BAB 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lagu rancak yang melatari ruang sekelilingnya itu dibiarkan saja menyapa halwa telinga. Sesekali mata Syah melirik ke arah Malik yang sedang membuat pesanan di bar yang tersedia betul-betul di hadapan nya. Para gadis yang sudah hanyut menari dipandangnya lalu satu keluhan malas Syah lepaskan.

Rasanya, hari ini mood dia untuk bersuka ria memang sudah lari habis. Syah rasa kosong bila berada di situ. Beberapa kali, dia cuba untuk selesa namun entah kenapa dia rasa asing. Huh.. pelik. Selama ni, dia okey aje. Berpeluk dengan para gadis, menikmati kerancakan muzik yang terpasang malah minum air setan itu juga dia rasakan biasa. Tapi.. hari ni, huh!! Entahlah, mood nya untuk lakukan semua dosa itu sudah pudar.

Malik kembali dengan dulang berisi empat botol bir yang mempunyai perisa yang berbeza. Beberapa goblet juga turut tersedia di atas dulang tersebut. Senyuman teruja Malik terpancar.

"Hmm.. banyaknya kau beli?" soal Syah sambil matanya meliar menilik botol-botol yang terisi air neraka itu.

Tawa besar Malik berhamburan. Dua gelas dia sediakan. Satu untuknya, satu lagi untuk Syah.  Salah satu bir dicapainya lalu dituang ke dalam gelasnya.

"Malam ini, aku tiba-tiba pula rasa berbesar hati nak belanja kau. Yurp.. kau kan dah kahwin. Aku kenalah sambut!" terujanya dengan sengih panjang.

Wajah Syah dipandangnya. "Kau nak mana satu?" soal Malik.

Bibirnya diketap lembut. Satu persatu botol bir itu ditiliknya lalu satu keluhan berat dia lepaskan. Haih, seleranya hendak menikmati air khayal itupun tak ada. Moodnya betul-betul mati.

Terus gelengan diberinya. "Aku taknaklah."

Terkedu Malik dibuatnya saat Syah menolak pelawaan untuk minum. Yurp, itu memang benda paling pelik sepanjang dia hidup. Syah tolak minum? Huh, Syah pastinya tak waras sekarang ni.

"Kejap? Kau kata taknak? Erm.. wait. I know. Mesti air kegemaran kau tak ada kan? Kejap weiyh, aku nak pesan ." ujar Malik yang sudah berura-ura mahu bangun.

Segera, Syah mematikan tindakan Malik itu. Sebuah gelengan dia beri kan sebagai tidak. Terpinga-pinga Malik dibuatnya. Kembali dia duduk. Wajah Syah dipandangnya hairan.

"K-kau Syah kan? Member aku?" soalan bodoh diberinya. Masih tak percaya.

Tersengih Syah mendengarnya. Tak semena-mena, kepala Malik ditolak nya. Apa kebodoh soalan si Malik ni? Pfft..

"Apa cerdik soalan kau ni? Hmm.. aku Syah lah? Kawan kau." sahut Syah.

"Tak cuma aku pelik. Kau baru tolak untuk minum weiyh?! Seorang Syah takkan menolak minum dengan aku." jelas Malik dengan nada yang masih was-was.

Syah tarik sengih sumbing. "Alah. Bukan pelik pun. Mungkin malam ini, mood aku kelaut sikit kot. Itu yang tak ada mood nak minum. Hmm.. kalau kau nak pesan, tolong pesan coke untuk aku." ujar Syah sempat lagi buat pesanan.

Mahu tak mahu, terpaksalah juga Malik turuti. Sepuluh minit di bar, Malik kembali dengan dua tin coke. Satu untuknya, satu lagi untuk Syah.

Tak best minum sorang. Inilah member. Kalau kawan tak minum, dia akan follow.

Coke itu dibuka Syah lalu diteguk bagi menghilangkan dahaga di tekak. Sesekali matanya melirik ke arah beberapa pasangan yang sudah mulai tunjuk gelagat tak senonoh. Terus pandangannya dialihkan. Huh?!

Yurp, Syah rasa memang malam ni dia rasa lain sangat. Minum pun tidak, nak menari pun tidak.. Apa lagi pelik daripada itu?

"Hai, nak duduk boleh tak dengan abang-abang semua?" sapa beberapa orang gadis yang pakaian nya cukup menyeksa mata lelaki.

Lenggok badannya dibuat bagi menarik perhatian para lelaki yang memandang. Malik terima tanpa fikir panjang. Syah pula diam tak menyahut. Dia sudah alihkan pandangannya ke tempat lain. Tak minat.

Beberapa orang gadis yang menyapa mereka, sudah mulai ambil tempat di sekeliling Syah. Tanpa dipelawa mereka mengambil tempat duduk di sisi Syah. Secara tiba-tiba, Syah bangun dari duduknya. Tindakannya itu mendapat reaksi terkejut daripada sebahagian pelanggan yang datang. Malik sudah pandang hairan.

"Kenapa Syah?" soal Malik yang sedang leka memeluk gadis-gadis di sekelilingnya.

Syah ketap bibir. Pelipis matanya diurut perlahan. Huh?! Yurp, aku rasa aku patut pergi dari sini, getus hati nya. Segera tangannya mencapai telefon pintar dan juga kunci kereta yang ada di atas meja. Senyum nipis nya diukir pada Malik yang masih pandang hairan padanya.

"Sorry Malik. Aku rasa malam ini memang aku tak boleh lepak dengan kau. I get to go." pinta Syah.

Belum sempat Malik menjawab, Syah sudah melangkah keluar dari situ. Entahlah, kepalanya rasa tak waras bila ada dalam itu. Selama ini, dia rasakan kelab itu adalah tempat paling selesa untuknya melepaskan stress namun hari ini, dia rasakan tempat itu sebagai sebuah bahana.

Keretanya dipandu meninggalkan kawasan itu menuju pulang ke rumah. Kepalanya diurut perlahan. Angin malam yang melalui tingkap keretanya dibiarkan menyapa. Yurp, serba sedikit kepada Syah jadi ringan.

"Kenapalah dengan kau ni, Syah? Kenapa tiba-tiba kau rasa bersalah bila masuk dalam itu? Pfft.. ke baru kau perasan yang kau dah banyak buat dosa?" bisiknya pada diri sendiri.

Soalan itu dibiarnya berlalu tanpa jawapan. Memang, Syah sendiri tak tahu jawapan pada soalannya itu. Adakah ini yang orang panggil 'buang tebiat'?

Selesai sahaja memarkirkan kereta, Syah melangkah laju memasuki rumah villanya. Dilihat lampu biliknya masih belum terpadam. Fikirnya, Huraifah masih terjaga.

Satu persatu tangga rumahnya dipanjat ke tingkat satu. Di tingkat itu, hanya ada biliknya, bilik Engku Mariam dan juga bilik pejabatnya berserta ruang tamu kedua. Biliknya dituju lalu perlahan-lahan pintu bilik dibuka.

Mata Syah meliar memandang sekeliling bilik sehingga pandangan nya jatuh pada sosok tubuh yang sedang lena di atas katil. Di sebelah nya terdapat sebuah majalah yang masih terbuka. Satu keluhan dia lepaskan.

Bagus. Sudah tidur. Yurp, satu berita baik buat Syah. Tak perlulah dia nak bertekak dengan Huraifah malam ini. Lima hari mereka bergelar suami isteri namun mereka langsung tak sekepala.

Dengan perangai keras kepala Huraifah itu, tak pernah pun dia pilih jalan damai dengan Syah. Bila Syah bercakap, ada saja benda yang mahu dia ungkit. Dan.. pastinya topik Adrian dan juga pernikahan takkan pernah terlepas.

Selesai sahaja membersih diri dan menukar pakaian tidur, Syah terus bergerak ke tempat tidurnya. Lampu lacinya ditutup. Gelap di bahagian nya, namun dia sedikit terganggu dengan lampu dibahagian Huraifah. Satu keluhan berat Syah lepaskan.

Dengan malas, dia mengesot tubuhnya mendekati tubuh Huraifah yang masih tidur membelakangi nya. Tangannya cuba dipanjangkan bagi menutup lampu tersebut. Tanpa sedar, tubuh Huraifah tiba-tiba sahaja berpusing.

Secara tak sengaja bibir Syah menerima satu kucupan dari bibir Huraifah. Terpaku Syah dibuatnya. Wajah Huraifah yang amat dekat dengan wajahnya dipandang. Yurp.. bagaikan panahan kilat, Syah dapat rasakan satu degupan laju melatari jantungnya. Nafas kasar Huraifah menampar kulit yang membaluti batang hidungnya.

Syah ketap bibir. Matanya masih tak lari dari menatap bibir Huraifah yang kemerahan itu. Jiwanya sudah berkocak hebat. Yurp.. Syah rasa dia sudah tergoda pada bibir merah milik isterinya itu.

Kembali dia baringkan kepalanya di atas bantal. Sangat dekat dengan jasad Huraifah. Matanya dipejam rapat. Syah cuba melawan kata hati nya itu. Nope!!!

Syah, please!! Perempuan lain kau boleh tapi dia.. seriously? Huh?!! Pleaselah Syah, wake up!!! Kau tak sekepala dengan dia. Nope!! You should not do anything to her!, berontaknya dalam hati.

Satu keluhan berat Syah lepaskan. Matanya dibuka semula lalu anak matanya menilil setiap inci wajah milik Huraifah. Dari dahi sampailah ke dagu. Paling menarik bila anak matanya bertemu dengan bibir gadis itu.

Entah dari mana keberaniannya datang, tudung sarung yang menutupi rambut Huraifah itu dibuka nya dengan penuh berhati-hati. Tergamam Syah tatkala melihat rambut Huraifah yang hitam pekat itu. Nampak berkilau di bawah lampu yang masih terpasang. Matanya melirik pula pada leher jenjang milik Huraifah. Putih dan bersih tanpa sebarang cela.

Nafsunya sudah mulai naik turun. Beberapa kali Syah melawan. Dia cuba ingatkan pada dirinya sendiri siapa dia dan juga gadis itu. Mereka dua orang yang berbeza. Tak.. Syah taknak ulang kesilapannya yang lalu.

Mendapatkan 'benda berharga'  itu bukannya dengan cara kotor ini. Nope. Syah taknak rampas benda itu secara paksa. Lagipun, Huraifah tak sama dengan gadis yang pernah ditidurinya selama ini.

Walaupun kadang gadis itu agak menjengkelkan hati Syah namun gadis itu lain daripada yang lain. Gadis itu pastinya tidak akan suka Syah menyentuhnya walaupun itu hanya melibatkan pergeseran kulit tangan sahaja.

Syah menarik nafas dalam. Akhirnya, dia berjaya memujuk nafsunya untuk tidak menggila. Lampu disebelah Huraifah ditutupnya lalu Syah menjarakkan dirinya daripada jasad Huraifah.

Tak sangka kau boleh buat, Engku Syah Taufiq. Pujinya dalam hati.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro