chapter 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nanti kirim salam dekat semua housemate Isya ya.. jangan tak makan pulak dessert tuh." Kata Puan Firana sambil menghantar Isya ke pintu. Isya mengangguk senyum.

Baru sahaja nak bukak pintu, pintu itu dah terbuka dan terpancul muka Fizman. Masing masing terkejut dengan kehadiran masing masing. Fizman nak tegur tapi niatnya terbatal bila teringat Isya dengan Adam.

Isya terus sedar lalu dia menyalami tangan tua Datin Firana.

"Ibu.. Isya pergi dulu.. nanti ada masa lagi Isya datang yaa." Kata Isya sebelum keluar dari rumah itu.. cepat cepat dia masuk ke dalam kereta Siti yang sudah lama menunggu dihadapan rumah Datin Firana. Fizman hanya melihat kelibat kereta itu hilang dari mata.

"Tak payah tengok sangatlah.. kenapa datang sini?" Tanya puan Firana dengan rasa meluat.

"Nak datang jenguk ibu pun tak boleh? Isya datang beria ria sambut dia.. anak sendiri datang macam nak tak nak je tegur." Kata Fizman lalu melemparkan diri keatar sofa.

"Biarlah.. Isya tu menantu Ibu... ada jugak masa nak teman ibu." Kata Datin Firana lagi. Fizman mengeluh.. bela lah menantu kesayangan ibu tuh.

"Isya datang sini buat apa?" Tanya Fizman.. tiba tiba perutnya lapar.. dia bergerak kedapur dan menjumpai puding caramel didalam peti sejuk.

"Dia datang sebab nak minta maaf dekat ibu pasal dia dengan adam.." kata Datin Firana.

Fizman terkaku. "W..wahh ada puding caramel lahh.... siapa buat ni.. mesti ibu buatkan.. sedapnya.." kata Fizman janggal.

"Tak lah.. bukan ibu buat.. Isya yang buat." Kata Datin Firana dengan tenang sambil membaca majalan di ruang tamu.

Fizman terkaku. Dia letak kembali puding itu dan pergi keruang tamu.

"Asal ibu ni... Isya curang dengan Fizman pun ibu masih lagi baik dengan dia?" Tanya Fizman geram.

"Iz ada bukti ke dia curang dengan Iz?"  Tanya Datin Firana kembali.

"Dah terang terang satu Malaysia ni tau dia dengan Adam tu bercinta. Ibu nak Iz tunjuk bukti apa lagi?" Kata Fizman menahan geram.

"Termasuk Iz lah kan?" Fizman terdiam.

"Iz sebenarnya sayang Isya ke tak? Nak kahwin dengan Isya ke tak?" Tanya Datin Firana dengan nada serius.

"Mesti lah nak." Gumam Fizman perlahan.

"Habis tu yang Iz tak percaya dekat Isya kenapa? Buatnya.. Isya tu fed up dengan iz, lepas tu putus tunang.. iz nak buat macam mana? Kalau jadi.. jangan salahkan ibu atau sesiapa pun.. salahkan diri sendiri sebab tak percayakan tunang sendiri." Bebel Datin Firana tapi kali ni tak keluar dari telinga tapi terus masuk kedalam hati dam otak.

"Dia minta putus ke ibu?" Tanya Fizman. Ada masalah putus.. masalah je putus.. asyik putus tunang je. Putus betul betul baru tau.

"Tak.. tapi kalau dia minta.. ibu tak teragak agak nak putuskan pertunangan iz.. kesian ibu tengok Isya.. kena pulau dengan tunang sendiri." Kata Datin Firana lagi.

"Iz jangan ingat ibu tak tau apa jadi dekat London dulu.. Iz kena tangkap dengan Isya sebab berdua duaan dengan perempuan dalam rumah Iz kan? Sampai Isya minta putus.. nasib Isya bagi Iz peluang.. kali ni bila Isya kena tuduh Iz pula yang tak percayakan dia..." sambung datin Firana.

"Dia report kat ibu ke?" Apa ni main report report.. tak acik lah...

"Huwaiz yang report kat ibu.. baik Iz pergi pujuk balik Isya.. kalau tak memang melepaslah Iz, ibu tak kisah.. ibu nampak Isya dengan Adam tu nampak serasi je." Kata Datin Firana memberikan amaran pada Fizman. Dia pergi puji diorang.. bukannya nak sebelahkan aku.. isyhh

😭😭😭😭😭😭😭

"Kau ok tak Isya?" Tanya Siti.

"Okeyh.." kata Isya kemudian membuangkan pandangan ke luar tingkap.

"Mesti kau laparkan.. jom makan?" Ajak Siti.

"Kau je lah makan.. aku teman." Siti mengangguk.

Siti memberhentikan keretanya dikedai makan berdekatan.

Semasa tengah menjamu selera.. tiba tiba ada seorang budak perempuan jatuh dihadapan Isya. Isya membangunkan budak perempuan yang sedang menangis.

"Jangan lah nangis.. sikit je ni.. tak berdarah pun." Pujuk Isya. Budak perempuan itu sudah tidak menangis.. Isya tersenyum.

"Nama awak apa?" Tanya Isya pada budak perempuan itu.

"Qistina."

"Mana ibu Qistina?" Tanya isya lagi.

"Qistina!! Sini.. kan ayah dah cakap jangan lari lari." Tiba tiba kedengaran suara lelaki dibelakang Qistina. Isya melihat kearah lelaki itu.

"Abang Riz." Kata Isya dengan perlahan.

"Isya.."

"Ayahh!!" Qistina berlari mendapatkan Rizal.

23:00
[676 words]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro