak senyum, gadis itu terus menolak tubuh Syah menjauhi kereta Jazz itu. Nasib baik Syah tak jatuh, kalau tak.. buat malu saja. Sudahlah jatuh depan Irdina pula itu, huh! Habis namanya jadi buruk di kalangan GRO nanti.

"Saya tak sangka malam ni saya jumpa manusia yang mengaku diri dia bertanduk. Pfft.." perli gadis itu sebelum memasuki keretanya.

"Ih, s*al punya perempuan!! Kau fikir kawasan ni bapak kau punya ke, hah?!" jerkah Irdina apabila merasa kan kereta Jazz itu sudah menjauh.

Baru sahaja Irdina berura-ura mahu membuka high heelsnya, pantas Syah melarang perbuatan Irdina itu. Lagipun sia-sia aje kerja bodoh yang Irdina buat itu.

High heels itupun bukan akan kena kepala perempuan itu pun. Paling kurang pun, kena cermin belakang aje. Itupun entah retak ke tidak..

"Sabar aje. Perempuan bertudung memang macam itu. Berlagak baik.." Syah cuba pujuk.

Irdina sudah mendengus kasar. Ikut kan hati, mahu saja dia ajak perempuan tadi itu bertumbuk. Tak guna. Bertudung tapi mulut macam celaka!

"Can we proceed?" Syah cuba alih topik.

Irdina yang sudah hilanh mood, mengeluh berat. Ingat tadi nak menggoda Syah tapi nampaknya ada pula manusia yang menganggu! Pfft.. rosak rancangan aku.

Baru sahaja Syah mahu merangkul pinggang Irdina, gadis itu sudah tepi lembut. Pipi lelaki itu dipegangnya lalu dengan berani matanya memandang mata redup Syah. Yurp, mata redup yang mampu mencair kan hati mana-mana gadis yang melihatnya.

"I tak ada mood lah you. Hmm, maybe next time." keluhnya dalam nada memujuk.

Syah hanya mampu leret senyum hambar. Melepas aku malam ni.
...
Kepalanya disandar pada bahu sasa lelaki itu. Untungnya, lelaki itu biar kan sahaja. Hanya senyum sebagai mengiakan bahawa dia selesa bila gadis yang dia sayangi itu berbuat begitu dengannya.

"You, takkanlah kita nak duduk dalam kereta aje?" suara manja gadis itu berjaya mengalihkan perhatian gerangan lelaki itu.

Satu keluhan Adrian lepaskan. Wajah milik Amirah dipandangnya. Tangan gadis itu pula dicapainya lalu digenggam erat.

"You tak seronok ke duduk dalam kereta sambil tengok pantai depan mata?" ujar Adrian cuba memujuk.

Gelengan tak suka Amirah berikan. "Hmm, you janji kan nak teman I tengok wayang? Lepas itu kita date, macam pasangan lain buat."keluh Amirah dalam nada mengharap.

Adrian terkaku untuk seketika. Senyum kelatnya terukir.

"You tahukan yang.."

Amirah mencantas. Sebuah anggukan dia berikan sebagai jawapan. "I know sayang.You tengah bercinta dengan Ifah. I know about that then.. why? Takkanlah sebab dia, you batas kan semuanya dengan I?"

"Bukan macam itu, Mirah. I takut yang orang akan nampak I dengan you.."

Amirah sudah mendengus. Spontan tangannya yang digenggam Adrian tadi ditariknya. Wajah muramnya sudah ditayang.

"Okey, fine. I know! I cuma perempuan yang rampas you daripada dia. Dia lagi bagus dari I kan? Thats why you buat I macam ni. Huh!! Then, break lah kalau you rasa I susahkan hidup you!" lantang Amirah sudah bertegas.

Adrian mengeluh perlahan. Dalam hal ini, kesalahan memang terletak atas bahunya. Bercinta dengan dua orang gadis dalam satu masa? Itu mustahil.

Dia sayangkan Amirah lebih dari segala-galanya. Sepupunya itu yang juga merupakan anak tunggal kepada Engku Zaqwan Haidir berjaya menambat hatinya. Namun, disebab kan dia sedang bercinta dengan Huraifah.. Adrian pendam perasaan itu sendiri.

Dia perlukan Huraifah untuk sokong business yang baru dibinanya. Memandangkan Huraifah hebat dalam promotion jadi Adrian perlu kan gadis itu untuk terus ada di sisi nya. Kerana itulah, Adrian masih betah dengan Huraifah.

Adrian ketap bibir. Wajah Amirah yang suka mencuka dipandang nya. "Janganlah merajuk lagi, sayang.. I taknak dengar you cakap break lagi. You know kan yang I sayang sangat dengan you?!" Adrian sudah memujuk.

Amirah tidak menyahut pujukan Adrian itu. Wajah mencuka masih nampak kelatnya. Akhirnya, satu keluhan kalah Adrian lepaskan.

"Fine, I teman you tengok wayang." Adrian mengalah.

Amirah sudah geleng kepala. "I malas dah nak tengok wayang. I nak you hantar I balik sekarang." arah Amirah tegas.

"But, why?!"

"I tak nak cakap dengan orang yang langsung tak ambil serius fasal I dan juga hubungan ni." jelas Amirah spontan.

Huh, nasib baik sayang.
...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro