chapter 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang...  dah sampai ke?" Tanya Isya sambil menenyeh matanya beberapa kali. Aik... kat mana ni??

"Abang... kita tak mana??" Tanya Isya sambil melihat sekeliling.... Fatith tidak menjawab. Bisu ke apa abang dia ni. Isya menoleh ke tempat pemandu... aik?? Kosong!

Ishhh Fatith ni pergi mana pulak tak bagitau aku. Ishh.

Isya keluar dari kereta.  "Abang!! Abang kat mana??" Jerit Isya sambil memandang sekeliling... isyhh dah lah dah malam.. tinggal aku kat sini.. sengaja ke apa ni😭😭

"Abang! Jangan lah main main dengan adik.. adik takut lah!!" Jerit Isya lagi. Namun tiada siapa yang menyahut.

Tiba tiba Isya terpandang satu cahaya yang berkelip kelip ke arahnya. Isya bergerak ke cahaya itu tanpa rasa ragu ragu. Sampai sahaja pada lampu yang berkelip kelip itu Isya mencangkung melihat lampu itu. Kenapa ada lampu kat sini??

Isya menyentuh lampu itu dan secara tiba tiba muncul dua barisan lampu yang panjang seperti jalan di hadapan Isya. Isya ragu ragu untuk berjalan mengikut arah lampu itu namun digagahkan kakinya untuk berjalan.

Dengan perlahan lahan dan berhati hati Isya berjalan. Takut nanti tiba tiba ada benda yang tak mahu muncul.. muncul ke tiba tiba.. dah lah tengah malam ni...

Panjang juga jalan tu.... sakit kaki aku berjalan.. entah sampai mana dah ni. Dipenghujung jalan itu terdapat satu rumah kayu yang besar dan bercahaya.

Tanpa fikir banyak Isya terus memasuki rumah itu. Buka sahaja pintu.. lampu warm light menyinggah di mata.. terang sangat sehingga Isya menghalang cahaya itu dengan tangan nya.... kemudian dia lihat sekeliling rumah itu.

Ada makanan... Isya terus kearah makanan itu lalu diambil sebungkus roti kopi ( alah.. yang  sedap tu) lalu menguyah roti tersebut. Isya melihat sekeliling lagi.. dan ada sesuatu yang buat dia berminat. Sesuatu yang tergantung di sekeliling dinding rumah kayu itu.

Satu persatu gambar itu diteliti dan semuanya gambar dia dan Fizman.  Gambar di taman tema dilihat.. itu lah kali pertama dia keluar dating dengan Fizman sebagai pasangan sehari. Fizman pakai baju yang dia buatkan.

Kemudian gambar dia official menjadi kekasih Fizman. Dah lah confess masa aku tengah makan. Isya tergelak kecil mengingati hal itu.

Seterusnya gambar dia berjumpa dengan ibu... kali pertama berjumpa dengan datin Firana. Dia disambut dengan senyuman sebagai kekasih Fizman dirumah itu.

Gambar dia bersama Fizman dikampung juga tidak dilepas pandang. Bukti Encik Yasir menerima Fizman sebagai Menantu.

Gambar dia menjadi tunang, gambar dia di London bersama Fizman.... diatas meja pula banyak barang barang yang kami beli... kami kongsi.... rumah ni... banyak kenangan... terlalu banyak kenangan yang manis sehinggakan Isya mengukir senyuman tanpa dia sedar. Kenangan Bahagia yang tak dapat dilupakan.

Isya keluar dari rumah itu dan berjalan melalui jalan yang dihiasi cahaya tadi... dia nak pergi masuk kereta, ada air cond.. tak ada nyamuk... habis gatal satu badan sebab kena gigit dengan nyamuk ni.

Sampai sahaja di tempat permulaan Isya pelik... mana kereta Abangnya?? hilang!! Satu biji kereta pun tak ada.. aduhh menyesal keluar dari kereta tu.. weyh.. kejap.. aku dalam mimpi ke ni??  Tiba tiba ada rumah penuh dengan aku dengan Fizman lepastu kereta Abang aku hilang...

Takkan lah abang aku tinggal aku kut... isyhh

Isya mencubit pipi kanannya dengan kuat. Aduh!! Isya mengaduh sakit. Tak mimpi pun

Tiba tiba kedengaran bunyi sesuatu dibelakang...

Isya menoleh... ya Allah.. banyaknya lampu.. berapa banyak karen kena bayar ni?

Tiba tiba ternampak ada figura lelaki berdiri sambil memegang sesuatu. Isya mengecilkan mata untuk melihatnya dengan lebih jelas.  Lelaki itu datang mendekati Isya.

Lelaki tu... macam aku kenal. Lelaki itu semakin dekat dan Isya semakin yakin dengan tekaannya. Sekarang lelaki itu berada dihadapannya.

"F..fizman." kata Isya.

Fizman tersenyum manis.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Isya. Mana abangnya?? Kenapa Fizman ada dekat sini, apa semua ni? Lampu bagai, kereta hilang, roti kopi, gambar, rumah kayu?? What the hell is going on?

"Isya.. saya tau awak terkejut, saya nak minta maaf atas semua yang terjadi sebelum ni dalam hubungan kita, saya mengaku saya bodoh! Bodoh sangat..." Isya mencebik.. tau pun bodoh.

"Saya tak percayakan awak, saya percayakan orang luar berbanding dengan tunang saya. Dan itu membuatkan saya sangat menyesal. Sungguh saya cakap, saya dekat London tu tak senang duduk tiap tiap hari fikirkan awak je, tiap tiap hari saya fikir macam mana nak buat awak terima saya balik, saya takut sangat awak dah jumpa pengganti saya, saya takut sangat yang awak tak boleh terima saya."

"Apa yang awak cuba cakap ni Fizman?? What are you trying to do?" Tanya Isya. Bukan dia tak tau yang Fizman nak pujuk dia.. tapi dia rasa kekok sekarang ni tau tak.

"Isya...." Fizman melutut sebelah kaki dan menghulurkan bunga itu pada Isya. Isya hanya memandang.

"Boleh awak maafkan saya dan kita kahwin?" Kata Fizman berharap. Isya mengerutkan kening. Dia mahu terima atau tidak?? Dia mahu maafkan Fizman atau pun tak?? Ya Allah aku buntu.

Nak tau apa Isya pilih?? Terima dan memaafkan atau reject dan membenci Fizman selamanya??  nak tau ke?? Tunggu lah Cinta Sehari 2. YEAHHHHH HAHAHAHAHAHAHA. Saya nak minta maaf kalau ada salah ke typo ke.. sebab memang tak check 2 kali.. males.. terima kasih sebab membaca CINTA SEHARI.

                                        12:11 a.m

[844 Words]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro