Bab 6 HURM... MIMPI.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Bagai ada batu pemberat tergantung di kelopak mata biarpun bunyi bising berterusan menggegar cuping telinga. Semakin aku buat tak endah, semakin bingit mengganggu tenteramku. Irama  yang berkumandang kedengaran semakin lunak.

Blackpink?
Kill this love?

Serta merta bukaan kelopak mata luas. Aku tahu gegak suara itu datang dari alarm handphone. Berkali-kali aku kerdip mata dan memerhati sekeliling. Wallpaper 3D dengan motif abstrak lama memasuki ruang mata sebelum aku alih pandangan ke kiri dan ke kanan. Semua barang-barang dalam bilik aku kekal di tempat asal. Tiada yang berubah. Malah majalah Libur yang aku baca semalampun ada terselit di celah bantal.

Tangan mengurut-ngurut dada.
Huh! Mimpi rupanya, tapi real betul. Mudahnya otak kena tipu dengan mainannya sendiri.

Matahari masih rendah di ufuk timur ketika handphone menyanyi semula. Shima terus memberi peringatan tanpa mukadimah bicara.

"Beb! Majlis akad nikah Rin mula pukul 10. Aku ambil kau pukul 9 sikit lagi. Jangan lambat tau. Jangan lupa tema hari ini."

Aku baru nak buka mulut tetapi telekomunikasi telah dimatikan. Memang payah nak mencelah kalau Si Shima ni buka mulut. Pertuturannya laju bukan main macam keretapi peluru Jepun.

Lebih 10 minit aku tatap pantulan imej sendiri di cermin. Baju kebaya lace pendek dengan kain batik potongan kembang payung bermotif flora hitam tersemat kemas di tubuh. Warna merah darah yang aku pilih memang garang. Aku harap tona pinkish makeup  dapat melunturkan aura garang yang menyelubungi diri. Aku juga
mencari imej anggun pada penampilanku. Entah kenapa perkataan yang menjelma di kepala adalah silam.

Mungkin kerana mimpi semalam masih berlegat dalam memori.
Mungkin kerana mimpi semalam tak langsung rasa macam mimpi.
Apa yang aku lihat dan rasa semuanya segar dan hidup. Jauh dari makna ilusi apatah mimpi.

Majlis pernikahan Rina berlangsung dengan meriah terutama semasa sesi photoshoot pengantin perempuan dengan para pengapitnya. Oleh kerana Rina berjodohan dengan pemuda dari Surabaya, sempena meraikan keluarga sebelah pengantin lelaki, Rina memilih tema 'keraton' bagi baju akad nikahnya. Jadi awal-awal lagi minah kepoh itu dah menghantar pesanan dalam group whatsapp pengapit agar menuruti tema yang sama .

Perjalanan pulang, aku meminta Shima menghantarku ke kedai buku berhampiran rumah. Tak pernah lagi aku habiskan duit membeli buku sama banyak jumlah belanja di kiosk kosmetik.

Apa yang telah merasuk aku agaknya?
Mimpi semalam?

Tirai malam telah lama berlabuh namun aku masih leka membelek buku-buku yang aku beli tadi. Kesemua buku berkaitan kesultanan Melaka. Hanya satu dengan nama lelaki lagenda, Hikayat Hang Tuah.

Aku buka buku tebal tentang pensejarahan Melaka. Aku jangkakan tak lama buku ini mampu aku tatap kerana tulisan-tulisannya telah mula menari sambil mendodoi mata. Oleh kerana itu aku terus menyelak ke halaman cerita yang aku cari. Kisah rombongan peminangan Sultan Mansur Syah ke Majapahit.

Di saat aku menjumpai perkataan Hang Tuah, mata terpaku lama pada nama lagenda itu.

"Hang Tuah."
Ada getaran aneh di dada semasa aku sebut nama itu. Nama tersebut bagai terkandung aura hebat, menyemat kekuatan. Malang sekali mimpi aku terhenti sebelum sempat aku mengenali pemilik nama itu. Aku yakin orangnya memiliki keperibadian unggul sepadan gah namanya.

Tak sangka banyak pula kisah Hang Tuah di bab yang sedang aku baca. Tangan gatal merakam bait-bait indah yang memuji Hang Tuah di dalam handphone. Crowd puller Mamat ni. Hangat juga puisi karangan peminat Jawa.

Kisah peminangan Puteri Galuh Cendera Kirana di dalam Sulalat 'us Salatin agak ringkas. Aku buka buku kedua, Hikayat Hang Tuah. Hambik Bak Ang! Panjang berjela ceritanya. Tak sampai separuh kisah Hang Tuah ke Majapahit aku baca, mata terus layu. Aku hanya sedar dari lena apabila telinga diasak bunyi bingit. Kenapa lain benar bunyi alarm handphone?

Terus aku beliakkan mata. Apabila benda pertama yang aku nampak adalah papan kayu, aku bingkas duduk.

Aduhai, mimpi ini lagi!
Sumpah seranah dalam hati dah berbunyi lirik Ragaman. Biar betik!

Cepat-cepat aku tenangkan fikiran. Aku kaut kembali semua keberanian. Tarik nafas dalam-dalam dan...

Bum! Daun pintu ditolak. Wajah Lekir manis menyapaku.

Sah! Mimpi aku bersambung.

"Cik sudah bangun?"

"Lekir, bunyi apa berdentum-dentam non-stop macam malam raya cina tu?"

"Maksud Hana bunyi bedil dan meriam yang gempita itu kah?"
Jari telunjuk Lekir menghala ke luar. Letupan bergema beberapa kali lagi.

Aku angguk laju.

"Bahtera sudah berlabuh di Pelabuhan Tuban. Marilah keluar. Kita akan berangkat sebentar lagi."

"Nak pergi mana?"

"Kotaraja Majapahit."

Maka terlopong luaslah mulut aku mendengar jawapan Lekir. Malah nganga mulut lebih luas ketika aku berada di dek tatkala menyelerakkan pandangan ke luar bahtera.

Beratus ceracak tiang lancaran memenuhi perairan Tuban. Bahtera, jong, lancaran, perahu pelbagai saiz dan jenis bertaburan di pinggir pelabuhan. Menurut Lekir, pelabuhan Tuban antara pelabuhan yang sibuk di tanah Jawa selain pelabuhan Gresik.

Pemandangan yang aku saksikan tak ubah macam lukisan cat air yang melakar imaginasi pelukis tentang pelabuhan silam.
Tak perlu aku hentakkan tapak kaki untuk membuktikan realiti tempat aku berpijak kerana tubuh aku masih bergoyang-goyang dek bahtera yang telah melabuhkan sauh.

Nun di permukaan lautan sana berpuluh lancaran dengan satu atau dua tiang bersama layar tanjak sedang menanti arahan untuk belayar.

Aku nampak di tangan Lekir ada beberapa helaian kertas bertulisan jawi memanjang ke bawah.

"Ada nama yang tertinggal, Lekir?" tanya seorang lelaki tinggi lampai.

Kedua kening Lekir bertaut sebelum dia menggeleng. "Aku tidak mengerti dari mana munculnya... " Hujung ayat Lekir tergantung.

Tangan lelaki tadi menepuk-nepuk kuat bahu Lekir. Mulutnya direndahkan ke telinga Lekir. Lelaki itu berkata, "Dekati temanmu, namun rapati musuhmu."

Walau bicara dua lelaki itu perlahan, butiran perkataan mereka masih mencecah gegendang telinga aku. Tidak memahami hujung dan pangkal perbualan, aku buat-buat tak dengar sahaja melainkan setelah lelaki itu mengungkap pantun empat kerat.

"Kencana ungu di hujung padang
Ikat sanggul si Kembang Cina
Jaga adabmu di tanah orang
Ingat pesanku si Teruna Gila."

Eh, aku kah terlajak sensitif  atau memang pantun itu dijual untuk aku? Sekali fikir macam pernah kudengar kata nama khas si Teruna Gila. Dua kali fikir aku dah jumpa siapa. Nama jolokan itu aku tujukan buat lelaki samseng tempohari, yang berkemungkinan tuan kamar yang aku tumpang tidur. Aku toleh ke sisi memerhati semula wajah lelaki itu. Patutlah aku tak perasan. Habis gondol segala jambang kena tebas.

"Aku pergi dahulu Lekir. Berwaspada selalu. Jangan leka."

Tanpa menoleh, lelaki tinggi lampai itu turun dari Genta Segara menaiki lancaran bertiang tiga. Di bahagian hadapan lancaran itu terpacak jujuran batang kayu yang mengibarkan panji-panji. Di atas dek pula berbaris  payung iram-iram yang kembang berjuntaian manik keemasan. Barangkali itu kenaikan bagi Sultan Melaka sebab dari jauh dah nampak meriah warna-warninya.

Lekir sempat melaung dan melambai.
"Kau pun sama Tuah. Berhati-hati."

Wajah Lekir jelas nampak cemas dan suram ketika aku bertanya, "Kau panggil dia, Tuah?"

Lekir mengangguk laju. Entah bila agaknya aku jadi gagap kerana patah kata aku tersangkut-sangkut.

"It-itu Tu-Tuah? Hang Tu-ah?"

Sekali lagi Lekir mengangguk. Mesti dia tak tahu apa yang ada dalam hati aku.

Letusan lava!

Ya Tuhan! Tuah bukan jual pantun. Dia beli pantun aku. Matilanak! Dia dengar apa aku cakap malam tu.

Huwaa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro