chapter 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kami update awal sikit hari ni takut kalau update malam ni tiba tiba jadi malas.

Jam sudah menunjukkan pukul 4. 15 petang ,Fizman telah sampai di hadapan bangunan 12 minit yang lalu tetapi tiada siapa di yang menunggu di hadapan bangunan tersebut

'Minah ni kelentong aku ka apa lambat nya dia ni sampai, aku rasa aku datang ke alamat yang betul.'

Tiba tiba dengar bunyi tapak kaki yang laju sedang berlari ke arah bangunan itu.

"Sorry saya lambat,saya terlajak tidur."selamba Isya menjawab

"Awak tidur? Awak tau tak saya tunggu awak kat sini dah berapa lama."

"Ala 16 minit ja pun saya lewat."

Malas nak panjang kan cerita Isya terus masuk ke dalam bagunan tersebut tanpa menghiraukan Fizman.Fizman hanya mampu bersabar dengan perangai Isya itu.

"Ada ubi ada batas,ada hari aku balas." Gumam Fizman.

"Cepat lah masuk awak buat apa berdiri dekat situ."

Fizman pun terus mengikuti jejak Isya tanpa membuang masa lagi.

"Kita buat apa kat sini?"tanya Fizman

"Buat baju awaklah awakkan nak baju awak hari ni."

"Kat sini?"

"Iyaa kat sini,ni studio saya ,saya selalu datang sini kalau saya nak mengasah lagi bakat saya."

"Awak ada studio sendiri?"

"Saya sewa ja"

"Berapa?"

"Aehh awak ni banyak tanya pula ikut je lah jangan banyak tanya."

Isya mengeluar kan kunci dari beg galas nya lalu membuka pintu studio nya itu.

Fizman terkaku melihat studio itu. Cantiknya studio ni.

Kain yang bermacam macam warna disusun dengan teratur, begitu juga dengan benang benang. Terlalu banyak warna menyebabkan studio itu berwarna warni dan CANTIK!!

"Datang sini." Suara Isya yang sedikit kuat menyebabkan Fizman berhenti dari mengelamun.

"Asal?"

"Datang jelah"

Fizman pun pergi menuju ke tempat dimana Isya berada tanpa menyoal lagi.

Apabila Fizman berada dihadapan Isya. Isya terus mendekatkan tubuhnya dengan Fizman lalu tangan Isya bergerak ke belakang Fizman menyebabkan Fizman terasa seperti dipeluk.

"A...apa yang awak buat ni?" Fizman cuba menenang kan hatinya yang berdegup kencang akibat perbuatan spontan Isya itu.

"Saya ambil ukuran badan awaklah,takkan saya nak buat baju awak tanpa ukuran badan awak kut." Isya meneruskan kerjanya tanpa melihat muka Fizman. Telingan dan wajah Fizman sudah memerah.

"Kalau nak ambik ukuran saya pun jauh lah sikit." Fizman menolak Isya dengan satu telunjuk di atas kepala Isya.

Apabila Isya jauh dari dirinya baru senang untuk dis bernafas.

"Kalau saya jauh macam mana saya nak ambil ukuran awak??" Isya bengang bila Fizman tidak mahu memberi kerjasama.

Fizman hanya berdiam diri. Isya terus mendekatinya sekali lagi tetapi dihalang oleh Fizman.

"Awak..!! Saya nak cepat tau tak jangan lah buang masa saya lagi." Marah Isya. Aku tak nak duduk sini dengan kau sampai pagi.

" Yelah yelah tapi jangan dekat sangat." Fizman menyembunyikan wajahnya dan membenarkan Isya membuat kerjanya.

Isya terus mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Fizman bagi memudahkan kerjanya. Setiap ukuran dicatat didalam buku notenya supaya dia tidak lupa.

Fizman hanya mampu menahan nafasnya dan cuba mententeramkan hatinya apabila Isya mendekatinya terlalu dekat.

Setelah habis mengukur badan Fizman. Isya mengeluarkan kertas kosong dan pensil untuk melukis design baju Fizman.

"Awak nak baju macam mana?" Tanya Isya.

"Saya nak baju simple simple ja yang sesuai untuk keluar."

Isya terus memahami apa yang dikatakan oleh Fizman dan mula melukis.

"Awak nak warna apa?"

"Warna yang awak suka." Fizman menghadiahkan senyuman menggoda kepada Isya.

"Mengada aeh betul betul lah awak nak warna apa?" Ingat aku tergoda dengan senyuman kau.

"Warna yang awak suka lahh."

"FINE!! Jangan nak menyoal pula aeh kalau kenapa ada warna baby blue."

"Saya ok ja."

Setelah menyiapkan rekaan bajunya, Isya mengerling pada jam menunjukkan sudah pukul 6.30 petang.

"Awak tunggu sini saya nak pergi solat kejap." Kata Isya sambil mengemas barang barang nya.

"Kita solat lah sama sama Saya jadi imam awak." Isya tercegang. What? Imam?

"A..apa?"

"Kita solat lah sama sama kan lebih senang." Kata Fizman.

"Ikut awak lah." Isya sudah tak mampu berdebat dengannya. Isya hanya mampu berdiamkan diri bila Fizman menawarkan dirinya untuk menjadi Imam.

Usai selesai menunaikan kewajipannya kepada Allah. Isya terus keluar dari bilik solat itu setelah menyangkut telekungnya dan menyarungkan tudung ke kepalanya.

Apabila Isya keluar dari bilik itu. Isya terus mencari kelibat Fizman.Tetapi tidak kelihatan. "Mana pulak mamat ni."

Isya tidak mencarinya lagi lalu pergi menyediakan barang barang menjahit untuk membuat baju Fizman." Hermm dah pukul 6.49 petang ,pukul 10 kedai mak ginah tutup, sempat lah aku nak pergi beli barang untuk baju dia ni, boleh pulak benang dengan hiasan aku habis."

Tiba tiba Fizman muncul di belakang Isya. Isya merasakan sesuatu dibelakangnya lalu menoleh ke belakanh. Isya terkejut melihat Fizman berada di belakangnya lalu dia mengundurkan diri beberapa langkah.

Tak tau mana silapnya, Isya tersadung lantaz Fizman terus menangkap Isya daripada terjatuh.Fizman memegang pinggang Isya.

Mereka melihat wajah sesama sendiri dan terdiam untuk beberapa saat. Apabila Isya sudah sedar dia didalam dakapan Fizman dia terus bangun dan terhantuk dengan kepala Fizman. Masing masing memegang dahi yang sakit akibat terbelaga sesama sendiri.

"Kenapa dengan awak ni, aduh sakit dahi saya." Kata Fizman sambil menggosok dahinya.

"Sorry tak sengaja." Kata Isya lalu Isya terus bangun dan lari masuk ke dalam bilik solat kerana sudah hampir waktu magrib.

Selepas menutup pintu Isya melihat pada cermin, mukanya terasa bahang yang amat. Dia memegang pipi nya berkali kali dan mengipas mukanya dengan tangannya.

Fizman sudah senyum sampai ke telinga kerana terkejut dengan tindakan Isya. Dia sengaja mahu mengenakan Isya dengan berada di belakang Isya. Dia tidak sangka akan terjadi begitu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro