BAB 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kalau awak tak reti, awak belajar lah. Tak susah. Lagipun, inikan ibadah kita pada Allah. Kita sebagai hamba-Nya patut melakukan perkara itu."

Ayat yang dilontarkan Huraifah padanya semalam masih terngiang-nhiang dalam kepala Syah. Sampai ke tempat kerja, dia bawa kata-kata Huraifah itu. Hmm.. boleh tahan sentaplah juga.

Kali terakhir Syah bersolat adalah sewaktu di tingkatan 5, itupun sebab nak buat solat sunat hajat. Memandangkan waktu itu, Syah masih jahil maka dia tak habiskan solat itu sampai ke akhirnya. Buat apa dia solat, kalau dia rasakan hidupnya kini sempurna?

Dia memiliki segalanya. Harta, rumah yang besar, kerja yang berpangkat tinggi dan tak terkecuali juga muka yang tampan.. jadi buat apa dia perlu solat? Hmm... namun, bila-bila fikir balik hidupnya nampak hebat hanya pada luaran namun dalam? Syah selalu diulit rasa kosong, kerana itu lah dia cuba mencari cara untuk menghilangkan kekosongan itu.

Jujur dia katakan bila Huraifah datang dalam hidupnya, serba sedikit kekosongan yang dia rasakan mulai terisi. Walaupun, mereka tak banyak berbicara namun layanan Huraifah padanya buatkan Syah rasa disayangi.

Mungkin Allah hantar Huraifah pada nya untuk mengubah hidupnya. Syah pun sekarang sudah tidak jejakkan kaki ke tempat-tempat maksiat itu. Minum alkohol pun, Syah rasa bersalah. Sebab dia pegang title suami, dia tak mahu kehidupan lama nya membayangi hidup barunya.

Bunyi azan fardhu Zohor yang berkumandang buatkan Syah terdiam. Entah kenapa, dia rasa terpaku saat laungan azan itu melatari.

Perlahan-lahan dia bangun lalu menuju ke jendela yang terbentang luas. Matanya terus tertancap ke arah masjid yang berada tidak jauh dari syarikatnya. Teringat pula dia pafa kejadian beberapa minggu lepas. Saat dia hampir sahaja melanggar seorang pakcik yang mahu bergerak ke masjid. Dia yakin itulah masjidnya. Satu keluhan Syah lepaskan.

Jam tangannya dibelek. Jarum sudah menuding ke angka 1.35 petang. Kepala Syah sudah memikirkan idea yang gila. Gila ke? Hari ini, dia terfikir untuk ke masjid itu semula.

Kalau ada rezeki, dia mahu bersemuka dengan pakcik itu semula. Entahlah, ada persoalan yang kini menghimpit fikirannya. Persoalan tentang kemaafan Tuhan pada hambanya yang terlalu banyak melakukan silap dan salah.

Segera Syah mencapai kunci kereta lalu menuju keluar dari pejabat nya.
...
Tiba sahaja di Starbuck cafe, mataku melilau mencari gerangan yang mahu aku jumpa hari ini. Memandang kan hari ini hari minggu, jadi cafe itu begitu sesak dengan pelanggan jadi bayangan orang yang aku mahu jumpa masih tidak kelihatan pada pandangan mataku.

Telefon pintar yang aku pegang tiba-tiba sahaja berdering. Serentak, aku mengangkat panggilan itu sambil mataku masih lagi ligat mencari jasad seseorang.

"Kat mana awak, Amirah?" soalku ingin tahu.

"Saya ada kat sudut cafe. Saya nampak awak." ujar gadis itu dalam talian.

Spontan, Amirah melambaikan tangan ke arahku. Terus mataku meluru ke arah gadis itu. Senyuman nipis dia berikan sebagai penyambut kehadiran aku di situ.

Tempat duduk di hadapan Amirah aku duduki. Setelah membuat pesanan, aku pun terus berbual pendek dengan Amirah. Pembual membuka bicara orang kata. Tanya khabar, gelak sikit..

Bagaimana aku boleh sampai ke sini? Tadi pagi, sedang leka aku mengemas rumah.. tiba-tiba sahaja aku dapat panggilan daripada Amirah. Dia kata dia nak bincang sesuatu yang penting dengan aku. Mahu tak mahu, terpaksalah juga aku pergi jumpa dia.

Kalau betul penting jadi, aku ikutkan sahaja. Lagipun, tak banyak benda aku buat kat rumah itu. Hmm.. Sejak kebelakangan ni aku selalu ambil MC. Teringat pula pada apa yang arwah Engku Mariam katakan. Sepatutnya aku perlu berhenti kerja dan teruskan dengan tugas ku sebagai seorang isteri. Pagi, aku kena bekerja kadang petang. Lepas itu, kemas rumah, memasak untuk Syah.. jemur kain bagai. Malam, nak masak untuk Syah. Tak ditambah lagi dengan kerja pejabat yang banyak.

Mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai aku tak dapat luangkan masa yang banyak dengan Syah. Hmm.. hubungan kami kadang baik kadang dingin. Syah pun sekarang kerja tak menentu. Dua bulan depan, Syah akan ke Pulau Pinang untuk mengerjakan projek syarikat kat sana sekaligus memantau aktiviti pekerja di situ. Hmm..

Tak dapat aku nafikan yang sekarang, aku betul-betul cuba untuk jadi yang terbaik buat Engku Syah Taufiq. Walaupun dia kadang tak banyak bercakap dengan aku tapi.. dia selalu risaukan aku. Yang pelik itu, dia risau fasal aurat aku. Pfft.. contoh?

Pernah sekali itu, aku pergi pejabat dengan kain jarang yang menampak kan lekuk kakiku dari dalam. Aku ingat kain itu okay, yalah sebab labuh tapi Syah minta aku tukar. Dia kata dia pun terliur tengok aku pakai macam itu, lelaki lain mesti lagi teruk. So, nak tak nak.. aku follow apa yang dia minta. And, yurp.. aku rasa Syah tak adalah buruk seperti apa yang aku sangka.

Mungkin dahulu dia jahil, tetapi hari ini aku nampak usahanya itu untuk menjadi lebih baik. Baguslah kalau macam itu.

"Mirah kata nak cakap something yang penting kan? Apa dia?" soalku mahu mengalih topik asal.

Amirah tarik senyum nipis. Sempat mulutnya menghirup air starbuck yang dipesannya sebelum wajah aku dipandangnya tenang.

"Saya harap apa yang saya cakap kan ni, Awak akan percaya. Saya cakap semua ini sebab saya taknak Iffah terjerat lagi dalam penipuan orang yang selama ini Iffah sayang." ujar gadis itu penuh bermuqadimah.

Alis keningku sudah bertaut. Masih tak memahami dengan apa yang cuba disampaikannya.

"Orang yang Iffah sayang?" soalku sedikit hairan.

Amirah sekadar menganggukkan kepala. Terus tangan aku dicapainya lalu digenggam erat. Wajahku dipandangnya.

"Adrian, Iffah. Dia kan lelaki yang awak sayang selama ni?" soalan berbalas soalan.

Aku tidak mengangguk, tidak menggeleng. Masih diam menanti bicara yang selanjutnya. Kenapa dia perlu ungkit cerita fasal Adrian?

"Kenapa dengan Adrian?"

Satu keluhan lemah, Amirah lepas kan. Wajah bersalahnya ditayang kan. Entah kenapa, dia risau menanti rautku yang seterusnya.

"Adrian yang awak kenal, tak baik macam apa yang awak sangka kan, Iffah. Dia tak baik macam kita sangka kan. Saya minta maaf Iffah, saya terpaksa jujur tentang perasaan Adrian pada awak. Dia tak pernah cintakan awak, dia tak pernah fikir fasal perasaan awak. Kalau awak nak tahu, dia tinggalkan awak kat majlis itu sebab semuanya sudah dirancang oleh dia. Memang dari awal dia taknak kahwin dengan awak."penjelasan Amirah itu berjaya buatkan aku rasa terkedu.

"Ma-macam mana awak tahu semua ni?" soalku masih tak percaya. Tak.. Adrian bukan macam itu. Hmm.. tak mungkin selama ini dia mainkan perasaan aku?

Satu keluhan berat Amirah lepaskan. Air matanya menitis turun. Jelas wajah kesalnya bertayang.

"Macam mana awak tahu, Amirah?!" aku makin tekankan soalan aku. Pegangan Amirah pada tanganku terus aku longgarkan.

Entah kenapa, aku dapat rasakan yang Amirah juga ada kaitan dengan Adrian. Jangan cakap yang dia sebenarnya..

"Saya minta maaf, Iffah. Saya sedar apa yang saya buat salah. Saya dan Adrian pernah ada hubungan belakang awak. Sejak akhir tahun lepas sampailah ke hari perkahwinan korang berdua, kami masih menjalin kan hubungan. Saya minta maaf atas apa yang saya buat, Iffah. Saya tahu saya tak sepatutnya kacau hubungan korang. Kalau saya tak ganggu perasaan adrian, mungkin sekarang dia sudah bahagia bersama awak sekarang ni." keluh Amirah dalam nada bersalah.

Penumbukku aku genggam erat. Hati aku rasa panas. Hati aku rasa sakit. Tergamak orang yang selama ni aku sayang dengan sepenuh hati, lukakan hati aku sebegini rupa. Patut lah waktu hari kekasih dulu, Adrian tak datang jumpa aku.. hmm, rupanya lelaki itu sedang berbahagia dengan perempuan lain! Huh!! Kalau boleh diundurkan masa, mahu sahaja aku putuskan lelaki bernama Adrian itu.

Amirah cuba mencapai tangan aku. Lagatnya mahu memohon maaf pada aku. Namun pantas aku menepis. Air mata yang berbirai jatuh, aku sapu kasar. Tak ada guna nya kalau aku menangisi lelaki yang langsung tak menghargai cinta yang aku berikan. Serious, aku menyesal kerana tiga tahun aku itu, aku bazir kan dengan orang yang salah.

"Iffah, maafkan saya." rayu Amirah dalam syahdunya.

Aku ketap bibir marah. Langsung wajahnya aku tak pandang. "Thanks sebab buat saya tahu siapa si Adrian itu sebenarnya. Hmm.. saya harap korang puas kenakan saya selama ini. Thanks." ucapku lalu pergi meninggalkan Amirah sendirian.

Tak guna!! Aku memang bodoh. Nampaknya, aku memang seorang Huraifah yang bodoh.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro