chapter 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hello guys!! Ok untuk yang setia menunggu update dari kami terimakasih sangat sangat dan untuk yang vote semua chapter tq very much. Yang lain tolonglah vote so kami boleh update kerap lagi. So enjoy reading this chapter

Didalam kereta

"Awak marah saya ke?"tanya Fizman kerana Isya hanya mendiamkan diri didalam kereta.

Senyap....

"Awak marah saya ke Isya?"

Isya masih lagi tidak bersuara.

"Ok look im sorry, saya tak tau pun tu kedai orang dari kampung awak."

Iaya masih tida menghiraukannya.

Tiba tiba Isya ternampak ada kedai makan ditepi jalan.

"Awak berhenti kereta kat tepi tuh."kata Isya.

"Why?? Ala takkan awak marah dekat saya sampai awak nak turun dari kereta"Fizman macam tak percaya yang Isya nak turun dari kereta hanya kerana masalah ini.

"Berhenti je lah."

Fizman hanya menurut kata Isya.Isya keluar dari perut kereta dan bergerak ke kedai makan tersebut.

Apabila Isya menoleh ke belakang Fizman masih duduk didalam kereta. 'Aehh mamat ni kenapa dia tak keluar.'

Isya berjalan ke arah kereta itu dan mengetuk cermin pemandu.Fizman terkejut dengan tindakan Isya.

Dia ingatkan Isya nak balik jalan kaki dan dia risau kalau ada apa apa jadi dekat Isya. Risau?? Risau takut anak dara orang kena rembat dia yang dipersalahkan.

Fizman menurunkan cermin kereta tersebut. Sebelum Isya bersuara Fizman mencelah dulu.

"Awak betul ka nak balik jalan kaki.Nanti kalau apa apa jadi dekat awak saya yang kena jawab. Masuklah kereta balik." Fizman sudah membuat mimik muka kesian berharap Isya masuk keretanya.

"Apa yang awak merepek ni? Saya bukan nak balik jalan kaki lah, awak tak rasa lapar ka? Jom lah makan. Mengarut je lah awak ni." Isya terus meninggalkan Fizman didalam kereta dan pergi menuju ke gerai makanan itu.

Fizman terus membuka seatbelt dan lock keretanya.'ouh minah ni nak makan ke? Cara dia marah kat aku macam aku buat salah besar.'

Fizman mengikuti Isya dari belakang dan duduk disatu meja.

Setelah membuat pesanan, dia melihat pada wanita yang berada didepannya.

"Awak marah saya ke?"

Isya tengok Fizman sekilas kemudian matanya tertacap pada screen telefon ditangannya.

"Tak lah."

"Habis tuh kenapa awak diam je bila saya tanya awak dalam kereta tadi."

"Tak ada mood nak cakap."selamba Isya menjawab.

"Saya mati mati ingat lah saya ni buat kesalahan besar." Fizman pening dengan perangai dia ni sorang buat aku fikir aku rasa besalah jaa.

Isya hanya mendiamkan diri.

"Awak saya nak tanya awak boleh?" Fizman menyoal Isya.

"Tanya lah."

"Awak pernah bercinta dengan orang lain."

"Pernah" 

"Sekarang awak single ka?"

"Kalau saya taken memang tak lah saya minta couple dengan awak." Mata nya masih pada screen telefon. Rasanya tadi aku dah bagitau aku ni single.

"Kenapa awak break?"

Isya hanya mengeluh.kenapa lah mamat ni tanya soalan soalan macam ni.Isya melihat muka Fizman.

"Curang"

Fizman terkejut.

"Awak curang dengan dia?"

"Dia yang curang dengan saya."

"Awak sayang tak dia?"

"Soalan apa ni,mestilah saya sayang dia, jangan pulak tanya sekarang ni sayang lagi tak kat dia jawapan saya sekarang ni saya dah tak sayang dia."

Fizman hanya tergelak ' minah ni macam tau ja aku nak tanya soalan apa.'

"Awak pernah bercinta tak?"tanya Isya kepada Fizman pula.

"Mesti lah pernah."

"Ofcourse lah awak pernah jejaka tanpan kat uni kut." Isya mengangkat bibir dihujung.

"Jadi awak nak kata saya ni handsome lah? Ok saya mengaku saya handsome." Fizman sudah mengembangkan hidungnya.

"Awak memang handsome tapi tak cukup handsome untuk mencairkan hati saya hahahaha." Seronok pula menyakat Fizman ni.

Fizman mencebik.

"Kenapa awak tak pandang saya aeh macam orang lain."

Isya mengerutkan keningnya."pandang macam mana?"

"Ye lah orang lain kalau nampak saya mesti jerit jeritlah....." Isya memintas kata Fizman

"Itu orang lain, diaorang jadi macam tu sebab tak betul tapi saya waras lagi."Isya tergelak kemudian senyap kembali

"Kenapalah ex awak curang dengan awak, saya tengok awak ni cantik ja."

"Orang kalau dah tak setia, tak kiralah pasangan dia tuh bidadari syurga pun dia tetap takkan setia, jadi saya hanya menunggu yang tercipta untuk saya sahaja mungkin ex saya tercipta untuk orang lain. "

"Allah pinjamkan saya ex saya untuk merasai kebahagian dan kelukaan sementara untuk saya exprience benda tuh untuk saya hadapinya bersama yang tercipta untuk saya."

Fizman terkaku. Paham sangat apa yang disampaikan oleh Isya. Sedikit deep.

Isya berdiam diri begitu juga dengan Fizman. 3 minit suasana menjadi senyap sehinggalah makanan dan minuman sampai di meja mereka. Mereka hanya menjamah makanan itu tanpa bersuara.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro