EPISODE 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️
~~~~~~~

Sambungan....

"Alif, kau duduk kat sofa ni. Aku nak pergi dapur kau tengok ada benda yang boleh dimasak ke tak." Kata Faizul sambil memimpin Alif untuk duduk di sofa ruang tamu rumah Alif.

Selepas kejadian tadi, Faizul menyuruh Johan bagitau Tuan Aziz yang Alif terpaksa balik ke rumah.

Alif pula mendiamkan diri sejak dia sedar pagi tadi. Sekarang dah tengah hari dan dia masih lagi mendiamkan diri.

Barangkali masih lagi murung dengan nasib diri agaknya. Alif, Alif....

"Nah makan ni. Aku tengok kat dapur takde benda apa, yang ada Maggi goreng je. Makan lah! Ni pun sedap tau. Confirm bertambah sepinggan dua." Kata Faizul cuba nak mencairkan suasana yang senyap sunyi itu.

Lagi-lagi Alif diam merenung tv yang tak menyala itu. Kadangkala Faizul risau jugak dengan keadaan Alif.

Macammana dia tinggal sorang-sorang kat rumah dengan situasi yang dia alami sekarang.

Kekasih tinggalkan dia, baru je bercinta dah gagal, kesihatan yang tak menentu dan macam-macam lagi.

"Alif, kau kenapa ni? Hah? Masih lagi memikirkan pasal benda yang kau cakap tadi ke?" Tanya Faizul cuba nak menyedarkan Alif.

Hening....

"Huh....Alif kan aku dah cakap tadi. Benda yang dah lepas jangan dikenang lagi dah. Kau kena move on! Jangan fikirkan tentang kisah silam kau tu." Faizul cuba jugak menasihati Alif.

"Alif, Alif!" Faizul menepuk perlahan bahu Alif. Dia pun tersedar.

"Huh! Ada apa? Oh sorry apa yang kau cakap tadi? Aku terlelap kejap tu yang aku tak dengar apa yang kau cakap. Sorry bro dan aku dah ok sikit lah. Dah jangan risau pasal aku." Lah terlelap rupanya budak ni.

"Ceh! Buat risau aku je lah kau ni. Aku fikirkan tadi kau kemurungan lagi. Dah jom makan!" Arah Faizul sambil menarik perlahan tangan Alif.

"Ye ye aku bangun kejap!" Alif bangkit dari duduknya dan menuju ke meja makan.

Mereka berdua menikmati maggi goreng buatan Faizul sambil berborak kosong mengenai kerja.

"Oh ye Alif, aku nak bagitau yang mulai harini, aku akan tinggal dekat rumah kau." Beritahu Faizul dengan tangannya menyuap maggi masuk ke dalam mulutnya.

"Aih kau ni dan kenapa Zul? Tak ada angin tak ada ribut tak ada kemarau tiba-tiba nak tinggal kat sini." Tanya Alif pelik dengan Faizul. Selama ni elok je dia tidur kat rumah sendiri.

"Okay relaks bro! Ada empat soalan yang kau tanya kat sini. Ok then first, aku nak tinggal dekat sini sebab aku risaukan keadaan kau dan jugak aku dah bosan tinggal kat rumah sendiri. Soalan kedua, ketiga dan keempat tu jawapannya adalah memang tak ada. So dah jelas kan?" Balas Faizul sebelum sambung balik makan.

"Oh macamtu....eh kenapa kau nak risaukan aku? Aku okay lah."

"Ha ye lah tu. Okay lah sangat! Pagi tadi kau datang office kemurungan lepastu pengsan. Itu kau nak cakap ok ke? Sorry lah untuk kalini aku tak percaya cakap kau. Aku kalau dah cakap aku nak buat, memang aku buat!" Terang Faizul dengan muka serius.

"Ye lah! Kau ni kuat betul membebel kan. Sama je macam Uncle aku!" Kata Alif yang dah mencebikkan bibirnya.

"Aku kuat bebel pun aku ambik berat kat kau tau! Aku faham dengan keadaan kau sekarang sebab tu lah aku nasihatkan kau. Cuba kalau aku dengan Jo tak ada, entah apa lah yang kau akan buat." Ujar Faizul.

"Ye ye aku tau tu. Dah lah tak perlu nak bebel lagi kat aku. Tapi tu lah, aku ingat bila balik kampung ni tenang lah sikit hati aku. Rupa-rupanya....makin merunsingkan lagi ada lah. Kot-kot lah aku kat sana jumpa cinta baru ke apa ke. Memang aku jumpa tapi akhirnya....di ambil orang."

"Aku nak marah pun tak boleh pasal dah jodoh diorang jadi aku pasrah je lah. Dan sebab tu jugak lah emosi aku sekarang tak berapa nak stabil sangat so aku minta maaf lah kalau aku ada termarah kau ke apa ke." Sambung Alif lagi.

"Alif, Alif...sepanjang 14 tahun kita kawan, kau tak ada pernah ada salah pun dekat aku. Semua yang aku buat untuk kau, ikhlas dari lubuk hati aku. Tak pernah aku terfikir nak ambil kesempatan dekat kau ke apa ke tak! Aku takkan pernah buat macamtu. Sebab aku jenis kawan yang setia." Jelas Faizul dengan lebih terperinci.

"Terima kasih Zul. Kalau tak ada kau, Jo dan Uncle mungkin aku dah tak kuat nak hadap dugaan macamni...." Lirih Alif.

Dia sangat-sangat bersyukur kerana walaupun dia tak ada ibu dan bapa, dia ada sahabat-sahabat dan bapa saudara yang sentiasa ada bersama dengannya walau apa sekalipun yang berlaku.

"Sama-sama Alif dan ketahuilah sesuatu.....aku tak pernah menyesal berkawan dengan kau. Sampai bila-bila pun kita tetap sahabat.." Kata Faizul dengan yakin dan mata yang bercahaya.

Wajah Alif juga bertukar menjadi ceria dan terus hilang rasa sedih setelah mendengar apa yang dicakapkan Faizul. Sungguh dia bersyukur....

🌟🌟🌟🌟🌟

Sebulan telah pun berlalu. Alif mula menjalani kehidupan seperti biasa. Faizul yang tinggal di rumah Alif juga sentiasa menjaga makan dan minum Alif. Dia juga sentiasa menjaga kesihatan Alif agar dia tidak sakit macam dulu.

Kehidupan mereka seperti biasa saja. Fattah walaupun tak pernah datang ke rumah Alif tetapi dia sentiasa menelefon Alif untuk bertanya khabar.

Oh ya pasal sakit Alif haritu mereka tak pernah ceritakan dekat Fattah sebab takut nanti mengganggu dia dalam menguruskan urusan perkahwinan anaknya.

Dan pada malam hari itu. Fattah menelefon Alif untuk bertanya khabar seperti biasa. Cuma kalini agak berlainan....

"Hello Assalamualaikum Alif! Kau macammana, ok ke kat sana? Kau jaga diri baik-baik tau!" Pesan Fattah dari dalam telefon.

"Amboi Uncle dah macam terbiasa sangat bila telefon mesti cakap ayat yang sama. Ye ye Uncle saya sihat je kat sini." Balas Alif sambil tersenyum sendiri.

"Alhamdulillah...Alif, aku ingat nak jemput kau datang ke majlis akad nikah Aulia dengan Daniel....." Kata Fattah dengan perlahan. Masih lagi ada sedikit rasa bersalah dalam diri Fattah.

"Oh nak ajak pergi majlis kahwin Lia ye? In Syaa Allah nanti saya datang. Tapi saya malas nak berlama-lama kat sana. Saya datang makan ramah mesra sikit lepastu saya baliklah ye. Takut si Lia tu marah pula." Kata Alif dengan senyum kelat.

"Ceh kenapa dia nak marah kau pulak? Kau tetamu yang aku jemput. Dia tak ada hak nak marah atau halau kau! Jangan lupa ajak Faizul dengan Johan sekali."

"Ok Uncle dah Uncle cakap macamtu saya accept je lah. Nanti saya ajak diorang sekali." Balas Alif.

"Ha ok lah Alif. Lia dah panggil aku tu. Aku tutup dulu telefon ni. Assalamualaikum." Fattah menutup telefon.

"Waalaikumsalam Uncle." Alif pun turut meletakkan telefon.

"Siapa yang call tu Alif? Uncle kau eh." Faizul menyoal Alif sambil memakan biskut kering.

"Uncle....dia ajak aku pergi majlis akad nikah anak dia. Dia ajak kau dengan Jo sekali." Balas Alif ringkas.

"Oh ye ke....kau macammana? Kalau kau setuju, aku dengan Jo pun on je lah. Kalau tak on, kitaorang pun off."

"Kita pergi je Zul. Kau jangan risau aku dah boleh terima dah yang dia tu dah berpunya."

"Alhamdulillah bagus lah kalau macamtu. Perkara yang dah lepas tak usah dikenang lagi. Kita pergi sana dengan niat nak jenguk diorang je." Jelas Faizul sambil menepuk bahu Alif.

"Hehehe ok Zul. Nanti kau telefon Jo suruh dia datang rumah aku lepastu kita bertolak guna kereta aku. Dan majlis akad nikah tu mula pukul 3 tau." Beritahu Alif.

"Ok bro kejap aku pergi telefon Jo." Faizul bangkit dan berlalu pergi ke biliknya.

'Tak sangka....rupanya dah nak kahwin rupanya awak Lia. Tak apa lah mungkin dah memang bukan jodoh aku kot.' Itulah kata-kata yang dilontarkan dari dalam hati Alif sebelum dia pun berlalu ke biliknya.













































































































Keesokan Harinya....

"Ish mana lah Jo ni! Janji datang pukul 12 sekarang ni dah setengah jam dah. Tak jugak datang dia ni!" Gerutu Faizul sambil melihat-lihat skrin telefon. Takut nanti Johan call Faizul tak angkat pula.

"Kau janji dengan dia datang pukul berapa ni Zul?" Alif mendekati Faizul dan bertanya.

"Pukul 12 tadi. Aku pun tak tahu dia lambat pasal apa. Payah kalau macamni."

"Ha panjang umur! Datang pun dia tu." Kata Alif. Dia berjalan ke arah pintu pagar rumahnya dan terus tegur Johan yang baru keluar dari kereta.

"Ish kau ni Jo! Apahal kau lambat ni? Dah lah kampung tu jauh tau. Kau boleh pula datang lambat." Complain Alif.

"Sorry lah bro aku tadi cari baju melayu aku. Bila dah jumpa, baru aku perasan yang aku terlupa nak gosok baju tu. Jadi aku gosok baju tu baru lah aku datang sini. Sorry lah!" Kata Johan cuba nak bagi alasan.

"Alahai alasan kau....Hish dah lah lupakan. Jom kita gerak sekarang. Kang kita gerak lewat, sampai lewat petang pulak!" Kata Alif kemudian terus masuk ke dalam kereta duduk di sebelah kerusi penumpang.

"Eh kalau kau duduk sebelah, siapa nak drive?" Tanya Johan dengan muka pelik.

"Aku yang drive. Alif dah mintak dari semalam lagi suruh aku drive." Balas Faizul simple.

"Oh ok jom! Kita bertolak!"

Faizul dan Johan pun ikut masuk ke dalam kereta. Setelah menghidupkan enjin kereta, mereka pun bertolak.





































































































































Sementara Itu Di Situasi Rumah Fattah....

"Alhamdulillah dah nak kahwin dah anak abah ni. Lia nampak cantik je bila pakai baju kurung pengantin ni." Puji Fattah. Aulia yang mendengar pun merasa terharu.

"Terima kasih abah! Lia sayang sangat dengan abah!" Kata Aulia gembira kerana pada hari ini dia bakal bergelar isteri kepada Ash Daniel, lelaki yang telah disukainya sejak sekian lama.

"Ok abah nak pergi depan kejap. Kamu bersiap lah dulu kat sini. Ni makcik-makcik sekalian nanti bawak Lia ke depan lepas dah siap solek dia eh!" Beritahu Fattah dekat makcik-makcik tukang mekap pengantin.

Makcik-makcik tu sekadar anggukan kepala tanda dengar dan faham.

Fattah tanpa membuang masa pergi meninggalkan Aulia menuju ke depan untuk melihat-lihat tetamu yang datang.

Bila nampak ada tetamu yang datang, dia akan jemput untuk duduk di kawasan khemah yang disediakan dan tak lupa jugak kalau ada yang nak balik diberinya buah tangan yang selalu orang bagi bila datang majlis kahwin.

"Alif! Ya Allah datang juga kau akhirnya!" Fattah segera pergi ke arah Alif dan memeluk erat.

"Saya pun rindu lah dekat Uncle." Kata Alif membalas pelukan Fattah.

Faizul dan Johan pula terharu dengan apa diorang nampak sekarang. Kuat betul tali persaudaraan diorang walaupun sekadar anak dan ayah saudara.

"Hah korang pun Uncle dah lama tak jumpa! Semua sihat ke ni?" Fattah bersalaman dengan Faizul diikuti Johan.

"Alhamdulillah saya sihat-sihat je Uncle. Macamnilah saya." Balas Johan sambil tersenyum.

"Sama lah dengan saya Uncle, sihat dan sibuk sikit. Pesakit banyak sekarang ni Uncle." Sahut Faizul.

"Oh alhamdulillah....eh mari lah kita masuk ke dalam diorang pun dah nak ready nak akad nikah dan tu." Ajak Fattah.

"Eh tak apalah Uncle. Kami tunggu kat dalam khemah je lah." Balas Alif, Johan dan Faizul serentak.

"Betul tak nak masuk ni?" Tanya Fattah balik.

"Betul Uncle. Takut nanti apa pulak kata anak Uncle tu." Kata Alif.

"Hmm ye lah korang pergi makan dulu. Lauk semua tu masak sendiri tau! Rugi tak makan!" Kata Fattah terus masuk ke dalam rumah.

"Wah lauk sampai sekawah ni Uncle kau ke yang masak ni Alif? Aku macam tak percaya lah!" Kata Johan dengan nada kagum.

"Hehehe biasalah Jo. Uncle aku tu semua benda dia boleh buat. Tapi aku rasa yang kawah ni dia mintak tolong orang kampung sama kot. Takkan lah dia nak kacau sorang-sorang!" Balas Alif sambil mencari tempat untuk dia duduk.

"Jo, kau pergilah duduk dengan Alif. Aku pergi ambilkan nasi. Kau nak tak Jo?" Tanya Faizul.

"Hmm aku tak nak lah. Diet." Balas Johan selamba.

"Baik kau jangan keluarkan perkataan diet tu kat sini Jo. Uncle tu tak suka tau kalau orang datang rumah dia tak makan sesuatu. Kau kena jugak makan. Jangan sampai dia pulak turun bawah paksa kau makan. Ha! Tu aku tak boleh tolong tau!" Kata Alif dengan nada yang sengaja digaraukan.

Meremang bulu roma Johan dibuatnya.

"Err kau bawak lah nasi sepinggan lauk ikut suka kau lah." Terus kawan tu suruh Faizul ambik kan nasi. Alahai penakut naw.

'Hehehe senang je nak suruh Jo tu makan. Sebut je pasal Uncle Fattah terus dia nak. Hahaha nasib kau lah Jo.' gelak Faizul dari dalam hati.

Sementara tu di dalam rumah, semua orang dah bersedia untuk majlis akad nikah. Cuma nak tunggu pihak pengantin lelaki dan pengantin dia sampai je.

"Mana pengantin lelaki? Dah lama saya tunggu. Sat lagi ada orang lain yang saya nak kena nikahkan." Tanya tok kadi yang dah setengah jam menunggu.

"Sabar sat tok. Sat lagi dia sampai lah tu. Mungkin jalan jem kot. Penang ni kan sibuk sikit. Pihak sana mai dari Kuala Lumpur itu yang lambat sikit tu." Balas Fattah cuba nak tenangkan keadaan.

"Ha ya lah. Tapi jangan lama sangat. Saya ni dah lambat dah ni. Banyak lagi orang dah booking saya harini." Kata tok kadi.

"Ya ya baik." Balas Fattah ringkas.

Dan tiba-tiba hati dia lega bila dia melihat kereta Encik Fazli masuk ke kawasan luar rumah.

"Alhamdulillah tu dia pengantin lelaki sampai dah. Sat na saya nak pi depan." Fattah bangkit dan terus pergi ke luar.

"Ha Daniel baguslah kamu dah sampai! Jom masuk tok kadi dah tunggu lama dah tu." Ajak Fattah bila dia nampak Daniel keluar dari kereta tetap terus pandangan dia bertukar pelik sebab pakaian yang di pakai Daniel bukanlah baju melayu tapi pakaian biasa je.

Pandangan Fattah lagi bertambah pelik bila Puan Mahani dan Encik Fazli keluar dari kereta dan berjalan dengan laju menuju ke arah Fattah dan.....

Pang! (Bunyi tamparan)

Wajah Fattah di lempang dengan kuat oleh Puan Mahani. Kesemua orang yang ada di khemah pun turut memandang ke arah Fattah termasuklah Alif.

"Dah cukup! Aku nak batalkan perkahwinan ni!!" Jerit Puan Mahani dengan cukup lantang.

"Eh awatnya Puan Mahani? Kenapa nak kena batalkan perkahwinan ni?" Tanya Fattah. Dia pelik dan dalam masa yang sama keliru.

"Dah lah Fattah tak perlulah kau nak sorok apa-apa dari kami! Kami tau anak kau tu sebenarnya anak luar nikah kan?" Kata Encik Fazli dengan nada suara naik seoktaf.

Piuw!!

Berdesing telinga Fattah bila dia dengar perkataan 'anak luar nikah'.

"Astaghfirullahal'azim....siapa yang cakap macamtu kat awak Fazli, siapa yang cakap tu?" Fattah masih lagi cuba bersabar.

"Heh...tak perlu lah kau nak berdalih kat sini lagi lah Fattah! Tak sangka aku, orang alim macam kau ni rupanya ada isteri bekas pelacur! Aku tau anak kau tu sebenarnya anak dari lelaki lain!"

"Kau kahwin dengan arwah isteri kau sebab terpaksa jadi pak sanggup untuk anak kau tu kan! Ini yang nak dijadikan isteri untuk anak aku? Aku tak ingin lah-"

Pang!

Penampar tu di pulangkan balik dekat Puan Mahani. Puas hati Fattah lepas tampar muka dia.

"Ok....dah cukup aku bersabar! Berani kau cakap bidadari syurga aku seorang pelacur! Manusia jenis apa kau ni hah!" Kini giliran Fattah pula melepaskan amarahnya.

Faizul, Johan dan Alif pula mendekati Fattah. Mereka nampak standby sebab diorang tau Fattah kalau dah marah emosi dia memang tak boleh ditahan.

Aulia sudah pun teresak-esak dekat dalam dan sedang cuba ditenangkan oleh Ammar dan Azrel.

Fattah sempat tengok Aulia menangis dan itu menambahkan lagi api kemarahannya.

Dia sendiri pun tak pernah buat anak-anak dia menangis inikan pula dia nampak ada orang lain yang dah buatkan anak dia mengalirkan air mata.

"Dari mana kau dengar berita ni? Cakap kat aku sekarang!! Kalau kau tak nak anak lelaki kesayangan kau ni kahwin dengan anak aku, tak perlulah kau nak libatkan arwah isteri aku!!"

"Dia tu sebaik-baik manusia yang pernah aku jumpa dan ANAK AKU BUKAN ANAK LUAR NIKAH! Tak guna punya perempuan! Kau dengan suami kau ni sama je! Bodoh!!" Puas dimakinya pasangan suami isteri itu di hadapan orang ramai.

Di khemah pula sudah bermacam-macam benda tengah dibualkan. Ada yang tengah bersangka baik, ada yang mengumpat dan sebagainya.

"Aku kalau tak ada orang ramai kat sini, dah lama aku pijak korang anak beranak sampai lumat tau tak!! Baiklah, mulai harini anak kau dengan anak aku, putus segala-galanya dan dia tak ada kaitan langsung dengan anak aku!"

"Dan aku takkan izinkan korang anak beranak dekat dengan anak aku termasuk kau Daniel!! Kalau aku dapat tau, siap korang bertiga!!"

"Korang balik sekarang! BALIK AKU CAKAP!!"

Anak beranak itu terus lekas masuk ke dalam kereta dan terus pecut hilang dari rumah Fattah.

"Allahuakbar.....minta maaf lah Tuan-tuan dan puan-puan semua. Majlis ni dah dibatalkan. Tapi jangan risau, makanan masih banyak jadi hampa semua makan lah." Ucap Fattah di depan semua orang di khemah.

Kesemua orang kat situ hanya menganggukkan kepala. Mereka seperti faham akan masalah yang sedang di hadapi oleh Fattah dan mereka pun kebanyakannya meminta diri dan ada juga yang sambung makan.

Setelah selesai berucap, Fattah terus masuk ke dalam rumah dan diikuti Alif, Faizul dan Johan.

Jangan lupa untuk vote dan komen tau

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro