BAB 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Puan Iffah, encik Ikmal suruh saya beritahu puan untuk siapkan proposal untuk dibentangkan dalam mesyuarat Rabu ni'- Amma (staff).

Satu keluhan berat aku lepaskan. Sempat mataku membelek komputer riba yang terbuka depan mataku. Ketap bibir aku dibuatnya.

"Banyak lagi benda nak kena baiki ni."bisikku sendirian.

Terus aku belek telefon pintarku semula.

'Erm.. InsyaAllah, malam esok saya akan hantar pada awak.'-kirim.

'Baik, puan. Maaf mengganggu.'- Amma (staff).

Selesai sahaja membalas whatsapp tersebut, aku kembali fokus pada kerjaku. Mataku meneliti setiap satu persatu halaman lalu aku betulkan apa yang bagiku tidak sesuai. Huh! Satu keluhan aku lepaskan.

Entah kenapa, aku rasa sakit kepala pula. Akhirnya, aku sandarkan kepalaku ke badan sofa. Siling putih rumahku, aku pandang kosong. Kenapalah hati aku ni rasa pelik? Rasa macam kosong, rasa malas nak buat semua benda. Huh.. belum pernah lagi aku rasakan semua benda ni.

"Termenung lagi, Iffah?" sapa ibu yang aku tak sedar dari mana kelibat nya datang.

Terus aku mengalihkan pandangan aku ke arah ibu. Satu senyuman simpul aku berikan pada dia. Hmm.. tahu-tahu aje ibu, aku memang sedang perlukan kawan untuk berbicara.

"Tak adalah ibu. Iffah rehat kejap." dalihku memberi alasan. Kalau aku jawab termenung, habis ibu berleter nanti.

"Yalah itu. Ibu nampak mata kamu itu ke mana. Hmm.. ada benda yang kamu fikirkan ke, Iffah?" soal ibu masih dapat membaca apa yang aku rasakan sekarang ini. Firasat ibu lah katakan.

Aku tarik senyum. Berbelah bahagi aku dibuatnya apabila ibu bertanya. Patut ke aku cerita tentang apa yang aku rasakan. Mungkin asam garam kehidupan ibu boleh jelaskan kekosongan yang aku rasakan ketika ini.

Wajah ibu aku pandang. "Erm, Iffah rasa macam tak semangat nak buat semua benda. Iffah rasa kosong. Iffah rasa macam.. hmm, entahlah. Nothing."jelasku tulus.

Tersenyum ibu mendengar luahan yang terbuku dalam hati aku. Dia menarik nafas dalam.

"Kamu balik rumah ibu ni, kamu minta izin daripada Syah tak? Ada kamu beritahu dia, kamu nak balik rumah ibu?" dua soalan ibu itu buat kan aku rasa terpaku.

Hmm.. tak. Aku tak minta izin langsung daripada Syah. Apa yang aku ingat.. aku kemas barang, lepas itu Syah marah aku, erm.. aku marah dia balik dan aku keluar. Rasanya, aku keluar secara 'haram' dari rumah dia.

Dengan penuh bersalahnya, aku gelengkan kepala. Bibirku gigit.

Satu keluhan nipis ibu lepaskan. "Ibu tahu yang kamu masih tak boleh terima Syah itu suami kamu tapi dia dah jadi suami kamu. Walaupun ibu tak tahu apa yang jadi antara kamu, dia dan Adrian.. tapi nak tak nak, kamu dah berkahwin dengan Syah. Syurga kamu ada pada dia bukan pada ibu. Dia yang berhak pada kamu, Iffah. Apa yang kamu buat, kamu mesti dapat keizinan daripada dia tak kisahlah cuma nak balik rumah ibu aje. Kamu tanggungjawab dia sekarang." jelas ibu panjang lebar. Dia berharap agar aku dapat faham apa yang dia maksudkan ketika ini.

"Tapi.. Iffah, hmm.. Iffah tak boleh hidup dengan dia. Kami berdua lain ibu. Iffah rasa macam orang asing duduk dengan dia. Iffah rasa yang kitorang ni tak ada chemistry." balas ku masih menegakkan benang yang basah.

"Masalah itu datang daripada kamu berdua. Macam mana nak wujudkan chemistry kalau kamu berdua layan kan sangat perasaan kamu itu? Kamu sendiri yang fikir kamu orang asing dalam rumah dia.. jadi, sebab itulah kamu rasakan benda yang sama." jawab ibu pada setiap pernyataan bela diri yang aku lontar kan.

Kali ini aku diam. Benak fikiran aku mulai diterpa peristiwa sepanjang aku bergelar isterinya selama lima hari. Rasanya, apa yang aku lakukan cuma tak henti-henti mempersalah kan Syah untuk setiap perkara. Hmm.. bila fikir-fikir balik, rasa benci aku itu yang mewujudkan jurang antara aku dengan dia.

Apabila melihat aku tidak memberi sebarang reaksi, ibu menghela nafas panjang. Bahu aku disentuhnya. Tersedar aku dari lamunanku itu. Terus wajah ibu aku pandang.

"Dosa kamu pada Syah itu bukan lagi dosa kawan dengan kawan. Dosa kamu dengan dia adalah dosa seorang isteri pada suami. Ibu taknak anak ibu dipanggil derhaka gara-gara melawan cakap suami. Tak cium bau syurga kamu kalau kamu derhaka pada Syah." peringatan itu ibu berikan kepada aku.

Perkataan derhaka itu sudah cukup buat aku meremang. Baru aku sedar apa yang aku buat sekarang ini adalah salah. Perlahan-lahan aku anggukkan kepala. Hmm..

"Terima kasih, bu sebab beritahu Iffah tentang semua ini." ujarku lalu memeluk tubuh ibu erat.

Ibu tersenyum. Belakang badanku diusapnya. "Ibu sayang kamu Iffah, sebab itu ibu beritahu kamu tentang semua ni." jelas wanita itu sebak.

Hmm.. rendahkan ego kau, Iffah. By hook or by crook, Engku Syah Taufiq adalah suami kau sekarang.
...
Masuk sahaja ke dalam rumah, batang hidung Syah dapat menghidu sesuatu memenuhi ruang dalam rumah. Bau aroma ikan bakar itu menusuk batang hidungnya sekaligus membangkitkan selera makannya.

Dahinya sudah berkerut seribu. Fikir nya, Engku Mariam sudah pulang. Tanpa menunggu masa yang lama, Syah terus melangkah merapati meja makan. Dilihatnya meja makan penuh dengan lauk pauk yang masih panas.

Tersenyum lebar Syah dibuatnya. Baguslah kalau sudah ada lauk. Tak perlulah dia nak memasak bagai. Memasak pun mampu mi segera. Makanan lelaki bujang yang paling ringkas.

Langkahnya dimajukan ke dapur apabila dia terdengar bunyi seseorang yang sedang memasak. Senyum paling terujanya menghias. Fikirnya, Engku Mariam sudah pulang daripada Singapura tanpa memberitahunya.

"Awal mama balik?" soalnya apabila jasadnya kini berada di dapur.

Terpaku Syah dibuatnya tatkala melihat kelibat aku berada di dapur. Senyuman yang tadinya melirik di birai bibir beransur-ansur hilang. Pandangan hairannya berganti.

"K-kau? Bila kau balik?" soalannya juga berganti.

Aku yang ketika itu sedang menumbuk cili untuk buat sambal belacan terus memandang Syah di belakang. Peluh renek yang membasahi dahiku aku sapu. Hmm.. apa aku nak jawab sekarang ni.

"Tadi." balasku sepatah.

Kembali aku teruskan kerjaku tadi. Suasana janggal menyelubungi ruang antara aku dan Syah. Aku dan dia sama-sama membisu. Untung nya, Syah tak banyak buka soalan. Dia diam saja sambil matanya leka memerhati aku.

Diamnya itu aku fikirkan panjang tapi selang beberapa minit lepas itu, lelaki itu tiba-tiba sahaja bersuara.

"Kau kata taknak balik rumah lagi ni dah? Kenapa tiba-tiba datang?" pertanyaannya itu buat aku tergamam.

Huh?!! Ingat, Iffah. Jangan nak melenting. Dia tanya baik itu, jawab pun kena baik. Ingat syurga kau ada pada dia.

Wajahnya aku pandang. Senyuman ku meniti. "Saya rasa bersalah sebab tinggalkan awak tanpa izin awak dulu." ujarku jujur.

Selepas itu, Syah terus diam. Langkahnya terus diatur keluar dari dapur meninggalkan aku sendirian.

Satu keluhan lega aku lepaskan. Haih, meremang bulu roma aku dibuatnya. Seram sejuk aku dibuat nya. Menghadap bos kat tempat kerja pun tak adalah sampai meremang bulu roma bagai. Fuh..

Selesai sahaja menyiapkan sambal belacan, aku terus membawanya ke ruang tamu. Aku lihat Syah sudah menunggu di meja makan sambil telefon pintarnya di belek. Senyuman terpaksaku ukirkan.

Tenang, Iffah. Chemistry.. ingat!! Wujudkan chemistry itu.

Sambal belacan aku hidangkan depan Syah. Nasib baiklah mama sempat beritahu aku yang Syah memang tak pernah miss sambal belacan. Jadi, aku andaikan makanan kegemarannya adalah sambal belacan.

Aku duduk di hadapan Syah. Kesepian membelengu antara kami berdua. Janggalnya jelas terasa. Namun, aku cuba halau perasaan itu.

Syah nampak tak peduli. Selesai sahaja membelek telefon, tangan nya berura-ura mencapai senduk nasi namun aku pantas mengambil nya terlebih dahulu.

Lelaki itu sudah pandang hairan ke arahku. Senyumanku terlukis untuk nya. Pinggannya aku capai.

"Biar saya ambilkan nasi untuk awak." pelawaku. Tanganku sudah mulai melakukan kerja.

Syah diam. Satu deheman kecil dia berikan. "Thanks." balasnya.

"Welcome." sambutku.

Hmm.. nampaknya, tak susahpun nak jadi isteri ni. Senduk nasi untuk suami pun dapat pahala.

Permulaan yang baik, Iffah.
...
p/s》

Assalamualaikum and selamat pagi, guys. Sis nak cakap sorry dulu sebab hari ni sis dpt update satu bab aje dulu. Sis nak gi terengganu.. haha, nak berlibur dulu. Rabu ni, InsyaAllah sis akan update😗😗

Btw, klu ada masa.. mehlah singgah baca story AnakLee, Prefect Itu Jodoh Aku?..topik pun best😄😄




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro