BAB 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pendrive putih yang ada dalam tangannya ditenung lama. Satu keluhan lemah, Syah lepaskan. Takkan mungkin semudah itu dia dapatkan pendrive itu daripada tangan Adrian. Benarkah lelaki itu tak sengaja menjatuhkannya ataupun ianya sekadar muslihat?

Syah sudah termenung lama. Perbualannya dengan Malik tiga hari lepas masih tak lepas dari ingatan nya. Tak sangka yang Malik akan bawa berita tergempar itu padanya.

Kalau benarlah apa yang Malik kata, jadi Syah yakin yang sekarang Adrian sudah ada di Malaysia. Dia tahu yang Adrian akan pergi ke UK untuk mencari scandalnya itu. Pfft.. tinggalkan Huraifah demi Amirah. Syah rasakan itu perkara paling bodoh yang Adrian pernah buat.

"Mana isteri kau?" soal Malik sambil sesekali matanya meliar ke segenap ruang.

Manalah tahu dapat jumpa Huraifah Farihah. Tak dapat dinafikan, isteri Syah itu memang cantik orangnya. Malik yang hadir ke majlis pernikahan mengejut Syah itu sempat melihat wajah manis gadis itu. Boleh tahanlah walaupun dia tak nampak depan mata.

Syah yang masih mengurut kepalanya pandang Malik dengan muka minta kaki. Nasib baiklah dia iktiraf si Malik itu sebagai kawan baiknya. Kalau tidak, sudah lama makan kaki si Malik petang itu.

"Dia keluar. Pergi kerja lah kot." ajuk Syah dengan nada tak selesa.

Kejadian pagi tadi masih jelas tergambar dalam fikirannya. Saat Huraifah datang menggodanya. Yang paling dia terkejut, tiba-tiba sahaja gadis itu pilih jalan untuk serah diri padanya. Fuh..

Kalau ikutkan nafsu jantannya, sudah lama dia melayan permainan yang dianjurkan oleh Huraifah itu. Namun, memikirkan dirinya ini tak layak jadi Syah pilih jalan untuk undur diri. Lebih baik dia pergi daripada gadis itu menyesal dengan perlakuannya di kemudian hari.

Suami mana yang tak teringin bersama isterinya? Syah masih normal. Nafsu nya sebagai seorang suami memang tak mampu untuk ditepis. Namun, dia perlu fikirkan perasaannya juga. Benar kah dia lakukan semua itu pada Huraifah kerana cinta ataupun sekadar pemuas nafsu? Nope.. seorang isteri tak layak digelar sebagai pemuas nafsu serakahnya. Martabat itu lebih tinggi.

Syah tak mahu ulangi kesilapannya lagi. Cukuplah, dia kecundang untuk beberapa kali. Dia tak mahu dihumban ke lembah dosa untuk kesekian kali nya.

"Syah, aku nak minta maaf sebab aku baru dapat tahu yang mama kau meninggal. Aku minta maaf. Sepatut nya sebagai kawan baik kau, aku yang kena tahu dulu." kesal Malik luahkan.

Jelas raut kecewa bermain di wajah nya. Dirasakan dirinya tak berguna sebagai seorang sahabat.

Syah keluh perlahan. "Aku tak kisah pun. Asal kau tahu, sudahlah. Lagipun, aku faham kerja kau. Bukan selalu kau ada kat sini kan?" ujar Syah cuba meredakan kekesalan yang bersarang dalam hati Malik.

Malik tersenyum nipis. Nampak sikit muka baiknya di situ. Muka yang pernah bergelar pelajar paling alim di sekolah dahulu. Hahah!! Tak sangka, cepat betul Malik bertukar status jadi playboy. Manusia boleh berubah. Sama ada kebaikan ataupun keburukan dan Malik pilih untuk kecundangkan diri sendiri ke lembah neraka. Harapnya taubatlah.

"Nasib baik kau faham. Aku mati-mati ingat kau akan putus sahabat dengan aku. Nak-nak lagi bila sekarang ni kita dah jarang lepak sama-sama." balas Malik.

Syah tarik sengih. Pasti lepak yang Malik maksudkan itu, lepak ke kelab malam. Yurp.. Syah pilih untuk keluar dari dunia itu. Dia dah malas nak tambah dosa. Sekarang ni, dia jadi suami.. takkanlah dia nak buat benda tak senonoh pula kan?

Even tak cinta tapi kenalah jaga maruahnya sebagai ketua keluarga. Pfft.. cara-cara nak jadi suami mithali.

"Aku dah tinggalkan zaman jahiliah itu. Sekarang ni, aku nak berubah jadi lebih baik." ujar Syah senada.

Malik tertawa mendengarnya. Pff.. tak sangka lelaki yang dulunya gelap dengan dosa akhirnya memiliki keinginan untuk berubah?

"Walaupun aku agak pelik dengan keputusan kau tapi aku sokong. Mungkin kau dah ready kot tinggalkan semua itu." balas Malik.

Syah sekadar menyungging sengih. Te'o yang sedikit suam dihirupnya perlahan. Serba sedikit dahaganya tadi, menghilang.

"Kau tak nak follow step aku ke?" soal Syah mahu mengusik.

Terus Malik geleng kepala. Susah kalau si Syah ni dah warak. "Woo.. buat masa sekarang ni belum lagi. Nanti kalau aku dapat hidayah, baru aku berubah." ujar Malik sudah membangkang terlebih dahulu.

Selepas itu, Syah tak membalas. Dia malas nak kacau hidup orang. Kalau Malik sudah selesa dengan zaman gelap ni, jadi dia tak boleh nak buat apa. Sebagai seorang kawan, dia mampu nasihatkan sahaja. Lagipun dia kenal Malik. Kawannya itu bukan nya orang yang senang berubah.

Sewaktu Malik jadi pelajar paling alim pun, dia ambil masa berbulan untuk jadi sekarang ni. Yurp, silap Syah kerana libagkan Malik dalam kancah neraka ini.

"By the way, aku baru teringat nak cerita something kat kau. Adrian sepupu kau itu, dah balik KL ke?" soal Malik tiba-tiba.

Syah kaget. Wajah Malik dipandang nya. Kenapa si Malik ni ungkit cerita fasal Adrian pula?

"Tak. Aku tak tahu."

"Owh ya ke. Hmm.. rasanya semalam aku jumpa dia makan kat kedai yang selalu aku lepak. Aku yakin itu dia sebab dia duduk tak jauh dari aku." ujar Malik.

Adrian? Jadi betullah lelaki itu sudah balik ke Malaysia? "Dia dengan Amirah?"

Malik sekadar menggelengkan kepala. "Tak. Dia sendiri."

Dagunya diurut perlahan. Dahi Syah sudah berkerut. Pendrive putih itu dibeleknya sekali lagi. Mungkin ke orang yang nak jumpa dia waktu itu adalah Adrian? Syah sudah diam.

Kalau betul dia adalah Adrian, jadi.. apa niat lelaki itu? Takkanlah nak serahkan pendrive itu? Untuk apa?

Syah sudah mulai diterpa seribu satu soalan.

Tidak mahu terus berteka-teki. Pendrive putih itu dipasangkan ke komputer ribanya. Terdapat dua buah benda dalam itu. Satu video dan satu lagi seperti dokumen lain yang tertulis 'LIHAT.docx'

Video itu Syah tonton. Setiap detik dalam bilik hotel itu dirakam. Jelas kelihatan wajahnya dan juga wajah Irdina dalam itu. Dimulai dengan Syah yang baru sahaja selesai membersihkan diri manakala Irdina pula sekadar menyarungkan jubah mandi. Syah tarik tangan Irdina lalu melonggarkan tali yang mengikat jubah mandi gadis itu sehinggalah..

Syah hanya mampu pejam mata. Video yang masih terpasang itu terus dia tutup.Tak sanggup dia melihat dosa lama yang dilakukan nya itu. Kenapa waktu itu dia tak sedar? Yurp.. Syah rasa dirinya kini benar-benar jijik dan kotor. Huh, time buat itu, dia tak ingatlah pula dosa itu. Pfft..

Syah tarik nafas dalam. Sungguh, dia sesak. Kemudian, dokumen LIHAT itu dibukanya. Tergamam Syah tatkala membaca surat itu. Lebih tepat notis amaran daripada Adrian itu.

'Hye, Syah. Tak sangka lama juga aku tak jumpa kau lepas kejadian perkahwinan terkejut itukan? Amacam ? Seronok hidup satu bumbung dengan perempuan yang kau cinta. Aku harap kau dapat rasa apa yang aku rasa.

By the way, thanks sebab kau menjaya kan misi aku untuk meninggalkan Huraifah Farihah itu. Kau jangan risau, aku takkan kacau isteri kau itu. Dia tak ada dalam hati aku. Cuma.. aku tak boleh janjilah. Kalau dia bagi kebaikan untuk aku, aku akan rampas dia daripada kau. Aku harap kau tak jatuh cinta pada dialah. Pfft..

Aku sengaja bagi kejutan ni pada kau. Mesti kau happy sekarang sebab pendrive itu sekarang ada dalam tangan kau. Aku tak kisah kau nak buat apa dengan video itu. Nak simpan, nak buang. Itu pilihan kau tapi aku pesan awal-awal pada kau. Walau apapun yang kau buat kat video itu, usaha kau itu sia-sia aje. Aku tak bodoh. Salinan video itu ada dalam tangan aku.

Kau nak aku buang salinan itu? Boleh. Simple. Aku boleh ikut kemahuan kau itu tapi dengan satu syarat. Kau anggap ini pertolongan kau pada aku. Aku nak.. kau lepaskan jawatan CEO MZ Holdings. Aku bagi pilihan pada kau. Lepaskan atau aku akan sebarkan video itu pada semua orang.

Aku bagi tempoh sampai bulan depan. Kalau kau tak buat, jangan cakap aku tak bagi amaran.'

S*al!!!

Syah sudah menumbuk meja kerja nya kuat. Tak guna punya, Adrian!! Lelaki itu memang sudah tidak ada otak yang waras. Apa faedahnya menghancurkan hidup Syah?! Sekali lagi, Syah dilema. Patutke dia jadi boneka pada Adrian? Syah tak mahu.
Tak mungkin. Sudah cukup, hidup nya menderita selama berada di bawah kaki Adrian. Dia tak mahu sakit lagi.

Terus Syah melemparkan pendrive putih itu ke lantai. Dia sudah dicengkam rasa geram. Tak guna kalau pendrive itu jatuh dalam tangannya sekalipun. Yurp, sia-sia.

"Assalamualaikum, Syah." perlahan- lahan pintu pejabat mini Syah aku buka.

Tergamam aku tatkala melihat wajah Syah yang sangat kusut. Haih, nampaknya ini bukan masa yang sesuai untuk aku minta izin keluar rumah. Hmm.. baru nak lepak dengan Husna. Tak sabar nak dengar cerita yang dia bakal bertunang tak lama lagi.

"Syah.."

Baru sahaja aku mahu mendekat, tiba-tiba sahaja aku rasakan tapak kakiku terpijakkan sesuatu. Pendrive putih itu aku pandang hairan. Segera aku capai lalu aku belek. Kenapa pendrive ada atas lantai pula ni?

"Syah, pendrive ni.. awak punya ke?" soalku ingin tahu. Pendrive itu aku tayangkan padanya.

Lelaki itu nampak kaget melihat aku memegang benda itu. Segera dia bangun lalu pendrive itu dirampas nya dari tangan aku.

"Jangan nak sibuk!" jerkahnya sebelum meninggalkan aku sendiri.

Aku tergamam. Apakah? Takkan nak tanya pendrive pun salah?!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro