BAB 63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'MZ Holdings diisytiharkan 'bersih'.'

Adrian sudah panas hati saat melihat tajuk itu terpampang di muka akhbar. Dia rasa ingin mencarut juga sekarang ini apabila melihat wajah-wajah yang dia kenal berada di bawah tangkapan polis. Salah satunya adalah Dato' Farhan.

'.. Polis menahan enam orang yang terbabit dalam isu menggelapkan duit syarikat MZ Holdings. Kesemua suspek merupakan pegawai tinggi bagi syarikat kenamaan itu kini diberkas dan ditahan reman untuk beberapa hari sebelum dibicarakan di mahkamah pada Rabu ini...

...Engku Syah Taufiq yang merupakan CEO syarikat itu berkata aktiviti itu sudah lama dibuat oleh keenam-enam suspek sejak empat tahun yang lalu berdasarkan dokumen mengenai keluar masuk wang syarikat itu. Beliau juga berkata bekas ketua bendahari syarikat itu juga turut terlibat sama dan kini polis sedang dalam usaha menjejaki suspek yang kini dikatakan sedang berada di luar negara...'

"Tak guna punya orang tua!" gertak Adrian dalam nada kesal.

Orang yang dia harapkan sekarang ini sudah diberkas oleh polis. Macam mana Adrian nak ambil alih syarikat itu kalau orang yang dia perlukan sekarang ini sedang meringkuk dalam penjara. Haih, Adrian sudah diulit masalah.

Anak matanya terus tertancap ke wajah Syah di muka akhbar. Dia benci lihat senyuman yang meniti di birai bibir sepupu lelakinya. Bila nampak senyuman itu, Adrian rasa dirinya seorang yang lemah. Dirinya rasa tak berguna!

"Kau tak guna, Syah!!! Kau memang tak guna!!! Sepatutnya, aku bunuh kau bukannya biar kau hidup!! S*al!!! Tak guna!!!" segala jenis sumpahan dia hamburkan pada akhbar yang tak bersalah itu.

Bukan setakat memaki hamun saja malah Adrian juga turut sama memukul-mukul akhbar itu. Amarah yang kian melepasi hadnya itu buat kan Adrian hilang waras akalnya. Apa yang dia fikirkan kini hanyalah bunuh, bunuh dan dia nak tengok Syah mati depannya.

Kalau boleh mati macam mana Azhar mati. Akhbar yang tebal itu dikoyaknya menjadi serpihan kecil lalu dipijaknya berkali. Rasa puasnya sedikit menyerbu. Sekurang-kurang nya, dia boleh lihat muka Syah hancur walaupun hanya dalam akhbar.

Pantas tangannya mencapai telefon pintarnya. Nombor orang suruhan nya, dia hubungi. Berkali-kali dia hubungi namun panggilannya masih tak diangkat. Amukan Adrian semakin menjadi-jadi.

"Apasal j*hanam ni tak angkat pula? Angkatlah, b*doh!!! Kau tak nak duit ke, hah?!" rungut Adrian sudah ke hulu-ke hilir.

Sedang dia leka mencuba menghubungi orang suruhannya itu, terdengar beberapa ketukan menyinggah rumahnya. Satu dengusan geram, Adrian lepaskan. Telefonnya masih dilekapkan ke telinga sambil kakinya disusun ke arah pintu.

Buka sahaja pintu, Adrian diterpa rasa terkejut. Terlihat beberapa anggota polis berada di hadapannya. Kelu lidah Adrian dibuatnya. Dia sudah diterpa rasa gelisah namun dia cuba untuk berlagak tenang.

"Erm, ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Adrian sudah menarik senyum paksa.

Anggota polis yang segak berseragam itu memandang serius ke arah Adrian. Tak ada balasan senyuman buat lelaki itu. Nampak tegas.

"Kami ke sini untuk bertemu dengan awak, encik Adrian." ujar anggota polis yang kini berdiri berhadapan Adrian.

Adrian telan liur. Raut cuaknya sudah tidak dapat dia sembunyikan lagi. Sempat matanya meliar memandang dua anggota polis yang lain. Suasana malam itu sedikit menjejaskan penglihatan Adrian ketika itu.

"Kenapa encik nak jumpa saya?"

"Kami terpaksa menahan encik atas kes yang melibatkan kemalangan secara sengaja yang berlaku pada Encik Azhar beberapa minggu yang lalu. Kami juga sudah menahan rakan subahat encik dan dia beritahu kami encik dalang kepada kes langgar lari itu." jelas anggota polis itu.

Peluh renek sudah membasahi dahi Adrian. Dia cuba berlagak tenang walaupun kenyataannya rasa resah dan gelisah yang membelengu lubuk hatinya itu kini tidak dapat lagi disembunyikan lagi. Adrian cuba mencari ruang untuk meloloskan diri.

Dia tidak mahu ditangkap!

"Tahan dia." arah anggota tersebut apabila melihatkan tiada tanda-tanda yang Adrian mahu menyerah diri.

Segera Adrian menerobos anggota tersebut. Dia cuba berlari selaju yang mungkin sambil kepalanya tak henti-henti menoleh ke belakang. Dia lihat ketiga-tiga anggota polis itu mengejarnya dari belakang.

"Berhenti atau kami tembak."laung salah seorang daripada mereka.

Adrian buat tak peduli. Dia masih menguatkan kakinya untuk berlari. Tanpa memandang kiri kanan, Adrian terus melintas jalan. Dia langsung tak sedar sebuah lori bergerak pantas menuju ke arahnya.

Bummm!!!

Adrian terbaring lesu di atas jalan. Matanya sudah mulai terasa kabur. Tubuhnya terasa perit, malah anggita tubuhnya juga langsung dia tak dapat gerakkan. Dalam samar-samar, Adrian nampak darahnya merecik ke sana sini. Kepalanya juga terasa berdenyut.

Untuk kali terakhir, air matanya mengalir. Perit. Sebelum akhirnya matanya terpejam rapat.
...
"Sayang, penatlah.." rengek Syah apabila sudah masuk kali ketiga, kami berjalan di sekitar Farrenhait.

Aku langsung tak pedulikan. Tangan nya masih aku tarik untuk masuk ke dalam Parkson. Memandangkan hari ini lelaki itu cuti jadi.. nak tak nak dia kena juga temankan aku.

Lagipun, semenjak dia sibuk dengan kerja pejabatnya itu. Kami sudah jarang keluar bersama. Aku sanggup berhenti kerja semata-mata nak nampak dia 24 jam tapi aku rasa usaha aku itu macam sia-sia. Berhenti ke tak berhenti ke.. tetap sama. Aku mesti akan jarang jumpa Syah depan mata.

"Alah, sekejap aje bang. Nak cari baju untuk baby kita. Dia kena ada baju yang cantik sebelum dia lahir." ujarku sambil mengurut perutku yang sudah membuncit banyak.

Al-maklumlah, kandunganku kini sudah berusia 5 bulan. Pejam-celik- pejam-celik, tak sangka dah lima bulan aku jadi ibu mengandung. Alhamdullilah, doktor kata kandungan aku sihat.

"Sayang nak beli baju sekarang buat apa? Kita pun tak tahu anak kita itu lelaki ke perempuan. Kalau lelaki macam mana?" Syah sudah mulai buat teka-teki.

Aku tersenyum. Terus wajah Syah aku pandang. Nampak macam confident tersangat-sangat.

"Sayang yakin anak kita perempuan. Abang tak tahu. Seorang ibu ni dapat merasa jantina anaknya tau. Abang tak mengandung so abang takkan tahu." aku sudah lontar ayat kerek itu.

Syah sekadar mencebik. Langkahku masih diturutinya. "Siapa yang cakap macam itu?"

"Saya baca kat internet." ujarku sambil membelek satu persatu gaun yang terhidang depan mata. Semuanya comel-comel belaka. Nampak awesome kalau babygirl aku pakai.

Lelaki itu sekadar menggelengkan kepala. "Sayang tak belajar sains biologi ke dulu? Seorang bapa yang menentukan gene anak dia. Ha.. so, memandangkan abang yang tentu kan gene anak kita so.. abang confirm anak kita adalah boboi." Syah masih dengan keputusannya.

Aku sekadar mencebik. Fine. Kita akan tengok nanti. Sama ada babygirl or babyboy!

"Okay. Kalau anak kita babygirl, Iffah nak abang belikan kereta Honda Civic untuk Iffah. Boleh?" aku sudah mencabarnya.

Senyuman Syah terukir. "Kalau abang menang?"

"Abang dapat anak kita." balasku selamba sambil mataku menilik satu persatu baju babygirl yang terhidang.

Syah sudah menggelengkan kepala. Dia nampak tak setuju dengan cadangan aku itu. Aku sudah angkat kening. "Habis itu, abang nak apa?"

"Belanja abang satu malam." serentak itu jawapan Syah buatkan aku merona malu.

Terus pandanganku meluru ke sekeliling. Risau kalau ada yang dengar perbualan 18sx kami. Sudahlah ni ruang kanak-kanak. Pastinya anak-anak berotak suci ada berdekatan ni.

"Boleh tak?"
"Kita bincang kat rumah." balasku sudah segan mahu bincangkan topik itu disini.

Syah tarik senyum. Tidak mahu terus menurutiku. Syah singgah ke baju kanak-kanak lelaki pula. Dia mahu tengok baju-baju yang sesuai untuk 'babyboy' nya itu. Pfft.. dalam mimpilah encik Syah.

Sedang leka aku memandang satu persatu baju yang ada, tanganku tiba-tiba sahaja tertarik untuk mengambil gaun berwarna maroon yang tergantung tidak jauh dariku. Ketika itu juga, ada tangan yang turut sama menyentuh baju itu.

Terus aku mengalihkan mataku ke arah gerangan itu. Terkedu aku dibuatnya.

"A-Amirah?" sapaku kaget.

Gadis itu juga turut sama terkejut melihat aku di situ. Namun, tak lama lepas itu, bibirnya mengukir senyum nipis.

"Tak sangka kita boleh berjumpa kat sini kan, Iffah?" soalnya ramah.

Aku hanya ketap bibir. Sempat juga aku membelek perubahan pada tubuh nya. Aku tahu yang Amirah sedang mengandung namun perubahan yang paling buat aku tak percaya adalah.. dia memakai tudung bawal dan wajahnya nampak sangat manis.

"Sayang, cantik tak.." belum sempat Syah meneruskan, matanya juga turut melekap ke arah Amirah. Dia juga nampak tercengang.

Senyuman menghiasi bibir Amirah tatkala terpandangkan Syah. "Hai, Syah. Lama tak jumpa." ucapnya nampak teruja.

Gelagatnya itu seperti tak pernah ada apa-apa terjadi antara kami.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro