chapter 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamulaikum sayang.."

"Walaikimussalam Bie.. amboii cerianya suara.... ada benda happy ka?" Kata Isya dengan senyuman. Senang hati melihat Fizman gembira sebegini.

"Adalah... nak tau ke?" Fizman main tarik tali. Eleh.. nanti awak bagitau saya jugak.

"Mestilah nak.. kenapa..  awak tak nak bagitau saya ka?" Tanya Isya pula.

"Aehhh mestilah nak.. benda yang gembira kena share dengan orang yang kita sayang." Isya senyum gembira.. aku orang yang dia sayang.. wowww. Walaupun dah tau tapi hati tetap berbunga.

"Bagitaulah apa yang good news tu..." kata Isya pula.. tak sabar betul.

"Bulan depan.. Bie balik Malaysia....!!!" Jerit Fizman keriangan. Isya pula terkejut dan gembira..

"Betulke bie?? Bie nak balik sini bulan depan?" Tanya Isya untuk kepastian. Berita ini  sangat menggembirakan Isya.. yelah dah setahun tak jumpa last jumpa masa pergi London dulu. Mestilah rindu. Selalu jadi ubat rindu pun buat  video call je.

"Haahlah.. bie balik Malaysia bulan depan.. boleh jumpa sayang.. sayang tau tak.. Bie kat sini separuh mati rindu dekat sayang." Adu Fizman.

"Sayang pun rinduu gila dekat bie.. lamanya sebulan.. kenapa tak minggu depan jaa." Kata Isya  lagi.

"Hahahahaha aehh kira bersyukur tau bie balik bulan depan.. buatnya bie tak balik canne?" Kata Fizman  pula.

"Aehh mana boleh macam tu..." kata  Isya lagi.

"Hahahaha aehh sayang.. bie kena pergi sekarang.. nanti apa apa bie call sayang lagi aeh." Kata Fizman.

"Oo ok.. Assalamualaikum Bie.. jaga diri. " kata Isya.

"Walaikumussalam, sayang pun sama jugak.. ok bye." Kata Fizman sebelum menamatkan panggilan.

Isya bergerak ke balkoni memikirkan tentang kepulangan Fizman ke tanah air. Senyuman dibibir tidak lekang. Gembira sangat sehingga rasa mahu melompat je.. haihh nasib ada orang lain dalam dorm ni.

Haaa lupa nak bagitau.. ada orang lain duduk dekat dorm tu ganti Anis dengan Balqis.. soo aku tak lonely lagi HAHAHAHAHA.

Tiba tiba senyuman Isya mati bila teringat kejadian 2 hari lalu.

Flashback...

"Hyeeee sya.." tegur Adam dari belakang.

"Weyhh mak hang lompat! Ishh Adam..." marah isya. Ye lah.. tiba tiba sergah orang dari belakang.. kalau aku ada sakit jantung ni tak sempat aku nak kahwin dengan Fizman. Aeh.

"Hahahahaha you melatah ke sya.. HAHAHA" Adam tergelak terbahak bahak bila melihat muka Isya yang melatah tadi.

"Sya?" Aik sapa pulak sya ni?

Adam masih lagi gelak. Ishh rasa nak balik ja beg aku ni dekat dia.

"Adam!" Marah Isya..

"HHAHAHAH ok ok sorry sorry, I tak tau you melatah." Kata Adam sambil mengesat air mata. Gelak tak ingat dunia.. apa yang lawak sangat.. melatah je pun. Tak pernah tengok orang melatah lah tu. Over lebih.

"Awak panggil saya apa tadi? Sya? Siapa pula sya ni?" Tanya Isya.. nama apa lah dia panggil aku ni.

"Ye lahh nama you kan isya so I panggil sya..   baru lah unik sikit.. I sorang je panggil you sya, isn't it lovely?" Kata Adam masih lagi berbaki gelaknya.

"Heh..  my friend yang lain pun panggil saya Sya.. tak ada lah unik and lovely sangat.." kata Isya sambil meneruskan jalannya. Adam berjalan disebelahnya.

"Ouhh really.. seem like I have to change.. how about I call you Nurul? Tak ada orang panggil you Nurul lagi kan?" Tanya Adam dengan senyuman. Kalau fans dia tengok dia senyum kat aku macam ni, aku kena buru dengan diorang.

"Suit your self." Isya berjalan laju meninggalkan Adam dibelakang. Dah lah ramai orang lalu dekat sini haihh nanti tak fasal fasal masuk berita harian nanti.

"Nurul!." Panggil Adam dibelakang. Adam berhenti berjalan. Panggilan yang kuat itu cukup menarik perhatian orang untuk melihat.

Isya tidak mengedahkannya lalu terus berjalan.

"Nurul! I like you!" Jerit Adam lagi dan itu berjaya membuatkan Isya berhenti berjalan. Siswa siswa yang lain sibuk mengeluarkan telefon untuk menangkap gambar tetapi Adam langsung tidak menghiraukannya.

Isya berdiri statik disitu. Tidak menoleh kearah Adam. Adam pula gembira bila Isya tidak pergi dari situ. Itu bermakna ada peluang untuknya!

"Nurul Isya.. I really like you and I think I 've fallen love with you." Adam meneruskan kata katanya. Ada sesetengah siswi terjerit melihat Adam meluahkan perasaannya. Mungkin cair?  Mungkin fan dia?

"I tak tau bila ia bermula tapi i just baru sedar yang I cintakan you.. so Nurul Isya.. will you accept me?"  Isya tidak menoleh. Dia blanked tak tau nak buat apa sekarang ni. Bila  Isya terdengar bunyi camera yang sibuk menangkap gambaq mereka Isya terus menutup muka dengan beg tote nya  lalu berlalu dari situ. Sungguh dia tak tau nak riak apa tapi yang dia tahu dia tak cintakan Adam.

End flashback

Sejak dari situ Adam asyik menelefonnya.. dari mana Adam dapat nombornya pun tak tau. Kejadian itu menular keseluruh Malaysia dalam masa beberapa jam. Mulanya susah juga nak keluar. Kelmarin dia diserbu oleh wartawan dan peminat Adam. Ada yang baling tomato busuk dan telur ke wajah Isya. Nasib baiklah roomate dia memahami dan bukan fans Adam.. kalau tak.. mau  kena hadap maki hamun tiap tiap hari.

Nak keluar pun susah.. ada ja yang menangkap gambar..  orang bergosip.. haih sampai bila akan jadi macam ni.. serabut kepala Isya memikir. Harap harap benda ni dah hilang sebelun Fizman balik Malaysia. Dari percakapan dia dengan Fizman dalam talian tadi. Riak muka Fizman macam tak tau apa lagi. Kalau dia tau macam mana? Tapi aku tak bersalah  dalam hal ni. Adam tu yang tiba tiba datang confess dekat aku.. haishh.

Fikiran Isya terhenti bila telefonnya berbunyi......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro